MyMetroUtama

Daripada Aziman Rosdi Kunshan dan China
aziman@nstp.com.my
LANGKAH skuad negara pada kempen Kejohanan Konfederasi
Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) Tahun (B-23) akhirnya terhenti di suku
akhir apabila tewas 1-2 kepada Korea Selatan di Stadium Kunshan, China sebentar
tadi.
Skuad negara kendalian Datuk Ong Kim Swee cuba bangkit
untuk melakar satu lagi sejarah selepas ketinggalan menerusi jaringan terpantas
kejohanan oleh Cho Jae Wan dengan mengikat kedudukan hasil percubaan pemain
gantian N Thanabalan pada babak kedua.
Namun, impian itu berkecai dengan jaringan kemenangan
lawan menerusi Han Seung Gyu lima minit sebelum permainan tamat.
Biarpun dihimpit dengan masalah kecederaan beberapa
pemain, Kim Swee masih mengekalkan hampir semua kesebelasan utama ketika
menewaskan Arab Saudi 1-0 sebelum ini dengan hanya memasukkan Nik Akif Syahiran
menggantikan R Kogileswaran di bahagian serangan.
Belum sempat pemain negara mengatur permainan, mereka
dikejutkan dengan serangan awal Korea Selatan dari sebelah kanan.
Rembatan padu Jae Wan gagal diselamatkan penjaga gol
negara, Haziq Nadzli ketika saingan baru memasuki 15 saat.
Namun jaringan awal skuad naib juara 2016 itu tidak
menyentap semangat juang anak buah Kim Swee yang cuba menguasai permainan
ketika pemain lawan kelihatan bergelut kepenatan.
Penjaring dua gol negara di peringkat Kumpulan C, Safawi
Rasid memiliki dua peluang terbaik pada minit ke-16 dan masa tambahan babak
pertama, namun diselamatkan penjaga gol, Kang Hyeon Mu.
Biarpun memperlahankan permainan, Korea Selatan yang
dibimbing Kim Bong Gil tetap bahaya dengan serangan pantas dan hampir menambah
jaringan pada minit ke-31, namun Haziq cemerlang ketika berdepan situasi satu
lawan satu dengan Lee Kuon Ho.
Ketinggalan satu gol, Malaysia bangkit mengasak dan
hampir membolosi gawang Korea Selatan
menerusi percubaan Adam Nor Azlin dan Safawi tetapi gagal
menepati sasaran.
Kim Swee melakukan dua pertukaran dengan memasukkan N
Thanabalan bagi mengambil tempat Akhyar Abdul Rashid dan Hadi Fayyadh Abdul
Razak bagi memantapkan bahagian serangan.
Percaturan itu berbaloi apabila Thanabalan yang mengalami
hamstring dan direhatkan ketika Malaysia seri 1-1 dengan Jordan dan menang 1-0
ke atas Arab Saudi membuktikan bisa tandukannya dengan menghasilkan gol
penyamaan pada minit ke-67.
Namun, kelincahan Seung Gyu gagal dihalang pertahanan
negara yang menyaksikan dia menyumbat gol kemenangan Korea Selatan pada minit
ke-85 bagi mengesahkan kemaraan ke separuh akhir menentang Uzbekistan Selasa
ini.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2018 @
6:18 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan