Rabu, 31 Mac 2021

BIOGRAFI SAFAWI RASID 2021 SIRI 1

OLEH-AHMAD YAAKOB

2021 MALAYSIA SUPER LEAGUE

JOHOR DARUL TA'ZIM VS PENANG



JDT: Farizal Marlias, Matthew Davies, Afiq Fazail, Aidil Zafuan (C), Leandro Sebastián Velázquez, Gonzalo Cabrera, La'Vere Corbin-Ong, Safawi Rasid, Natxo Insa, Maurício dos Santos Nascimento , Fernando Rodriguez Ortega

Substitutes: Izham Tarmizi, Adam Nor Azlin, Safiq Rahim, S. Kunanlan, Hariss Harun, Ramadhan Saifullah Usman, Hazwan Bakri, Nazmi Faiz, Arif Aiman Hanapi.1

1https://www.facebook.com/JDTchannellive 9diakses pada 31 Mac 2021)

Selasa, 30 Mac 2021

BIOGRAFI SAFAWI RASID 2021 SIRI 1

OLEH-AHMAD YAAKOB



Pemain JDT, Safawi Rasid (tengah) diasak pemain Penang FC. FOTO FB Johor Southern Tigers

Ditanya mengenai persembahan Safawi yang agak tenggelam selepas kerap diasak dua dan tiga pemain lawan, Mora menegaskan pemain itu akan berdepan situasi itu pada aksi seterusnya dan dia harus segera menyesuaikan diri dengan corak permainan keras pemain lawan.1

"Safawi kena biasakan diri apabila turun beraksi pada perlawanan seterusnya kerana dua atau tiga pemain lawan akan mengekori rapat pergerakannya dan dia kena tahu bila untuk bermain dengan pantas dan pastikan bola tidak hilang.

"Apapun saya percaya Safawi belajar dengan pengalaman yang dilalui. Dia seorang pemain yang bermotivasi malah kerap akan bangkit memperbaiki kesilapan," kata Mora.2

___________________________________________

1Rizar Mohd Noor, Jentera tengah JDT sukar bergerak https://www.hmetro. com.my/arena/ bola-sepak /2021 /03/ 682491/jentera-tengah-jdt-sukar-bergerak

2 Ibid.

Rabu, 17 Mac 2021

Safawi dijangka pulih lebih cepat

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jika bukan kerana kecanggihan teknologi dan kemudahan lengkap yang dimiliki Johor Darul Ta'zim (JDT), kemungkinan tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid perlu berehat lebih lama atau lebih malang terlepas aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun nanti.

Ketika ini, pemain JDT itu menjalani rawatan plasma 'Platelet-Rich' yang terdapat di pusat rawatan dan kecergasan berpangkalan di selatan tanah air itu.

Rawatan berkenaan membantu tisu yang rosak untuk sembuh dengan sendiri atau tersekat dalam proses penyembuhan.

Menerusi satu kenyataan, Johor Southern Tiger memaklumkan kemudahan rawatan yang terdapat di JDT memudahkan pemain seperti Safawi menjalani rawatan tanpa perlu ke hospital.

"Pemain kini dapat dirawat dengan lebih cepat untuk memastikan mereka dapat kembali dengan pantas," katanya.

Mengikut rekod, ketika ini hanya JDT mempunyai kemudahan rawatan terbabit manakala kebanyakan kelab lain akan merujuk kepada pihak hospital jika pemain mereka mahu mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora memaklumkan bahawa Safawi akan segera pulih dan yakin boleh sembuh dengan cepat memandangkan dia seorang pemain yang masih muda serta sanggup bekerja keras untuk kembali bermain.

"Safawi sememangnya pemain terbaik di Malaysia, seperti mana yang saya pernah beritahu banyak kali sebelum ini tetapi inilah bola sepak, ada masanya anda perlu berehat untuk sembuh daripada kecederaan," katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mac 2021 @ 9:07 PM

Isnin, 15 Mac 2021

Safawi tak tersenarai latihan Harimau Malaya

  Safawi tak tersenarai latihan Harimau Malaya

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tonggak skuad kebangsaan, Safawi Rasid digugurkan dalam senarai awal pemain untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya yang akan diadakan di Johor Bahru bermula 22 Mac ini.

Hal ini bermakna kemungkinan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu perlu berehat seketika berikutan kecederaan yang dialaminya ketika beraksi menentang UiTM FC, Sabtu lalu.

Menerusi kenyataan media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengekalkan 17 pemain daripada skuad 23 pemain Harimau Malaya bagi dua aksi terakhir kelayakan sebelum ini iaitu bertemu Thailand dan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada November 2019.

Bagi melengkapkan senarai 28 pemain yang menyertai kem latihan nanti, Cheng Hoe menyenaraikan 11 pemain iaitu dua penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United FC) dan Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC), Rizal Ghazali (Kedah Darul Aman FC), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur City FC), Faisal Halim (Terengganu FC), Nazmi Faiz Mansor (JDT), Shahrel Fikri Md Fauzi (Selangor FC) dan Fazly Mazlan (Sri Pahang FC).

Selain itu, Cheng Hoe turut mempertaruhkan muka baharu iaitu bintang muda JDT, Ramadhan Saifullah Usman, Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk) dan pemain naturalisasi ketiga negara, Guilherme de Paula (Perak FC).

Enam pemain lain tidak disenaraikan bagi kem latihan pusat kali ini membabitkan penjaga gol, Haziq Nadzli, Dominic Tan, Syazwan Andik Ishak, Baddrol Bakhtiar, Azzizan Nordin serta Safawi.

Sementara itu, Cheng Hoe berkata, keputusannya tidak memanggil dua lagi pemain yang beraksi di luar negara iaitu Liridon Krasniqi dan Junior Eldstar berikutan terdapat beberapa kesukaran untuk mereka menyertai kem latihan Mac ini.

"Saya tidak memanggil dua lagi pemain yang beraksi di kelab luar negara iaitu Liridon (Newcastle Jets) dan Junior (Chonburi FC) kerana tempoh kuarantin untuk masuk ke Malaysia dan kembali ke Australia dan Thailand menjadi kesukaran untuk mereka menyertai kem latihan pusat kali ini.

"Lagipun kedua-dua pemain ini saya lihat sedang meningkatkan persembahan dan prestasi masing-masing bersama kelab baharu mereka ini.

"Jadi saya kira lebih baik mereka menyertai kem latihan pusat pada Mei nanti dengan prestasi yang lebih baik selepas mendapat aksi minit permainan di Liga Australia dan Thailand.

"Bagi Luqman pula, memang dari tahun lalu kita rancang nak panggil dia sertai kem latihan pusat ini. Jadi ini peluang terbaik untuk kita melihat tahap fizikal, keyakinan dan corak permainannya selepas lebih enam bulan bersama KV Kortrijk di Belgium," katanya.

Dalam pada itu, enam pemain diletakkan dalam senarai menunggu, jika terdapat mana-mana daripada 28 pemain yang berada dalam senarai dipanggil kali ini disahkan mengalami kecederaan oleh doktor pasukan.

Mereka terdiri daripada penjaga gol, Samuel Somerville (Penang FC), Rodney Celvin Akwensivie (Kedah Darul Aman FC), Arif Fadzilah Abu Bakar (Terengganu FC), Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC), S Kumaahran (Melaka United FC) dan Darren Lok (PJ City FC).

Cheng Hoe turut menyatakan bahawa kemudahan lengkap yang dimiliki Kelab Bolasepak JDT menjadi faktor utama kem latihan pusat kali ini diadakan di Johor Bahru.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 9:36 PM

Ahad, 14 Mac 2021

'Jangan risau, Safawi OK'

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tangisan tonggak Harimau Malaya Safawi Rasid ketika diusung keluar pada perlawanan Johor Darul Ta'zim (JDT) mementang UiTM semalam cukup membimbangkan penyokong bola sepak tanah air yang melihat kecederaan dialami pemain terbabit begitu serius hingga kemungkinan berehat dalam tempoh yang lama.

Namun, Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim segera menenangkan keadaan apabila menyatakan kecederaan pemain berasal dari Dungun itu kemungkinan akan pulih dalam tempoh dua minggu.

Menerusi Instagram miliknya menyatakan bahawa Safawi menitis air mata menahan kesakitan bukanlah kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) seperti yang disangka penyokong bola sepak.

"Jangan risau, Alhamdullilah bukan ACL. Kita hanya bermain di ACL (Liga Juara-Juara Asia), itu sahaja.

"Terima kasih, dua atau tiga minggu lagi…Insya-Allah OK," katanya.

Selain itu, beliau juga memberi keyakinan bahawa Safawi akan kembali beraksi bersama pasukan dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

Pada perlawanan semalam menyaksikan Safawi mengalami kecederaan ketika berhadapan pemain tengah tuan rumah, Mohamad Syafiq Al-Hafiz Dawawi pada minit kelapan.

Kecederaan itu menyebabkan tonggak Harimau Malaya itu terpaksa dikeluarkan sebelum diganti pemain muda JDT, Arif Aiman yang meledak gol pertama buat pasukannya.

Pada perlawanan menentang UiTM itu, JDT berjaya meraih kemenangan dengan jumlah gol besar 4-0 seterusnya mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga dengan sembilan mata.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 5:22 PM

Rabu, 10 Mac 2021

SAFAWI RASHID GAGAL MENJARINGKAN GOL DALAM PERLAWANAN KEDUA

(BIOGRAFI SAFAWI RASHID 2021)

OLEH-AHMAD YAAKOB

Safawi pada peringkat awal bermain dalam kesebelasan utama, tetapi dikeluarkan pada separuh masa kedua kerana gagal menjaringkan gol. Ditanya mengenai persembahan Safawi yang agak tenggelam selepas kerap diasak dua dan tiga pemain lawan, Mora menegaskan pemain itu akan berdepan situasi itu pada aksi seterusnya dan dia harus segera menyesuaikan diri dengan corak permainan keras pemain lawan.

"Safawi kena biasakan diri apabila turun beraksi pada perlawanan seterusnya kerana dua atau tiga pemain lawan akan mengekori rapat pergerakannya dan dia kena tahu bila untuk bermain dengan pantas dan pastikan bola tidak hilang.

"Apapun saya percaya Safawi belajar dengan pengalaman yang dilalui. Dia seorang pemain yang bermotivasi malah kerap akan bangkit memperbaiki kesilapan," kata Mora.1

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mac 2021 @ 11:51 AM



____________________________________________________-