Ahad, 30 Ogos 2020

Pancing kelab luar

MyMetroUtama

AKSI Safawi (dua dari kiri) dalam saingan sebelum ini. FOTO Hairul Anuar Rahim

Rodly Fadly

sukanteam@nstp.com.myKuala Lumpur: Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid memasang dua matlamat jika terpilih mewakili skuad bola sepak kebangsaan beraksi pada Sukan Asia di Indonesia, bulan depan.

Dia bukan saja bertekad membantu Harimau Malaya mencatat keputusan terbaik, malah mahu menjadikan temasya itu sebagai pentas untuk menjual bakatnya kepada kelab luar negara.

Safawi, 21, antara 24 pelatih yang disenaraikan Datuk Ong Kim Swee dalam skuad Bawah 23 Tahun sebagai persiapan ke sukan berprestij Asia itu menganggap ia adalah gelanggang terbaik untuk mencari peluang beraksi dengan kelab luar seperti diimpikan olehnya.

“Saya tidak akan mensia-siakan kesempatan ini jika terpilih beraksi ke Sukan Asia kelak kerana inilah kejohanan terbaik untuk saya membuktikan kemampuan kepada kelab luar terutama kelab dari Asia.

“Saya yakin sudah pasti temasya sukan ini akan turut menjadi tumpuan pencari bakat daripada kelab seluruh Asia, malah mungkin juga Eropah. Jadi, ia pentas terbaik untuk pemain seperti saya yang berhajat mengembangkan bakat ke luar negara cuba mencuri tumpuan.

“Saya harap akan mampu memikat salah sebuah kelab luar tidak kira dari negara mana sekalipun. Memang menjadi impian saya untuk mencari pengalaman bermain di luar negara, kalau boleh saya berhajat beraksi di Liga Jepun atau Korea,” ujar Safawi.

Pada masa sama, Safawi yakin skuad negara mampu memberi cabaran lebih hebat pada Sukan Asia kali ini berbanding sebelumnya walaupun Malaysia diundi bersama juara bertahan, Korea Selatan, Kyrgyztan dan Bahrain dalam Kumpulan E pada undian asal, 5 Julai lalu.

Ia bersandarkan prestasi skuad bimbingan Kim Swee itu pada Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun, di China, Januari lalu yang membuat kejutan dengan melangkah ke suku akhir.

“Saya yakin kita mampu memberi cabaran dan bukan sekadar melengkapkan pasukan yang bertanding,” katanya.

SUMBER=Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Julai 2018 @ 5:50 AM

Bisa Safawi

MyMetroArena

SAFAWI RASID

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tempatnya bukan lagi taraf Asia Tenggara, malah tonggak utama Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid kini sudah setanding pemain Asia terutama dari Jepun apabila dia beraksi bersama kelab liga utama Portugal, Portimonense SC musim depan.

Mengikut senarai pemain kelab itu, terdapat dua pemain dari Jepun turut beraksi bersama pasukan berkenaan dan sudah tentu kedatangan Safawi mengubah pandangan bahawa individu dari Asia Tenggara dan Malaysia juga mampu membuktikan keupayaan mereka di Eropah.

Dua pemain Jepun itu bekas tonggak Kashima Antlers, Koki Anzai yang beraksi di bahagian pertahanan dan sudah setahun bersama Portimonense SC.

Kelab itu juga turut menyunting seorang lagi pemain Jepun yang berperanan mengawal gawang pasukan terbabit iaitu bekas pemain Sagan Tosu, Shūichi Gonda dengan kedua-duanya dilihat kerap diturunkan membarisi kesebelasan utama.

Menurut jurulatih berpengalaman negara, Azraai Khor Abdullah, taraf pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu sudah berbeza dan keupayaannya kini setanding individu Asia.

Beliau yang pernah membimbing skuad T Team pada 2014 berkata, Safawi boleh dijadikan sebagai contoh atau pembakar semangat kepada pemain tempatan untuk turut beraksi cemerlang seterusnya merebut peluang beraksi di pentas Eropah.

"Kita boleh lihat di Portimonense SC, siapa yang akan bermain bersama Safawi nanti, sudah tentu antara pemainnya dari Jepun yang diketahui kuasa besar bola sepak di rantau Asia.

"Kini, Safawi sudah sama taraf dengan mereka apabila bermain dalam satu pasukan, malah jika dia komited dan mampu mengharungi cabaran mungkin namanya akan menjadi sebutan dalam kalangan peminat di Portugal.

"Sekarang ini, tiada yang mustahil jika pemain berkenaan boleh tahan segala cabaran dan dugaan boleh pergi jauh. Saya lihat Safawi ada ciri berkenaan," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest di laman sosial Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

Safawi juga mendapat 'lampu hijau' daripada majikannya, Tunku Ismail Sultan Ismail untuk melebarkan sayap beraksi bersama kelab itu.

Bintang Harimau Malaya itu juga bakal menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara dengan gaji kira-kira RM70,000 jika dia mampu membuktikan keupayaan bersama kelab berkenaan.

Sementara itu, Azraai berkata, beliau sudah menyedari kemampuan Safawi ketika pemain beraksi bersama skuad Piala Presiden T Team dan kerap dipanggil membarisi skuad utama jika kekurangan pemain.

"Saya lihat kemampuan kaki kiri dia luar biasa dan jika kami menghadapi masalah kekurangan pemain, Safawi antara nama yang sering dipanggil untuk ke skuad senior walaupun usianya masih muda," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2020 @ 6:01 AM

Bisa Safawi

 MyMetroArena

Safawi Rasid.

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.myKUALA LUMPUR: Tempatnya bukan lagi taraf Asia Tenggara, malah tonggak utama Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid kini sudah setanding pemain Asia terutama dari Jepun apabila dia beraksi bersama kelab liga utama Portugal, Portimonense SC musim depan.

Jumaat, 28 Ogos 2020

Saya tak fikir lagi ke kelab Portugal'

MyMetroArena

SAFAWI ketika sidang media selepas tamat perlawanan semalam. FOTO Asrol Awang

Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my

SAFAWI Rasid menyerahkan sepenuhnya kepada pengurusan Johor Darul Ta'zim (JDT) berhubung perpindahannya ke kelab Portugal, Portimonense SC.

Pemain berusia 23 tahun itu berkata, dia akan mendapatkan pengesahan lebih terperinci sebelum berkongsi kepada penyokong mengenai masa depannya.

"Setakat ini saya tak fikir lagi untuk pergi ke kelab Portugal. Kalau boleh saya nak fokus kepada JDT, Liga Super dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

"Selepas itu saya fikir yang terbaik untuk kerjaya saya sebagai pemain," kata Safawi ketika diminta mengulas kelab Portimonense SC yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Baru-baru ini, Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengesahkan pasukan itu menerima tawaran daripada Portimonense untuk Safawi dan bersedia untuk melepaskan pemain itu bagi meneruskan kariernya di Eropah.

Malah, perpindahan itu mendapat 'restu' pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali gus menyaksikan impian Safawi untuk menggegar bumi Eropah menjadi kenyataan.

Mengulas tahap prestasi sebaik dimasukkan pada babak kedua perlawanan berdepan Pahang semalam, Safawi belum berpuas hati dengan prestasinya kerana baru sahaja pulih daripada kecederaan.

Sehubungan itu, dia akan mempertingkatkan lagi kualiti permainan apabila melayan kunjungan Perak di Stadium Sultan Ibrahim, pada 4 September ini. "Saya cuba yang terbaik selepas lama tidak beraksi dan menerima segala keputusan jurulatih untuk meletakkan saya dalam kesebelasan utama atau simpanan. Sebagai pemain saya sudah melakukan yang terbaik terutama pada sesi latihan," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2020 @ 10:52 AM

Safawi jadi sebutan media Portugal

 Safawi jadi sebutan media Portugal

MyMetroArena

Safawi Rasid. FOTO File NSTP

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

KEHADIRAN penyerang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid bagai dinantikan warga Portimonense yang berpangkalan di Portugal apabila perkara terbabit turut mendapat perhatian akhbar di negara berkenaan iaitu O Jogo di Porto.

Menerusi laporan berita berkenaan, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu diikat selama semusim dengan pilihan melanjutkan kontraknya setahun lagi dengan yuran yang tidak dinyatakan.

Kelab terbabit menyatakan, mereka sudah mengikuti perkembangan Safawi sejak enam bulan lalu sebelum memutuskan untuk mengikat pemain berkenaan.

Malah, mereka juga begitu kagum dengan profil Safawi yang dianggap sebagai pemain muda berbakat besar dan terbaik Malaysia sekali gus mengambil langkah drastik membawanya beraksi bersama kelab itu.

Safawi tarik minat Media Portugal.

Safawi tarik minat Media Portugal.

Kedatangan Safawi sudah tentu adalah antara perkara yang dinantikan kelab berkenaan dan tidak sabar untuk melihat Safawi dapat menyesuaikan diri seterusnya beraksi bersama pemain lain.

Perjanjian itu dimeterai semalam hasil hubungan baik Theodoro Fonseca dengan pemilik JDT, iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Selain itu, Pengurus kelab berkenaan, Paulo Sergio, turut menunjukkan minat untuk memiliki sekurang-kurangnya seorang lagi pemain sayap.

Sebelum itu, menerusi kenyataan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT Martin Prest di laman Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan bahawa pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

Safawi juga mendapat 'lampu hijau' daripada majikannya yang juga pemilik kelab untuk melebarkan sayap beraksi bersama kelab di wilayah Algarveh, Portugal itu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2020 @ 9:51 AM

Khamis, 27 Ogos 2020

Bermula gaji RM3,000, Safawi kini bernilai tinggi

MyMetroArena

SAFAWI memulakan karier dengan gaji hanya RM3,000. FOTO Agensi

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

RAMAI yang tidak mengetahui sebenarnya bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid hanya berpendapatan RM3,000 pada permulaan karier sebagai pemain profesional.

Perkara terbabit didedahkan bekas jurulatih Rahmad Darmawan ketika dia mengendalikan T Team kira-kira lima tahun lalu sekali gus menjadi antara individu bertanggungjawab menaikkan Safawi ke peringkat lebih tinggi.

Rahmad ketika ditemubual media Indonesia memberitahu bahawa dia sememangnya sudah melihat potensi dan kebolehan yang dimiliki pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu apabila mampu menyesuaikan diri bermain dengan rakan sepasukan yang lebih tua.

"Barisan kejurulatihan sering memanggil pemain muda untuk menjalani latihan bersama dan ketika itu saya melihat potensi Safawi yang baru saja berusia 16 tahun namun boleh bermain dengan baik.

"Saya memintanya supaya meneruskan latihan bersama skuad senior T Team dan mengambil keputusan menurunkan Safawi pada perlawanan liga," katanya yang kini melatih pasukan Madura United.

Jasa Rahmad terhadap Safawi boleh dikatakan besar apabila jurulatih itu turut meminta pengurusan menaikkan gaji berdasarkan aksi pemain itu yang banyak membantu pasukan.

"Pada usia 16 tahun, Safawi sudah menunjukkan keyakinan diri tinggi dan permainan berkualiti terutama membantu menutup kelemahan pasukan.

"Safawi boleh bermain di banyak posisi antaranya sayap kiri atau kanan, selain berperanan sebagai pemain tengah menyerang.

"Pada pertengahan musim saingan liga, saya meminta pengurusan menaikkan gaji Safawi daripada RM3,000 kepada RM6,000 kerana dia kerap bermain dalam kesebelasan utama," katanya.

Sebelum itu, menerusi kenyataan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT Martin Prest di laman sosial Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan bahawa pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di kelab liga utama Portugal Portimonense SC.

Safawi juga mendapat 'lampu hijau' daripada majikannya Tunku Ismail untuk melebarkan sayap beraksi bersama Kelab itu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2020 @ 9:02 PM

Cheng Hoe tidak terkejut Safawi berhijrah ke Portimonense SC

 SUKAN

SAFAWI (kiri) akan berkelana ke Eropah bersama kelab Liga Premier Portugal selepas JDT menerima tawaran rasmi Portimonense SC, namun yuran perpindahan penyerang sensasi itu tidak didedahkan.

Cheng Hoe tidak terkejut Safawi berhijrah ke Portimonense SC

Oleh SOPI SAMAILE

27 Ogos 2020, 9:15 pm

PERPINDAHAN penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid ke kelab Liga Premier Portugal, Portimonense SC hujung musim ini tidak mengejutkan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Bekas jurulatih Kedah itu berkata, beliau sudah lama menjangkakan pasukan-pasukan luar negara akan cuba mendapatkan khidmat Safawi berdasarkan aksi yang ditampilkan.

Tambah beliau, perpindahan pemain kelahiran Terengganu itu ke saingan luar negara tepat pada masanya kerana menganggap Safawi sudah berkembang sebaiknya serta matang.

“Sejujurnya saya tidak terkejut dengan berita ini kerana saya sentiasa percaya dia akan mendapat peluang untuk beraksi serta timba pengalaman di liga yang lebih baik.

“Kita sudah ada pemain yang beraksi di liga luar seperti Luqman (Hakim) dan Dominic (Tan). Selepas ini, saya mahu lihat pemain kita dalam Liga Jepun pula,” kata Cheng Hoe.

Jurulatih berusia 52 tahun itu menganggap aksi Safawi bersama skuad negara serta JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menjadi faktor yang menarik minat kelab Portugal tersebut.

Pada masa sama, Cheng Hoe percaya penghijrahan pemain-pemain tempatan ke liga luar negara bakal memberikan impak positif kepada skuad Harimau Malaya.

“Saya berpendapat kelab itu memang sudah pantau prestasinya bukan sahaja bersama skuad negara, malah ketika menyarung jersi JDT dalam saingan ACL.

“Sebenarnya, lebih ramai pemain negara di luar negara bakal beri impak positif terhadap skuad Harimau Malaya. Safawi pula bakal beraksi dalam salah satu liga terbaik dunia yang pernah melahirkan Cristiano Ronaldo,” ujarnya. –SUMBER K! ONLINE

Media Indonesia puji Safawi

MyMetroArena

KERATAN media Indonesia yang memperkatakan mengenai Safawi. FOTO Agensi

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

MENJADI duri dalam daging ketika Malaysia menumpaskan Indonesia 2-0 pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 November tahun lalu menyebabkan tonggak kebangsaan Safawi Rasid mendapat perhatian media seberang laut selepas tersebarnya berita perpindah pemain itu ke kelab liga utama Portugal Portimonense SC.

Walaupun luka kekalahan 0-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil masih lagi berbekas hingga menutup peluang Sang Garuda melangkah ke pusingan seterusnya, namun pada satu sudut lain perpindahan Safawi turut membanggakan negara jiran itu.

Seperti sedia maklum, setakat ini tiada lagi pemain Asia Tenggara beraksi di Liga Portugal dan kehadiran Safawi nanti turut menaikkan lagi martabat bola sepak di rantau ini seterusnya menjadi pembakar semangat kepada pemain lain untuk turut melebarkan sayap ke eropah.

Kehebatan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu tidak perlu disangkal lagi apabila rata-rata barisan skuad kebangsaan Indonesia mengakui kekuatan kaki kiri Safawi yang begitu luar biasa.

Jurulatih sementara skuad Sang Garuda ketika tewas tahun lalu, Yeyen Tumena pernah mengakui kehebatan Safawi dengan mengakui bakat yang dimiliki individu terbabit ketika beraksi menentang Malaysia.

"Saya sudah lihat Safawi dari Sukan Asia, dia pemain yang sangat bagus. Waktu itu, main di Jakarta. Dia sempat cetak (jaringkan) gol lawan Korea Selatan. Kaki kirinya sangat berbahaya. Dia mempunyai bakat luar biasa," katanya.

Pada perlawanan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Malaysia menentang Indonesia tahun lalu menyaksikan Safawi meledak dua gol untuk mencipta kemenangan bergaya 2-0.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2020 @ 9:30 PM

Safawi 'angkat' Porsche merah?

MyMetroArena

SAFAWI bergaya di depan jentara baru yang dipercai miliknya. FOTO Ihsan IG Safawi Rasid

PENYERANG Johor Darul Ta'zim (JDT) dan skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid menimbulkan tanda tanya kepada peminatnya apabila memuatnaik gambar di Instagram berdiri di depan kereta mewah.

Safawi mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua peminat dan pengikutnya di Instagram, namun lebih mencuri tumpuan adalah kereta Porsche bewarna merah yang dipercayai koleksi terbaru miliknya.

Selain ucapan sambutan Aidilfitri Safawi juga memberi pesanan kepada semua peminat agar sentiasa menjaga diri masing-masing dan keluarga ketika pandemik Covid-19 masih lagi menular di dalam negara.

"SHRMZB (Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin) #kitajagakita #semogaistiqomah," kata pemain kelahiran Terengganu berusia 23 tahun itu.

Gambar berkenaan mendapat tanda suka sebanyak 91,604 kali sejak pukul 8 pagi tadi.

Turut mencuri tumpuan ialah komen daripada pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di status berkenaan.

"Hebat Anak Terengganu. Sentiasa bersyukur dan kerja keras," kata Tunku Ismail, diikuti dengan beberapa tanda suka serta komen balas dari beberapa peminat pemain berkenaan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2020 @ 8:18 AM

Safawi 'top player' : TMJ

MyMetroArena

TMJ bergurau dengan Safawi (depan). FOTO FB JOHOR Southern Tigers

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid antara pemain terbaik dan berbakat besar di negara ini.

Menurut Facebook JOHOR Southern Tigers, Tunku Ismail turut berkongsi pandangan mengenai pemuda kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Menurut Tunku Ismail lagi Safawi Rasid adalah seorang 'top player' yang menggambarkan tahap profesionalisme dalam Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Safawi seorang pemain yang sangat berbakat serta mempunyai masa hadapan yang cerah dan beliau yakin pemain sayap skuad kebangsaan itu akan membuat keputusan-keputusan yang akan membantunya berjaya.

Seperti mana dengan setiap individu yang merupakan sebahagian daripada Keluarga JDT, Tunku Ismail akan sentiasa bersama Safawi dan kelab ini akan melakukan yang terbaik untuk memastikan hanya yang terbaik untuk kerjaya Safawi.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 11:11 PM

Pakej lengkap

MyMetroUtama

SAFAWI (dua dari kanan) miliki pakaj lengkap. FOTO NSTP

Oleh Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.mySIAPA kata ranking skuad Harimau Malaya di kedudukan 154 menutup peluang pemain tempatan berkelana ke liga utama Eropah.

Penyerang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid membuktikan keupayaan dan kemahiran yang dimiliki individu sebenarnya mampu menarik minat kelab luar untuk menyunting pemain tempatan bagi menguatkan pasukan mereka.

Perkara ini terbukti menerusi laporan akhbar di Portugal iaitu O Jogo di Porto menyatakan kelab Portimonense memantau perkembangan pemain berkenaan sejak enam bulan lalu sebelum mengambil keputusan mengikat Safawi dengan kontrak setahun.

Malah, populariti dikecapi Safawi di peringkat Asia turut menyakinkan lagi pengurusan kelab yang berpangkalan di wilayah Algarve untuk mengikatnya, sekali gus mengukuhkan barisan pemain bagi menghadapi saingan liga pada musim akan datang.

Menerusi laporan berita berkenaan, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu diikat selama semusim dengan pilihan melanjutkan kontraknya setahun lagi dengan yuran yang tidak dinyatakan.

Kedatangan Safawi sudah tentu antara perkara yang dinantikan kelab berkenaan dan tidak sabar untuk melihat Safawi dapat menyesuaikan diri seterusnya beraksi bersama pemain lain.

Perjanjian itu dimeterai semalam hasil hubungan baik Theodoro Fonseca dengan pemilik JDT, iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Selain itu, pengurus kelab berkenaan, Paulo Sergio menunjukkan minat untuk memiliki sekurang-kurangnya seorang lagi pemain sayap.

Sebelum itu, menerusi kenyataan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest di laman sosial Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

Mengikut rekod, Portimonense berada di kedudukan 17 daripada 18 pasukan dalam saingan Liga Premiera namun kelab terbabit terselamat daripada tersingkir selepas Vitoria yang berada di tempat 16 'ditendang' kerana tidak memenuhi syarat kelab.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2020 @ 7:00 AM

Rabu, 26 Ogos 2020

Dari Dungun ke Portugal

SAFAWI RASID

Oleh Media Mulia

27 Ogos 2020, 10:30 a

KUALA LUMPUR: Langkah Safawi Rasid akan lebih jauh selepas penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT) itu hanya me­nunggu masa untuk melebarkan sayap ke Portugal.

Biarpun belum menandatangani kontrak, Safawi sudah mencuri tumpuan media Portugal yang menyifatkan kelab Portimonense SC bertuah bakal mendapat sentuhan antara pemain muda terbaik Asia.

Akhbar O Jogo yang berpangkalan di Porto melaporkan, penyerang kelahiran Dungun, Terengganu itu diikat selama semusim dengan pilihan me­lanjutkan kontrak setahun lagi. Yuran perpindahan bagaimanapun tidak didedahkan.

Kelab itu, yang beraksi dalam liga utama Portugal, Liga Primeira sudah mengikuti perkemba­ngan Safawi sejak enam bulan lalu sebelum memutuskan untuk mengikatnya.

“Portimonense SC yakin tidak ada masalah untuk mengikat Safawi Rasid kerana Theodoro Fonseca (pemilik kelab) mempunyai hubungan baik dengan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Kebetulan, Tunku Ismail juga mempunyai baik dengan Cristiano Ronaldo dan pernah bertemunya di Turin (Juventus),” tulis O Jogo.

Akhbar itu mendakwa, perjanjian sudah dimeterai kelmarin, namun JDT dalam Facebook Johor Southern Tigers sebalik­nya berkata, ia masih di peringkat perbincangan.

Pengarah Sukan Kelab Bola Sepak JDT, Martin Prest bagaimanapun mengakui, pihaknya sedia melepaskan ­Safawi demi mengembangkan karier pemain itu ke Eropah.

“Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook JST.

O Jogo yang menggelar Safawi sebagai ‘budak emas’ Asia turut melaporkan, kelab itu berminat mendapatkan seorang lagi pemain sayap.

Menurut akhbar tersebut, ja­ringan cantik Safawi dalam Liga Juara-Juara Asia yang sebelum ini muncul gol terbaik kejohanan memikat Portimonense SC untuk memiliki pemain itu.

Kepantasan, teknik dan kemampuan berdepan situasi satu lawan satu yang dimiliki Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia dua musim berturut-turut itu juga kualiti yang dicari pasukan.

“Sekarang belum dapat dipastikan bagaimana Safawi akan menyesuaikan diri dengan bola sepak Portugal dan Liga Primeira tetapi jurulatih Paulo Sergio menyatakan minat untuk mendapatkan seorang pemain sayap,” kata akhbar itu.

Portimo­nense menutup musim lalu dengan di kedudukan ke-17 liga menerusi 33 mata.SUMBER-UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Safawi berhijrah selepas tamat musim

 SUKAN

Safawi bakal berkelana ke kelab Liga Portugal, Portimonense SC sebaik sahaja musim Liga M tamat pada 10 Oktober depan. - JOHOR SOUTHERN TIGERS

Safawi berhijrah selepas tamat musim

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

26 Ogos 2020, 9:24 pm

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pe­nyerang sensasi Harimau Selatan, Safawi Rasid hanya akan berhijrah selepas tamat baki saingan Liga Super musim ini.

Sebagai rekod, JDT telah bersetuju untuk menjual pemain berusia 23 tahun itu kepada kelab Liga Premier Portugal, Portimonense SC selepas me­nerima tawaran yang diberikan, namun nilai perpindahan Safawi tidak didedahkan.

Tunku Ismail berkata, pasukan JDT yang dikendalikan oleh Benjamin Mora akan melepaskan khidmat penyerang kelahiran Dungun, Terengganu itu apabila tamat saingan Liga Super pada 10 Oktober depan.

“Kelab JDT akan lepaskan (Safawi) selepas habis saingan Liga Malaysia. Saya mengucapkan tahniah kepada Safawi yang telah dikesan bakatnya oleh Terengganu (T-Team) sebelum menjadi pemain bertaraf bintang bersama JDT.

“Ini adalah sejarah baharu kerana kelab tersebut (Portimonense SC) telah meneliti potensi Safawi sebelum mengemukakan tawaran rasmi dan bukan menerusi kroni atau sebagai­nya,” katanya dalam satu kenya­taan semalam.

Safawi mula mencipta nama sebagai pemain profesional seawal musim 2015 bersama pasukan T-Team (kini Terengganu FC II) sebelum berhijrah ke JDT pada tahun 2017.

Terdahulu, Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengesahkan tawaran rasmi telah diterima oleh pihak pengurusan JDT pada malam kelmarin tetapi perincian mengenai nilai perpindahan tidak didedahkan.

“JDT ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid daripada Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal. Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi.

“Justeru, kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah. Bagaimanapun, kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” kata Prest.

Safawi dianggap sebagai salah seorang pemain paling berbakat Malaysia ketika ini selain menjadi tunjang utama skuad Harimau Malaya yang bersaing dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022.SUMBER-KOSMO ONLINE

Safawi tidak seperti Luqman

MyMetroArena

SELAIN mengucapkan tahniah dan bangga dengan peluang yang dimiliki Safawi itu, penyokong turut melihat situasi yang dilalui Safawi dan Luqman. FOTO AIZUDDIN SAAD

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.myBERITA yang mengeggarkan arena bola sepak negara menerusi tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid yang akan berkelana ke kelab liga utama Portugal, Portimonense jelas mengundang pelbagai reaksi termasuk menyamakan situasi berkenaan dengan bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin.

Jelas sekali, penyokong bola sepak negara laluan yang dimiliki Safawi sama yang dikecapi Luqman Hakim yang akan membuat penampilan bersama kelab KV Kortrijk yang beraksi di liga utama Belgium.

Selain mengucapkan tahniah dan bangga dengan peluang yang dimiliki Safawi itu, penyokong turut melihat situasi yang dilalui Safawi dan Luqman turut membuka peluang dan ruang pemain tempatan berhijrah ke luar negara untuk mengembangkan bakat masing-masing.

Namun, tidak kurang juga mengundang banyak komen-komen yang sinis yang melihat tawaran itu hadir selepas Luqman Hakim berlepas ke Belgium 2 minggu lalu.

Melihat kepada situasi berkenaan, Pemilik JDT Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan situasi sebenar menerusi laman sosial Instagram terhadap netizen yang mempersoalkan tawaran membabitkan Safawi itu.

"Ini lain. Kelab monitor (pantau) pemain kami dan OFFER (tawar). Bukan guna atau suruh kroni Tun ambil pemain kami. Tolong jangan samakan," katanya.

Pada masa sama, Tunku Ismail turut mengucapkan tahniah kepada Terengganu yang berjaya 'bangunkan' pemain seperti Safawi sebelum JDT mengubahnya menjadi bintang.

"Tahniah kepada Terengganu developing Safawi to be a footballer. Tahniah kepada JDT developing Safawi to be a Champion. Syabas,"katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Og

Safawi tinggalkan JDT

 SUKAN»Bola

Selasa, 25 Ogos 2020 | 11:35pm

 Safawi Rasid. - Foto Twitter JOHORSouthernTigers

Safawi Rasid. - Foto Twitter JOHORSouthernTigers

Safawi Rasid. - Foto Twitter JOHORSouthernTigers

Safawi tinggalkan JDT

KUALA LUMPUR: Penyerang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid hampir pasti beraksi di Eropah selepas skuad Harimau Selatan menerima tawaran kelab Liga Portugal, Portimonense SC hari ini.

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengesahkan perkara tersebut dalam entri terkini di laman Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi.

"JDT ingin mengesahkan kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

"Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

"Bagaimanapun, kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan," kata Prest.

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE

Selamat Jalan Safawi

MyMetroUtama

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.myIMPIAN bakal menjadi kenyataan apabila penyerang prolifik Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid mendapat 'lampu hijau' daripada majikannya yang juga pemilik kelab terbabit Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk melebarkan sayap beraksi di pentas eropah.

Menerusi kenyataan di Instagram officialjohor, Tunku Ismail bersedia melepaskan ayam tambatan itu sebaik saingan liga berakhir.Pada masa sama, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu apabila berpindah ke Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal."Lepaskan selepas habis league (liga), All the best Safawi," katanya, yang memuat naik komen di Instagram officaljohor sebentar tadi.

Selain itu, Tunku Ismail turut memberikan 'kredit' kepada Terengganu yang berjaya melahirkan pemain seperti Safawi dan pada masa sama JDT mengubahnya menjadi seorang bintang.

"Terengganu develop (lahirkan) Safawi, JDT turn into a Superstar. Juara liga, juara Piala FA, Juara Piala Malaysia dan dua tahun bermain di peringkat Kelab Juara-Juara Asia," katanya.

Terdahulu, kehebatan Safawi terus mendapat perhatian kelab luar negara apabila dikhabarkan menerima tawaran dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

TUNKU Ismail turut memberikan ‘kredit’ kepada Terengganu yang berjaya melahirkan pemain seperti Safawi FOTO Ihsan Instagram Officialjohor

TUNKU Ismail turut memberikan ‘kredit’ kepada Terengganu yang berjaya melahirkan pemain seperti Safawi FOTO Ihsan Instagram Officialjohor

Hal ini bermakna jika hasil perbincangan pemain berasal dari Dungun, Terengganu bersama kelab berkenaan berjaya, dia akan menjadi pemain kedua tahun ini melebarkan sayap ke pentas antarabangsa beraksi bersama kelab di eropah selepas tonggak Bawah 19 Luqman Hakim Shamsuddin ke KV Kortrijk, Belgium baru-baru ini.

Menerusi kenyataan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest di laman sosial Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan bahawa pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

"Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan," katanya, di sini.

Safawi yang turut tersenarai sebagai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum ini pernah dikhabarkan dirisik oleh beberapa kelab berpangkalan di luar negara berdasarkan prestasinya ketika bersama dengan skuad Harimau Malaya.

Ketika ini, Portimonense SC beraksi di liga utama Portugal dengan berada di kedudukan 17 liga pada musim lalu menerusi 33 mata selepas mengharungi 34 perlawanan dan pengurusnya adalah António Folha.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ra

Selasa, 25 Ogos 2020

Jaringan Safawi calon Gol Terbaik Sedekad ACL.

Oleh Media Mulia

KUALA LUMPUR: Jaringan Safawi Rasid pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Shandong Luneng tahun lalu tercalon dalam Gol Terbaik Sedekad ACL.

“Antara bintang muda Asia Tenggara yang sedang menyinar.

“Penyerang itu menunjukkan kebolehan melepasi Wu Xinghan untuk berada dalam kedudukan menjaringkan gol sebelum melepaskan rembatan padu ke arah gawang dan menghasilkan jaringan berkualiti”, tulis artikel Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam.

AFC telah menyenaraikan 20 jaringan menerusi dua separuh akhir yang mana lima gol terbaik layak ke final pada bulan September.

Mei lalu, jaringan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dinobat sebagai gol lencongan terbaik ACL 2019 selepas mendapat 50 peratus undian.

Safawi menerima 159,502 undi, sekali gus mengetepikan bekas bintang Chelsea yang pernah mencipta nama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Oscar.

Gol ’emas’ dihasilkan dari luar kotak penalti ketika menentang Shandong pada 9 April tahun lalu itu berjaya mengalahkan Oscar dan tiga pencabar lain.

Oscar yang beraksi bersama Shanghai SIPG sekadar meraih satu peratus undian diikuti Nam Tae-hee dari Lekhwiya dan Serginho yang mewakili Kashima Antlers.

Peminat boleh mengundi jaringan Safawi di: https://www.the-afc.com/competitions/afc-champions-league/latest/news/acl-goals-of-the-decade-semi-final-1sUMBER BERITA HARIAN ONLINE

Isnin, 24 Ogos 2020

Safawi tercalon lagi

MyMetroArena

JARINGAN Safawi terus mendapat pengiktirafan. FOTO Ihsan Johor Southern Tigers

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

BINTANG penyerang prolifik Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid terus menyinar apabila sekali lagi berjaya menempatkan diri dalam senarai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerusi jaringan yang dilakukannya pada aksi Liga Juara Juara Asia (ACL).

Jika sebelum ini, pemain yang berasal dari Dungun, Terengganu itu, dinobatkan sebagai penjaring gol lencongan terbaik dalam saingan ACL 2019, namun kali ini dia tercalon dalam senarai Gol Terbaik Sedekad ACL di mana jaringan itu dilakukan pada aksi peringkat kumpulan menentang Shandong Luneng, April tahun lalu.

Menurut AFC, jaringan yang dilakukan pemain kebangsaan itu sememangnya berkualiti dengan berada di kedudukan yang tepat untuk menyumbat gol.

"Gol yang sering diperkatakan dikalangan peminat bola sepak adalah jaringan daripada Safawi ketika menentang Shandong Luneng yang turut disenaraikan sebagai gol lencongan terbaik ACL 2019.

"Salah seorang bintang muda Asia Tenggara yang sedang menyinar, penyerang itu menunjukkan kebolehannya melepasi Wu Xinghan untuk berada dalam kedudukan menjaringkan gol sebelum melepaskan rembatan padu ke arah gawang dan menghasilkan jaringan yang sememangnya berkualiti," katanya.

AFC menyenaraikan 20 jaringan menerusi dua separuh akhir di mana lima jaringan terbaik yang dipilih akan layak ke final pada September ini.

Bagi saingan separuh akhir pertama, Safawi akan berentap dengan sembilan lagi pemain iaitu Heverton (Seongnam Ilhwa Chunma); Wesley (Al Hilal); Andranik Teymourian (Esteghlal); Hiroyuki Abe (Gamba Osaka) dan Paulinho (Guangzhou Evergrande) Empat pemain lagi adalah Abdulmajeed Al Swat (Al Taawoun) ; Chanathip Songkrasin (Muangthong United); Ikromjom Alibaev (Lokomotiv) dan Shojae Khalilzadeh (Persepolis).

Penyokong boleh mengundi untuk memilih gol Safawi di pautan https://www.the-afc.com/competitions/afc-champions-league/latest/news/ac... dan undian akan berakhir pada 28 Ogos ini.

Setakat jam 2 petang tadi, Khalilzadeh mendahului undian dengan jurang yang besar apabila mendapat 61 peratus undian diikuti Teymourian (31 peratus) dan Safawi yang ketika ini menghimpun tujuh peratus membabitkan undian keseluruhan sebanyak 72,307 undian.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Ogos 2020 @ 6:41 PM

FAM kaji gol Safawi ke Anugerah Puskas

MyMetroArena

Pemain JDT, Safawi Rasid. FOTO File NSTP

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

IMPIAN tonggak Harimau Malaya dan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid untuk melihat gol lencongan cantiknya dicalonkan ke Anugerah Puskas, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) hampir menjadi kenyataan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia mempertimbangkannya.

Bagaimanapun, ia perlu melalui proses penilaian di peringkat dalaman oleh bahagian teknikal FAM sebelum mencalonkan gol lencongan terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) itu ke peringkat dunia.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, badan induk itu tiada sebarang masalah untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Fifa namun langkah itu haruslah dilakukan bersandarkan kepada merit.

Katanya, beliau dan seluruh keluarga FAM cukup berbangga dengan pencapaian bintang JDT apabila berjaya dinobatkan sebagai pemenang gol lencongan terbaik ACL terutama dengan mengenepikan bekas pemain hebat Brazil dan Chelsea, Oscar.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi. FOTO File NSTP

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi. FOTO File NSTP

"Berita kemenangan Safawi menunjukkan bahawa sebenarnya pemain Malaysia juga mampu melakukan perkara sama yang dibuat oleh pemain luar negara.

"Tiada apa yang mustahil dalam bola sepak, bahkan Faiz Subri juga pernah membuktikan kepada dunia apabila muncul pemenang anugerah Puskas Fifa sebelum ini.

"Kita tahu bukan senang nak bertanding dalam anugerah Puskas itu kerana ia membabitkan ribuan gol-gol tercantik di seluruh dunia.

"Sekarang muncul Safawi pula dengan gol lencongan menarik yang berjaya memenangi di peringkat Asia.

"Mungkin kita (FAM) akan pertimbangkan untuk mencalonkan golnya ke Fifa dalam anugerah Puskas nanti.

Apapun, kita akan kaji dan lihat keistimewaan gol itu terlebih dulu dan jika ia menepati standard saya kira tak ada masalah untuk kita hantar golnya itu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Arena Metro melaporkan Safawi bersedia sekiranya gol lencongan cantik yang dilakukan ketika menentang kelab dari China, Shandong Luneng itu di bawa ke anugerah lebih berprestij seperti anugerah Puskas Fifa.

Jelas Safawi, gol yang terhasil itu dilakukan cukup sukar dan bukan mudah untuk mana-mana pemain melepaskan rembatan lencong sambil diberi tekanan hingga menyebabkan dia hilang keseimbangan untuk melakukan sepakan itu.

Berdasarkan undian peminat di laman web AFC, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu meraih 50 peratus daripada undian keseluruhan untuk mengumpul sebanyak 159,502 undi sekali gus mengatasi empat pencabar lain termasuk bekas bintang Chelsea, Oscar yang hanya menerima 1 peratus.

Impian untuk melihat Safawi memenangi anugerah Puskas bukan sesuatu yang mustahil apabila sebelum ini pada 2017 menyaksikan Faiz Subri mengejutkan dunia dengan dinobatkan pemenang anugerah itu yang berlangsung di ibu pejabat Fifa di Zurich, Switzerland.

"Sama ada menang atau tidak di peringkat Fifa nanti itu soal kedua, yang penting adalah dengan kejayaan Safawi itu sekurang-kurangnya menaikkan semangat dan motivasi pemain muda lain untuk jadi sepertinya.

"Malah, ia juga baik buat Safawi dan saya harap dia akan terus meningkat bukan saja bersama kelab diwakili bahkan ketika menyarung jersi negara," kata Yusoff yang juga pengurus skuad Harimau Malaya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2020 @ 7:03 PM

Gol Safawi terbaik ACL tewaskan Oscar

MyMetroArena

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

MENERIMA jumlah undian sebanyak 159,502 menyaksikan penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid dinobatkan sebagai penjaring gol lencongan terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019.

Lebih mengejutkan apabila Safawi yang juga ayam tambatan skuad Harimau Malaya itu berjaya mengenepikan bekas bintang Chelsea yang pernah mencipta nama di Liga Perdana Inggeris (EPL), Oscar.

Gol 'emas' dihasilkan daripada luar kotak penalti ketika menentang kelab China, Shandong Luneng pada 9 April tahun lalu itu berjaya mengenepikan Oscar dan tiga pencabar lain.

Berdasarkan undian peminat di laman web Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang ditutup lewat petang hari ini, Safawi meraih 50 peratus daripada undian itu sekali gus muncul pemain tempatan pertama memahat nama di saingan tertinggi itu.

Dia yang dijulang sebagai pemain paling bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) tahun lalu, berjaya mengatasi saingan sengit pemain pasukan Esteghlal, Mame Thiam yang menerima 48 peratus daripada jumlah keseluruhan undian.

Manakala, Oscar yang kini beraksi bersama Shanghai SIPG sekadar meraih satu peratus diikuti Nam Tae-hee dari pasukan Lekhwiya dan Serginho yang mewakili Kashima Antlers.

Kejayaan itu sekali gus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa selepas pada 2017 menyaksikan Faiz Subri mengejutkan dunia apabila dinobatkan pemenang anugerah PUSKAS 2016 anjuran FIFA.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2020 @ 10:32 PM 

Ahad, 23 Ogos 2020

Gol Safawi terbaik ACL tewaskan Oscar

MyMetroArena

SAFAWI dinobatkan sebagai penjaring gol lencongan terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019. FOTO Mohd Azren Jamaludin

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

MENERIMA jumlah undian sebanyak 159,502 menyaksikan penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid dinobatkan sebagai penjaring gol lencongan terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019.

Lebih mengejutkan apabila Safawi yang juga ayam tambatan skuad Harimau Malaya itu berjaya mengenepikan bekas bintang Chelsea yang pernah mencipta nama di Liga Perdana Inggeris (EPL), Oscar.Gol 'emas' dihasilkan daripada luar kotak penalti ketika menentang kelab China, Shandong Luneng pada 9 April tahun lalu itu berjaya mengenepikan Oscar dan tiga pencabar lain.

Berdasarkan undian peminat di laman web Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang ditutup lewat petang hari ini, Safawi meraih 50 peratus daripada undian itu sekali gus muncul pemain tempatan pertama memahat nama di saingan tertinggi itu.

Dia yang dijulang sebagai pemain paling bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) tahun lalu, berjaya mengatasi saingan sengit pemain pasukan Esteghlal, Mame Thiam yang menerima 48 peratus daripada jumlah keseluruhan undian.

Manakala, Oscar yang kini beraksi bersama Shanghai SIPG sekadar meraih satu peratus diikuti Nam Tae-hee dari pasukan Lekhwiya dan Serginho yang mewakili Kashima Antlers.

Kejayaan itu sekali gus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa selepas pada 2017 menyaksikan Faiz Subri mengejutkan dunia apabila dinobatkan pemenang anugerah PUSKAS 2016 anjuran FIFA.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2020 @ 10:32 PM

Teori Faiz

 MyMetroArena

SAFAWI. FOTO Arkib NSTP

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

MENJARINGKAN gol lencong ketika diasak lawan lebih sukar daripada menyempurnakan sepakan percuma menerusi teknik sama.

Begitu kata pemenang Anugerah Puskas Fifa 2017, Faiz Subri mengenai jaringan penyerang prolifik Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid pada aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Shandong Luneng, April tahun lalu, yang dicalonkan antara Gol Terbaik Sedekad ACL oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Faiz berkata, selain latihan konsisten, sepakan lencongan itu perlu berada pada waktu dan keadaan tepat sekali gus boleh menerjah gol dengan sempurna.

Menurutnya, Safawi antara pemain yang dilihat mempunyai keupayaan dalam mengawal seterusnya menjaringkan gol lencong bukan daripada sepakan percuma.

FAIZ. FOTO Arkib NSTP

FAIZ. FOTO Arkib NSTP

"Saya ada lihat jaringan Safawi itu dan apa yang boleh dikatakan dia mempunyai kelebihan untuk mengungguli penjaring gol terbaik sedekad ACL.

"Sudah tentu latihan secara konsisten mampu menghasilkan gol lencong dan ia adalah perkara membanggakan untuk industri bola sepak negara," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu, dinobatkan sebagai penjaring gol lencongan terbaik dalam saingan ACL 2019.

Menurut AFC, jaringan yang dilakukan pemain kebangsaan itu sememangnya berkualiti dengan berada di kedudukan tepat untuk menyumbat gol.

"Gol yang sering diperkatakan dalam kalangan peminat bola sepak adalah jaringan daripada Safawi ketika menentang Shandong Luneng yang turut disenaraikan sebagai gol lencongan terbaik ACL 2019," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2020 @ 7:15 AM