Isnin, 14 September 2020

Belum terlambat Safawi kembang bakat di Eropah

 SUKAN»Bola

Ahad, 13 September 2020 | 7:41pm



Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid (kiri) berjaya melepasi penjaga gol Terengganu FC (TFC) Mohd Shamirza Yusoff dan menjaringkan gol pertama buat pasukannya pada saingan Liga Super Malaysia 2020 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. - Foto BERNAMA

PEMAIN Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid (kiri) berjaya melepasi penjaga gol Terengganu FC (TFC) Mohd Shamirza Yusoff dan menjaringkan gol pertama buat pasukannya pada saingan Liga Super Malaysia 2020 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. - Foto BERNAMA

Belum terlambat Safawi kembang bakat di Eropah

Oleh Syafiq Aznan

syafiq.aznan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Sekalipun hanya akan berkelana di Eropah pada usia 24 tahun, penyerang kebangsaan, Safawi Rasid disifatkan belum lagi terlambat untuk mengembangkan potensinya selepas bakal menyertai kelab dari Portugal, Portimonense SC musim depan.

Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zulakbal Abd Karim menegaskan usia bukanlah perkara utama kerana apa yang penting kematangan yang dimiliki pemain itu, apatah lagi dia kini sedang menikmati zaman kegemilangannya sebagai pemain bola sepak.

"Bagi saya, tiada isu sama ada dia lambat untuk ke Eropah atau tidak. Pada usia 23 atau 24 tahun ini, saya berpendapat memang baik sangat. Kalau terlalu muda, saya bimbang dia tidak dapat hadapi tekanan yang datang nanti.

"Melihat kepada prestasinya pun, dia sedang berada dalam kemuncak dan memang saat inilah paling sesuai untuk dia melebarkan sayapnya. Kalau bukan sekarang, saya tidak tahu bila lagi masa yang sesuai.

"Apa yang penting persiapan yang perlu dibekalkan kepadanya sebelum melangkah ke Eropah supaya dia nanti bersedia sepenuhnya. Justeru, saya yakin Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah pasti ada perancangan mereka yang tersendiri," katanya.

Sebagai rekod, pemain kelahiran Dungun itu akan menjadi pemain terbaru negara yang akan ke Eropah selepas mendapat tawaran semusim daripada pasukan yang beraksi dalam Primeira Liga itu namun hanya akan menyertai mereka selepas saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini berakhir.

Dalam perkembangan lain, Zulakbal tidak menafikan ramai pemain yang sememangnya berpotensi mendapat pendedahan di Eropah namun dia mengakui pendekatan untuk menghantar pemain berkelana di luar negara bukanlah satu 'projek' yang mudah.Jelasnya, kegagalan beberapa generasi terdahulu seharusnya dijadikan iktibar supaya mana-mana pemain yang mendapat peluang selepas ini tidak menerima nasib yang sama dan sekadar 'terputus' di tengah jalan."Banyak pemain yang berbakat tetapi kita perlu lihat dan teliti sebaiknya. Jangan setakat menghantar mereka untuk tujuan tertentu tetapi mereka tidak selesa apabila berada di sana kerana kita tidak mahu apa yang pernah berlaku sebelum ini berulang kembali.

"Kita perlu menyiapkan mereka sebaiknya dan selepas yakin mereka benar-benar bersedia, barulah kita hantar (ke Eropah). Kita juga perlu melihat kepentingan terhadap skuad negara di mana kita tahu dia dapat menyumbang kepada skuad negara apabila balik nanti."Dalam hal ini, semua pemegang taruh yang terbabit dalam bola sepak perlu bekerjasama untuk memastikan semua pemain yang dihantar ke luar dapat mencapai kejayaan," katanya.SUMBER=SUKAN BH ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan