Sukan
Khamis, 25 Ogos 2016 | 10:17pm
Kim Swee senarai 24 pemain bertemu Indonesia

Ketua jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee.
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong
Kim Swee, menyenaraikan 24 pemain untuk menjalani kem latihan pusat skuad
kebangsaan bermula 29 Ogos ini, bagi persiapan menghadapi perlawanan
persahabatan antarabangsa 'A' bertemu Indonesia di Stadium Manahan, Indonesia
pada 6 September.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dalam kenyataan hari
ini, menyatakan semua pemain perlu melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada
29 Ogos, kecuali tiga pemain - Adam Nor Azlin, Matthew Davies dan Safawi Rasid.
Ketiga-tiga pemain itu akan melapor diri pada 31 Ogos
selepas mereka selesai beraksi bersama skuad Bawah 22 negara untuk perlawanan
persahabatan antarabangsa bertemu pasukan Bahrain B-22 di Stadium Shah Alam,
Selasa ini.
"Banyak perubahan terpaksa dilakukan kerana masalah
kecederaan dan ada yang bersara. Rata-rata pemain kali ini terdiri daripada
pemain muda yang ada pengalaman antarabangsa di peringkat remaja.
"Mereka dipanggil semula untuk skuad senior bagi
memberi peluang kepada mereka membuktikan sesuatu. Sudah tentu tempoh masa
singkat untuk kem latihan pusat kali ini, dengan jadual yang padat," kata
Kim Swee.
Kim Wee berharap 24 pemain yang dipanggil itu dapat
bermain secara berpasukan dengan lebih baik biarpun dalam tempoh singkat.
Menurut kenyataan itu, hanya 11 pemain dikekalkan
daripada skuad ke siri Jelajah Oceania 2016 pada Jun lalu, iaitu penjaga gol
Khairul Fahmi Che Mat, Fadhli Shas, Khair Jefri Jones, Azrif Nasrulhaq Badrul
Hisham, Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, Abdul Latiff Suhaimi, Brendan
Gan, Amri Yahyah, Zaquan Adha Abd Radzak dan Ahmad Hazwan Bakri.
Sementara 13 pemain lain tidak tersenarai, termasuk enam
pemain mengalami kecederaan/dalam pemulihan iaitu penjaga gol Izham Tarmizi
Roslan, Junior Eldstal, Fazly Mazlan, Mahalli Jasuli, Shahrom Kalam dan
Christie Jayaseelan.
Empat pemain digugurkan ialah penjaga gol Farhan Abu
Bakar, S Chanthuru, Amirulhisyam Awang Kechik dan S Kumaahran serta empat
pemain yang bersara daripada pentas antarabangsa iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak,
S Kunanlan, Amirulhadi Zainal dan Safiq Rahim.
Sebagai ganti, Kim Swee memanggil 13 muka baharu terdiri
daripada penjaga gol Khairulazhan Khalid, S Veenod dan Adam Nor Azlin
(Selangor), penjaga gol Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Nazirul Naim Che
Hashim dan Shahrul Saad (Perak), Wan Zack Haikal Wan Nor (Kelantan), Amer
Saidin dan Irfan Fazail (JDT II), Fakrul Aiman Sidid (PDRM), Ronny Harun
(Sarawak), Matthew Davies (Pahang) dan Safawi Rasid (T-Team).
Senarai 24 Pelatih:
Mohamad Fadhli Mohd Shas (JDT), Mohd Amri Yahyah (JDT),
Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT), Mohd Khairulazhan Mohd Khalid
(Selangor), Ahmad Hazwan Bakri (Selangor), S. Veenod (Selangor), Adam Nor Azlin
(Selangor), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Brandon Gan (Kelantan), Wan Zack
Haikal Wan Nor (Kelantan), Mohammad Amer Saidin (JDT II), Mohamad Zaqwan Adha
Abd Radzak (JDT II).
Shahrul Mohd Saad (Perak), Nazirul Naim Che Hashim
(Perak), Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), Abdul Latiff
Suhaimi (PDRM), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Ahmad Fakri Saarani (Felda United),
Ronny Harun (Sarawak), Khair Muhammad Jefri Jones (Melaka United), Matthew
Thomas Davies (Pahang), Muhammad Safawi Rasid (T-Team).
- BERNAMA
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan