Jumaat, 15 Februari 2019
Ahad, 3 Februari 2019
Percaturan JDT berjaya
PENYERANG JDT, Syafiq Ahmad (kiri) diasak bek kiri Perak, Nazirul Naim
dalam aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Perak di Stadium Tan Sri Dato Hassan
Yunos, Larkin, Johor Bahru, kelmarin. - UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN
ZULHISHAM ISAHAK
04 Februari 2019 3:00 AM
JOHOR BAHRU 3 FEB. - Percaturan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menurunkan
barisan pemain muda ketika menentang Perak dalam aksi pertama Liga Super bagi
merebut Piala Sumbangsih, semalam, ternyata berjaya.
Cetusan idea pengurus Harimau Selatan, Lucciano Figueroa meletakkan
Muhammad Safawi Rasid pada posisi serangan bergandingan dengan Gonzalo Cabrera
membuatkan persembahan Perak kucar-kacir.
Sentuhan pemain baharu, Adam Nor Azlin dan Mauricio Dos Santos turut dipuji
kerana kelincahan mereka menjaga kubu pertahanan dan berjaya menyekat The Bos
Gaurus untuk mencipta gol.
Hasilnya, JDT menang 1-0 menerusi sepakan lambung hasil sentuhan Cabrera
pada minit ke-40, sekali gus, merangkul Piala Sumbangsih buat kali keempat.
Kemenangan ke atas skuad pelawat di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos,
Larkin semalam, adalah amaran awal kelab gergasi Liga Malaysia itu.
Mengulas aksi anak-anak buahnya, Figueroa melahirkan rasa puas hatinya dan
memuji persembahan yang dipamerkan para pemain, namun, beberapa kesilapan yang
dilakukan harus diperbaiki.
“Pemain memberikan aksi yang baik pada separuh masa pertama. Kami juga
mencipta banyak peluang sehingga berjaya membolosi gawang lawan. Dalam babak
kedua pula, bagi saya aksi kami juga tidak kurang hebatnya, namun, agak sedikit
berbeza kerana pasukan Perak ketara sangat mahu menjaringkan gol.
“Kami tidak bermain bola sepak dengan begitu baik dalam separuh masa kedua,
namun, Perak juga gagal melakukan percubaan tepat ke pintu gol. Kami hanya mahu
mengekalkan tahap permainan kami, mengawal rentak, dan mendapatkan bola,”
katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan, semalam.
Mengenai Safawi, Figueroa berkata, corak permainan pemain itu dalam
perlawanan kali ini tidak begitu sempurna.
Jelasnya, penyokong tidak boleh terus mengatakan bahawa Safawi memang tidak
boleh menjaringkan gol sedangkannya dia sudah mencuba dua hingga tiga peluang
untuk berbuat demikian.
“Tidak mengapa, kerana inilah bola sepak. Dia tidak boleh menjaringkan
kesemua peluang yang diperolehinya,” kata warga Argentina itu.
sumberArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/percaturan-jdt-berjaya-1.835182#ixzz5eWv1pfRv
© Utusan Melayu (M) Bhd
Jumaat, 1 Februari 2019
Safawi tidak rela diaib Perak
SUKAN»Bola
Khamis, 31 Januari 2019 | 6:09pm

Safawi yakin pasukannya mampu
mempertahankan Piala Sumbangsih. - Arkib NSTP
Safawi tidak rela diaib Perak
Oleh Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my
JOHOR BAHRU: Pemain sayap kanan
Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid yakin pasukannya mampu mempertahankan
Piala Sumbangsih dan mengutip tiga mata pertama apabila berdepan Perak pada
aksi pembuka tirai saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin,
Sabtu ini.
Dia yang dinobat Pemain Paling
Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu turut bersemangat untuk
berdepan skuad kendalian Mehmet Durakovic yang dilabel pasukan hebat selepas
menjuarai Piala Malaysia musim lalu dan mengakui persiapan pra-musim di
Thailand memberi kesan positif buat JDT.
"Piala Sumbangsih adalah
piala pertama yang dipertandingkan dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) dan
sudah tentu saya dan rakan sepasukan bertekad untuk mempamerkan aksi terbaik
memandangkan kami beraksi di laman sendiri,” kata Safawi.
"Sememangnya keputusan
positif ditagih kerana kami tidak mahu piala berkenaan terlepas kepada pasukan
lawan dan hilang tiga mata, malah kami sudah diterapkan semangat kekeluargaan
dan ia memainkan peranan penting apabila beraksi dalam kancah liga.
"Pada musim 2017, pertama
kali saya beraksi untuk JDT dan ia pengalaman perit selepas tewas 5-4 menerusi
penentuan sepakan penalti dan kami tidak mahu keperitan tiga musim lalu
berulang.”
Musim lalu, JDT merampas kembali
Piala Sumbangsih selepas menewaskan Kedah 2-1 hasil jaringan Luciano Figueroa,
yang kini membimbing skuad Harimau Selatan, dan pemain pertahanan Marcos
Antonio yang tidak lagi bersama skuad itu pada musim ini.
Mengulas mengenai aksi
persahabatan di Thailand, Safawi mengakui betapa komitmen tinggi semua pemain
dalam tiga perlawanan persahabatan yang dianggap kompetitif memberi pengalaman
bermakna bukan sahaja kepada dirinya malah turut membabit rakan sepasukan.
Katanya, setiap pemain memberi
kerjasama antara satu sama lain dan membentuk persefahaman yang baik ketika
menentang tiga kelab dari Thailand malah kombinasi mantap terhasil menerusi
gandingan pemain import dan pemain tempatan.
"Banyak yang kami pelajari
ketika di Thailand dan ia mencetusi inspirasi baharu buat kami untuk
mengharungi kempen Liga M yang kompetitif malah kami perlu berwaspada dengan
Perak yang dibarisi pemain muda.
"Kita tahu Perak bukan
calang-calang pasukan dan mereka mahu cari kemenangan di Larkin. Kita kenalah
beraksi dengan tenang dan fokus sepanjang 90 minit perlawanan tanpa membuat
kesilapan mudah," katanya.
SUMBER BERITA HARIAN ONLNE Khamis,
31 Januari 2019 | 6:09pm
Langgan:
Catatan (Atom)