Selasa, 29 September 2020

JDT boleh julang Liga Super Jumaat ini



PERTEMUAN JDT menentang Sabah, Jumaat ini akan diteruskan mengikut jadual. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS

Oleh Media Mulia

29 September 2020, 7:47 pm


KUALA LUMPUR: Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menjulang Liga Super ketujuh berturut-turut di laman sendiri, Jumaat ini cerah selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan perlawanan Harimau Selatan menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim akan diteruskan mengikut jadual.

Malah, pertembungan Melaka United dan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada hari yang sama juga akan diteruskan.

Status kedua-dua perlawanan sebelum ini menjadi tanda tanya selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan semua individu yang baru tiba dari Sabah menjalani ujian swab Covid-19 serta perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) sehingga keputusan makmal dikeluarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Abdul Ghani Hassan bagaimanapun berkata, jika pindaan jadual terpaksa dilakukan ia akan diumumkan kelak.

Jadual kekal 2 September, tiada perlawanan tertangguh. Cuma jangan ada yang kena (positif Covid-19) tapi di liga lain pun ada (pemain positif) cuma yang kena itu saja tak boleh main.

MFL sentiasa berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Sabah dan sebelum ini juga kita berhubung dengan Melaka United. KKM pun sangat membantu kita,” katanya hari ini.

Melaka terpaksa mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selepas terbabit dengan aksi Liga Super berdepan Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, kelmarin.

Ia termasuk pemain dan pegawai pasukan itu kemungkinan terpaksa menjalani kuarantin di rumah, sekali gus bakal berdepan kekangan masa untuk melakukan persiapan berdepan Kedah.

JDT hanya memerlukan satu mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan..SUMBER-UM ONLINE

Sabtu, 26 September 2020

Lebih manis julang trofi di Stadium Sultan Ibrahim

Oleh Syafiq Aznan - September 26, 2020 @ 6:03pm

syafiq.aznan@bh.com.my



Penyerang JDT, Safawi Rasid cuba dihalang pemain PJ City pada aksi Liga Super, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Persoalan ketika ini bukan mengenai sama ada Johor Darul Ta'zim (JDT) boleh merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh ataupun tidak, tetapi bila dan di mana skuad Harimau Selatan itu akan bergelar juara?

Meskipun pemburuan gelaran ketujuh mereka tertangguh selepas terikat 2-2 dengan PJ City malam tadi, keputusan itu sebaliknya menghadiahkan prospek lebih 'menggiurkan' untuk skuad bimbingan Benjamin Mora itu melakar sejarah dalam mengukuhkan reputasi mereka sebagai gergasi bola sepak tempatan.

Ini kerana sekiranya mereka berjaya menundukkan Sabah pada aksi 2 Oktober ini, mereka boleh mengesahkan status juara di tempat lebih baik iaitu di stadium penuh ikonik, Stadium Sultan Ibrahim.

Ketika ditanya mengenai situasi terbabit, Mora mengakui ia satu peluang baik buat Harimau Selatan walaupun dia dilihat tidak kisah untuk merangkul kejuaraan di mana-mana stadium.

"Mungkin itu lebih baik (menang Liga Super di laman sendiri). Sebagai jurulatih, saya mahu menang di semua tempat tidak kira di laman sendiri ataupun di tempat lawan. Ini mentaliti saya sebagai jurulatih tetapi anda tidak boleh sentiasa menang seperti yang anda mahukan.

"Apapun, beraksi di Stadium Sultan Ibrahim dan memenangi kejuaraan di situ, pasti ia akan lebih manis kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pemain dan penyokong menyaksikan JDT merangkul trofi di stadium terbabit," katanya.

Mengulas lanjut persembahan anak buahnya, Mora menjelaskan dia sudah menjangka anak buahnya akan menerima tentangan sengit daripada PJ City seperti yang pernah diberikan beberapa pasukan dihadapi mereka sebelum ini.

"Banyak pasukan yang memberi cabaran kepada kita pada musim ini seperti UiTM FC pada awal musim lalu, FELDA United dan Terengganu FC (TFC). Kita menguasai perlawanan dan mengawal bola tetapi dihukum dengan serangan balas dan corak permainan pantas PJ City.

"Kami tidak bernasib baik kerana dibolosi dua gol namun kami beraksi lebih baik pada babak kedua. Kami cuba melakukan sesuatu untuk mendapatkan gol ketiga tetapi tidak berjaya. Beraksi atas permukaan padang basah memang menyukarkan tetapi ia bukanlah alasan kerana lawan berdepan masalah sama.

"Satu mata di tempat lawan tetap baik untuk kami. Saya menilai pemain dengan sikap, usaha dan mentaliti mereka, jadi ini persembahan yang baik daripada pemain," katanya. SUMBER-SUKAN BH ONLINE

PJ City, JDT sama handal

Oleh Zulfaizan Mansor - September 25, 2020 @ 11:11pm

zulfaizan@bh.com.my



Penyerang JDT, Diogo Luis Santo cuba dihalang pemain PJ City pada aksi Liga Super.

KUALA LUMPUR: PJ City meranapkan impian Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk meraih kemenangan kelima berturut-turut selepas kedua-kedua pasukan itu terikat 2-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

JDT yang juga juara Liga Super enam kali berturut-turut memenangi semua empat perlawanan sejak Liga Malaysia (Liga M) bersambung semula pada hujung bulan lalu termasuk meraih kemenangan besar ke atas Perak dan Selangor.

Keputusan itu bagaimanapun langsung tidak menjejaskan kedudukan skuad Benjamin Mora yang kini di ambang merangkul gelaran juara buat kali ketujuh dan perlu menunggu keputusan perlawanan antara Pahang dan Kedah, esok.

JDT yang membelasah Selangor 6-1 minggu lalu terpaksa menunggu minit ke-35 untuk membuka tirai jaringan selepas Safawi Rasid menyudahkan umpanan Diogo Luis Santo.

Kedudukan itu hanya bertahan dua minit apabila Christie Jayaseelan bijak menggunakan peluang di depan pintu gol untuk meledak gol penyamaan PJ City.

PJ City berjaya mendahului JDT selepas K Gurusamy menyudahkan sepakan penalti pada masa kecederaan babak pertama.

Namun hanya kira-kira seminit selepas itu kedudukan berubah lagi apabila giliran Gonzalo Cabrera pula menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan buat JDT.

Tiada jaringan berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan pada babak kedua yang menyaksikan kedudukan 2-2 kekal hingga tamat permainan.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Hajat JDT tertangguh

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Selepas melakar dua kemenangan besar sebelum ini, Johor Darul Ta'zim (JDT) hampir menerima kekalahan pertama dalam saingan Liga Super musim ini apabila diikat Petaling Jaya City (PJ City) 2-2.

JDT yang bergaya membelasah Perak 7-0 dan 6-1 ke atas Selangor, gagal meneruskan rentak itu apabila PJ City memberi tentangan hebat sepanjang 90 minit aksi di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Malah, keputusan seri itu turut menangguhkan seketika hasrat skuad Harimau Selatan bagi dinobatkan juara liga lebih awal di mana pasukan di tangga kedua, Kedah mampu merapatkan jurang kepada empat mata sekiranya berjaya meraih kemenangan menentang Pahang malam esok.

Pelawat yang memburu kejuaraan liga ketujuh berturut-turut terlebih dulu di depan menerusi jaringan Safawi Rasid pada minit ke-35 selepas menerima hantaran Diogo untuk tenang menewaskan Kalamullah Al-Hafiz.

Kelebihan itu bagaimanapun dipadamkan oleh tuan rumah dua minit kemudian hasil sentuhan bekas pemain kebangsaan, Christie Jayaseelan yang menolak mudah ke gawang JDT untuk mengikat kedudukan 1-1.

Skuad kendalian K Devan yang pernah meleburkan rekod bersih JDT dalam saingan Liga Super musim lalu seakan mengulangi skrip sama apabila berjaya mendahului lawan pada masa kecederaan.

Ia susulan sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin selepas Washington dos Santos dijatuhkan oleh penjaga gol JDT, Farizal Marlias sekaligus diberikan layangan kad kuning.

Ketua pasukan PJ City, K Gurusamy mudah menyempurnakan tugasnya namun semangat melawan anak buah Benjamin Mora cukup tinggi apabila mereka pantas mengikat kembali 2-2, juga hasil sepakan penalti Gonzalo Cabrera di masa kecederaan.

Aksi pantas terus disajikan pada separuh masa kedua dengan JDT memiliki sekurang-kurangnya dua peluang keemasan namun dihalang Kalamullah di gawang gol.

Keputusan seri bagaimanapun kekal hingga tamat aksi dan JDT perlu menunggu aksi berikutnya bertemu Sabah Jumaat depan di Stadium Sultan Ibrahim untuk mengesahkan kejuaraan.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2020 @ 11:04 PM

PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2020

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

SEMBILAN GOL



Shahrel Fikri Perak

TUJUH GOL

Dominique Da Sylva Terengganu

ENAM GOL

Tchetche Kipre Kedah

Gonzalo Cabrera JDT

LIMA GOL

Kpah Sherman Kedah

Ivan Carlos Pahang

Ifedayo Olusegun Selangor

Safawi Rasid JDT

EMPAT GOL

Ramadhan Saifullah JDT

Uche Agba Melaka Utd

Sanjar Shaakhmedov Terengganu

Lee Tuck Terengganu

TIGA GOL

Khairul Amri Felda Utd

Diogo Luis Santo JDT

Romel Morales Melaka Utd

Rodoljob Paunovic Sabah

Guilherme de Paula Perak

DUA GOL

Nicolas Velez Felda Utd

Renan Alves Kedah

Dickson Nwakaeme Pahang

Faisal Halim Pahang

Herold Goulon Pahang

Eskandar Ismail PDRM

Guilherme de Paula Perak

Shahrul Saad Perak

R. Kogileswaran PJ City

Brendan Gan Selangor

Gustavo Almeida UiTM

Victor Nirennold UiTM

Jumaat, 25 September 2020

GOL SAFAWI PJC 0-1 JDT

  OLEH AHMAD YAAKOB



‘JDT mahu julang gelaran ketujuh di PJ’

 ‘JDT mahu julang gelaran ketujuh di PJ’



PEMAIN JDT akan merangkul kejuaraan Liga Super esok jika mengalahkan PJ City FC.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

24 September 2020, 8:59 pm

JOHOR BAHRU: Pertemuan menentang Petaling Jaya (PJ) City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) esok menjadi perlawanan penentuan buat Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi merangkul kejuaraan Liga Super ketujuh berturut-turut.

Biarpun pencabar terdekat, Kedah turut mencatat kemenangan pada perlawanan menentang Pahang, Sabtu ini dan mengekalkan perbezaan enam mata, kedudukan JDT sukar dicabar kerana jurang perbezaan gol bagi kedua-dua pasukan terlalu besar.

Sungguh pun begitu, ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora masih belum mahu mendabik dada dan menganggap pertemuan menentang PJ City sebagai satu perlawanan sukar.

Katanya, rekod pertemuan menentang skuad bimbingan K.Devan menunjukkan mereka sentiasa memberi tentangan sengit dan sukar ditewaskan.

Saya menjangkakan ia adalah satu perlawanan yang sengit setiap kali menentang PJ City sejak tahun lalu. Walaupun terdapat beberapa pertukaran, pastinya ia tidak menjejaskan kualiti permainan mereka.

Walau bagaimana pun, keputusan akhir perlawanan itu bergantung kepada kami. Sekiranya kami bermain bermati-matian dan memberikan 100 peratus di atas padang, kemenangan pasti dalam genggaman.

Sungguh pun kejayaan mengutip tiga mata sudah cukup memastikan kejuaraan kali ketujuh, kami akan pastikan kemenangan ini dikecapi dengan gaya permainan dan karakter JDT yang sebenar,” katanya kepada pemberita.

Pengendali kelahiran Mexico itu turut menuntut kesungguhan keseluruhan pemainnya memberi tumpuan penuh sepanjang 90 minit permainan dan menganggap perlawanan itu sebagai perlawanan terakhir dalam karier mereka.

Dalam perlawanan seperti ini, kita tidak dapat jangka apa yang akan berlaku dan pemain tidak boleh leka.

Justeru, pemain perlu memberikan aksi terbaik dan melaksanakan tugas dengan cemerlang mengikut perancangan ampuh yang direncanakan,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan tonggak bek tengah JDT, Mauricio Dos Santos, beliau masih belum mahu memberi kata putus sama ada dapat diturunkan menjelang perlawanan tersebut.

Jelasnya, beliau amat berharap pertahanan kelahiran Brazil itu cergas sepenuhnya dan dapat diturunkan membarisi benteng pertahanan Harimau Selatan.

AARON Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik bersama Pengurus Kanan Pemasaran 100Plus, Leong Wai Yin dalam majlis perjanjian penajaan di Kuala Lumpur hari ini.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Ahad, 20 September 2020

Kekalahan Selangor mungkin salah saya, kata Sathianathan

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 20 September 2020




Pemain JDT, Safawi Rasid mengawal bola walaupun diasak pertahanan Selangor pada aksi CIMB Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. - Foto FB JST
KETUA Jurulatih Selangor, B Sathianathan menyifatkan mungkin dirinya patut dipersalahkan atas kekalahan 1-6 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi CIMB Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Menurut Sathianathan, tindakannya meletakkan pemain yang 'salah' mungkin antara faktor menyebabkan kekalahan besar The Red Giants musim ini.
"Mungkin saya patut dipersalahkan kerana meletakkan 'orang' (pemain) yang salah.
"Selain itu tiga gol terhasil dengan begitu pantas sehinggakan kesebelasan pemain Selangor tidak dapat berbuat apa-apa," katanya sejurus tamat perlawanan itu.
Pada perlawanan itu, pemain tuan rumah, Safawi Rasid terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-45 sebelum menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-49.
Dua bintang import skuad Harimau Selatan, Diogo Santo dan Gonzalo Cabrera kemudiannya menjaringkan gol pada minit ke-64 dan 67 manakala pemain gantian, Ramadhan Saifullah Usman meledak dua gol pada minit ke-72 dan 75.
Selangor akhirnya berjaya merobek gawang JDT apabila pemain gantian Selangor, Rufino Segovia menjaringkan gol sagu hati Merah Kuning.
Kekalahan itu menyaksikan Selangor kini berada pada kedudukan kelapan dengan 10 mata hasil dua kemenangan seri empat kali dan tewas dua kali daripada lapan perlawanan.
Sementara JDT terus gah di puncak liga dengan 22 mata hasil tujuh kemenangan dan seri sekali daripada lapan perlawanan.
Dalam pada itu, Sathianathan menyifatkan dua gol awal JDT yang terhasil pada penghujung babak pertama dan pada awal babak kedua sebagai titik perubahan yang menyumbang kepada kekalahan skuad kendaliannya itu kali ini.
Katanya, kedua-dua gol berkenaan nyata mematikan rentak permainan Selangor pada perlawanan berkenaan.
"Kesemua gol bagi saya adalah gol-gol mudah, sepakan percuma, sepakan penalti dan juga gol dari sudut yang mustahil oleh Diogo (Santo)," katanya
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/101850/BERITA/Sukan/Kekalahan-Selangor-mungkin-salah-saya-kata-Sathianathan© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Gergasi Merah kena belasah

MyMetroArena



Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.my

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) semakin hampir menggengam kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut selepas membaham Selangor 6-1 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, hari ini.

Hasil kemenangan itu, skuad bimbingan Benjamin Mora hanya perlu mencari tiga mata lagi untuk menjulang kejuaraan liga apabila bertandang ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jumaat ini berdepan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) .

JDT yang turun tanpa kelibat Mauricio Dos Santos akibat digantung satu perlawanan kerana mengumpul tiga kad kuning ternyata tidak menjejaskan benteng pertahanan tatkala Fadhli Shas yang bergandingan bersama kapten Aidil Zafuan Abd Radzak beraksi konsisten di posisi itu.

Sepanjang tempoh 20 minit aksi babak pertama, skuad Harimau Selatan dan The Red Giants beraksi dengan corak berhati-hati dengan tempo permainan lebih terarah di kawasan tengah padang dan jarang melakukan serangan berbahaya.

Hanya pada minit ke-22, tuan rumah meraih peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan apabila Gonzalo Cabrera bertindak berani menyusup masuk ke dalam kotak penalti namun bola rembatan yang disasarkan ke penjuru kiri gol pelawat sekadar sipi tatkala penjaga gol, Farizal Harun sudah tertewas.

Cabrera sekali lagi terlepas peluang terhidang pada minit ke-33 selepas bola rembatan leret di luar kotak penalti tersasar sebelah penjuru kanan gol ketika Farizal sudah tertewas.

Sebelum melangkah masuk ke bilik persalinan pada minit akhir babak pertama, Safawi Rasid menceriakan kem skuad Harimau Selatan selepas bola sepakan percuma dari jarak 30 meter melencong tepat ke penjuru kanan gol yang menyaksikan Farizal tergaman di gawang sendiri.

Sebaik babak kedua bermula, tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria selelpas tindakan Nicholas Ryan Swirad mengkasari Diogo Luis Santo di dalam kotak penalti pada minit ke-48.

Safawi yang ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti itu mudah merembat bola masuk untuk mencetak gol kedua peribadi apabila menewaskan Farizal yang sekali lagi tergamam melihat bola menerjah jaring.

Tuan rumah menambah derita pelawat pada minit ke-63 selepas bola balingan jauh Corbin Ong tepat ke Diogo yang bingkas memusingkan badan sebelum merembat bola kencang menewaskan Farizal untuk meletak skuad Harimua Selatan selesa dengan kedudukan 3-0.

Anak didik Mora memastikan skuad bimbingan B Sathiananthan tertekan apabila Cabrera meledakkan gol keempat buat pasukan itu berpunca daripada bola lorongan Diogo dan tuan rumah terus mengganas apabila pemain gantian Ramadan Saifullah Usman turut mencetak gol kelima pada minit ke-72 dan jaringan kedua peribadi selang dua minit .

Pelawat meraih gol saguhati pada minit ke-81 selepas bola umpanan Sean Eugene Selvaraj di dalam kotak penalti disudahkan pemain gantian Rufino Segovia namun sudah terlambat melakukan kebangkitan tatkala JDT terus ampuh dengan jaringan 6-1 sehingga tamat perlawanan.

sumber-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2020 @ 11:03 PM


Sabtu, 19 September 2020

GOL KEDUA SAFAWI

 OLEH-AHMAD YAAKOB




GOL PERTAMA SAFAWI RASID

 OLEH-AHMAD BIN YAAKOB



 



JDT 0-0 SELANGOR

 OLEH-AHMAD YAAKOB




 

Pertembungan epik JDT, Selangor

MyMetroArena



Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.my

Johor Bahru: Pertembungan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang melayani kunjungan Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri, malam esok dianggap pertemuan buku dengan ruas tatkala kedua-dua pasukan memiliki reputasi tinggi dalam saingan liga musim ini.JDT mengecapi kejayaan muncul juara liga enam musim berturut-turut, manakala Selangor tampak gah dengan status pasukan legenda dalam kancah bola sepak negara dan pastinya pertembungan dua pasukan itu dianggap 'epik'.

Ditambah pula skuad Harimau Selatan memerlukan kemenangan untuk berada dalam keadaan selesa bagi menghampiri kejuaraan liga ketujuh pada musim ini, Selangor pastinya mahu menebus kehampaan prestasi tidak menentu yang dialami sejak saingan bersambung 28 Ogos lalu akibat pandemik Covid-19.

Namun di sebalik memburu kemenangan ke atas skuad The Red Giants, pengendali JDT tampak enggan terlalu tertekan dan menyifatkan berharap tuah menyebelahi skuad bimbingannya untuk meneruskan pemburuan kejuaraan liga.

"Kita harap dapat terus mencapai kemenangan dengan Selangor di laman sendiri yang pasti tampak sengit dan sedikit tuah untuk mencapai matlamat mempertahankan kejuaraan liga dengan lebih cepat.

"Kami tidak boleh terlalu selesa dan perlu memikirkan untuk capai kemenangan dalam setiap perlawanan. Malah harus berwaspada bagi mengelak berlaku kejutan yang sememangnya mahu dielakkan," kata Mora.

Yang pasti, pengendali kelahiran Mexico bakal menurunkan kesebelasan terbaik untuk berdepan anak didik B Sathianathan dan kelibat rangkaian serangan Gonzalo Cabrera, Safawi Rasid dan Diogo Luis Santo akan mengemudi jentera serangan.

Tanpa kelibat Matthew Davies yang masih dalam proses pemulihan, posisi bek kanan bakal menyaksikan S Kunanlan akan beraksi di posisi itu bersama Mauricio Dos Santos, Aidil Zafuan Abd Radzak yang menggalas tugas selaku kapten dan Corbin Ong bagi membentuk keampuhan benteng skuad Harimau Selatan.

Apa pun barisan pemain JDT perlu lebih konsisten dengan memperaga aksi terbaik untuk memastikan kemenangan memihak pasukan itu bagi membuka jalan lebih selesa memburu kejuaraan liga buat kali ketujuh berturut-turut.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2020 @ 2:55 PM

Isnin, 14 September 2020

Belum terlambat Safawi kembang bakat di Eropah

 SUKAN»Bola

Ahad, 13 September 2020 | 7:41pm



Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid (kiri) berjaya melepasi penjaga gol Terengganu FC (TFC) Mohd Shamirza Yusoff dan menjaringkan gol pertama buat pasukannya pada saingan Liga Super Malaysia 2020 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. - Foto BERNAMA

PEMAIN Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid (kiri) berjaya melepasi penjaga gol Terengganu FC (TFC) Mohd Shamirza Yusoff dan menjaringkan gol pertama buat pasukannya pada saingan Liga Super Malaysia 2020 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. - Foto BERNAMA

Belum terlambat Safawi kembang bakat di Eropah

Oleh Syafiq Aznan

syafiq.aznan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Sekalipun hanya akan berkelana di Eropah pada usia 24 tahun, penyerang kebangsaan, Safawi Rasid disifatkan belum lagi terlambat untuk mengembangkan potensinya selepas bakal menyertai kelab dari Portugal, Portimonense SC musim depan.

Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zulakbal Abd Karim menegaskan usia bukanlah perkara utama kerana apa yang penting kematangan yang dimiliki pemain itu, apatah lagi dia kini sedang menikmati zaman kegemilangannya sebagai pemain bola sepak.

"Bagi saya, tiada isu sama ada dia lambat untuk ke Eropah atau tidak. Pada usia 23 atau 24 tahun ini, saya berpendapat memang baik sangat. Kalau terlalu muda, saya bimbang dia tidak dapat hadapi tekanan yang datang nanti.

"Melihat kepada prestasinya pun, dia sedang berada dalam kemuncak dan memang saat inilah paling sesuai untuk dia melebarkan sayapnya. Kalau bukan sekarang, saya tidak tahu bila lagi masa yang sesuai.

"Apa yang penting persiapan yang perlu dibekalkan kepadanya sebelum melangkah ke Eropah supaya dia nanti bersedia sepenuhnya. Justeru, saya yakin Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah pasti ada perancangan mereka yang tersendiri," katanya.

Sebagai rekod, pemain kelahiran Dungun itu akan menjadi pemain terbaru negara yang akan ke Eropah selepas mendapat tawaran semusim daripada pasukan yang beraksi dalam Primeira Liga itu namun hanya akan menyertai mereka selepas saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini berakhir.

Dalam perkembangan lain, Zulakbal tidak menafikan ramai pemain yang sememangnya berpotensi mendapat pendedahan di Eropah namun dia mengakui pendekatan untuk menghantar pemain berkelana di luar negara bukanlah satu 'projek' yang mudah.Jelasnya, kegagalan beberapa generasi terdahulu seharusnya dijadikan iktibar supaya mana-mana pemain yang mendapat peluang selepas ini tidak menerima nasib yang sama dan sekadar 'terputus' di tengah jalan."Banyak pemain yang berbakat tetapi kita perlu lihat dan teliti sebaiknya. Jangan setakat menghantar mereka untuk tujuan tertentu tetapi mereka tidak selesa apabila berada di sana kerana kita tidak mahu apa yang pernah berlaku sebelum ini berulang kembali.

"Kita perlu menyiapkan mereka sebaiknya dan selepas yakin mereka benar-benar bersedia, barulah kita hantar (ke Eropah). Kita juga perlu melihat kepentingan terhadap skuad negara di mana kita tahu dia dapat menyumbang kepada skuad negara apabila balik nanti."Dalam hal ini, semua pemegang taruh yang terbabit dalam bola sepak perlu bekerjasama untuk memastikan semua pemain yang dihantar ke luar dapat mencapai kejayaan," katanya.SUMBER=SUKAN BH ONLINE

Safawi perlu profesional

MyMetroArena



Malik Muhamad

sukan@hmetro.com.my

"Saya perlu profesional," Demikian reaksi penyerang sensasi Johor Darul Ta`zim (JDT), Safawi Rasid ketika ditanya perasaannya selepas jaringan tunggalnya memusnahkan impian pasukan negeri kelahirannya, Terengganu FC (TFC) untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata di laman sendiri dalam aksi ketujuh Liga Super.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, Jumaat lalu, Safawi yang juga antara penyerang terbaik kebangsaan ketika ini meledak gol kemenangan pasukannya 1-0 pada minit kelima selepas kesilapan komunikasi antara pertahanan TFC dengan penjaga gol.Pemain berusia 23 tahun berasal dari Dungun itu berkata, kerjasama daripada rakan sepasukan yang sentiasa memberi dorongan semangat adalah antara faktor dia mampu beraksi dengan baik setiap kali disenaraikan dalam kesebelasan utama."Dalam mana-mana sukan kita perlu profesional iaitu kita beraksi dengan bersungguh-sungguh dengan pasukan yang kita wakili walaupun saya berasal dari negeri Terengganu.

"Sekarang saya bekerja dengan JDT, jadi saya perlu profesional, tapi kemenangan itu turut dibantu rakan sepasukan sekali gus mendapat tiga mata bagi menjarakkan lagi kedudukan dengan pasukan di tangga kedua liga, " katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan yang menyaksikan pasukan TFC dibimbing Nafuzi Zain terpaksa akur kekalahan itu walaupun beraksi dengan baik.Berdasarkan kedudukan terkini, juara Liga Super enam kali berturut-turut itu kini terus gah mendahului liga dengan mengumpul 19 mata, manakala Terengganu di kedudukan kelima dengan 10 mata.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 9:26 PM

Sabtu, 12 September 2020

Pengiktirafan AFC beri semangat baharu – Safawi

  

SAFAWI Rasid meledak gol tunggal kemenangan ketika JDT menumpaskan Terengganu FC 1-0 dalam aksi Liga Super semalam. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS

Oleh ROSALINDA MD SAID

12 September 2020, 8:36 pm

KUALA NERUS: Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menyifatkan kemenangannya merangkul Anugerah Gol Terbaik Sedekad oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai satu semangat baharu untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan di masa depan.

Katanya, pengiktirafan itu merupakan penghargaan besar buat dirinya kerana bukan mudah untuk mana-mana pemain dinobatkan pemenang gol terbaik.

Pemain berusia 23 tahun kelahiran Terengganu ini sekali gus mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi gol menerusi lencongan kaki kiri ketika dia menewaskan penjaga gol Shandong Luneng, Wu Xinghan dari luar kotak penalti dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu.

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang membantu kemenangan saya menerusi ACL dan ini merupakan hadiah untuk peminat di Johor serta Malaysia.

Saya bukan seorang player yang bagus lagi, cuma sentiasa terus melangkah dan bekerja keras kerana ini merupakan punca rezeki saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini semalam.

Menerusi keputusan undian yang dikeluarkan AFC, gol itu meraih 34 peratus undi, sekali gus mengetepikan sembilan pencabar lain untuk diangkat sebagai gol terbaik ACL sejak 10 tahun lalu.

Jaringan itu sebelum ini turut dinobat pemenang undian gol Lencongan Terbaik ACL 2019 pada Mei lalu.

Dalam pada itu, ketika ditanya perkembangan kariernya dengan kelab Portugal Portimonense SC musim depan, Safawi berkata, fokusnya kini tertumpu untuk memburu kejuaraan Liga Super ketujuh.

Saya tidak fokus lagi (Portugal Portimonense SC) kerana tumpuan untuk kejuaraan ketujuh JDT dalam Liga Super.

Kalau ada makluman daripada pihak pengurusan saya akan kongsikan perkembangannya, InsyaAllah kalau ada rezeki, main di Johor okay, di mana-mana pun okay,” katanya.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Safawi dedikasi Anugerah Gol Terbaik Sedekad AFC untuk peminat

SUKAN

Muhammad Safawi (tengah) melepasi empat pemain pertahanan TFC I pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam tadi.

Safawi dedikasi Anugerah Gol Terbaik Sedekad AFC untuk peminat

Oleh MOHD AZLI ADLAN

12 September 2020, 12:26 pm

KUALA NERUS – Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid mendedikasi Anugerah Gol Terbaik Sedekad Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang dimenanginya semalam kepada peminatnya di seluruh negara khususnya Johor.

Beliau berkata, pemilihan gol yang dijaringkan ketika menentang kelab China, Shandong Luneng pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu itu telah merangsang motivasinya untuk meningkatkan lagi mutu permainan.

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang bantu saya menang (Anugerah Gol Terbaik Sedekad AFC). Saya hargai sangat kerana bukan senang hendak mendapat anugerah gol terbaik.

Ia memberi semangat baru kepada saya. Begitupun saya masih anggap bukan pemain yang bagus dan perlu bekerja keras berlatih untuk mencapainya,” katanya ketika ditemui selepas aksi Liga Super JDT menentang Terengganu FC I di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam tadi.

Terdahulu, laman web rasmi AFC kelmarin mengumumkan Muhammad Safawi, 23, memenangi Anugerah Gol Terbaik Sedekad AFC setelah menerima undian tertinggi iaitu 34 peratus daripada peminat bola sepak dari seluruh Asia.

Undian bagi meraikan jaringan terbaik dalam saingan ACL sejak 10 tahun lalu tersebut telah dibuka untuk peminat bola sepak Asia sejak tiga minggu lalu di laman web rasmi AFC berkenaan.

Sebelum ini jaringan sama menerusi sepakan lencong yang dilakukan Muhammad Safawi ketika menewaskan penjaga gol Shandong Luneng, Wu Xinghan pada aksi itu turut diundi sebagai gol lencongan terbaik ACL 2019 pada Mei lalu.SUMBER – K! ONLINE 

Tunku Ismail bangga prestasi JDT

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@nstp.com.my

SEMANGAT melawan tinggi diperagakan skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika tewas tipis 1-2 kepada kelab gergasi Jepun, Kashima Antlers dalam aksi pertama Kumpulan E, kelmarin jelas mendapat pujian daripada pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi akaun Twitter peribadinya, beliau menzahirkan rasa gembira di atas prestasi hebat anah buah Benjamin Mora yang memberi tentangan sengit sepanjang 90 minit di Stadium Bolasepak Kashima itu.

Jelasnya, berdepan Kashima Antlers yang juga juara bertahan musim lalu itu bukanlah suatu tugas yang mudah apatah lagi beraksi dalam cuaca sejuk sekitar 10-15 darjah celsius.

"Hari ini (semalam) adalah satu antara detik membanggakan dalam hidup saya. Tahniah pemain dan tahniah kepada JDT. Keputusan yang hebat pada penampilan pertama di ACL yang juga peringkat tertinggi di Asia.

"Beraksi di tempat lawan menentang juara bertahan. Saya bangga dengan anda semua. Tahniah JDT," katanya yang juga Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) itu.

Dalam penampilan sulung di pentas tertinggi kelab-kelab Asia itu, JDT ketinggalan dua gol menerusi sepakan percuma Taiki Hirato pada minit ke-43 sebelum rakan sepasukan, Serginho menambah derita pelawat dengan gol kedua minit ke-56.

Meskipun ketinggalan, bekas juara PiaLA AFC 2015 itu bangkit dengan memperkemaskan aksi dan berjaya merapatkan kedudukan 1-2 hasil penyudah penyerang import dari Brazil, Diogo Santo di 10 minit terakhir sekali gus menghadiahkan mata penuh buat pasukan tuan rumah.Selepas ini, juara lima kali berturut-turut saingan Liga Super itu dijadual bertemu naib juara Liga Korea Selatan (K-League) musim lalu, Gyeongnam FC pada 12 Mac ini di Stadium Larkin, Johor Bharu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2019 @ 11:08 PM

Ledakan peluru Safawi raih gol terbaik AFC

MyMetroArena

Safawi Rasid menerima undian tertinggi. FOTO File NSTP

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

BINTANG Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid terus mengukuhkan reputasinya di pentas Asia apabila memenangi Anugerah Gol Terbaik Sedekad Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), hari ini.

Ledakan kaki kiri bak peluru ketika menewaskan penjaga gol Shandong Luneng, Wu Xinghan dari luar kotak penalti dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu terus membawa tuah buatnya selepas menerima undian tertinggi daripada peminat bola sepak benua ini.

Menerusi keputusan undian yang dikeluarkan AFC, gol itu berjaya meraih peratusan tertinggi dengan 34 peratus sekali gus mengenepikan sembilan pencabar lain untuk diangkat sebagai gol terbaik ACL sejak 10 tahun lalu.

Malah, jaringan menerusi sepakan lencong itu sebelum ini turut dinobat pemenang undian gol Lencongan Terbaik ACL 2019 pada Mei lalu.

Menerusi kejayaan terbaharu ini, pemain kelahiran Dungun, Terengganu yang berusia 23 tahun itu, bakal menaikkan semangat dan motivasinya sebelum melebarkan sayap ke kelab Portugal, Portimonense SC musim depan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2020 @ 8:59 PM

'Pengiktirafan AFC satu penghargaan' - Safawi

MyMetroArena

SAFAWI mengakui bukan mudah melakukan jaringan di ACL. FOTO Malik Muhamad

Malik Muhamad

sukanteam@nstp.com.my

PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid menyifatkan kemenangannya merangkul anugerah Gol Terbaik Sedekad daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mencetus semangat baharu buatnya untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan pada masa depan.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata, pengiktirafan itu disifatkan penghargaan terbesar buat dirinya kerana bukan mudah untuk mana-mana pemain dinobatkan pemenang gol terbaik.

Safawi yang memulakan kariernya bersama pasukan kelab dari Terengganu, T-Team mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi gol menerusi lencongan kaki kirinya ketika dia menewaskan penjaga gol Shandong Luneng, Wu Xinghan dari luar kotak penalti dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu.

Katanya jaringan itu bukan mudah dilakukan lebih-lebih perlu bersaing dengan pemain yang lebih hebat daripada kelab lain.

"Saya bukan seorang pemain yang bagus lagi, cuma saya sentiasa berusaha dan terus melangkah serta bekerja keras kerana ini adalah punca rezeki saya.

"Tapi bagi saya, anugerah ini adalah pencetus semangat baharu kerana bukan senang pemain kita nak dapatkan gol terbaik peringkat tertinggi.

"Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang membantu kemenangan saya menerusi ACL dan ini adalah hadiah untuk peminat di Johor serta Malaysia," katanya ketika ditemui selepas perlawanan menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak semalam yang memihak kepada JDT 1-0 hasil jaringan Safawi pada minit kelima.

Terdahulu menerusi keputusan undian yang dikeluarkan AFC, gol itu meraih 34 peratus undi, sekali gus mengetepikan sembilan pencabar lain untuk diangkat sebagai gol terbaik ACL sejak 10 tahun lalu.Jaringan itu sebelum ini turut dinobat pemenang undian gol Lencongan Terbaik ACL 2019 pada Mei lalu.Ketika ditanya perkembangan bersama kelab Portimonense SC di Portugal, Safawi berkata, fokusnya kini tertumpu untuk memburu kejuaraan Liga Super ketujuh berturut-turut buat pasukannya.

"Saya belum fokus lagi bersama kelab itu (Portugal Portimonense SC) kerana tumpuan kini adalah untuk memburu kejuaraan ketujuh JDT dalam Liga Super.

"Jika ada makluman daripada pihak pengurusan saya akan kongsikan perkembangannya, Insya-Allah kalau ada rezeki, bermain di Johor atau di mana-mana pun tidak kisah," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 1:30 PM

Jumaat, 11 September 2020

JDT kukuh cengkaman di persada liga

MyMetroArena

 Safawi Rasid (kiri) penjaring gol tunggal perlawanan berdepan TFC. FOTO Bernama

Malik Muhamad

sukan@hmetro.com.my

PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan cengkaman puncak liga selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Kemenangan tipis skuad Harimau Selatan itu adalah hasil kesilapan pertahanan TFC, Argzim Redzovic menolak bola ke belakang yang gagal dibaca penjaga gol sehingga berjaya dihidu ayam tambatan pelawat berasal dari Dungun, Terengganu, Safawi Rasid untuk meledak jaringan.

JDT yang masih segar hasil kemenangan besar 7-0 ke atas Perak minggu lalu terlebih dahulu mencemaskan benteng pertahanan tuan rumah apabila mendapat peluang terbaik pada minit ketiga menerusi penyerang, Diogo Santo yang merebut bola daripada Muhammad Mohd Fauzi, namun rembatannya sedikit sipi melepasi tiang gol.

Pada minit ke-11, Safawi sekali lagi berpeluang untuk melebarkan jaringan kedua peribadinya apabila berjaya melakukan rembatan kencang dalam kotak penalti, tapi berjaya dihalang pertahanan, Hafizal Alias.

Skuad Penyu yang dilihat lebih banyak bertahan sekali lagi diuji juga melalui Safawi pada minit ke-35 selepas pemain itu bijak meloloskan diri sebelum melakukan rembatan dari sebelah kanan pintu gol tapi berjaya dipatahkan pertahanan, Arif Fadzilah Abu Bakar.

Selepas kerap ditekan, skuad kendalian Nafuzi Zain mendapat peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-42 hasil sepakan percuma kapten, Lee Tuck yang singgah di kepala Redzovic namun tandukan pemain kelahiran Montenegro itu melepasi palang gol.

Sepanjang babak pertama, skuad kendalian Benjamin Mora lebih banyak mendominasi permainan manakala skuad TFC dilihat bergelut untuk memecah benteng pertahanan pelawat yang diketuai Aidil Zafuan Abd Radzak.

Bersambung babak kedua, skuad tuan rumah memperkemaskan gerakan apabila berjaya melakukan percubaan menarik namun masih gagal memecah kebuntuan gol hingga tamat perlawanan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2020 @ 11:24 PM

Gol Safawi terbaik Asia

Oleh Rozaidi Zulkifli

11 September 2020, 8:44 pm

KUALA LUMPUR: Reputasi bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid terus kukuh di pentas Asia selepas merangkul Anugerah Gol Terbaik Sedekad Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini.

Gol menerusi lencongan kaki kiri ketika menewaskan penjaga gol Shandong Luneng, Wu Xinghan dari luar kotak penalti dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu menerima undian tertinggi daripada peminat bola sepak benua ini.

Menerusi keputusan undian yang dikeluarkan AFC, gol itu meraih 34 peratus undi, sekali gus mengetepikan sembilan pencabar lain untuk diangkat sebagai gol terbaik ACL sejak 10 tahun lalu.

Jaringan itu sebelum ini turut dinobat pemenang undian gol Lencongan Terbaik ACL 2019 pada Mei lalu.

Menerusi pencapaian terbaharu ini, ia bakal menaikkan semangat dan motivasi pemain berusia 23 tahun itu yang bakal mengembangkan kariernya ke kelab Portugal Portimonense SC musim depan.SUMBER-UM ONLINE

Jaringan Safawi dipilih Gol Terbaik Sedekad ACL

  SUKAN»Bola

Jumaat, 11 September 2020 | 9:15pm

 Aksi Safawi Rasid ketika mewakili JDT menentang Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah pada 4 September lalu. - Foto BERNAMA

Aksi Safawi Rasid ketika mewakili JDT menentang Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah pada 4 September lalu. - Foto BERNAMA

Jaringan Safawi dipilih Gol Terbaik Sedekad ACL

Oleh Zulfaizan Mansor

zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Nama bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid terus melonjak di peringkat Asia selepas dipilih sebagai pemenang Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Keputusan itu diumumkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di laman rasmi mereka, hari ini dengan tuah diperoleh Safawi menerusi jaringan yang diledak ketika perlawanan peringkat kumpulan ACL 2019 menentang Shandong Luneng.

Jaringan yang dihasilkan menerusi sepakan lencong menarik itu mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 34 peratus untuk mengalahkan sembilan lagi calon lain.

Sepanjang tiga minggu tempoh undian dibuka, sebanyak 19,933 undian keseluruhan diterima daripada peminat dengan Abdulaziz Al Dawsari dari kelab Al Hilal di kedudukan kedua selepas mendapat 14 peratus undian.

Pada Mei lalu, jaringan sama turut membawa tuah kepada Safawi selepas dipilih sebagai pemenang gol lencongan terbaik sepanjang ACL.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Sabtu, 5 September 2020

Bukan mudah tewaskan Perak' - Mora

MyMetroArena

SAFAWI berjaya melepasi penjaga gol Perak, Mohammad Nasrullah Abdul Aziz pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, semalam. FOTO Bernama

Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.myPENGENDALI Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora mengakui bukan mudah untuk menang besar 7-0 menewaskan Perak pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim semalam selepas barisan anak didik Mehmet Durakovic kerap mematahkan setiap serangan berbahaya di awal aksi itu.

Katanya, pengendali Perak itu bijak mengatur susunan pemainnya dan membentuk corak permainan taktikal yang menyukarkan pemain JDT bergerak secara bebas apabila tidak memberi tekanan sebaliknya begitu kompak di posisi tengah.

Malah katanya, Perak beraksi dengan formasi 4-4-2 dengan empat pemain di posisi tengah sentiasa berusaha untuk mematikan gerakan tengah JDT yang diketuai Naxto Insa, Leandro Velazquez dan Afiq Fazail tatkalan pasukan lawan menutup ruang untuk bergerak.

"Sebelum Afiq menjaring gol pertama, ia agak sukar untuk kami menembusi benteng pertahanan lawan dan gol itu beri lebih keyakinan kepada kami untuk mengatur langkah bagi meneruskan momentum perlawanan yang lebih konsisten untuk menguasai perlawanan dan seterusnya mendahului 4-0 pada babak pertama.

"Mengenai permainan Ramadhan (Saifullah Usman), saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pemain yang berusia 20 tahun itu. Dia tidak kekok untuk memperagakan aksi terbaik walaupun berdepan dengan pemain yang lebih berpengalaman dan pemain itu akan diberi peluang kerana tanpa tempoh minit perlawanan sudah tentu dia tidak boleh beri yang terbaik.

"Saya tidak menafikan dia pemain yang bijak dan tahu untuk bertindak dan pantas menyesuaikan diri dengan corak permainan kompetitf malah dia juga berada di dalam keadaan yang positif dan saya sebagai jurulatih harus beri dia peluang untuk beraksi.

"Safawi (Rasid) tidak berada dalam kesebelasan utama pada aksi menentang Pahang dan Perak kerana dia masih kepenatan dan sebab itu saya menurunkan dia pada babak kedua malah aksi pemain itu tidak mengecewakan kerana turut mencipta jaringan," katanya.

Mengulas mengenai corak permainan yang dipamerkan barisan JDT ketika menentang Pahang yang hanya menang tipis 3-2 berbanding kemenangan besar 7-0 menewaskan Perak, Mora menegaskan tiada perbezaan yang dipamerkan tatkala aksi ketika menentang skuad Tok Gajah, barisan pemainnya jelas menguasai perlawanan.

Katanya, dua kesilapan membolehkan Pahang menjaringkan gol bukanlah ketara sebaliknya pemain bermain dengan konsisten untuk membawa pulang tiga mata dan aksi menentang Perak barisan pemain JDT tampil dengan corak permainan yang sama, kelebihan yang ada buat pemain JDT apabila mereka tahu membaca corak permainan Pahang dan Perak.

"Saya juga melihat ada pemain yang bangkit dengan permainan lebih konsisten berbanding ketika menentang Pahang dan beri impak positif dalam pasukan terutama keinginan untuk memburu kemenangan menjadi kunci utama setiap pemain," kata Mora.SUMBER=Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2020 @ 1:24 PM

Jumaat, 4 September 2020

DT ratah Perak

 SUKAN»Bola

Jumaat, 4 September 2020 | 11:13pm

 Pemain JDT, Muhammad Safawi Rasid meraikan jaringannya bersama Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. - BERNAMA

Pemain JDT, Muhammad Safawi Rasid meraikan jaringannya bersama Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. - BERNAMA

DT ratah Perak

Oleh Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.m

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super selepas membaham Perak 7-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.Kini pasukan yang menjuarai liga enam musim berturut-turut itu perlu mengharungi baki lima perlawanan untuk memburu kejuaraan ketujuh sekali gus mencipta sejarah bola sepak Malaysia sebagai satu-satunya pasukan memenangi liga tujuh musim berturut-turut.

Serangan berterusan tuan rumah gagal dikekang benteng pelawat selepas gol menjelma pada minit ke-22 apabila bola bergolek tepat ke kaki Afiq Fazail dan begitu mudah untuknya melencong tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Nasrullah Abdul Aziz.Tuan rumah meneruskan derita anak didik Mehmet Durakovic apabila mencipta gol kedua selepas bola umpanan Leandro Velazquez di dalam kotak penalti membuka ruang buat Gonzalo Cabrera merembat bola tepat ke penjuru kanan untuk kedudukan selesa 2-0.


Gol ketiga tuan rumah bagaikan menamatkan sisa perjuangan pelawat apabila Cabrera mencetak gol kedua peribadi selepas menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-44 berpunca daripada kesilapan Rafiuddin Roddin mengasari Diogo Luis Santo di dalam kotak penalti.


Empat pemain Perak cuba menghalang pergerakan Pemain JDT, S. Kunanlan daripada membawa bola ke kawasan pintu gol Perak pada perlawanan Liga Super 2020 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Perak di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Johor. KHIS/ZAIN AHMED

Empat pemain Perak cuba menghalang pergerakan Pemain JDT, S. Kunanlan daripada membawa bola ke kawasan pintu gol Perak pada perlawanan Liga Super 2020 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Perak di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Johor. KHIS/ZAIN AHMED

Pemain meningkat naik, Ramadhan Saiffullah Usman ternyata berada di dalam kelas tersendiri apabila menjaringkan gol pada minit akhir babak pertama selepas melakukan sepakan voli di luar kotak penalti memerangkap Nasrullah yang sekadar melihat bola menerjah jaring.


Bersambung babak kedua Cabrera melakar hatrik pertama buat dirinya dalam saingan liga apabila menjaringkan gol pada mint ke-63 selepas menyudahkan bola hantaran Ramadhan untuk meletakkan tuan rumah selesa dengan jaringan 5-0.


Pemain gantian, Safawi Rasid yang masuk menggantikan Ramadhan turut mencipta jaringan pada minit ke-78 selepas bertindak secara solo dan sempat mengelirukan Nasrullah sebelum merembat bola leret ke gawang yang terbuka luas.


Akhyar Rashid turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-84 melengkapkan kemenangan 7-0 membelasah Perak.SUMBER-BH ONLINE