Khamis, 31 Disember 2020

Safawi Rasid tembusi senarai terbaik Asia

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bintang bola sepak negara, Safawi Rasid terus membuktikan dirinya antara pemain terbaik di benua ini apabila tersenarai dalam 24 calon untuk merebut Anugerah Pemain Terbaik di Asia Fox Sports Asia bagi musim 2020.

Malah, lebih mengujakan apabila pemenang anugerah Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2020 Virtual itu bakal bersaing dengan beberapa pemain ternama.

Pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bakal berentap dengan tonggak Tottenham Hotspur dari Korea Selatan, Son Heung Min yang dilabel pilihan utama untuk menggondol gelaran itu.

Selain itu, Safawi juga bakal dicabar bekas pemenang Piala Dunia 2010 bersama Sepanyol, Andres Iniesta yang kini beraksi bersama kelab Jepun, Vissel Kobe.

Bintang lain yang turut tersenarai adalah Wataru Endo (Stuttgart), Takehiro Tomiyasu (Bologna) serta Matthew Ryan (Brighton), Hwang Hee Chan (RB Salzburg dan RB Leipzig) dan Takefusa Kubo (Real Mallorca dan Villareal).

Untuk rekod, Safawi yang baru pulang daripada Portugal selepas dipinjamkan selama tiga bulan dengan kelab, Portimonense SC pernah memenangi anugerah anjuran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Pada September lalu, dia meraih Anugerah Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara AFC selepas menghasilkan jaringan cantik menerusi sepakan lencong ketika menentang kelab China, Shandong Luneng dalam aksi Liga Juara-Juara AFC 2019.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2020 @ 7:03 PM

Selasa, 29 Disember 2020

JDT 'syurga' Safawi

Oleh Syafiq Aznan - Disember 29, 2020 @ 3:54pm

syafiq.aznan@bh.com.my


Safawi dianggap buat keputusan tepat tinggalkan Portimonense SC.

KUALA LUMPUR: Lebih baik berada di Johor Darul Ta'zim (JDT) daripada kekal di Portimonense SC tetapi sekadar duduk di bangku simpanan!

Itu pandangan Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Dr Zulakbal Abd Karim ketika mengulas mengenai kewajaran penyerang kebangsaan, Safawi Rasid yang 'pulang awal' daripada berkelana di Portugal ketika dia sepatutnya mengharungi tempoh pinjaman selama semusim berakhir Mei depan.

Zulakbal yang juga pemerhati bola sepak melihat ia satu langkah yang tepat untuk Safawi pulang ke tanah air bagi memastikan dia mendapat minit perlawanan yang cukup untuk perkembangan kariernya.

"Memang beraksi di Eropah itu memberikan satu pengalaman dan ilmu yang berbeza, namun jika hanya semata-mata menjalani latihan tanpa beraksi dalam perlawanan kompetitif, perkara ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada perkembangannya.

"Lebih baik dia pulang dan beraksi bersama JDT. Sudah tentu dia akan mendapat begitu banyak minit perlawanan dan beraksi secara kompetitif yang pasti dapat memberi manfaat kepada JDT sendiri dan pasukan kebangsaan.

"Pada usianya ketika ini, dia sedang berada dalam 'tempoh emas' dan dia memerlukan begitu banyak minit perlawanan untuk terus berkembang dan mencapai kemuncak potensi. Dengan membuat keputusan pulang ke JDT, dia mendapat apa yang diperlukan," katanya.

Terdahulu, BH Sukan melaporkan penyokong bola sepak negara sudah boleh melupakan impian untuk melihat Safawi beraksi bersama Portimonense SC apabila penyerang itu sah sudah meninggalkan kelab di liga utama Portugal berkenaan.

Malah, menurut sumber, Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga M) dua tahun berturut-turut itu sudah pulang ke tanah air.

"Ya, betul Safawi sudah ada di Malaysia. Dia kini begitu bersemangat untuk memulakan musim baharu bersama JDT dan membantu skuad negara mengharungi kelayakan (Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023)," kata sumber itu.

Spekulasi kepulangan pemain JDT itu ke tanah air turut diperkuat dengan perkongsian terbaru pemain itu di laman Instagramnya yang seakan mengiyakan perkembangan bahawa dia sudah berada di Malaysia.

Menerusi Instastory terbarunya, pemain berusia 23 tahun itu mengambil kesempatan bergambar bersama pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan rakan sepasukan, Azrif Nasrulhaq.

Nada positif tampak ditunjukkan oleh Safawi menerusi wajahnya yang ceria dengan dia turut berkesempatan meletakkan beberapa emoji seperti emoji 'bekerja keras' dan gambar harimau belang.SUMBER-BH ONLINE

Ahad, 27 Disember 2020

Safawi sudah pulang?

MyMetroTopic

Firdaus


Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Adakah benar Safawi Rasid sudah pulang ke Malaysia? Itu tanda tanya yang berlegar dalam kalangan peminat bola sepak tanah air apabila gambar terbaharu yang dimuat naik oleh Safawi di laman Instastory bersama pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menimbulkan persoalan.

Menerusi perkongsian itu, tonggak sayap yang dipinjamkan ke kelab Portugal, Portimonense SC itu dilihat bersama Tunku Ismail dan rakan sepasukan, Azrif Nasrulhaq.

Malah, lebih menguatkan dakwaan itu apabila penampilan Tunku Ismail dilihat lebih kurus berbanding beberapa bulan lalu ketika Safawi berangkat ke Portugal pada Oktober lalu.

Begitupun, sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi mengenai kepulangan Safawi ke tanah air.

Sebelum ini, Tunku Ismail mengesahkan Safawi akan kembali bersama JDT bagi saingan Liga M musim depan.

Sebagai rekod, Safawi menyertai Portimonense SC yang beraksi dalam Primeira Liga itu dengan status sebagai pemain pinjaman bagi tempoh semusim.

Bagaimanapun, selepas hampir tiga bulan di Eropah, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu masih belum meraih sebarang 'debut' bersama skuad utama Portimonense SC.

Sebaliknya, tonggak Harimau Malaya itu sekadar memanaskan bangku simpanan dan hanya diturunkan ketika bersama skuad bawah 23 tahun menentang Sporting CP yang menyaksikan pasukannnya tewas 1-3.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2020 @ 7:53 PM

Sabtu, 26 Disember 2020

Bukan penamat karier Safawi

MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | | 22 Disember 2020




Safawi menimba pengalaman berharga sejak menyertai kelab Portimonense SC pada Oktober lalu. - Foto Facebook Portimonense SC
PRESIDEN Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan percaya pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempunyai perancangan tersendiri dalam membentuk karier penyerang sensasi, Safawi Rasid.
Menurutnya, kepulangan Safawi yang tidak berpeluang membuat sebarang penampilan dengan skuad utama Portimonense SC bukanlah satu pengakhiran terhadap karier pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu di luar negara.
“Safawi masih muda dan ini adalah proses untuknya mengenali bola sepak di luar negara. Saya percaya TMJ (Tunku Mahkota Johor) mempunyai perancangannya dengan menghantar Safawi bermain di Portugal.
“Pengalaman yang dimiliki Safawi itu sangat penting kerana dia dah tahu apa yang diperlukan untuk bermain di luar negara. Mungkin dia tidak bernasib baik kali ini, tetapi untuk masa akan datang saya yakin dia akan berjaya di kelab lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Safawi bawa impian besar ke Portugal
“Saya bagi contoh, (penyerang Thailand) Terasil Dangda. Dulu dia pernah dapat tempat di Manchester City, tetapi tidak berjaya masuk kesebelasan utama. Dia balik ke Thailand dan selepas beberapa tahun, sekarang dia mendapat kepercayaan untuk menjadi penyerang di kelab Jepun.
“Ramai juga pemain dari Jepun yang sudah mencapai usia 27 dan 28 tahun beraksi di Eropah. Ini adalah proses sebagai seorang pemain profesional. Bukan mudah untuk seseorang pemain Asia menembusi skuad utama kelab di Eropah,” katanya kepada Sinar Harian.
Terdahulu, Tunku Ismail mengesahkan bahawa Safawi akan kembali menyarung jersi JDT musim depan selepas dipinjamkan ke Portimonense SC pada Oktober lalu.
Perkhabaran itu sekali gus menyaksikan pemain berusia 23 tahun itu tidak menghabiskan tempoh kontrak pinjamannya bersama kelab tersebut yang sepatutnya berakhir pada Mei tahun depan.
Mengulas lanjut, Sathianathan menyifatkan keputusan membawa pulang Safawi ke tanah air adalah tepat memandangkan penyerang Harimau Malaya itu memerlukan aksi perlawanan kompetitif.
“Walaupun Safawi tidak bermain dalam skuad utama dan hanya mewakili pasukan Bawah 23 tahun Portimonense, tetapi pendedahan yang dia dapat itu sangat bagus.... bukan saja kepada JDT tetapi juga pasukan kebangsaan.
“Apabila Safawi pulang ke Malaysia, dia akan terus berusaha bagi meningkatkan kemampuan dirinya. Saya percaya peluangnya akan terbuka luas di kelab luar negara selepas ini,” jelasnya.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/115796/BERITA/Sukan/Bukan-penamat-karier-Safawi© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Khamis, 24 Disember 2020

'Apa nak hairan Safawi tak main lagi'

MyMetroTopic

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Status pemain terbaik Malaysia belum menjamin tempat tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid dalam kesebelasan utama kelab Portugal, Portimonense SC.

Itu peringatan bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli kepada Safawi yang kini masih lagi memanaskan bangku simpanan selepas menyertai Portimonense 4 Oktober lalu. Beliau yang pernah berkelana ke kelab Ligue 1, RC Strasbourg sebelum dipinjamkan kepada FCSB Haguenau berkata, sudah lumrah Safawi tidak diberikan kesempatan untuk bermain pada peringkat awal dan perlu menjalani latihan khusus sebelum diturunkan oleh jurulatih. Katanya, situasi sama turut berlaku kepada tonggak pemain Asia lain seperti Jepun dan Korea Selatan yang turut memanaskan bangku simpanan sebelum beraksi bersama pasukan masing-masing.

''Bukan menghairankan apabila pemain terbaik negara seperti Safawi masih lagi tidak bermain untuk pasukan walaupun sudah lebih sebulan bersama Portimonense. Terbaik di Malaysia belum tentu menjamin tempat dalam kesebelasan utama kerana persaingan di liga Eropah amat hebat kerana menghimpunkan pemain ternama.

''Namun, saya pasti satu masa nanti dia akan diberi peluang untuk bermain kerana sudah pasti barisan kejurulatihan kelab itu sedang mempersiapkan Safawi ke arah itu,'' katanya.

Terbaru, Safawi terus memanaskan bangku simpanan ketika perlawanan pusingan ketiga Piala Portugal walaupun menentang kelab Divisyen 3 UD Leiria yang menyaksikan pasukannya dikejutkan 0-1.

Sementara itu, Safawi ketika dihubungi enggan mengulas berkaitan perkara terbabit dan kini hanya mahu fokus kepada latihan saja.

sumber-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 11:46 

Penuh dengan ilmu

MyMetroUtama



Oleh Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jangan pandang rendah atau membuat kecaman terhadap kepulangan awal bintang bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid yang dipinjamkan ke kelab profesional Portugal, Portimonense SC.

Safawi ternyata memperoleh ilmu dan pengalaman berharga terutama ketika menjalani latihan bersama pemain bertaraf bintang.

Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, kepulangan Safawi seharusnya dilihat daripada sudut positif dan bukannya mengecam pemain berkenaan.

Beliau berkata, walaupun tiga bulan Safawi bersama Portimonense, dia mempunyai lebih banyak nilai positif daripada negatif terutama daripada sudut pembangunan prestasi pemain sayap berusia 23 tahun itu.

Katanya, Safawi pasti tampil lebih yakin dalam corak permainannya selepas menimba pengalaman berharga berlatih bersama pasukan yang bersaing pada liga antara terbaik di Eropah itu.

"Walaupun tiga bulan, dia dapat pengalaman berlatih dan bermain bersama pemain terbaik kelab itu.

"Pengalaman itu boleh menjadi panduan kepada beliau untuk bermain lebih baik selain ia dapat dikongsikan bersama rakan seperjuangan di kelab mahupun pasukan negara.

"Sedikit sebanyak tahap keyakinannya juga pasti meningkat. Kita (barisan jurulatih) memang tunggu dan nak lihat apa dipelajarinya di sana yang mungkin boleh beri impak kepada skuad kebangsaan, jadi sebagai jurulatih saya lebih pandang yang positif," katanya.

Sebelum itu, karier tonggak Harimau Malaya Safawi Rasid bersama Portimonense FC mungkin tidak panjang apabila sudah ada tanda dia akan meninggalkan kelab berkenaan dalam masa terdekat ini.

Bayangan itu dapat dilihat menerusi Instastory @Portimonense1 yang memuat naik video dan gambar Safawi bersama kumpulan rakan sepasukannya di kelab Portugal itu.

Selain gambar, Instastory itu juga menulis: "Safawi...kita adalah satu keluarga...kami mendoakan yang terbaik untuk anda...Terima kasih Johor yang istimewa."

Terdahulu, pemilik kelab JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengesahkan Safawi akan kembali bersama kelab berpengkalan di selatan tanah air itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Mengikut rekod, hasrat peminat bola sepak negara untuk melihat Safawi membuat penampilan pertama di Liga Primeira, Portugal tidak kesampaian meskipun pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu empat kali berada dalam senarai pemain simpanan.

sumber-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 9:00 AM

Rabu, 23 Disember 2020

Safawi diramal julang ABK 20

 SUKAN



SAFAWI turut berdepan cabaran tiga lagi bekas rakan sepasukannya di JDT untuk merebut gelaran pada ABK 20 nanti.

Safawi diramal julang ABK 20

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

21 Disember 2020, 10:00 am

KEJAYAAN pemain sensasi negara, Safawi Rasid dalam membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) bergelar juara Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut me­nyaksikannya berpeluang cerah untuk membolot hadiah utama Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK20) Virtual pada 30 Disember ini.

Safawi yang telah disenarai pendek untuk kategori Pemain Tengah Terbaik dijangka tidak mempunyai masalah untuk meraih undian tertinggi meskipun terpaksa berdepan dengan tiga rakan sepasukan di JDT iaitu Gonzalo Cabrera, Afiq Fazail dan Leandro Velazquez.

Berdasarkan senarai calon yang dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) semalam, pemain berusia 23 tahun itu turut bersaing dengan Brendan Gan (Selangor), Leandro Dos Santos (Perak), Lee Tuck (TFC) dan Nor Azam Azih (Pahang) juga menjadi pesaing bagi merebut anugerah kategori itu.

Sebagai rekod, Safawi yang ketika ini berkelana di Portugal untuk mewakili kelab Portimonense secara pinjaman telah berjaya meraih anugerah utama, Pemain Paling Bernilai (MVP) pada ABK edisi 2018 dan 2019.

Empat lagi kategori yang dipertandingkan adalah Penye­rang Terbaik, Pertahanan Terbaik, Penjaga Gol Terbaik dan Jurulatih Terbaik.

ABK20 Virtual yang dijadualkan pada 30 Disember ini juga buat julung kalinya membuka undian kepada penyokong dalam pemilihan pemenang bersama-sama pengundian daripada juri profesional yang terdiri daripada pemain, jurulatih dan media.SUMBER KOSMO ONLINE


Isnin, 21 Disember 2020

Azman Adnan saran ikut jejak Safawi, Luqman

Oleh Zulfaizan Mansor - Disember 20, 2020 @ 6:32pm

zulfaizan@bh.com.my



Luqman Hakim Shamsuddin (kiri) dan Safawi Rasid. - Foto ihsan vocket fc.

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Azman Adnan percaya skuad Harimau Malaya akan menjadi lebih mantap sekiranya lebih ramai pemain muda mengikut jejak langkah Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid untuk beraksi di luar negara.

Dia yang juga bekas penyerang sensasi Selangor berkata pemain muda akan mendapat pengalaman sangat berguna di luar negara yang pasti berbeza dengan apa yang mereka peroleh di Liga Malaysia (Liga M).

Katanya, sudah tiba masa untuk bola sepak negara melangkah jauh ke depan dengan mendedahkan pemain muda yang berbakat kepada pengalaman beraksi di luar negara.

"Kalau lagi ramai bermain di Eropah, lagi bagus untuk pasukan kebangsaan. Kita dapat lihat macam pasukan Jepun, berapa ramai pemain mereka bermain di luar negara?

"Jadi kita cuba ambil satu langkah ke depan. Jika ada pemain kita yang betul-betul berbakat, kita hantar, kenapa tidak mencuba? Tak cuba tak tahu, yang penting kita cuba, sentiasa positif.

"Kalau ada lapan pemain, tidak kisah (bermain dengan) kelab mana-mana atau divisyen berapa pun, tapi bila dia balik, dia akan dapat pengalaman yang berbeza daripada Liga M," katanya.

Luqman ketika ini beraksi di Liga Belgium bersama kelab KV Kortrijk manakala Safawi pula menyertai kelab Portugal, Portimonense SC secara pinjaman daripada Johor Darul Ta'zim (JDT).

Safawi bagaimanapun dilaporkan akan kembali ke pangkuan JDT musim depan, sekali gus kemungkinan tidak akan menamatkan tempoh pinjaman selama semusim itu.

Ditanya mengenai perkembangan itu, Azman bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menjelaskan hanya Safawi dan JDT yang mengetahui apa yang mereka lakukan.

"Ini bergantung kepada Safawi dan pengurusan (JDT), mereka yang lebih tahu. Saya tak boleh nak buat apa-apa komen. Sama ada dia balik atau tidak balik, itu antara mereka," katanya.SUMBER-BH OLINE


MFL umum 50 calon ABK20

MyMetroArena


Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Saat yang dinanti-nantikan penyokong tempatan akhirnya tiba apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan senarai 50 calon bagi lima kategori Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK20) Virtual pada 30 Disember.

Kesemua 50 calon itu membabitkan 40 pemain dan 10 jurulatih Liga Malaysia yang akan bersaing bagi kategori Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik dan Jurulatih Terbaik.

Mereka disenarai pendek oleh Jawatankuasa Saringan ABK20 Virtual selepas menilai prestasi 567 jumlah keseluruhan pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia termasuk pemain muda yang berdaftar di Piala Presiden dan Piala Belia.

Namun seramai 344 pemain sahaja memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu beraksi sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan perlawanan Liga Malaysia bagi musim 2020.

Apa yang menarik ABK20 Virtual buat kali pertama membuka undian kepada penyokong dalam pemilihan pemenang bersama dengan pengundian juri profesional yang terdiri daripada pemain, jurulatih dan media.

Konsep undian penyokong diambil kira memandangkan perlawanan musim ini terpaksa disingkatkan akibat pandemik Covid 19 dengan saingan Liga Super dan Liga Perdana berlangsung separuh pusingan, manakala Piala FA dan Piala Malaysia dibatalkan.

Bagaimanapun pemenang bagi Anugerah Pasukan Terbaik yang turut dipertandingkan dalam ABK20 Virtual akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal.

Senarai 10 calon yang terpilih bagi setiap kategori ini akan dihantar kepada juri profesional yang terdiri daripada 24 ketua jurulatih, 24 ketua pasukan dan 24 wakil media bagi menyumbang 70 peratus kiraan mata.

Sementara baki 30 peratus kiraan mata ABK20 Virtual akan diundi oleh penyokong menerusi undian di platform Elfo bermula jam 10 pagi esok (21 Disember 2020) sehingga Jumaat (25 Disember 2020) 11.59 malam.

Penyokong boleh mengundi di platform Elfo menerusi pautan yang akan MFL paparkan di laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter MFL esok.

Pemenang akan dimuktamadkan daripada 70 peratus kiraan mata juri profesional dan 30 peratus kiraan mata undian peminat.

Pada majlis ABK20 Virtual itu nanti, pihak MFL turut akan menyampaikan pemenang Kasut Emas 2020 dan Penjaring Terbanyak Liga Super 2020 iaitu Ifedayo Omosuyi yang meledak 12 Gol bersama Selangor.

Shahrel Fikri yang mengumpul 10 gol bersama Perak akan menerima Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2020 manakala penyerang Pulau Pinang Casagrande yang menghasilkan 9 gol dinobatkan selaku Penjaring Terbanyak Liga Perdana 2020.

Turut mencuri perhatian, penyerang muda Selangor 2 Danial Asri yang meraih gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Perdana 2020 dengan ledakan 7 gol.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2020 @ 3:09 PM

Safawi pulang dengan ilmu



SAFAWI RASID

Oleh Sufian Hadi Sojak

21 Disember 2020, 1:30 pm

KUALA LUMPUR: Bukan soal berapa lama di Portimonense SC, sebaliknya penyerang sensasi negara, Safawi Rasid sudah pun menimba pengalaman berharga yang boleh dicurahkan kepada skuad Harimau Malaya.

Bekas pemain kebangsaan, Juzaili Samion, yang pernah berkelana di Perancis bersama kelab RC Strasbourg dan FCSR Haguenau selama dua tahun sejak 1999 berkata, dia juga pernah melalui fasa yang hampir sama dengan Safawi.

Sebagai contoh, selepas tamat berkelana di Perancis, saya pulang menyarung jersi Pahang pada 2001. Setahun kemudian, saya menjalani ujian percubaan dengan beberapa kelab Jerman iaitu Eintracth Frankfurt, Mainz 05, FC Oberhaussen dan Kickers Offenbach selama sebulan.

Biarpun singkat tetapi tempoh itu saya banyak belajar. Dari segi corak latihan, fizikal dan tempo permainan memang jauh berbeza. Tapi kita ambil dari sudut positif untuk kemajuan diri.

Jadi tiada isu berapa lama Safawi di Portimonense, sebab biarpun tempoh pendek tetapi dia belajar sesuatu dia sana. Apa yang dia dapat, dia boleh bantu skuad kebangsaan.

Lagi pun, dia pulang ke pangkuan JDT (Johor Darul Ta’zim), sebuah pasukan yang hebat,” ujar jurulatih bawah 21 tahun (B-21) Piala Presiden Felda United itu ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

JUZAILI Samion (kanan) dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli bergambar bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika beraksi bersama kelab Perancis.

Safawi, 23, disahkan akan kembali beraksi semula di Liga Malaysia musim depan selepas dipinjamkan kepada kelab Portugal, Portimonense SC pada Oktober lalu.

Perkara tersebut disahkan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama stesen televi­syen swasta negara baru-baru ini, di mana khidmat pemain sayap itu ditagih untuk membantu Harimau Selatan pada musim baharu nanti.

Kita kena faham, Safawi adalah aset bola sepak negara. Sudah tentu sebagai pemain kebangsaan, dia memerlukan minit permainan.“Jika dia di sana dan minit permainan dia berkurang, ia akan menjadi masalah kepada skuad kebangsaan. Jadi apabila pulang ke JDT, peluangnya untuk bermain akan banyak.

Perkara ini kita perlu ambil kira juga,” tambah pengendali berusia 39 tahun itu yang menyeru agar pemain baharu menggarab setiap peluang untuk beraksi di luar negara.SUMBER UM ONLINE


Safawi ketuai dominasi JDT



Oleh Media Mulia

20 Disember 2020, 4:29 pm

KUALA LUMPUR: Seperti yang dijangka, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mendominasi pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK20) Virtual.

Juara Liga Super tujuh kali berturut-turut itu memiliki lebih daripada seorang calon dalam setiap anugerah utama yang ditawarkan, kecuali penjaga gol dan jurulatih.

Dalam kategori Pemain Tengah Terbaik, Safawi Rasid bakal berdepan saingan tiga rakan sepasukannya di JDT – Afiq Fazail, Gonzalo Cabrera dan Leandro Velazquez.

Turut berada dalam senarai calon yang diumumkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini, perancang tengah Selangor, Brendan Gan, Leandro Dos Santos (Perak), Lee Tuck (TFC) serta Nor Azam Azih (Pahang).

Bagi kategori Penyerang Terbaik, JDT menampilkan dua calon iaitu pemain muda sensasi, Ramadhan Saifullah dan Diogo Luis Santo.

Bagaimanapun persaingan amat sengit dengan penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun (Selangor) mengetuai calon pilihan bersama penjaring terbanyak tempatan, Shahrel Fikri Fauzi yang bakal berhijrah ke Red Giants musim depan.

Satu lagi kategori tumpuan Pertahanan Terbaik yang menyaksikan persaingan tiga tonggak kebal JDT, Aidil Zafuan Abd. Radzak, La’Vere Corbin-Ong dan Matthew Davies bersama Shahrul Saad (Perak) serta Shakir Hamzah (Kedah).

Farizal Marlias mengetuai pencalonan Penjaga Gol Terbaik dan bakal diberi tentangan sengit oleh Suhaimi Husin (Terengganu) dan Samuel Somerville dari Pulau Pinang.

Bagi kategori Jurulatih Terbaik, Benjamin Mora (JDT) mengetuai senarai bersama Aidil Sharin Sahak (Kedah) dan Manzoor Azwira Abd Wahid yang membawa Pulau Pinang muncul juara Liga Perdana.

ABK20 Virtual yang berlangsung secara maya pada 30 Disember ini buat pertama kali memberi ‘kuasa’ kepada penyokong untuk mengundi pemain terbaik.

Senarai 10 calon yang terpilih bagi setiap kategori akan dihantar kepada juri profesional yang terdiri daripada 24 ketua jurulatih, 24 ketua pasukan dan 24 wakil media bagi menyumbang 70 peratus kiraan mata.

Baki 30 peratus lagi kiraan mata akan diundi penyokong menerusi undian di platform Elfo bermula pukul 10 pagi esok sehingga 11.59 malam Jumaat ini.

Pada ABK20 Virtual, MFL turut menyampaikan Anugerah Kasut Emas 2020 dan Penjaring Terbanyak Liga Super 2020 kepada Ifedayo yang meledak 12 gol.

Shahrel Fikri yang mengumpul 10 gol bersama Perak menerima Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2020, manakala penyerang Pulau Pinang, Casagrande yang menghasilkan sembilan gol dinobat selaku Penjaring Terbanyak Liga Perdana 2020.

Turut mencuri tumpuan, penyerang muda Selangor II, Danial Asri yang menerima anugerah in the Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Perdana 2020 dengan tujuh gol.SUMBER-UM ONLINE

Khamis, 17 Disember 2020

Kesian Safawi tak beraksi lagi

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bintang bola sepak negara, Safawi Rasid terus kempunan untuk meraih debut pertama bersama Portimonense SC apabila sekali lagi memanaskan bangku simpanan ketika pasukannya tewas 0-1 dalam aksi pusingan ketiga Piala Portugal awal pagi tadi.

Kekalahan tipis di tangan UD Leiria itu sememangnya mengejutkan apatah lagi lawan adalah pasukan daripada divisyen tiga berbanding Portimonense SC yang hadir selaku pilihan dari liga utama.

Lebih mengecewakan, kesempatan yang sepatutnya diberikan kepada Safawi bagi menguji kemampuannya dilihat belum lagi membuka mata pengendali pasukannya, Paulo Sergio untuk sekurang-kurangnya menurunkan Safawi sebagai pemain gantian.

Dalam aksi itu, gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Rui Gomes pada minit ke-80 sekali gus mengenepikan terus Portimonense SC daripada saingan yang dijalankan menerusi format kalah mati.

Seperti biasa, kekecewaan turut dirasai peminat bola sepak tanahair yang rata-rata meluahkan perasaan simpati kepada Safawi yang langsung tidak diberi peluang.

"Kenapa Pawi (Safawi) dak (tidak) main, apa guna dia pi (pergi) sana," tulis Mohd Khuzairi di ruangan komen Facebook rasmi Portimonense SC.

"Rosak Safawi lama-lama macam ini. Setakat alasan nak tengok cara Eropah main dalam TV pun boleh," kata Salleh Janggut.

"Kesian Pawi mesti teringin sangat nak main. Apakan daya Pawi jurulatih macam hampeh!! Bertabahlah pawi.," kata Amin Aariz Bakri.

Selain peminat dari Malaysia, penyokong Portimonense SC di Portugal juga dilihat mengecam kekalahan itu dengan menuntut agar Sergio meletakkan jawatan selepas pasukan kesayangan mereka juga sekadar menghuni tangga tercorot dalam liga utama.

Untuk rekod, kelab Safawi yang berpengkalan di Algarve, Portugal itu sekadar mengumpul empat mata daripada tujuh aksi liga dengan menempa lima kekalahan, satu seri dan satu kemenangan.

Terdahulu, Safawi yang dipinjamkan selama semusim oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya berada di bangku simpanan ketika bertemu FC Porto dalam saingan Liga Primeira yang berkesudahan Portimonense SC tewas 1-3.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2020 @ 8:45 AM

Safawi pulang ke JDT musim depan

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain sensasi negara, Safawi Rasid disahkan akan kembali beraksi semula di Liga Malaysia (Liga-M) musim depan selepas dipinjamkan kepada kelab Portugal, Portimonense SC pada Oktober lalu.

Ia disahkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama stesen televisyen swasta negara hari ini, di mana khidmat pemain sayap itu ditagih untuk membantu JDT pada musim baharu nanti.

"Saya rasa Safawi akan kembali, jadi Safawi akan bersama JDT tahun 2021. 100 peratus (kembali ke Malaysia)," katanya.

Safawi yang sudah hampir tiga bulan di Portugal sehingga kini masih belum meraih debut bersama skuad utama Portimonense SC.

Sebaliknya, dia hanya tersenarai selaku pemain simpanan dalam beberapa aksi Liga Primeira dan perlawanan pusingan ketiga Piala Portugal.

Bagaimanapun, pemenang anugerah pemain paling bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan itu setakat ini hanya beraksi untuk skuad bawah 23 tahun Portimonense SC ketika menentang Sporting CP.

Untuk rekod, Safawi dipinjamkan selama semusim namun dengan perkhabaran terbaru daripada Tunku Ismail itu menyaksikan dia terpaksa pulang awal ke tanahair dengan Liga-M dijadualkan bermula hujung Februari 2021.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2020 @ 10:52 PM

Ahad, 6 Disember 2020

Cukup besar dugaan Syafiq' - Safawi

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Musibah yang menimpa tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) Syafiq Ahmad jelas mengejutkan ramai pihak termasuk rakan sepasukannya di Harimau Malaya, Safawi Rasid.

Berita mengejutkan itu jelas turut mengundang rasa sedih Safawi dan berharap Syafiq bersabar dalam menempuh dugaan yang begitu berat.

Safawi berkata, dia mengetahui kemalangan menimpa Syafiq menerusi Whatsapp rakan lain selain turut membacanya di laman sosial.

"Cukup besar dugaan yang menimpa Syafiq selepas kehilangan insan tersayang iaitu ibu mentua dan anak keduanya.

"Saya mendoakan Syafiq tabah dan banyak bersabar selain memohon peminat bola sepak tanah air memberikan sokongan sewajarnya kepada pemain berkenaan.

"Ketika ini, saya mendapatkan maklumat lanjut daripada rakan sepasukan dan turut menghubungi Syafiq berkaitan musibah yang menimpannya," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Syafiq yang juga pemain skuad Harimau Malaya terbabit dalam kemalangan awal pagi tadi yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari.

Dua lagi yang maut dalam nahas kira-kira jam 5.30 pagi di KM163 Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Bakap itu ialah ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30an.

Dalam kejadian itu, Muhammad Syafiq, 25, dan seorang lagi anak perempuannya, dikenal pasti sebagai Aaira Nur Saffiya, 2, cedera ringan, manakala isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25, parah.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2020 @ 6:56 PM