Rabu, 28 Oktober 2020

'Safawi duduk bangku simpanan pun dah bangga'

 'Safawi duduk bangku simpanan pun dah bangga'

Oleh Syafiq Aznan - Oktober 16, 2020 @ 2:18pm

syafiq.aznan@bh.com.my



Aksi Safawi ketika latihan bersama rakan sepasukan di Portimonense SC.

KUALA LUMPUR: "Kalau nama Safawi (Rasid) ada dalam senarai pada hari perlawanan pun, itu sudah cukup membanggakan kita!"

Demikian kenyataan legenda bola sepak Johor, Rizal Sukiman ketika mengulas kemungkinan penyerang kebangsaan itu akan diturunkan pada aksi Primeira Liga antara Portimonense SC menentang C S Maritimo, malam esok.

Rizal mengakui perlawanan yang akan disiarkan secara langsung itu pasti menjadi perlawanan 'blockbuster' yang dinantikan rakyat Malaysia sekalipun penampilan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dipinjamkan setahun ke kelab Portugal itu masih menjadi misteri, sama ada disenaraikan ataupun tidak.

"Mungkin perlawanan ini boleh disifatkan sebagai satu detik bersejarah yang menjadi kebanggaan bola sepak Malaysia dan Asia Tenggara. Bukan satu perkara yang biasa melihat pemain Asia Tenggara beraksi di Eropah.

"Tak kisahlah sama ada dia dalam kesebelasan utama ataupun duduk di bangku simpanan sekalipun atau namanya setakat berada dalam skuad hari perlawanan, saya rasa itu boleh dianggap sebagai satu pencapaian membanggakan.

"Tetapi dengan kualiti yang ada selain pengalamannya bersama JDT di pentas Asia dan antarabangsa, saya menjangkakan Safawi akan diberi peluang beraksi," katanya.

Sebagai rekod, aksi membabitkan Portimonense SC dan C S Maritimo mungkin tidak segah pertembungan Porto dan Sporting Lisbon namun ia tetap memberi signifikan tertentu.

Ini kerana perlawanan itu bakal menampilkan pertembungan dua bintang Asia Tenggara iaitu Safawi bersama Portimonense dan pemain dari Brunei yang juga anak saudara Sultan Brunei, Faiq Jefri Bolkiah yang mewakili C S Maritimo selepas meninggalkan Leicester.

Malah, dengan kedua-dua pemain beraksi di bahagian serangan, pasti penyokong kedua-dua negara mahu menyaksikan kedua-dua pemain itu beraksi di atas padang dan menunjukkan 'taring' masing-masing.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Jangan malukan Luqman, Safawi

Oleh Zulfaizan Mansor - Oktober 28, 2020 @ 1:42pm

zulfaizan@bh.com.my



Penyokong di negara ini dinasihat tidak memberikan komen ‘mengarut' di laman media sosial rasmi kelab Luqman Hakim Shamsudin (kiri), KV Kortrijk dan pasukan baharu Safawi Rasid di Portugal, Portimonense SC bagi elak mereka dijadikan bahan sindiran dan ditertawakan rakan sepasukan.

KUALA LUMPUR: Penyokong alam maya atau 'netizen' diingatkan tidak memberikan komen yang melampau hingga boleh menyebabkan pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid menjadi bahan sindiran di Eropah.

Ia selepas terdapat komen 'mengarut' daripada segelintir rakyat negara ini di media sosial rasmi kelab Luqman, KV Kortrijk dan pasukan baharu Safawi di Portugal, Portimonense SC.

Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa menjelaskan komen yang yang keterlaluan di media sosial rasmi kelab boleh mengundang sindiran atau ejekan kepada dua pemain itu dalam pasukan mereka.

Beliau berkata, secara psikologi perkara itu boleh menambah tekanan dari luar padang kepada Luqman dan Safawi ketika dua pemain itu sedang berusaha menyesuaikan diri di bumi Eropah dan pasukan baharu.

"Kita sebagai peminat perlu bersifat realistik dan adil kepada Luqman serta Safawi supaya mereka tidak dijadikan bahan sindiran dalam pasukan," katanya kepada BH Sukan, semalam.

"Kita perlu berhati-hati dan menghormati mereka, jangan memberikan tekanan tambahan. Bila jadi bahan sindiran dan ejekan ini boleh menjejaskan mental dan fokus pemain."

Antara komen yang banyak dibuat netizen termasuk mempertikai keputusan kelab Luqman dan Safawi kerana tidak menyenaraikan dua pemain itu dalam perlawanan rasmi di liga masing-masing.

Tidak kurang juga ada yang menuduh pengambilan Luqman dan Safawi sekadar hanya mahu panaskan bangku simpanan KV Kortrijk dan Portimonense.

Malah, Luqman turut mengakui bahawa ada rakan sepasukan di KV Kortrijk yang menanyakan mengenai komen yang dibuat oleh netizen dari Malaysia.

Mengulas lanjut, Sadek berkata peminat seharusnya bersabar dan memberi ruang kepada Luqman dan Safawi menyesuaikan diri dengan realiti yang ada di Eropah.

"Penyokong perlu realistik bahawa standard yang ada di liga Eropah jauh lebih tinggi dan dalam aspek ini, sebagai manusia mereka patut lalui proses penyesuaian bukan hanya dari aspek bola sepak, malah merangkumi sosial dan budaya serta nilai dalam latihan dan pertandingan," katanya. SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Jumaat, 23 Oktober 2020

Tunggu dulu Safawi


Tunggu dulu Safawi



SAFAWI RASID

Oleh Rozaidi Zulkifli

22 Oktober 2020, 3:03 pm

KUALA LUMPUR: Bintang Harimau Malaya Safawi Rasid sekali lagi akan membarisi skuad bawah 23 tahun (B-23) Portimonense SC sekali gus menyaksikan dia terpaksa menunggu untuk membuat penampilan pertamanya bersama pasukan utama di Liga Primeira.

Selepas aksi bertemu CS Maritimo minggu lalu, yang berkesudahan Portimonense SC menang 2-1, skuad bimbingan Paulo Sergio itu akan bertemu Tondela di tempat lawan, Sabtu ini disusuli aksi bertemu Santa Clara di laman sendiri pada 1 November.

Bagaimanapun, Safawi mengambil perkara itu sebagai cabaran untuk dia terus berusaha keras bersaing merebut tempat dalam skuad utama namun mengakui aksinya kini sedikit sebanyak telah memikat hati jurulatih.

Untuk perlawanan akan datang saya akan bermain bersama skuad B-23 menentang Maritimo pada Ahad ini (25 Oktober) di tempat lawan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar di sini dan cabaran merebut tempat dalam skuad utama sangat sengit. Bagi saya elok juga ketua jurulatih letak saya main bersama skuad B-23 untuk menyesuaikan diri.

InsyAllah tidak lama lagi rezeki saya akan sampai. Saya tahu rakyat Malaysia mahu melihat penampilan pertama saya bersama skuad utama di Portugal,” katanya kepada Utusan Malaysia.SUMBER-UM ONLINE

SAFAWI RASID

Oleh Rozaidi Zulkifli

22 Oktober 2020, 3:03 pm

KUALA LUMPUR: Bintang Harimau Malaya Safawi Rasid sekali lagi akan membarisi skuad bawah 23 tahun (B-23) Portimonense SC sekali gus menyaksikan dia terpaksa menunggu untuk membuat penampilan pertamanya bersama pasukan utama di Liga Primeira.

Selepas aksi bertemu CS Maritimo minggu lalu, yang berkesudahan Portimonense SC menang 2-1, skuad bimbingan Paulo Sergio itu akan bertemu Tondela di tempat lawan, Sabtu ini disusuli aksi bertemu Santa Clara di laman sendiri pada 1 November.

Bagaimanapun, Safawi mengambil perkara itu sebagai cabaran untuk dia terus berusaha keras bersaing merebut tempat dalam skuad utama namun mengakui aksinya kini sedikit sebanyak telah memikat hati jurulatih.

Untuk perlawanan akan datang saya akan bermain bersama skuad B-23 menentang Maritimo pada Ahad ini (25 Oktober) di tempat lawan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar di sini dan cabaran merebut tempat dalam skuad utama sangat sengit. Bagi saya elok juga ketua jurulatih letak saya main bersama skuad B-23 untuk menyesuaikan diri.

InsyAllah tidak lama lagi rezeki saya akan sampai. Saya tahu rakyat Malaysia mahu melihat penampilan pertama saya bersama skuad utama di Portugal,” katanya kepada Utusan Malaysia.SUMBER-UM ONLINE

Khamis, 22 Oktober 2020

Pesaing Pawi

MyMetroUtama



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bintang skuad negara, Safawi Rasid memerlukan masa sekurang-kurangnya sebulan untuk menembusi skuad utama apatah lagi kesebelasan kelab liga utama Portugal, Portimonense SC.

Bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkata, fokus utama Safawi ketika ini adalah cepat menyesuaikan diri dengan situasi semasa pasukan dan mampu mengikuti setiap latihan yang diterapkan oleh barisan kejurulatihan.

Beliau yang pernah berkelana ke kelab Ligue 1, RC Strasbourg sebelum dipinjamkan ke FCSB Haguenau berkata, ketika ini Safawi dalam proses pembelajaran dan jika segalanya berjalan lancar sudah pasti ada tempatnya dalam kesebelasan utama pasukan itu.

"Lihat dalam senarai pemain pasukan sudah tentu mereka datang daripada pelbagai latar belakang berbeza dengan masing-masing mempunyai pencapaian membanggakan.

"Apa yang boleh saya katakan memang susah untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama, namun tidak mustahil bagi Safawi memecah 'tembok' berkenaan jika terus komited dan sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan diri.

"Ketika ini, untuk Safawi berada dalam senarai skuad utama mungkin sukar dan perlu menunggu tempoh sebulan sebelum diberikan peluang," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Perlawanan Portimonense Sabtu ini sudah tentu menjadi tumpuan peminat tanah air apabila Safawi kemungkinan melakukan penampilan pertama bersama skuad utama menentang Tondela.

Jika dilihat atas kertas, agak sukar untuk pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu diturunkan kerana perlu bersaing dengan tujuh pemain lain bagi merebut tempat di posisi sayap dan penyerang.

Mengikut formasi yang diterapkan ketua jurulatih Portimonense, Paulo Sérgio, mereka bermain dengan taktikal 4-3-3 seperti ketika menentang Maritimo Sabtu lalu.

Safawi perlu bersaing dengan rakan sepasukan yang lebih berpengalaman iaitu Aylton Boa Morte (sayap kanan) dan Welinton Júnior (sayap kiri).

Aylton, 27, yang juga pemain tempatan menyertai pasukan itu sejak setahun lalu dari kelab LigaPro, Cova Piedade bersama pemain Brazil, Welinton.

Sergio turut menyenarai lima penyerang dan sayap di bangku simpanan dengan masing-masing berpengalaman beraksi di pentas Eropah terutama dalama saingan liga Portugal.

Mereka ialah bekas pemain kelab liga bawahan Portugal, Parana iaitu Henrique Custodio, selain Júlio César, Beto dan Anderson Oliveira. Seorang lagi pemain adalah bekas penyerang Bolton Wanderers dan West Ham United, Ricardo Vaz Tê.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 6:35 AM

Santa Clara lawan pertama Safawi

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pasukan Santa Clara yang kini menghuni tangga keempat Liga Primeira, Portugal mungkin menjadi lawan pertama buat Safawi Rasid dalam misinya meraih penampilan sulung bersama Portimonense SC selepas hampir sebulan di bumi Eropah.

Pertembungan yang dijadualkan pada 1 November ini pastinya memberi ruang buat Safawi untuk terus memperkemaskan permainan bersama skuad bawah 23 tahun (B-23) Portimonense SC terlebih dahulu sebelum beraksi dengan pasukan utama minggu depan.

Safawi, 23, sebelum ini beraksi dengan skuad B-23 menentang Sporting CP yang menyaksikan pasukannya tumbang 1-3 minggu lalu.

Menurut pemain sayap itu, impian untuknya merasai saingan sebenar Liga Portugal semakin hampir apabila jurulatih mula terpikat dengan aksinya.

"Untuk perlawanan akan datang saya akan bermain bersama skuad B-23 menentang Maritimo pada Ahad ini (25 Oktober) di tempat lawan.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar di sini dan cabaran merebut tempat dalam skuad utama sangat sengit. Bagi saya elok juga ketua jurulatih letak saya bermain bersama skuad B-23 untuk menyesuaikan diri.

"Insya-Allah tidak lama lagi rezeki saya akan sampai. Saya tahu rakyat Malaysia mahu melihat penampilan pertama saya bersama skuad utama di Portugal," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu lagi, dia sentiasa berusaha untuk 'mencuri' tempat dalam pasukan sejak tiba di Portugal dan semangatnya tidak pernah luntur.

"Itu juga matlamat utama saya ketika membuat keputusan berpindah ke sini dan saya sentiasa berusaha keras ke arah itu dan jurulatih sudah terpikat dengan aksi saya," katanya.

Safawi berhijrah daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) selama semusim secara pinjaman dengan kelab Portugal itu diberi pilihan untuk membelinya selepas ini.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 10:57 PM

Rabu, 21 Oktober 2020

Bekas jurulatih Safawi teruja

MyMetroArena



Malik Muhamad

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Penghijrahan bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid secara pinjaman bersama kelab Portimonense SC dalam Liga Portugal turut menarik perhatian bekas jurulatih pertamanya, Mohd Azhari Salim.

Bekas penolong jurulatih pasukan T-Team itu yang mesra dengan panggilan Cikgu adalah individu yang bertanggungjawab membimbing pemain itu ketika menjadi ketua jurulatih pasukan Bawah 17 Tahun Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Nenas (Sekolah Sukan Terengganu) pada 2013.

Malah setahun selepas itu, Azhari juga bertanggungjawab membawa masuk Safawi beraksi bersama skuad Piala Presiden T-Team sehingga mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Perak.

Pada tahun 2015 ketika Safawi berusia 17 tahun, Azhari menyenaraikan pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu dalam pasukan utama T-Team yang bersaing dalam Liga Perdana dan Liga Super pada 2016 serta layak ke separuh akhir Piala Malaysia.

Dua musim bersama skuad T-Team yang turut dilatih jurulatih kelahiran Croatia, Tomislav Steinbruckner pada 2015 dan bekas jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Rahmad Darmawan (2016), kelibat pemain yang mampu beraksi di bahagian sayap kiri dan penyerang itu diintai pasukan gergasi negara, JDT sebelum pemain itu berkelana menyarung jersi pasukan Harimau Selatan itu pada tahun 2017 sehinggalah musim ini.

"Selepas mendapat tahu Safawi menerima tawaran beraksi bersama kelab Liga Portugal itu, saya begitu teruja dan gembira kerana impian saya untuk melihat pemain itu beraksi di pentas tertinggi peringkat antarabangsa tercapai.

"Malah pemain muda yang mempunyai kemahiran dan pakej lengkap tidak sombong kerana sehingga sekarang masih lagi menghubungi saya walaupun berada di Portugal, dia ada menyatakan corak latihan sedikit keras berbanding di Malaysia, namun dia seronok belajar ilmu bola sepak di sana.

"Ketika menerima tawaran daripada pasukan JDT pada 2017, Safawi ada minta pandangan saya sama ada menerima tawaran itu atau sebaliknya, ternyata tindakan pemain itu yang mendengar nasihat supaya berhijrah adalah tepat apabila kelibat pemain itu semakin menyinar bersama juara Liga Super sebanyak tujuh kali berturut-turut itu.

"Harapan saya mahu lihat Safawi mampu menjadi pemain utama kelab Portimonense SC itu selepas ini walaupun sudah beraksi ketika mewakili pasukan Bawah 23 Tahun kelab berkenaan minggu lalu," katanya yang mencungkil bakat Safawi ketika pemain itu mewakili daerah Dungun dalam sukan sepak takraw pada usia 15 tahun.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 12:29 PM

Safawi mulakan aksi sulung B23 di Portugal

By Abdul Hafiz Ahmad -17/10/20200288



SAFAWI Rasid (depan, kiri) membarisi kesebelasan utama Bawah 23 Tahun Portimonense SC menentang Sporting CP dalam Liga Pendedahan - Selatan, semalam. - Foto Portimonense SC.

Oleh Abdul Hafiz Ahmad

SAFAWI Rasid membuat penampilan sulungnya dalam perlawanan sebenar di bumi Portugal apabila membarisi kesebelasan utama skuad Bawah 23 Tahun Portimonense SC menentang Sporting CP dalam hari perlawanan kelima Fasa Satu Liga Pendedahan – Selatan.

Beliau yang masih pemain sayap kanan Harimau Malaya itu bermain selama 56 minit pada perlawanan menentang Sporting CP yang dimenangi lawan 3-1 di Pusat Internship, Dois Irmaos.

Dia menjadi pemain Malaysia kedua yang beraksi di Portugal selepas Nazmi Faiz Mansor melakukannya dengan kelab divisyen tiga Portugal, Beira-Mar pada 2012.

Inilah aksi pertama anak jati Besut Terengganu itu, sejak diperkenalkan oleh pengurusan Portimonense SC pada 7 Oktober lalu dan beliau dipinjamkan ke kelab asing itu selama semusim oleh Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menyarung jersi bernombor 10 skuad belia ini, Safawi, 23, digantikan oleh Felipe Dini, empat minit sebelum Sporting CP menjaringkan gol kedua mereka namun Portimonense SC terlebih dulu membuka jaringan menerusi kapten, Romulo pada minit ke-16.

SAFAWI (jersi kuning) cuba menggelecek tiga pemain Sporting CP. – Foto Portimonense SC.

Gol-gol pelawat dihasilkan oleh Rafael Fernandes pada minit ke-27, Duarte Carvalho (60) dan N. Skoglund (63) sekali gus membawa pulang tiga mata liga.

Skuad B23 SC Portimonense bimbingan Rolao Preto ini turut terpaksa bermain dengan 10 orang setelah Sergio Santos dikenakan kad merah pada minit ke-83.

Skuad senior utama SC Portimonense bertandang ke Stadium Maritimo hari ini untuk menentang CS Maritimo Madeira pada hari perlawanan keempat Liga NOS Portugal 2020/2021.

Skuad Paulo Sergio ini sudah mengharungi tiga perlawanan dengan menghuni tempat ke-16 daripada saingan 18 pasukan Liga NOS selepas mengutip satu mata.

Mereka bermula dengan seri 1-1 dengan Pacos de Ferreira pada 21 September lalu namun dikalahkan Gil Vicente 1-0, enam hari kemudian dan Sporting CP 2-0, 4 Oktober lalu.

SUMBER-https://bebasnews.my/?p=45774

Isnin, 19 Oktober 2020

Safawi mampu tampil lebih cemerlang

MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | | 18 Oktober 2020




Aksi Safawi ketika menentang Sporting Lisbon dalam aksi Liga Revelacao B-23 di Stadium Dois Irmaos. Foto: FB PortimonenseFUTEBOLSAD
JURULATIH berpengalaman, Wan Jamak Wan Hassan percaya pemain kebangsaan, Safawi Rasid mampu untuk tampil cemerlang bersama Portimonense SC selepas melihat aksinya dalam penampilan pertama bersama skuad Bawah 23 (B-23) kelab Portugal itu.
Menurutnya, beliau melihat Safawi mampu menyesuaikan diri dengan cepat bersama pasukan tersebut dan diberikan kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama skuad B-23 itu.

"Ini permulaan baharu kepada Safawi dan berdasarkan video pendek skuad B-23 itu saya nampak ada perkembangan baik di sana dan saya percaya dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat.
"Malah, dalam penampilan pertamanya itu juga saya nampak dia tidak janggal untuk beraksi. Saya tak nampak perbezaan ketara dalam persembahannya yang sememangnya sudah cemerlang ketika ditampilkan bersama Johor Darul Ta'zim (JDT)," katanya kepada Sinar Ahad, semalam.
Terdahulu, Safawi melakukan penampilan pertamanya bersama skuad B-23 Portimonense SC yang menyaksikan pasukan itu tewas 1-3 kepada Sporting Lisbon dalam aksi Liga Revelacao B-23 di Stadium Dois Irmaos.
Pemain berusia 23 tahun itu diletakkan dalam kesebelasan utama dan diberikan peranan sebagai pemain sayap kanan dalam perlawanan tersebut.
Kelibat Safawi dalam kelab tersebut juga turut mencuri perhatian peminat bola sepak di negara ini yang turut mendoakan agar Safawi diberikan peranan beraksi dalam kesebelasan utama Portimonense SC.
Dalam pada itu, Wan Jamak turut menasihati peminat bola sepak di negara ini supaya bersabar untuk melihat Safawi beraksi sebagai kesebelasan utama pasukan tersebut.
"Setiap pemain baharu yang datang ke kelab, dia perlu menyesuaikan diri terlebih dahulu. Kemudian, pihak kejurulatihan kelab itu akan melihat prestasi dia lebih-lebih lagi dia datang daripada satu tempat yang jauh.
"Tetapi saya tengok perkembangan itu baik dan dalam masa seminggu kat sana dia dah boleh main dengan skuad B-23. Mungkin kita tidak boleh tengok dia cepat sangat bermain dalam skuad utama. Kita bimbang kalau cepat sangat akan memudaratkan dia.
"Biar dia bertapak satu langkah ke satu langkah dan saya yakin dia mampu menyinar di sana," katanya.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/105770/BERITA/Sukan/Safawi-mampu-tampil-lebih-cemerlang© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Safawi bakal beroleh manfaaf besar

 SUKAN



SAFAWI (kanan) cuba melepaskan diri daripada diasak pemain lawan ketika beraksi bersama skuad B-23 Portimonense menentang Sporting CP di Portugal kelmarin. – PORTIMONENSE SC

Safawi bakal beroleh manfaaf besar

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH

19 Oktober 2020, 10:10 amKEJAYAAN Portimonense SC menewaskan CS Maritimo 2-1 pada aksi Liga Primeira di Estadio dos Barreiros malam kelmarin memberikan petanda positif kepada penyerang prolifik Harimau Malaya, Muhammad Safawi Rasid.

Ia merupakan kemenangan pertama Portimonense dalam empat aksi liga domestik pada musim 2020/2021 sekali gus melonjakkan kelab dari Partimao, Portugal itu pada kedudukan ke-12 dengan mengutip empat mata.

Berdasarkan aksi antara Portimonense dan Maritimo malam kelmarin, taktikal diterapkan skuad bimbingan Paulo Sergio itu dilihat sesuai dengan gaya serta corak permainan Safawi meskipun penyerang negara itu tidak diturunkan.

Portimonense dilihat gemar bermain hantaran pendek hingga membolehkan mereka mendominasi perlawanan dengan gerakan bermula dari bawah sebelum melancarkan serangan melalui pemain sayap.

Ia terbukti apabila Portimonense berjaya menguasai 61 peratus penguasaan dengan mela­kukan 411 hantaran walaupun Maritimo terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Rodrigo Pinho pada minit ke-51.

Disiplin permainan Portimonense yang menggunakan formasi 4-3-3 berjaya menuai hasil apabila bangkit meraih kemenangan menerusi dua gol daripada 10 percubaan tepat melalui Dener dan Anderson Oliveira pada minit ke-69 serta 64.

Safawi, 23, pastinya bakal meraih banyak manfaat menerusi gaya permainan Portimonense walaupun tidak diturunkan selepas anak jati Dungun, Terengganu itu bermain selama 56 minit bersama skuad bawah 23 tahun Portimonense menentang Sporting CP kelmarin.

Biarpun saya tidak bermain tetapi sudah tentu saya gembira kerana pasukan meraih tiga mata pada musim ini,” kata Safawi yang dipinjamkan daripada gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Apa yang pasti, prestasi permainan pemain yang memiliki larian deras dengan kehebatan kaki kiri serta kemahiran sepakan lencong itu bakal meningkat sekali gus memberikan kelebihan buat skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe..SUMBER KOSMO ONLINE

Safawi belum puas hati

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Saya masih belum berpuas hati dengan permainan saya biarpun turun dalam kesebelasan utama."

Itu kata bintang bola sepak negara, Safawi Rasid selepas dia turun buat pertama kalinya bersama skuad bawah 23 tahun (B-23) Portimonense SC menentng Sporting CP, semalam.

Jelas tonggak sayap berkaki kiri itu, permainan pantas Liga Portugal terutamanya membabitkan saingan B-23 nyata cukup berbeza dengan Liga Malaysia.

Katanya, dia mahu segera menyesuaikan diri dan percaya akan tampil lebih bertenaga sekaligus cuba mengetuk pintu skuad utama Portimonense SC yang bertanding dalam Liga Primeira.

"Di sini perbezaan corak permainan sangat lain, ia lebih laju, teknik dan fizikal juga semua berbeza dan perlu buat keputusan dengan cepat.

"Ini permulaan yang baik untuk saya walaupun bermula dengan pasukan bawah 23 tahun. Masih banyak yang perlu saya pelajari terutama menyesuaikan diri dengan cuaca dan corak permainan.

"Secara keseluruhan saya kurang berpuas hati dengan aksi semalam (kelmarin) kerana gagal membantu pasukan menang tetapi ia satu pengalaman yang berharga," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada aksi itu, Safawi yang dipinjamkan selama semusim oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Pemain Harimau Malaya itu beraksi penuh sepanjang 45 minit babak pertama sebelum dia ditukarkan pada minit ke-56 dengan pasukannya tewas 1-3 kepada Sporting CP.

"Perjalanan masih jauh dan saya masih cuba menyesuaikan diri. Seperti yang saya katakan sebelum ini, matlamat utama adalah merebut tempat dalam kesebelasan skuad utama.

"Mungkin peluang itu akan hadir selepas ini. Perkara paling penting sekarang saya kena cepat menyesuaikan diri, beri aksi terbaik supaya jurulatih yakin dengan kemampuan dimiliki," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2020 @ 9:49 PM

Safawi 'lulus' aksi sulung

MyMetroArena



BERNAMA

Kuala Lumpur: Penyerang skuad kebangsaan Muhammad Safawi Rasid membuat penampilan sulung bersama skuad bawah-23 tahun (B-23) Portimonense SC dalam perlawanan menentang pasukan Sporting Lisbon di Portugal, awal pagi tadi.

Pasukan diwakili pemain berusia 23 tahun yang dipinjamkan oleh Johor Darul Takzim (JDT) itu bagaimanapun tewas 1-3 dalam perlawanan Liga Revelacao B-23 di Stadium Dois Irmaos.

Safawi yang dilaporkan beraksi cemerlang pada sesi latihan dimasukkan sebagai kesebelasan utama pasukan B-23 kelab Portugal itu oleh pengurus Paulo Sergio.

Dalam perlawanan itu, Portimonense SC mendahului pada minit ke-18 melalui gol yang dijaringkan pemain dari Brazil Romulo Machado sebelum pemain Sporting Lisbon Rafael Fernandes mengikat kedudukan pada minit ke-28.

Namun dua gol pantas Sporting Lisbon dalam tempoh tiga minit menerusi pemainnya Duarte Carvalho dan Nicolai Skoglund pada babak kedua memaksa Portimonense akur tewas 1-3.

Keputusan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan kedua-dua pasukan dalam Liga Revelacao (zon selatan) dengan Sporting Lisbon kekal di tempat ketiga sementara Portimonense di tangga ketujuh selepas masing-masing mengharungi lima perlawanan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2020 @ 3:20 PM


Safawi terkejut rakan jadi 'musuh'

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Luar padang sahabat, ketika sesi latihan semuanya bertukar menjadi musuh.

Situasi terbabit dilalui tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid apabila melihat semua pemain bertukar karakter sebaik melangkah ke venue latihan ketika kali pertama menjalani latihan bersama Portimonense SC.

Mengakui situasi berkenaan agak berlainan ketika menjalani latihan bersama Johor Darul Ta'zim(JDT) Safawi berkata, dia perlu menyesuaikan diri dengan cepat corak latihan agak berbeza bersama kelab terkininya itu terutama memahami setiap arahan diberikan barisan kejurulatihan.

Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata, saingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama cukup sengit dengan hanya pemain yang layak dan memenuhi kriteria ditetapkan akan disenaraikan jurulatih.

Safawi berkata, ketika ini, tumpuannya hanya perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran latihan dan fokus utama untuk memenangi hati jurulatih supaya disenaraikan dalam pasukan utama.

''Sebelum latihan, kami boleh bergurau dan gelak bersama namun sebaik melangkah ke padang boleh diibaratkan tidak mengenali antara satu sama lain.

''Apa yang boleh saya katakan, tiada istilah budak emas atau istimewa kerana semuanya sama saja dengan matlamat untuk dipilih mengisi kesebelasan utama.

''Jika kita lemah atau gagal menunjukkan prestasi diinginkan, jangan mimpi untuk bermain bersama skuad utama,''katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Safawi berkata, perlawanan persahabatan menentang skuad bawah 23 tahun Sporting CP adalah pengalaman berharga walaupun beraksi dibawah prestasi sebenar.

''Mereka bermain cukup laju dengan fizikal yang agak besar namun itu adalah pengalaman bagus untuk saya memahami corak permainan pemain Eropah.

''Walaupun mengalami sedikit kecederaan, situasi terbabit tidaklah membimbangkan kerana akan pulih dalam tempoh terdekat ini,'' katanya yang mengakui rakan sepasukan banyak membantu sebaik tiba ke kelab terbabit.

Untuk rekod, Safawi muncul pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium, Ogos lalu.

Safawi, 23, berhijrah secara pinjaman selama semusim dengan kelab utama Portugal itu dan akan kemungkinan ditawarkan kontrak sambungan jika prestasinya berjaya memikat barisan jurulatih.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 11:07 PM

Ahad, 18 Oktober 2020

Safawi pamer aksi sulung di Portugal

| | 17 Oktober 2020




SAFAWI
KUALA LUMPUR - Penyerang skuad kebangsaan Muhammad Safawi Rasid membuat penampilan sulung bersama skuad bawah-23 tahun (B-23) Portimonense SC dalam perlawanan menentang pasukan Sporting Lisbon di Portugal, awal pagi tadi.
Pasukan diwakili pemain berusia 23 tahun yang dipinjamkan oleh Johor Darul Takzim (JDT) itu bagaimanapun tewas 1-3 dalam perlawanan Liga Revelacao B-23 di Stadium Dois Irmaos.
Safawi yang dilaporkan beraksi cemerlang pada sesi latihan dimasukkan sebagai kesebelasan utama pasukan B-23 kelab Portugal itu oleh pengurus Paulo Sergio.
Dalam perlawanan tersebut, Portimonense SC mendahului pada minit ke-18 melalui gol yang dijaringkan pemain dari Brazil Romulo Machado sebelum pemain Sporting Lisbon Rafael Fernandes mengikat kedudukan pada minit ke-28.
Namun dua gol pantas Sporting Lisbon dalam tempoh tiga minit menerusi pemainnya Duarte Carvalho dan Nicolai Skoglund pada babak kedua memaksa Portimonense akur tewas 1-3.
Keputusan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan kedua-dua pasukan dalam Liga Revelacao (zon selatan) dengan Sporting Lisbon kekal di tempat ketiga sementara Portimonense di tangga ketujuh selepas masing-masing mengharungi lima perlawanan. - Bernama
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/105720/BERITA/Sukan/Safawi-pamer-aksi-sulung-di-Portugal© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Safawi beraksi buat skuad B-23 Portimonense SC

Oktober 17, 2020 @ 12:18pm



Safawi (kanan) beraksi buat kali pertama awal pagi tadi bersama skuad B-23 Portimonense SC. Ihsan Portimonense SC

KUALA LUMPUR: Bukan pasukan utama sebaliknya penyerang kebangsaan, Safawi Rasid meraih penampilan pertama di bumi Eropah bersama pasukan Bawah 23 (B-23) Portimonense SC terlebih dahulu awal pagi tadi.

Perkembangan itu dapat disaksikan menerusi laman Instagram rasmi pasukan itu yang turut memaparkan gambar pemain berusia 23 tahun itu beraksi menentang pasukan B-23 Sporting CP.

Pada aksi terbabit, Portimonense mendahului terlebih dahulu pada minit ke-17 sebelum Rafael Fernandes mengikat kedudukan untuk Sporting CP pada minit ke-28.

Namun dua gol pantas dalam tempoh tiga minit menerusi Duarte Carvalho dan Nicolai Skoglund pada babak kedua memaksa Portimonense SC akur tewas 3-1.

Situasi ini menyaksikan Safawi hampir pasti tidak akan diturunkan untuk perlawanan skuad utama menentang CS Maritimo malam ini.

Justeru, penyokong bola sepak tempatan terpaksa menunggu lagi untuk melihat kelibat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memperagakan 'taringnya'.

Mungkin belum tiba masanya untuk Safawi beraksi bersama pasukan utama memandangkan dia baru sahaja menyertai sesi latihan pasukan itu dalam masa singkat.

Bagaimanapun, laporan media Portugal menyebut prestasi Safawi sememangnya cemerlang pada sesi latihan dan berjaya menarik minat barisan kejurulatihan pasukan itu.SUMBER-BH ONLINE

Safawi tak main

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Nama pemain muda negara, Safawi Rasid sah tiada dalam senarai pasukan apabila kelabnya Portimonense SC turun menentang CS Maritimo di Stadium Maritimo, di Funchal, selatan Portugal, malam tadi.

Aksi Liga Primeira atau turut dikenali Liga Nos menyaksikan Portimonense SC bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan CS Maritimo dengan 2-1.

Safawi, 23, yang berpindah ke Portimonense SC secara pinjaman untuk semusim tidak di bawa oleh pengendali pasukan, Paulo Sergio ke gelanggang lawan itu.

Sebaliknya pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu diturunkan pada aksi Liga Portugal Bawah 23 tahun (B-23) kelmarin bertemu Sporting CP yang menyaksikan Safawi dan rakan sepasukannya tewas 2-3.

Dalam perlawanan skuad utama itu, pelawat lebih banyak menguasai aksi namun ketumpulan jentera serangan mengecewakan Portimonense SC.

Tuan rumah yang sesekali menyerang berpeluang meraih gol pertama namun tolakan Kibe pada minit ke-17 berjaya dihalang penjaga gol, Samuel Lima.

Bersambung babak kedua, CS Maritimo berjaya memecah kebuntuan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Rodrigo Pinho pada minit ke-51 bagi mendahului 1-0.

Bagaimanapun, Portimonense SC tidak mudah mengalah apabila bangkit dengan dua gol masing-masing menerusi kuisan Dener Gomes Clemente pada minit ke-69 dan disusuli Anderson Oliveira lima minit kemudian.

Keputusan 1-2 kekal untuk menghadiahkan tiga mata kepada pasukan Safawi sekali gus menyaksikan mereka kini mengumpul tujuh mata daripada empat aksi setakat ini.

Selepas ini, Portimonense SC dijadual bertemu Desportivo Tondela pada Sabtu depan dan kemungkinan Safawi bakal diturunkan pada aksi itu nanti.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 12:41 AM

Jumaat, 16 Oktober 2020

Safawi, Faiq Jefri bakal bertembung?

 MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Buat pertama kalinya dalam sejarah perlawanan liga utama Portugal bakal menjadi tumpuan ramai esok apabila peminat bola sepak tanah air bakal menyaksikan kali pertama bintang negara yang beraksi bersama Portimonense SC, Safawi Rasid turun beraksi menentang Maritimo.

Perlawanan yang boleh dikatakan agak unik itu turut menyaksikan jagoan Brunei, Faiq Jefri Bolkiah kemungkinan turut disenaraikan mewakili Maritimo selepas dibawa masuk oleh kelab berkenaan baru-baru ini.

Sudah tentu jika dua pemain berkenaan disenaraikan, ia akan mencuri tumpuan peminat bola sepak Asia Tenggara untuk melihat bintang masing-masing beraksi kali pertama dalam liga utama Portugal itu.

Aksi penjaring terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) itu yang kali pertama beraksi di liga Eropah dinantikan ramai pihak sementara status sebagai pemain bola sepak paling kaya di dunia yang dimiliki oleh Faiq menambah seri lagi perlawanan itu.

Mengikut rekod, kedua-dua pemain berkenaan pernah bertemu pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan Malaysia berjaya menundukkan Brunei 2-1.

Walaupun ada pihak yang mengatakan agak sukar untuk melihat kedua-dua pemain bertembung pada perlawanan esok atas beberapa faktor namun perkara terbabit akan terjawab segalanya pada perlawanan esok.

Ramai peminat yang menaruh harapan tinggi untuk Safawi berkembang lebih maju selepas berjaya membuktikan apa yang dimilikinya dalam kejohanan berprestij seperti Liga Juara AFC ketika bersama JDT.

Untuk rekod, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu muncul pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium, Ogos lalu.

Khamis, 15 Oktober 2020

Portugal pentas terbaik Safawi – Shebby



SAFAWI RASID

Oleh Mohammad Rozaidi Bin Zulkifli

13 Oktober 2020, 11:08 am

KUALA LUMPUR : Penghijrahan Safawi Rasid ke Liga Portugal adalah keputusan yang tepat dan misi untuk melihat bintang Harimau Malaya itu menyinar bukan perkara mustahil.

Pengkritik bola sepak negara, Serbegeth Singh berkata demikian kerana melihat Portugal antara platform terbaik buat mana-mana pemain di dunia mengembangkan bakat mereka sebelum beralih ke kelab lebih besar seperti Bayern Munich, Barcelona, Real Madrid, Juventus mahupun Manchester United.

Jelas bekas ‘global adviser’ Blackburn Rovers itu, kebanyakan pemain Amerika Latin iaitu Brazil, Argentina dan Uruguay menjadikan Liga Premier di Portugal sebagai destinasi pertama mereka untuk membina tapak di Eropah.Fasa sama dilalui Safawi dan beliau yakin tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mampu mencuri perhatian kelab-kelab terbaik di sana.

Lazimnya pemain Brazil atau Argentina akan ke Portugal dulu sebelum mencari kelab lain.

Mungkin faktor bahasa dan budaya yang tidak jauh beza membuatkan pemain Brazil lebih selesa memulakan karier di Portugal, tetapi sebenarnya Liga Portugal itu sendiri memang berkualiti dan bagus.

Liga Portugal adalah liga pembangunan yang sangat sesuai untuk pemain-pemain luar Eropah membina asas kerjaya sebagai pemain profesional.

Bagi saya, Portugal adalah destinasi tepat buat Safawi dan corak serta gaya permainan Safawi tidak jauh berbeza dengan permainan pantas dan kemahiran yang amat ditekankan dalam liga di sana.

Saya percaya Safawi boleh berjaya dan saya takkan terkejut kalau selepas ini ada kelab besar ingin mendapatkan khidmatnya,” katanya.

Khamis lalu, Safawi diperkenalkan secara rasmi oleh pengurusan Portimonense SC sebagai pemain baharu bagi menguatkan cabaran kelab itu yang beraksi dalam liga utama Portugal.

Safawi, 23, berpindah secara pinjaman selama semusim tetapi diberi pilihan oleh JDT untuk membeli secara tetap.

Kelebihan utama Safawi adalah kekuatan kaki kirinya. Tidak ramai pemain Eropah yang berkaki kiri dan saya ramalkan dia boleh muncul sebagai pemain sayap kaki kiri terbaik dunia selepas ini,” ujarnya.sumber-SUKAN UM ONLINE

Rabu, 14 Oktober 2020

Astro Arena ‘bawakan’ Safawi secara langsung




Oleh Rozaidi Zulkifli

14 Oktober 2020, 5:56 pm

KUALA LUMPUR : Peminat bola sepak tempatan berpeluang menonton aksi sulung Safawi Rasid bersama kelab Portugal Portimonense SC menentang Maritimo Sabtu ini.

Perlawanan secara langsung itu dibawakan khas oleh Astro Arena yang akan disiarkan pada pukul 10.30 malam sekali gus memberi peluang buat seluruh rakyat Malaysia melihat sendiri aksi pemain kelahiran Dungun itu di Liga Primeira.

Siaran langsung itu nyata mendapat reaksi positif daripada peminat-peminat bola sepak negara di Facebook dan ada juga yang meminta aksi seorang lagi pemain negara di Eropah, Luqman Hakim Shamsudin turut disiarkan.

Terbaik Astro terima kasih kerana mengenang jasa anak jati Terengganu yang berkelana. Jauh di bumi Eropah…,” tulis Al Fatih.

Terbaik Astro Arena, tayangkan luqman punya team skali,” kata Tengku Farid.

Terbaik laa.. Pawi mesti score (jaringkan gol) sebiji nanti,” kata pemilik akaun Mohd Sufian Hassan.

Semoga lebih ramai pemain bola sepak tanah air mendapat tempat beraksi di liga liga luar negara,” tulis Aizat Ismail.

Safawi, 23, berpindah secara pinjaman selama semusim namun diberi pilihan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk membeli secara tetap.

Pemain mempunyai tanda harga 350,000 euro (RM1.7 juta) yang diberikan nombor jersi 29 yang sama dipakai ketika bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) difahamkan menerima gaji sekitar RM75,000 hingga RM120,000 bersama kelab Portugal itu. SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Selasa, 13 Oktober 2020

Penangan Safawi, FB Portimonense SC kena 'serang'

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Laman rasmi Facebook kelab Portugal, Portimonense SC diserbu ribuan peminat dan netizen tanahair yang teruja melihat aksi bintang bola sepak negara, Safawi Rasid turun berlatih semalam.

Menerusi tujuh keping gambar Safawi menyaksikan status berkenaan meraih 22,000 tanda suka, 920 perkongsian dan 3,400 komen.

Malah, berdasarkan tinjauan status-status lain sebelum kehadiran Safawi di kelab terbabit, status pemain Harimau Malaya itu adalah paling tinggi pernah dicapai oleh kelab itu.

Kelibat Safawi jelas menaikkan bilangan pengikut Portimonense SC di laman sosial yang sebelum ini agak sendu namun kini bertukar meriah apabila netizen dari Malaysia mula 'berkampung' di page rasmi kelab itu.

Melalui ruangan komen, Safawi tidak putus-putus menerima kata-kata semangat dan iringan doa daripada netizen supaya dia berjaya di bumi Eropah.

Seorang pengguna FB, Asraf Roshidi mengucapkan tahniah dan akan terus menyokong karier Safawi.

"Semoga berjaya Pawi..do the best. Terbaik penyokong Malaysia ramai yang support Pawi," tulis Asraf.

AKSI Safawi pada sesi latihan yang dimuat naik di Facebook Portimonense SC. FOTO FB Portimonense SC

AKSI Safawi pada sesi latihan yang dimuat naik di Facebook Portimonense SC. FOTO FB Portimonense SC

Turut memberi kata semangat pemilik akaun Musz Kenjiro yang mengingatkan Safawi terus berusaha.

"Good luck Pawi..Tawakal innahu..Dok tera dok tahu (tak cuba tak tahu)," kata Musz.

Sementara itu, ada juga netizen yang mengusik Safawi dengan memperkenalkan makanan popular Terengganu, kerepok lekor kepada rakan sepasukannya.

"Pawi jangan lupa bagi-bagi kopok leko kat kawan-kawan di sana...pakat-pakat rasa la deh," kata Lukhman Saad.

Terdahulu, Safawi diperkenalkan secara rasmi oleh pengurusan Portimonense SC sebagai pemain terbaharu bagi menguatkan cabaran kelab itu yang beraksi dalam liga utama Portugal.

Safawi, 23, berpindah secara pinjaman selama semusim namun diberi pilihan oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk membeli secara tetap.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Oktober 2020 @ 11:43 AM

Isnin, 12 Oktober 2020

Usah perlekeh 'jenama' Malaysia

Oleh Zulfaizan Mansor - Oktober 11, 2020 @ 2:47pm

zulfaizan@bh.com.my



Bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin (kiri) dan Safawi Rasid.

KISAH keberanian bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid berkelana di bumi Eropah dilihat menjadi penyeri di sebalik situasi suram arena bola sepak negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.Sekurang-kurangnya ada juga cerita yang boleh dijadikan bahan bualan masyarakat di kedai kopi ketika Harimau Malaya terpaksa berehat panjang dari aksi antarabangsa susulan wabak itu yang melanda dunia.

Tambahan pula, Liga Malaysia (Liga M) juga tampak tidak semeriah seperti biasa dengan perlawanan berlangsung tanpa penonton dan aksi lebih singkat yang mana Liga Super dan Liga Perdana hanya berlangsung satu pusingan.

Justeru, cerita remaja dari Kelantan, Luqman terbang ke Belgium, Ogos lalu dan anak muda kelahiran Terengganu, Safawi berlepas ke Portugal, awal bulan ini menarik perhatian umum.

Di sebalik perpindahan yang sepatutnya dibanggakan itu, sebenarnya banyak juga komen atau cakap-cakap negatif yang keluar dari mulut rakyat negara ini terutama menerusi kumpulan yang bergelar netizen di media sosial.

Apa yang menyedihkan, belum sempat Luqman tandatangan kontrak rasmi lima tahun bersama kelab KV Kortrijk, sudah ada komen atau cerita yang tidak enak didengar yang dilemparkan terhadap perpindahannya itu.Lebih perit apabila ada yang mendakwa penghijrahannya berlaku disebabkan bantuan 'kabel' kerana pemilik kelab Belgium itu, Tan Sri Vincent Tan adalah rakyat Malaysia.

Malah, sebelum dia berlepas ke Belgium pun, masih ada yang memperlekeh tindakan berani pemain yang baru berusia 18 tahun itu untuk membawa diri mencari pengalaman sejauh benua Eropah.Situasi sama juga turut terpalit kepada Safawi yang kini menyertai kelab Portugal, Portimonense SC secara pinjaman selama semusim.

Ada yang mengejek dan memperlekeh perpindahan itu dengan mendakwa perpindahan itu berjaya kerana bantuan daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan bukannya kerana kelayakan dimiliki Safawi.

Status penghijrahannya secara pinjaman juga menjadi bahan ejekan segelintir pihak yang menganggap ia bukan satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana bukan kontrak tetap yang ditandatangani.

Ada yang merendahkan semangat dua pemain dari Pantai Timur ini dengan menyifatkan mereka tidak akan bertahan lama atas beberapa faktor terutama kerana tidak mampu sesuaikan diri sebagai 'warga barat'.

Persoalannya, kenapa masih ada masyarakat kita yang bersikap demikian sedangkan pemain muda seperti Luqman dan Safawi pergi membawa nama Malaysia.Kecaman dan ejekan itu seolah-olah meletakkan hukuman buat Luqman dan Safawi atas kesilapan pemain terdahulu yang pulang dengan kegagalan selepas berkelana di Eropah.

Bukan tidak boleh kritik, tetapi biarlah kena pada tempat dan masanya. Berilah mereka peluang untuk membuktikan potensi masing-masing, bukannya belum lagi jejak kaki di Eropah kita sudah mengata macam-macam.Tidak mustahil kelab KV Kortrijk yang disertai Luqman dan Portimonense SC diwakili Safawi akan menjadi tapak untuk mereka terus mengembangkan bakat di Eropah.

Itulah juga sasaran utama Safawi yang menyimpan hasrat meletakkan namanya dikenali di seluruh dunia, selain cuba memikat kelab utama di Eropah.

Kita sepatutnya berbangga dengan produk atau jenama Malaysia yang sudah memasuki pasaran luar negara, bukannya cepat menghukum kerana mengutuk, mengecam dan mengejek ketika ini sangat mudah, hanya di hujung jari.

Pemain yang masih mentah seperti Luqman sangat memerlukan sokongan dan dorongan daripada seluruh rakyat Malaysia kerana kehidupan seorang diri di negara orang tidak semudah yang kita fikirkan.Lebih mengecewakan, segelintir orang kita lebih mengagungkan produk atau jenama import yang mana bila dengar sahaja nama pemain 'mat salleh', terus dianggap hebat.Mulut kumpulan netizen atau 'pengkritik tetap' ini tidak akan terhenti kerana tugas lebih berat menanti Luqman dan Safawi apabila pulang nanti.

Perkara itu sudah pernah dilalui Hadi Fayyadh Abdul Razak yang kini beraksi bersama kelab Jepun, Fagiano Okayama.Hadi dikritik hebat apabila dianggap gagal mempamerkan aksi cemerlang ketika pulang menyarung jersi skuad muda negara pada Sukan SEA tahun lalu.

Jadi bersedialah, sekiranya pulang untuk tugas bersama Harimau Malaya nanti, 'pengkritik tetap' ini akan lupa siapa anda wahai Luqman dan Safawi.

Apa yang mereka mahu adalah melihat aksi anda sehebat Eden Hazard dan Cristiano Ronaldo.

INFO

Safawi Rasid

Umur: 23 tahun

Asal: Dungun, Terengganu

Posisi: Sayap, penyerang

Pasukan pernah disertai:

2015: T-Team

2017: JDT

2020: Portimonense SC

Nilai pasaran (Transfermarkt): RM1.46 juta

Pencapaian:

Juara Liga Super: 2017, 2018, 2019, 2020

Juara Piala Malaysia: 2017, 2019

Anugerah Pemain Tengah Terbaik: 2018

Anugerah Penyerang Terbaik: 2019

Anugerah Pemain Paling Bernilai: 2018, 2019

Luqman Hakim Shamsudin - Foto FB KV Kortrijk

Luqman Hakim Shamsudin - Foto FB KV Kortrijk

Luqman Hakim Shamsudin

Umur: 18 tahun

Asal: Kota Bharu, Kelantan

Posisi: Penyerang

Pasukan pernah disertai:

2020: Selangor 2

2020: KV Kortrijk

Nilai pasaran (Transfermarkt) : RM244,000

Pencapaian: Penjaring Terbanyak Kejuaraan AFC B-16 2018.SUMBER-BH ONLINE