MyMetroUtama

Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Saya tak bimbang dengan pemain nombor 12
Malaysia (N Thanabalan) kerana sebelum ini (Kelayakan Piala Konfederasi
Bolasepak Asia bawah 23 tahun) kami mampu menyekat pergerakannya.”
Demikian nada keyakinan dilontarkan tonggak pertahanan
kental Thailand, Worawut Namvech yang bersedia untuk menyekat penyerang negara,
Thanabalan daripada mencetak nama selaku penjaring pada aksi final malam esok.
Ujar pemain kelab Sisaket FC di liga satu Thailand itu,
aksi berdepan tuan rumah bukanlah sesuatu yang asing sebaliknya kedua-dua
pasukan sudah bertembung beberapa kali dengan dia berjaya menggari Thanabalan.
“Kami sudah jumpa Malaysia banyak kali dan terbaru pada
bulan lepas di mana kami berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 pada saingan
kelayakan Piala AFC di Bangkok.
“Dalam aksi itu, pemain nombor 12 Malaysia turut bermain
dan saya berjaya menghalang setiap pergerakannya.
“Saya sangat yakin dapat menjaganya sekali lagi walaupun
dia amat popular ketika ini kerana menjaringkan banyak gol untuk Malaysia di
Sukan SEA,” kata pemain kelahiran Phuket itu.
Jelasnya lagi, dia lebih gentar dengan kelincahan
penyerang Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Safawi Rasid yang memiliki sepakan
kencang selain skil individu menarik.
“Bagi saya pemain nombor 6 (Safawi) lebih berbahaya
daripada nombor 12. Kami kena pastikan tiada sebarang percubaan dari pemain itu
kerana rembatannya cukup merbahaya kepada kubu kami,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Ogos 2017 @
7:37 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan