Isnin, 25 Januari 2021

Safawi 10 pemain muda terbaik Asia



Oleh ROZAIDI ZULKIFLI

25 Januari 2021, 5:21 pm

KUALA LUMPUR: Hasrat penyokong Malaysia untuk menyaksikan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid merangkul Anugerah Pemain Muda Terbaik Asia 2020 tidak kesampaian selepas dia hanya berada di kedudukan kesembilan.

Anugerah yang dikenali sebagai ‘Asia’s Choice – Fan Awards: Best Young Player in 2020’ itu dimenangi pemain muda Iran, Mehdi Ghayedi selepas mendapat kutipan 24.4 mata.

Ghayedi mengetepikan rakan senegaranya, Mehdi Abdi Qara yang berada di kedudukan kedua dengan mengumpul 21.37 mata.

Sementara itu, pemain Korea Selatan yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Kejuaraan AFC U23, Won Du-jae di tempat ketiga selepas memperoleh 16.2 mata.

Safawi yang juga tonggak Harimau Malaya mengumpul 3.07 mata untuk berada dalam kelompok 10 terbaik daripada 20 calon asal yang disenaraikan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi merebut anugerah itu.

Anugerah itu dianjurkan AFC sebagai memberi pengiktirafan kepada pemain muda Asia berusia 23 tahun atau lebih muda pada 31 Disember 2020 berdasarkan persembahan bersama kelab dan pasukan kebangsaan.

Mata yang diperoleh dipengaruhi oleh 60 peratus undian daripada peminat manakala baki 40 peratus diberikan panel pakar.SUMBER-UM ONLINE

Safawi di tempat kesembilan 'Asia's Choice – Fan Awards'


Oleh Zulfaizan Mansor - Januari 25, 2021 @ 4:47pm

zulfaizan@bh.com.my



Bintang JDT, Safawi Rasid.

KUALA LUMPUR: Impian bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid untuk merangkul Anugerah Pemain Muda Terbaik Asia 2020 tidak kesampaian selepas dia hanya berada di kedudukan kesembilan.

Anugerah yang dikenali sebagai 'Asia's Choice – Fan Awards: Best Young Player in 2020' itu dimenangi pemain muda Iran, Mehdi Ghayedi selepas mendapat 24.4 mata.

Ghayedi mengalahkan rakan senegaranya, Mehdi Abdi Qara yang berada di kedudukan kedua dengan 21.37 mata.

Sementara itu, pemain Korea Selatan yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Kejuaraan AFC U23, Won Du-jae di tempat ketiga selepas memperoleh 16.2 mata.

Safawi yang juga tonggak penting Harimau Malaya mengumpul 3.07 mata untuk berada dalam kelompok 10 terbaik daripada 20 calon asal yang disenaraikan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi merebut anugerah itu.

Anugerah itu dianjurkan AFC sebagai memberi pengiktirafan kepada pemain muda Asia berusia 23 tahun atau lebih muda pada 31 Disember 2020 berdasarkan persembahan bersama kelab dan pasukan kebangsaan.

Mata yang diperoleh dipengaruhi oleh 60 peratus undian peminat manakala baki 40 peratus diberikan panel pakar.SUMBER-BH ONLINE

Belum rezeki Safawi

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Nasib tidak menyebelahi tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid untuk merangkul Anugerah Pemain Muda Terbaik Asia 2020 selepas hanya sekadar berada di kedudukan kesembilan.

Anugerah yang dikenali sebagai 'Asia's Choice – Fan Awards: Best Young Player in 2020' itu dimenangi pemain muda Iran, Mehdi Ghayedi selepas mendapat 24.4 mata.

Ghayedi mengalahkan rakan senegaranya, Mehdi Abdi Qara yang berada di kedudukan kedua dengan 21.37 mata.

Sementara itu, pemain Korea Selatan yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Kejuaraan AFC U23, Won Du-jae di tempat ketiga selepas memperoleh 16.2 mata.

Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengumpul 3.07 mata untuk berada dalam kelompok 10 terbaik daripada 20 calon asal yang disenaraikan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi merebut anugerah itu.

Anugerah berkenaan dianjurkan AFC sebagai memberi pengiktirafan kepada pemain muda Asia berusia 23 tahun atau lebih muda pada 31 Disember 2020 berdasarkan persembahan bersama kelab dan pasukan kebangsaan.

Mata yang diperoleh dipengaruhi oleh 60 peratus undian peminat dan baki 40 peratus diberikan panel pakar.

Walaupun tidak berjaya memenangi anugerah berkenaan, peminat bola sepak negara seharusnya berbangga apabila penyerang tempatan itu tetap berada dalam kelompok 10 pemain muda terbaik asia untuk musim 2020.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 5:57 PM

Sabtu, 9 Januari 2021

Nama Safawi makin melonjak

Oleh Zulfaizan Mansor - Januari 8, 2021 @ 11:58am

zulfaizan@bh.com.my



Safawi berpeluang menang Anugerah Pemain Muda Terbaik Asia 2020 atau ‘Asia’s Choice – Fan Awards: Best Young Player in 2020’ yang dianjurkan AFC. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Seminggu selepas merangkul anugerah Pemain Tengah Terbaik Liga Malaysia (Liga M) 2020, Safawi Rasid kini berpeluang untuk mencipta nama di pentas Asia pula.

Ia susulan pencalonannya bagi Anugerah Pemain Muda Terbaik Asia atau 'Asia's Choice – Fan Awards: Best Young Player in 2020' yang dianjurkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Safawi bagaimanapun berdepan cabaran daripada 19 calon lain termasuk bintang muda Jepun berusia 19 tahun, Takefusa Kubo yang kini beraksi bersama kelab Sepanyol, Villarreal.

Pemain tengah Korea Selatan, Won Du-jae juga dianggap antara pencabar utama Safawi yang mana pemain itu mengecapi musim 2020 yang penuh gemilang apabila membantu skuad negaranya meraih gelaran Kejuaraan B-23 AFC.

Dia juga dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) kejohanan itu selain muncul juara Liga Juara-Juara Asia (ACL) bersama Ulsan Hyundai.

Bagaimanapun, peluang untuk Safawi merangkul anugerah ini tetap terbuka dengan dia pernah diundi sebagai pemenang Anugerah Gol Terbaik Sedekad ACL pada September lalu.

Justeru, pemain muda kelahiran Dungun, Terengganu itu sekali lagi perlu mengharapkan sokongan dan undian daripada rakyat Malaysia untuk memastikan Anugerah Pemain Muda Terbaik 2020 menjadi miliknya.

Safawi yang lebih mesra dengan panggilan Pawi menjadi antara dua pemain dari Asia Tenggara yang tercalon selepas bintang muda Thailand, Jaroensak Wonggorn turut termasuk dalam senarai 20 calon bagi anugerah itu.

AFC menjelaskan senarai calon itu adalah mereka yang berusia 23 tahun atau ke bawah pada 31 Disember lalu dan peminat boleh membuat undian di laman rasmi badan induk itu, The-AFC.com dengan pemenang akan diumumkan pada 24 Januari depan.SUMBER-BH ONLINE

Safawi sah tinggalkan Portimonense SC

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Karier tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid bersama Portimonense SC tidak panjang apabila sudah ada tanda dia akan meninggalkan kelab berkenaan dalam masa terdekat ini.

Bayangan itu dapat dilihat menerusi Instastory @Portimonense1 yang memuat naik video dan gambar Safawi bersama kumpulan rakan sepasukannya di kelab Portugal itu.

Selain gambar, Instastory itu juga menulis: "Safawi...kita adalah satu keluarga...kami mendoakan yang terbaik untuk anda...Terima kasih Johor yang istimewa."

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berkongsi perkara itu di Instagram miliknya beserta ucapan "terima kasih".

Selain itu, Safawi turut berkongsi video di Instastory @Portimonense1 pada laman Instagram miliknya.

Sebelum ini, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengesahkan Safawi akan kembali bersama JDT bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Hasrat peminat bola sepak negara untuk melihat Safawi membuat penampilan pertama di Liga Primeira, Portugal tidak kesampaian meskipun pemain kelahiran Dungun itu empat kali berada dalam senarai pemain simpanan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2020 @ 7:07 PM

Safawi minta tolong

Oleh Zulfaizan Mansor - Januari 9, 2021 @ 4:02pm

zulfaizan@bh.com.my



Safawi kembali menjalani latihan bersama JDT bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

KUALA LUMPUR: Sokongan daripada seluruh peminat bola sepak tanah air menjadi harapan bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid untuk merangkul Anugerah Pemain Muda Terbaik Asia 2020.

Mengakui gembira dengan pencalonan bersama 19 lagi pemain muda berbakat di rantau Asia, Safawi menganggap ia satu penghargaan besar buat diri dan kerjayanya.

"Sudah tentu gembira dapat pencalonan ini sebab bukan senang nak dapat

"Pertama sekali saya nak berterima kasih kepada keluarga, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan tak lupa juga penyokong yang sentiasa menyokong saya," katanya kepada BH Sukan, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan Safawi berpeluang mencipta nama di pentas Asia selepas tercalon bagi Anugerah Pemain Muda Terbaik Asia atau 'Asia's Choice – Fan Awards: Best Young Player in 2020' yang dianjurkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Safawi bagaimanapun akan berdepan cabaran hebat daripada calon lain termasuk bintang muda Jepun berusia 19 tahun, Takefusa Kubo yang kini beraksi bersama kelab Sepanyol, Villarreal.

Pemain tengah Korea Selatan, Won Du-jae juga dianggap antara pencabar utama Safawi yang mana pemain itu mengecapi musim 2020 penuh gemilang apabila membantu skuad negaranya meraih gelaran Kejuaraan B-23 AFC.

Malah, dia dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) kejohanan itu, selain muncul juara Liga Juara-Juara Asia (ACL) bersama Ulsan Hyundai.

Bagaimanapun, peluang untuk Safawi merangkul anugerah ini tetap terbuka dengan dia pernah diundi sebagai pemenang Anugerah Gol Terbaik Sedekad ACL pada September lalu.

AFC menjelaskan senarai calon itu adalah mereka yang berusia 23 tahun atau ke bawah pada 31 Disember lalu dan peminat boleh membuat undian pada laman rasmi badan induk itu, The-AFC.com dengan pemenang akan diumumkan pada 24 Januari ini.SUMBER-BH ONLINE

Pengalaman berharga Safawi di bumi Portugal

MyMetroArena



Oleh Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ilmu dan pengalaman yang diraih selama tiga bulan di bumi Portugal dilihat cukup berharga buat pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid.

Katanya, walaupun hanya tiga bulan bersama Portimonense SC, banyak perkara positif dikutip sekali gus meningkatkan lagi keyakinan dirinya apabila berhadapan dengan pertahanan lawan.

"Saya kat Portugal tiga bulan, tapi kat sana banyak benda yang saya belajar, sebab kalau nak ikutkan Liga Portugal adalah antara liga keenam terbaik di Eropah.

"Saya rasa tak takut dan dalam diri saya dengan pihak lawan, tetapi saya tak boleh juga terlalu yakin dan apa yang penting buat ialah kena selalu berikan persembahan terbaik," katanya kepada Arena Metro.

Sebagai rekod, Safawi menyertai Portimonense SC yang beraksi dalam Primeira Liga itu pada Oktober lalu dengan status sebagai pemain pinjaman bagi tempoh semusim.

Penyertaan pemain sayap berkaki kiri ke Portugal itu jelas menyemarakkan semangat penyokong tempatan yang tidak putus-putus memberi semangat dan sentiasa menantikan detik pemain itu beraksi di liga utama Eropah.

Bagaimanapun, hasrat peminat bola sepak negara untuk melihatnya membuat penampilan pertama di Eropah tidak kesampaian meskipun empat kali dia berada dalam senarai pemain simpanan.

Namun, kesempatan menjalani latihan bersama skuad utama dengan didedahkan corak permainan berintensiti tinggi selain dapat bermain dengan pasukan bawah 23 tahun Portimonense SC ketika menentang Sporting CP dilihat pengalaman yang mampu mematangkan Safawi.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 12:31 PM

Khamis, 7 Januari 2021

Tahun bertuah safawi

MyMetroUtama



Oleh Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Musim 2020 nyata tahun bertuah buat bintang bola sepak negara, Safawi Rasid apabila dia tersenarai antara calon anugerah Pemain Muda Terbaik Asia 2020 yang dikelolakan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Safawi yang bakal menginjak usia 24 tahun pada tanggal 5 Mac depan terdahulu meraih pelbagai pengiktirafan sama ada secara berpasukan mahupun individu.

Bagaimanapun, pencalonan sebagai Pemain Muda Terbaik Asia dianggap cukup berprestij apabila ia acara kemuncak bagi mengiktiraf pemain benua ini selepas setahun beraksi.

Menerusi pengumuman AFC, 19 pemain tercalon dan antara nama besar yang bakal memberi saingan kepada Safawi adalah pemain Real Madrid dari Jepun, Takefusa Kubo.

Selain itu penyerang muda Korea Selatan, Lee Kang-in yang kini bermain dengan Valencia di Sepanyol serta pemain pertahanan Bologna, Takehiro Tomiyasu.

Walaupun mungkin peluang memenanginya sukar, kejayaan tersenarai dalam anugerah tertinggi di Asia itu harus dipuji dan dibanggakan.

Untuk rekod, sepanjang musim lalu Safawi membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) memenangi gelaran Liga Super untuk kali ketujuh berturut-turut selain dapat beraksi bersama kelab Portugal, Portimonense SC.

Malah, baru-baru ini juga menyaksikan dia dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2020 Virtual selain turut dicalonkan dalam 24 pemain untuk merebut Anugerah Pemain Terbaik Asia Fox Sports Asia bagi musim lalu.

Dalam anugerah itu, pemain sayap dengan bisa kaki kiri itu bakal berentap dengan tonggak Tottenham Hotspur dari Korea Selatan, Son Heung Min yang dilabel pilihan utama untuk menggondol gelaran itu.

Tidak terhenti di situ, pada September lalu, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu mengharumkan nama Malaysia apabila meraih Anugerah Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara (ACL) AFC selepas menghasilkan jaringan cantik menerusi sepakan lencong ketika menentang kelab China, Shandong Luneng dalam aksi ACL 2019.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 7:00 AM

Ahad, 3 Januari 2021

Elak 'tragedi Safawi' berulang

Oleh Syafiq Aznan - Januari 2, 2021 @ 5:41pm

syafiq.aznan@bh.com.my



Episod kekecewaan Safawi (kanan) di Portimonense perlu dijadikan pengajaran.

KUALA LUMPUR: Episod kekecewaan tonggak kebangsaan, Safawi Rasid selama tiga bulan di Portimonense SC mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada pemegang taruh bola sepak mengenai hasrat untuk 'mengeksport' pemain ke luar negara selepas ini.

Bagaimanapun, pemerhati bola sepak tempatan Dr Zulakbal Abd Karim tidak melihat ia sebagai satu kegagalan, sebaliknya menjelaskan banyak aspek yang perlu diperbaiki sekiranya tidak mahu 'Tragedi Safawi' berulang pada masa akan datang.

Malah, Zulakbal menegaskan Safawi tidak rugi apa-apa sepanjang tiga bulan berkelana di sana kerana dia tetap membawa pulang 'ilmu' yang sedikit sebanyak dapat membantu perkembangannya selepas pulang ke Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini.

"Kita sebenarnya sudah ada pengalaman hampir serupa apabila Nazmi Faiz juga balik awal dari Portugal sedikit masa dahulu. Jadi, kita sepatutnya sudah belajar daripada pengalaman terbabit.

"Ini menunjukkan bahawa kita masih perlu melakukanbanyak lagi persediaan yang sepatutnya sebelum melepaskan pemain ke luar negara. Bukanlah kita mahu kata Safawi tiada kualiti tetapi mungkin dia belum mencapai apa yang dimahukan pasukan Eropah.

"Ini adalah antara kesukaran yang perlu kita tempuhi di mana cabaran untuk memecah tembok yang sedia ada. Tetapi ini bukan bermakna kita tidak boleh menghantar pemain kita ke luar negara lagi kerana lebih baik kalau pemain didedahkan dengan pengalaman di luar.

"Cuma kita perlu lihat apa persediaan yang perlu kita bekalkan kepada pemain dan pastikan mereka sudah bersedia sepenuhnya secara mental, fizikal, teknikal dan sebagainya sebelum ke Eropah. Eropah adalah dunia bola sepak yang sangat besar dan tidak terbanding dengan saingan di sini," katanya yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Terdahulu, penyokong bola sepak tempatan sebelum ini begitu teruja selepas bekas pemain Terengganu FC (TFC) itu bakal berkelana ke Eropah dengan menyertai Portimonense SC sejak Oktober lalu.

Namun, hasrat penyokong untuk melihat pemain itu tidak kesampaian selepas Safawi langsung tidak diberi sebarang minit perlawanan di sana sekalipun empat kali berada dalam senarai pemain simpanan.

Susulan itu, Safawi yang dipinjamkan untuk tempoh setahun akhirnya pulang ke tanah selepas tiga bulan dan kini sudah bersedia untuk memulakan musim 2021 bersama juara Liga Super tujuh kali itu.SUMBER BH ONLINE

Sabtu, 2 Januari 2021

Safawi enggan dabik dada

MyMetroUtama



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bintang bola sepak negara, Safawi Rasid menganggap pencalonannya dalam Anugerah Pemain Terbaik Asia Fox Sports Asia bagi musim 2020 adalah hasil penat lelah semua pihak terutama dalam skuad kebangsaan dan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Itu antara perkara yang ditekankan bekas pemain kelab Portugal, Portimonense SC apabila namanya sekali lagi menerima pencalonan untuk anugerah di peringkat antarabangsa.

Safawi yang tidak meletakkan harapan tinggi pada anugerah itu menganggap ia juga sebagai pengiktirafan kepada pemain tempatan yang semakin meningkat sekali gus membuka mata pihak luar terhadap keupayaan mereka.

"Saya tidak mahu mendabik dada namun ini sebenarnya adalah cabaran untuk saya terus mengekalkan momentum dan persembahan meyakinkan pada masa akan datang.

"Banyak lagi perkara perlu belajar terutama mempertingkatkan lagi kemahiran supaya dapat membantu JDT dan Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Pemain yang berasal dari Dungun, Terengganu itu terus membuktikan dirinya antara pemain terbaik di benua ini apabila dia tersenarai dalam 24 calon untuk merebut Anugerah Pemain Terbaik Asia Fox Sports Asia bagi musim 2020

Malah, lebih mengujakan apabila pemenang anugerah Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2020 Virtual itu bakal bersaing dengan beberapa pemain ternama.

Pemain sayap itu bakal berentap dengan tonggak Tottenham Hotspur dari Korea Selatan, Son Heung Min yang dilabel pilihan utama untuk menggondol gelaran itu.

Selain itu, Safawi juga bakal dicabar bekas pemenang Piala Dunia 2010 bersama Sepanyol, Andres Iniesta yang kini beraksi bersama kelab Jepun, Vissel Kobe.

Bintang lain yang turut tersenarai adalah Wataru Endo (Stuttgart), Takehiro Tomiyasu (Bologna), Matthew Ryan (Brighton), Hwang Hee Chan (RB Salzburg dan RB Leipzig) dan Takefusa Kubo (Real Mallorca dan Villareal).

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2021 @ 7:30 AM

SAFAWI RASID 7 GOL LIGA SUPER 2020

  OLEH-AHMAD YAAKOB


Jumaat, 1 Januari 2021

Safawi sedia gempur saingan musim depan

 SUKAN



SAFAWI mengakui gembira menerima anugerah pemain tengah terbaik pada ABK20 kelmarin.

Safawi sedia gempur saingan musim depan

Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI

1 Januari 2021, 2:15 pm

PADA musim 2019, dia merangkul anugerah penyerang terbaik, kali ini bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid dinobatkan sebagai pemain tengah terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 20.

Rata-rata peminat yang menonton ABK20 mengakui pemain asal Dungun, Terengganu itu memang berhak merangkul anugerah berkenaan.

Safawi mengakui gembira dengan anugerah berkenaan dan dia bertekad untuk menampilkan aksi lebih baik menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula 27 Februari depan.

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih atas anugerah yang diberikan ini. Terima kasih juga kepada keluarga dan Tunku Mahkota Johor yang sentiasa menyokong saya sehingga sekarang.

Tidak lupa penyokong bola sepak Malaysia yang selalu berada di belakang saya. Insya-Allah saya akan cuba berikan aksi terbaik lagi musim depan,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

Sebagai rekod, bekas pemain T-Team itu menampilkan aksi cukup memberangsangkan bersama JDT pada Liga Super musim ini apabila meledak tujuh gol dalam tujuh penampilan.

Safawi turut mencuri tumpuan pasukan Liga Portugal, Portimonense apabila menyertai kelab itu secara pinjaman pada Oktober lalu.

Safawi juga tercalon untuk anugerah Pemain Terbaik Asia Fox Sports 2020 yang turut dibarisi bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-Min serta legenda Sepanyol, Andres Iniesta.SUMBER-KOSMO ONLINE

Safawi mampu lebih menyerlah

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 01 Januari 2021




Safawi Rasid

IARPUN tidak berpeluang untuk diturunkan dalam kesebelasan utama skuad Liga Primeira Portugal, Portimonense SC, pemain Harimau Malaya dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid diyakini masih mampu bangkit dan mempamerkan kehebatannya seperti sebelum ini.
Penganalisis bola sepak yang juga bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berkata, sebagai seorang pemain yang berkaliber dan memiliki kemampuan yang tinggi di negara ini, Safawi dilihat tidak berdepan masalah terhadap perkara itu.
Malah menurutnya, kelibat Safawi kali ini pasti akan lebih menyerlah berbanding dahulu, apatah lagi setelah melalui pengalaman berlatih di luar negara.
“Dari segi kemampuan, saya rasa dia (Safawi) seorang pemain yang berkaliber, lagi pun tempoh masa dia berada di Portugal pun tak lama.
“Bagi saya, sentuhannya di bumi Malaysia ini masih ada dan akan lebih ‘menyerlah’ berbanding dahulu kerana dia telah mengikuti program latihan yang agak berbeza.
“Oleh itu, segala pengalamannya ketika berada di Portugal, boleh dikongsikan bersama rakan-rakan sepasukan mungkin dari segi penambahbaikan latihan dan sebagainya,” katanya pada Selasa.
Selama tiga bulan di Portugal, Safawi dilihat masih belum berjaya melakukan debut bersama skuad utama Portimonense SC, tetapi sebaliknya hanya sempat beraksi dengan skuad bawah 23 tahun berdepan Sporting CP.
Terdahulu, Safawi yang dipinjamkan ke Portimonense SC selama semusim difahamkan telah pulang ke tanah air lebih awal berbanding tempoh ‘pinjaman’ berkenaan dan kini bersedia untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadualkan bermula Februari depan.
Selama tiga bulan di Portugal, Safawi yang juga pemenang bagi Anugerah Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 itu dilihat masih belum berjaya melakukan debut bersama skuad utama Portimonense SC, tetapi sebaliknya hanya sempat beraksi dengan skuad bawah 23 tahun berdepan Sporting CP.
Pemain berusia 23 tahun itu juga hanya memanaskan bangku simpanan dalam aksi Liga Primeira termasuk perlawanan pusingan ketiga Piala Portugal.
Sementara itu mengulas mengenai Safawi yang tidak sempat melakukan debut bersama skuad utama Portimonense SC, Azlan berkata, aksi pemain berkenaan bersama skuad bawah 23 kelab itu juga boleh dilihat sebagai satu pengalaman yang cukup berharga.
Katanya, biarpun hanya sempat beraksi bersama skuad berkenaan, ia satu permulaan yang baik buat Safawi mendapat pendedahan awal beraksi di Eropah.
“Bagi saya, perkara itu dilihat sebagai pendedahan awal untuk dia memahami mengenai bola sepak di Eropah dalam usahanya membuat persediaan pada masa hadapan.
SUMBER-ArtikelPenuhhttps://www.sinarharian.com.my/article/117065/BERITA/Sukan/Safawi-mampu-lebih-menyerlah© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Safawi sedia gempur saingan musim depan

 SUKAN



SAFAWI mengakui gembira menerima anugerah pemain tengah terbaik pada ABK20 kelmarin.

SUKAN



SAFAWI mengakui gembira menerima anugerah pemain tengah terbaik pada ABK20 kelmarin.

Safawi sedia gempur saingan musim depan

Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI

1 Januari 2021, 2:15 pm


PADA musim 2019, dia merangkul anugerah penyerang terbaik, kali ini bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid dinobatkan sebagai pemain tengah terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 20.

Rata-rata peminat yang menonton ABK20 mengakui pemain asal Dungun, Terengganu itu memang berhak merangkul anugerah berkenaan.

Safawi mengakui gembira dengan anugerah berkenaan dan dia bertekad untuk menampilkan aksi lebih baik menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula 27 Februari depan.

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih atas anugerah yang diberikan ini. Terima kasih juga kepada keluarga dan Tunku Mahkota Johor yang sentiasa menyokong saya sehingga sekarang.

Tidak lupa penyokong bola sepak Malaysia yang selalu berada di belakang saya. Insya-Allah saya akan cuba berikan aksi terbaik lagi musim depan,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

Sebagai rekod, bekas pemain T-Team itu menampilkan aksi cukup memberangsangkan bersama JDT pada Liga Super musim ini apabila meledak tujuh gol dalam tujuh penampilan.

Safawi turut mencuri tumpuan pasukan Liga Portugal, Portimonense apabila menyertai kelab itu secara pinjaman pada Oktober lalu.

Safawi juga tercalon untuk anugerah Pemain Terbaik Asia Fox Sports 2020 yang turut dibarisi bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-Min serta legenda Sepanyol, Andres Iniesta.SUMBER KOSMO ONLINE

Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI

1 Januari 2021, 2:15 pm


PADA musim 2019, dia merangkul anugerah penyerang terbaik, kali ini bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid dinobatkan sebagai pemain tengah terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 20.

Rata-rata peminat yang menonton ABK20 mengakui pemain asal Dungun, Terengganu itu memang berhak merangkul anugerah berkenaan.

Safawi mengakui gembira dengan anugerah berkenaan dan dia bertekad untuk menampilkan aksi lebih baik menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula 27 Februari depan.

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih atas anugerah yang diberikan ini. Terima kasih juga kepada keluarga dan Tunku Mahkota Johor yang sentiasa menyokong saya sehingga sekarang.

Tidak lupa penyokong bola sepak Malaysia yang selalu berada di belakang saya. Insya-Allah saya akan cuba berikan aksi terbaik lagi musim depan,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

Sebagai rekod, bekas pemain T-Team itu menampilkan aksi cukup memberangsangkan bersama JDT pada Liga Super musim ini apabila meledak tujuh gol dalam tujuh penampilan.

Safawi turut mencuri tumpuan pasukan Liga Portugal, Portimonense apabila menyertai kelab itu secara pinjaman pada Oktober lalu.

Safawi juga tercalon untuk anugerah Pemain Terbaik Asia Fox Sports 2020 yang turut dibarisi bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-Min serta legenda Sepanyol, Andres Iniesta.SUMBER KOSMO ONLINE

Safawi cabar Son, Iniesta

Disember 31, 2020 @ 2:57pm



Safawi tersenarai dalam senarai 24 pemain rebut Anugerah Pemain Terbaik Asia.

KUALA LUMPUR: Selepas menggondol Anugerah Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual semalam, Safawi Rasid mendapat satu lagi tonik sebagai pembakar semangat sebelum mengharungi musim 2021.

Ini kerana pemain berusia 23 tahun itu mencipta kejutan apabila tersenarai sebagai 24 calon untuk merebut Anugerah Pemain Terbaik Di Asia Fox Sports Asia bagi musim 2020.

Malah, lebih membanggakan Safawi satu-satunya wakil dari Asia Tenggara yang 'lolos' dalam senarai itu sekali gus membuktikan reputasinya sebagai antara bintang paling menyerlah di rantau ini.

Bagaimanapun, pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bakal menerima tentangan sengit daripada ramai bintang terkemuka Asia dengan Jepun mendominasi senarai terbabit apabila lima pemain mereka tercalon disusuli Korea Selatan dan Iran masing-masing dengan empat pemain.

Berdasarkan prestasi semasa, pemain Tottenham Hotspur, Son Heung Min dilihat menjadi calon pilihan untuk menggondol gelaran terbabit.

Antara pemain terkemuka lain yang berkelana di Eropah dan turut tersenarai adalah Hwang Hee Chan (RB Salzburg dan RB Leipzig), Takefusa Kubo (Real Mallorca dan Villareal), Wataru Endo (Stuttgart), Takehiro Tomiyasu (Bologna) serta Matthew Ryan (Brighton).

Namun, cabaran pemain dari benua Asia juga tidak kurang hebatnya apabila menampilkan pencalonan seperti Andres Iniesta (Vissel Kobe), Shoja Khalilzadeh (Persepolis dan Al Rayyan) serta Won Du Jae dan Yoon Bit Garam (Ulsan Hyundai).

Sementara itu, Safawi mengambil kesempatan untuk melontarkan penghargaan kepada pemilik pasukan Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas kejayaannya meraih Anugerah Pemain Tengah Terbaik ABK20 Virtual.

"Terima kasih kepada keluarga dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa menyokong saya. Terima kasih juga kepada seluruh penyokong bola sepak Malaysia, Insya-Allah tahun depan saya akan buat yang lebih baik," katanya.

Sebagai rekod, JDT mendominasi ABK 20 selepas merangkul kemenangan dalam lima kategori yang dipertandingkan apabila dinobatkan selaku Pasukan Terbaik 2020 selain Anugerah Pemain Tengah Terbaik yang menjadi milik Safawi.

Benjamin Mora pula dinamakan selaku Jurulatih Terbaik 2020 manakala dua lagi anugerah 'disapu' Farizal Marlias (Penjaga Gol Terbaik) dan Aidil Zafuan Abd. Radzak (Pertahanan Terbaik).SUMBER-BH ONLINE