MyMetroNode

Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Melaka: Skuad kendalian Frank Bernhardt menepati ramalan
melangkah ke final Piala Negara-Negara 2016 apabila melakar kemenangan 3-0 ke
atas Bawah 21 (B-21) Singapura di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam tadi.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan pertembungan final
idaman menentang pasukan B-21 Thailand di gelanggang sama malam esok, selepas
mereka menewaskan Vietnam 2-0 pada aksi yang berlangsung di sebelah petang.
Malaysia atau Skuad Sukan SEA 2017 memulakan saingan
dengan langkah kanan apabila sepakan percuma Jafri Firdaus Chew pada minit ke-5
tepat singgah di tiang gol pelawat yang kemudian melantun ke kaki Safawi Rasid
yang mudah menolak masuk untuk gol pertama negara.
Pada minit ke-11, penyerang Selangor Adam Nor Azlin
mensia-siakan peluang terhidang biarpun hanya berdepan penjaga gol pelawat,
Zharfan Rohaizad.
Bagaimanapun, penguasaan dipamerkan anak buah Bernhardt
pada awal persaingan mula kendur bagi skuad kendalian Richard Tardy pula
menguasai perlawanan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Jun 2016 @
5:56 AM
Kejutan Bernhardt
Tiada ulasan:
Catat Ulasan