Isnin, 24 Mei 2021

'Goodluck Harimau Malaya, Superwi' - Syifa

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my



Tonggak skuad kebangsaan, Safawi Rasid.

Kuala Lumpur: "Doaku sentiasa bersamamu Superwi." Itu titipan doa mengiringi perjuangan bintang bola sepak negara, Safawi Rasid yang ketika ini bersama skuad Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ucapan doa dan selamat maju jaya itu diluahkan pelakon, Syifa Melvin buat kekasihnya itu di Story Instagram miliknya dengan turut meletakkan emoji love.

Malah, Safawi atau kini diberi gelaran Superwi oleh peminat bola sepak tempatan turut memuatnaik semula ucapan itu di laman sama kepunyaannya dengan membalas emoji kasih sayang.

"Semoga perjalanan ke Dubai selamat, Insya Allah kembali dengan kejayaan yang membanggakan negara dan kelab (ACL untuk JDT). Selamat maju jaya Harimau Malaya dan awak," tulis Syifa.

Kisah percintaan Safawi dan Syifa sebenarnya bukan rahsia lagi apabila pelakon yang juga adik kepada Syatilla Melvin itu pernah dilihat bersama keluarga Safawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Klia) di Sepang ketika menghantar pemain itu untuk beraksi di Portugal.

Malah, Syifa sendiri pernah memuatnaik janji di laman sosial untuk menjaga keluarga Safawi sepanjang ketiadaan pemain sayap itu di Eropah bersama kelab Portimonense SC pada penghujung tahun lalu.

Ketika ini, skuad negara sedang berada di UAE bagi membuat persiapan terakhir menjelang kempen kelayakan menentang tuan rumah pada 3 Jun ini serta dua lagi aksi bertemu Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) untuk mencongak peluang mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia serta tiket automatik ke Piala Asia.

Ucapan istimewa dari kekasihnya itu diharapkan dapat melonjakkan semangat dan motivasi Safawi membantu pasukan negara pada kempen kelayakan itu.

Disiarkan pada: Mei 24, 2021 @ 1:16pm.1

________________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/05/709525/goodluck-harimau-malaya-superwi-syifa

Ahad, 23 Mei 2021

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Safawi harap skuad negara segera serasi

Muzaffar Musa

Mei 22, 2021 19:56 MYT



Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Safawi harap skuad negara segera serasi

Penyerang negara, Safawi Rasid, berharap kesemua pemain Harimau Malaya dapat segera menemui keserasian menjelang kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan depan.

Menjelang aksi pemanas badan menentang Kuwait di Dubai malam esok, bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu yakin pemain yang baru dipanggil skuad kebangsaan -- antaranya penyerang muda, Lukman Hakim Shamsudin -- dapat menyumbangkan sesuatu buat pasukan dan keserasian perlu segera ditemui mereka sebagai persiapan terbaik sebelum memulakan kempen berkenaan.

"Kami semua agak akrab dan bersatu hati kerana di sini kami perlu cepat (menyesuaikan diri) memandangkan sudah lama tidak bersama," katanya seperti yang dilaporkan Nadi Arena.

"Ini merupakan aksi pemanas badan kami, jadi setiap pemain perlu cepat serasi di antara satu sama lain kerana ia amat penting untuk perlawanan seterusnya.

"Daripada segi taktikal juga, kami perlu cepat serasi untuk mendapatkan kombinasi terbaik.

"Saya rasa ini adalah pasukan terbaik untuk kejohanan ini, jadi saya anggap pemain yang baru (dipanggil) dapat memberikan sesuatu buat pasukan. Saya harap pasukan kita akan layak ke pusingan berikutnya," katanya

Skuad negara akan memulakan kempen kelayakan itu dengan berdepan pasukan tuan rumah, UAE, pada 4 Jun ini.

Malaysia kini berada di tangga kedua Kumpulan G dan hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Vietnam.1

_________________________________

'Masa untuk saya buktikan'

 MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | | 22 Mei 2021




Safawi (depan) giat menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di UAE. - Foto FB FAM
KEKURANGAN minit bermain susulan kecederaan lutut yang dialami tidak meresahkan pemain sayap sensasi negara, Safawi Rasid untuk memberikan sentuhan cemerlang dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menurut Safawi, dia bertekad membuktikan sentuhannya masih berbisa selepas pulihsepenuhnya daripada kecederaan lutut, sekali gus membantu Harimau Malaya meraih keputusan positif dalam aksi kelayakan tersebut.
"Mengenai prestasi saya tiada masalah. Lagipun bermain dalam pasukan kebangsaan bukan permainan individu. Sokongan daripada rakan sepasukan membantu saya kembali dapatkan prestasi terbaik.
"Bukan saya seorang tetapi juga pemain lain yang lama tak main, sekurangnya dengan bantuan rakan sepasukan dapat meningkatkan prestasi masing-masing.
"Sekarang ini saya pun dah pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut, jadi kejohanan ini saya nak membuktikan saya layak untuk membantu pasukan mara ke peringkat seterusnya," katanya pada sidang media secara maya pada Sabtu.
Prestasi pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu sebelum ini dilihat sedikit merudum selepas pulang daripada menyertai kelab Portugal, Portimonense SC secara pinjaman pada Disember lalu.
Kelibatnya di kelab Portugal itu juga kurang memberikan impak selepas tidak disenaraikan untuk beraksi dalam skuad utama selain hanya mampu bertahan selama tiga bulan bersama pasukan tersebut.
Selepas kembali bersama JDT, Safawi dibayangi kecederaan lutut pada Mac lalu dan hanya beraksi sebagai pemain gantian dalam beberapa perlawanan terakhir Liga Super sebelum dipanggil untuk menyertai kem latihan Harimau Malaya.
Ia sekali gus mengundang kebimbangan dalam kalangan peminat bola sepak negara sama ada pemain utama Harimau Malaya itu akan mampu berada pada tahap terbaik dalam perlawanan kelayakan ini.
Dalam pada itu, Safawi turut mengakui tempatnya dalam pasukan Harimau Malaya tidak terjamin selepas melihat saingan sengit di posisi tersebut daripada beberapa pemain seperti Mohamadou Sumareh, Akhyar Rashid dan pemain muda meningkat naik, Arif Aiman Mohd Hanafi.
"Bagi saya tempat itu jurulatih yang akan tentukan. Macam saya bermain sebelah kanan, saya rasa bagus untuk kami bersaing untuk dapatkan kesebelasanan utama.
"Saya seperti pemain lain kena bagi 'all out' sekiranya mahu terpilih dalam kesebelasan utama," katanya.
Untuk rekod, Safawi telah menjaringkan dua gol ketika menentang Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 19 November 2019 sebelum aksi kelayakan itu ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19.
Safawi turut menyifatkan skuad Harimau Malaya kali ini adalah yang terbaik dengan kehadiran beberapa muka baharu seperti Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula dan Junior Eldstal."Bagi saya pasukan kali ini paling terbaik. Saya harap pemain yang datang ke sini (UAE) dapat berikan sesuatu kepada pasukan untuk bantu pasukan kita layak ke pusingan seterusnya.
"Malah, perlawanan persahabatan menentang Kuwait juga kalau boleh pemain perlu cepat serasi antara satu sama lain sebab ia penting untuk persediaan pasukan. Lagipun, tidak mudah sebab satu tahun lebih tidak ada perlawanan dan tidak bersama.
"Namun, apa yang positif ialah pemain sedia ada dalam pasukan dapat membantu pemain yang baru datang untuk membantu dapatkan keserasian dalam pasukan," ujarnya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/139977/BERITA/Sukan/Masa-untuk-saya-buktikan© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf.1

_____________________________________________

Safawi masih digeruni



SAFAWI Rasid (dua dari kiri) menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya di Dubai. - IHSAN FAM

Oleh ROZAIDI ZULKIFLI

23 Mei 2021, 12:30 pm

KUALA LUMPUR: Muncul penja­ring kedua terbanyak pasukan kebangsaan dalam kempen pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, aura Safawi Rasid masih digeruni ­lawan.

Biarpun hampir setahun lebih tidak beraksi di pentas antarabangsa, status Safawi sebagai pemenang anugerah Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara AFC tahun lalu, selain menimba pengalaman di

Portugal bersama kelab Liga Primeira, Portimo­nense SC membuat lawan berwaspada dengan ancamannya.

Perkara itu dinyatakan pengendali Vietnam, Park Hang-seo dengan menamakan Safawi antara tonggak Harimau Malaya yang harus diberikan perhatian penuh oleh anak buahnya menjelang pertemuan mereka pada 11 Jun nanti.

Kalau jurulatih Vietnam cakap macam itu, bermakna pemain lain perlu ambil peluang dengan idea-idea kreatif bagi menembusi pertahanan ­Vietnam.

Saya harap rakan sepasukan mampu beri impak untuk membawa pasukan mara ke pusingan seterusnya,” kata Safawi dalam sidang akhbar selepas hari kedua sesi latihan di Dubai, semalam.

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu hanya ketinggalan satu gol di belakang Mohamadou ­Sumareh yang muncul penjaring terbanyak skuad Harimau Malaya dalam kempen tersebut dengan tiga gol.

Ketika ditanya mengenai dua aksi persahabatan menentang Kuwait, malam ini dan juga Bahrain (28 Mei), Safawi sedar ia adalah peluang terbaik untuk semua pemain menyesuaikan diri dan membentuk

keserasian selepas setahun lebih tidak bersama.

Esok (hari ini) kita ada aksi pemanas badan. Kalau boleh pemain perlu cepat menyesuaikan diri dan membentuk keserasian antara satu sama lain,” ujarnya.

Safawi tidak dapat bersama dalam kem latihan pertama di Johor Bahru, Mac lalu akibat kecederaan, namun dia me­nunjukkan prestasi memberangsangkan sebalik sahaja kembali beraksi bersama Harimau Selatan, malah turut menjaringkan gol ketika perlawanan ke-13 Liga Malaysia.

Prestasi tiada masalah dan rasa berada dalam keadaan yang baik.

Bantuan dan sokongan rakan sepasukan memainkan peranan penting untuk kembali di tahap sebenar.

Misi paling penting adalah membawa pasukan negara mara ke peringkat seterusnya,” jelas­nya.

Posisi Safawi juga turut tergugat dalam kesebelasan utama dengan kehadiran Arif Aiman Mohd Hanapi, selain Akhyar Rashid dan Sumareh juga mampu bermain di posisi sayap kanan atau kiri.

Semua yang ada ketika ini mempunyai tanggungjawab. Tidak kisah siapa akan bermain, ditugaskan mengambil sepakan percuma, penalti tetapi paling penting dilaksanakan sebaik mungkin,” ujarnya.1

___________________________________________________

Sabtu, 22 Mei 2021

SAFAWI 2016

  


Kim Swee gugurkan tiga pemain ke Piala AFF 2016

Bernama

November 16, 2016 15:59 MYT

Kim Swee gugurkan tiga pemain ke Piala AFF 2016

Datuk Ong Kim Swee pada sidang media Selasa untuk memperkenalkan pemain Harimau Malaysia yang akan membawa cabaran negara pada perlawanan Piala AFF. - fotoBERNAMA

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee mengambil keputusan menggugurkan tiga daripada senarai 26 pemain untuk saingan Piala AFF 2016 di Yangon, Myanmar, bermula Ahad ini.

Tiga pemain berkenaan adalah kapten Perak, Mohamad Nasir Basharudin; pemain pertahanan Melaka United, Ahmad Khuzaimi Piee dan pemain sayap T-Team Mohd Safawi Rasid.

Mohamad Nasir dan Ahmad Khuzaimi, jelas Kim Swee terpaksa digugurkan kerana belum pulih daripada kecederaan dialami ketika sesi latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, sebelum ini.


"Bukan mudah untuk saya menggugurkan tiga pemain ini, tetapi peraturan kejohanan menyebabkan saya terpaksa mengambil keputusan ini dan saya berharap tiga pemain ini, yang saya sifatkan agak muda masih berpeluang mewakili negara pada masa depan," katanya pada sidang media pengumuman 23 pemain skuad Harimau Malaysia, di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata Mohd Safawi terpaksa digugurkan kerana tiga pemain lain boleh beraksi di posisi sayap kiri iaitu kapten pasukan Mohd Amri Yahyah (Johor Darul Ta'zim I), Mohd Hadin Azman (Felda United) dan pemain Kedah, Mohd Syazwan Zainon.

"Kita tahu Mohd Safawi masih muda dan boleh beraksi dengan skuad bawah 22 tahun kebangsaan dan saya percaya dia ada masa depan yang cukup cerah," katanya.

Kim Swee turut percaya walaupun barisan kali ini terdiri daripada adunan pemain muda dan berpengalaman, mereka menunjukkan kematangan pada beberapa aksi persahabatan antarabangsa, sebelum ini.

Sementara itu, Mohd Amri yang diberi tanggungjawab menggalas tugas selaku kapten pada edisi kali ini, yakin rakan sepasukan mampu memberi saingan sengit kepada tiga pencabar mereka dalam Kumpulan B walaupun sedar tekanan tinggi daripada peminat tempatan yang dahagakan kejayaan skuad kebangsaan.

"Alhamdulillah, setakat ini rakan sepasukan berikan komitmen tinggi dan saya pun tak sabar untuk beraksi pada edisi kali ini.

"Tekanan memang selalu ada tapi kita kena ambil ia sebagai satu cabaran dan hadapi satu demi satu perlawanan," kata pemain tengah JDT itu.

Malaysia akan memulakan kempen menentang Kemboja pada Ahad ini, diikuti pertemuan dengan Vietnam pada 23 Nov, sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan menentang tuan rumah Myanmar, selang tiga hari kemudian.

Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Pusat Latihan Belia Thuwunna, Yangon.

Senarai 23 pemain

-----------------

Penjaga gol - Mohd Khairulazhan Mohd Khalid (Selangor), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak) Pemain pertahanan - Nazirul Naim Che Hashim dan Shahrul Mohd Saad (Perak); Mohamad Fadhli Mohd Shas (Johor Darul Ta'zim I/JDT I); Ronny Harun (Sarawak); Matthew Thomas Davies (Pahang); Mohd Shahrom Kalam (Selangor); Mohd Rizal Mohd Ghazali, Khairul Helmi Johari (Kedah).

Pemain tengah - Baddrol Bakhtiar, Mohd Syazwan Zainon (Kedah); Mohd Amri Yahyah (JDT I), Mohd Irfan Fazail, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak (JDT II), Mohd Hadin Azman dan Ahmad Fakri Saarani (Felda United), S. Veenod (Selangor) Penyerang - Mohd Safee Sali (JDT I), Darren Lok (JDT II), Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu), Ahmad Hazwan Bakri (Selangor). -- Bernama.1

_________________________________________________________

SAFAWI RASID 1997

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Muhammad Safawi bin Rasid (lahir pada 5 Mac 1997 di Kampung Bukit Chatak 2, Dungun, Terengganu) adalah merupakan pemain bola sepak profesional Malaysia yang kini bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Johor Darul Takzim FC dan pasukan kebangsaan Malaysia. Dia terkenal dengan kemampuan sepakan bola percuma melengkung dan kemampuan untuk membuat tendangan jarak jauh secara melengkung.1

______________________________________________

Kepulangan Safawi bawa 1,000 kebaikan

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my



SAFAWI kutip banyak ilmu bersama Portimonense SC.

Kuala Lumpur: Kepulangan bintang bola sepak negara, Safawi Rasid dilihat tepat pada masanya ketika kebanyakan pasukan sudah mula melakukan persiapan pramusim menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustafa, pemergian Safawi ke kelab Portimonense SC di Portugal sebenarnya membawa 1,000 kebaikan buatnya terutama menyediakan pemain sayap itu pada musim baharu.

Walaupun Safawi tidak beraksi dan tidak mendapat minit permainan sepanjang tiga bulan di Eropah, peluang berlatih dan beraksi bersama skuad bawah 23 Portimonense SC sudah cukup untuk mematangkan tonggak berusia 24 tahun itu.

Katanya, kepulangan Safawi ke pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak akan mengganggu psikologinya kerana dia sudah didedahkan dengan budaya bola sepak profesional di Portugal.

"Sekarang Pawi (Safawi) dah balik ke Malaysia dan dia sudah pastinya lebih bersedia daripada rakan sepasukan di JDT kerana semua pemain baru naik dari cuti pramusim. Tapi Pawi di sana berlatih sejak Oktober lalu sehingga sekarang dan saya percaya dia lebih tersedia dan bermotivasi untuk 'meletup' musim depan.

"Dia dah didedahkan dengan dunia profesional yang berbeza maksudnya akan ada perubahan tingkah laku dalam kerjaya Pawi. Dia kena tunjukkan sikap itu di dalam dan luar padang. Sekarang peminat harapkan lebih lagi daripada Pawi sebelum dia pergi maksudnya perlu ada perubahan budaya kerja, sikap di dalam padang, penampialn di luar padang dan cara pertuturan bagi menampakkan imejnya yang baik terutama di depan wartawan.

"Selain itu, ada nampak satu perubahan jelas pada dia, saya lihat dia nampak 'slim' sikit dan tak berisi, dia cergas dan fit tapi dia tak gempal macam sebelum ini," katanya.

Disiarkan pada: Disember 28, 2020 @ 6:02pm.1

1https://www.hmetro.com.my/topic/arena/2020/12/657806/kepulangan-safawi-bawa-1000-kebaikan

Pasukan terbaik Harimau Malaya - Pawi

Oleh Syafiq Aznan - Mei 22, 2021 @ 10:16pm

syafiq.aznan@bh.com.my



Safawi (dua dari kanan) ketika menjalani sesi regangan badan bersama rakan sepasukan di Dubai.

KUALA LUMPUR: Sekalipun sekadar bertaraf aksi persahabatan, pertembungan menentang Kuwait malam esok seharusnya tidak dipandang ringan oleh skuad kebangsaan dan memerlukan sepenuh komitmen daripada semua pemain.

Penyerang kebangsaan, Safawi Rasid menegaskan ini kerana aksi terbabit cukup penting bagi membantu misi negara yang menyasarkan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 sekali gus mara automatik ke Piala Asia 2023.

"Ini adalah aksi pemanas badan, jadi kalau boleh, pemain perlu cepat serasi antara satu sama lain kerana ini sangat penting untuk kita. Dari segi taktikal, kita perlu cepat serasi untuk membentuk kombinasi yang terbaik.

"Saya lihat ini pasukan yang terbaik untuk pusingan kelayakan. Jadi, saya harap semua pemain dapat memberikan sesuatu untuk membantu pasukan," katanya.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe akan mengharungi dua aksi persahabatan dengan bertemu Kuwait malam ini dan Bahrain pada 29 Mei sebelum memulakan kempen kelayakan bertemu tuan rumah, UAE, Vietnam dan Thailand.

Sementara itu, Safawi mendedahkan skuad kebangsaan berjaya mengelak daripada 'dipanggang' dengan suhu yang mampu mencecah 41 darjah Celcius di Dubai memandangkan mereka menjalani sesi latihan pada sebelah malam.

Justeru, Safawi berkata, tidak timbul sebarang masalah untuk menjalani latihan di negara itu sebagai persiapan untuk mengharungi baki pusingan kelayakan yang akan berlangsung, bulan depan.

"Kita menjalani latihan pada sebelah malam jadi kita tidak rasa seperti siang kerana cuaca pada sebelah siang terlampau panas. Jadi, tidak ada masalah untuk semua pemain dalam perkara ini.

"Cuma pemain perlu segera menyesuaikan diri dengan perubahan ini tetapi tidak menjadi isu kerana kita ada masa yang mencukupi sebelum bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) nanti," katanya.1

_____________________________________

PENJARING GOL MALAYSIA SEPANJANG ZAMAN

 OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Name                                First/Last    Goals
 
01.Mohamed Mokhtar DAHARI            1972-1985       89
02.Abdul Ghani MINHAT            [1] 1956-1966       61
03.Zainal Abidin HASSAN              1980-1997       53
04.Isa ABU BAKAR                     1974-1981       44
05.Shaharuddin ABDULLAH              1967-1974       39
06.Dollah SALLEH                     1985-1996       33
07.Safee SALI                      * 2006-2017       23
08.James WONG                        1972-1981       23
09.Robert CHOE            10.  [2]   1958-1966       22
10.WONG Choon Wah                    1968-1977       20
11.THANABALAN Nadarajah              1964-1969       19
12.Rusdi SUPARMAN                    1999-2001       18
13.Azman ADNAN                       1991-2000       17
14.Arthur KOH                  [3]   1958-1965       17
15.Indra PUTRA Mahayuddin          * 2002-2014       17
16.Bakri IBNI                        1976-1983       16
17.Safiq RAHIM                     * 2007-2018       15
18.Amri YAHYAH                     * 2004-2017       15
19.Syed Ahmad ABU BAKAR              1966-1974       14
20.Hassan SANI                       1977-1984       14
21.Norshahrul Idlan TALAHA         * 2007-2019       14
22.Abdah ALIF                        1975-1980       13
23.Hairuddin OMAR                    2000-2009       13
24.SOH Chin Ann                      1969-1984       13
25.Zaquan Adha ABDUL RADZAK        * 2007-2019       12
26.Stanley GABRIELLE           [4]   1959-1964       12
27.LIM Teong Kim                     1982-1991       12
28.Ali BAKAR                         1970-1976       11
29.Harun JUSOH                       1969-1976       11
30.Rahim OMAR                  [5]   1957-1963       11
31.Safawi RASID                    * 2016-2019       10
32.Nizaruddin YUSOF                  1999-2008       10.1


1http://www.rsssf.com/miscellaneous/malay-recintlp.html(diakses pada 22 Mei @021)

Doakan skuad Harimau Malaya selamat sepanjang perjalanan ke Dubai, UAE






 esok dan pulang ke tanah air pada 16 Jun nanti dengan kejayaan mara ke Pusingan 3 Kelayakan Piala Dunia 2022 dan layak automatik ke Piala Asia 2023.

Dengar apa kata kapten Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak dan pemain sayap, Safawi Rasid di https://youtu.be/vdi-7QxTc5M

#FAM #HarimauMalaya.1

________________________________

Bacaan Yasin, Doa Selamat & Solat Hajat Skuad Harimau Malaya



Barisan pemain skuad kebangsaan, Harimau Malaya telah mengadakan sesi bacaan Surah Yasin, Doa Selamat dan Solat Hajat di hotel penginapan pasukan di Kuala Lumpur sejurus Solat Maghrib secara berjemaah, malam tadi.

Ia turut disertai oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin bersama-sama barisan kejurulatihan dan pegawai pasukan.1

___________________________________________________________

Penuh dengan ilmu

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my



SAFAWI ketika bersama Portimonense SC.

Kuala Lumpur: Jangan pandang rendah atau membuat kecaman terhadap kepulangan awal bintang bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid yang dipinjamkan ke kelab profesional Portugal, Portimonense SC.

Safawi ternyata memperoleh ilmu dan pengalaman berharga terutama ketika menjalani latihan bersama pemain bertaraf bintang.

Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, kepulangan Safawi seharusnya dilihat daripada sudut positif dan bukannya mengecam pemain berkenaan.

Beliau berkata, walaupun tiga bulan Safawi bersama Portimonense, dia mempunyai lebih banyak nilai positif daripada negatif terutama daripada sudut pembangunan prestasi pemain sayap berusia 23 tahun itu.

Katanya, Safawi pasti tampil lebih yakin dalam corak permainannya selepas menimba pengalaman berharga berlatih bersama pasukan yang bersaing pada liga antara terbaik di Eropah itu.

"Walaupun tiga bulan, dia dapat pengalaman berlatih dan bermain bersama pemain terbaik kelab itu.

"Pengalaman itu boleh menjadi panduan kepada beliau untuk bermain lebih baik selain ia dapat dikongsikan bersama rakan seperjuangan di kelab mahupun pasukan negara.

"Sedikit sebanyak tahap keyakinannya juga pasti meningkat. Kita (barisan jurulatih) memang tunggu dan nak lihat apa dipelajarinya di sana yang mungkin boleh beri impak kepada skuad kebangsaan, jadi sebagai jurulatih saya lebih pandang yang positif," katanya.

Sebelum itu, karier tonggak Harimau Malaya Safawi Rasid bersama Portimonense FC mungkin tidak panjang apabila sudah ada tanda dia akan meninggalkan kelab berkenaan dalam masa terdekat ini.

Bayangan itu dapat dilihat menerusi Instastory @Portimonense1 yang memuat naik video dan gambar Safawi bersama kumpulan rakan sepasukannya di kelab Portugal itu.

Selain gambar, Instastory itu juga menulis: "Safawi...kita adalah satu keluarga...kami mendoakan yang terbaik untuk anda...Terima kasih Johor yang istimewa."

Terdahulu, pemilik kelab JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengesahkan Safawi akan kembali bersama kelab berpengkalan di selatan tanah air itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Mengikut rekod, hasrat peminat bola sepak negara untuk melihat Safawi membuat penampilan pertama di Liga Primeira, Portugal tidak kesampaian meskipun pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu empat kali berada dalam senarai pemain simpanan.Disiarkan pada: Disember 24, 2020 @ 9:00am.1

______________________________________

Safawi mahu tutup mulut pengkritik

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my



SAFAWI (dua dari kanan) ketika menjalani latihan di Dubai. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia

Kuala Lumpur: Dikritik persembahan agak 'sendu' selepas pulang dari Portimonense selain kecederaan lutut dialami tonggak Harimau Malaya Safawi Rasid sebelum ini dilihat hampir menutup peluang pemain itu untuk ke saingan Kelayakan Piala Asia 2022/Piala Dunia 2023 di Dubai.

Namun, pemain Johor Darul Ta'im (JDT) itu berkenaan tidak mudah 'sentap' dengan memasang impian mahu membalas semua kritikan itu dengan mencipta kejutan seterusnya membuktikan kehadirannya dalam skuad kebangsaan adalah berbaloi.

Pemain yang terkenal dengan kehebatan kaki kirinya itu berkata, perkara utama sekarang ini adalah bersaing untuk merebut kesebelasan utama untuk membantu skuad kebangsaan meraih kejayaan kelak.

Safawi yang mula menyertai skuad Harimau Malaya lima tahun lalu berkata, barisan pemain kali ini adalah yang terbaik pernah disertainya sekali gus memerlukan keserasian dan kesefahaman untuk menambah 'rencah' dalam pasukan.

"Saya nak buktikan mampu beraksi dengan baik dan mengikut segala taktikal yang diterapkan oleh barisan kejurulatihan.

"Sudah tentu apabila mengalami kecederaan terutama di bahagian lutut akan mengambil masa untuk pulih dan agak sukar mendapatkan prestasi terbaik.

"Dalam pasukan Harimau Malaya, semuanya akan menyokong antara satu sama lain dan pemain lama akan bantu pemain yang baru saja sertai pasukan," katanya.

Mengikut rekod, pada tahun 2019, Safawi beraksi cemerlang pada perlawanan menentang Indonesia apabila menjaringkan dua gol untuk memastikan Malaysia berada di kedudukan kedua dalam kumpulan G.

Safawi yang juga pemenang bagi Anugerah Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 itu di pinjamkan ke Kelab Portimonense SC berpengkalan di Portugal Oktober tahun lalu sebelum kembali ke pangkuan JDT.

Pasukan negara bakal mengharungi dua aksi pemanas badan apabila bertemu Kuwait hari ini dan akan berlepas ke Manama untuk berdepan Bahrain pada 28 Mei.

Untuk rekod, bagi aksi kelayakan, skuad Harimau Malaya akan bertemu tuan rumah UAE di Stadium Zabeel, Dubai pada 3 Jun, diikuti aksi menentang Vietnam di Stadium Al Maktoum (11 Jun) dan berdepan Thailand juga di Stadium Al Maktoum (15 Jun).Disiarkan pada: Mei 22, 2021 @ 6:02pm.1

____________________________________________

REKOD KAPS PEMAIN MALAYSIA SEHINGGA 22.5.2021

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Malaysia - Record International Players


NB: includes Malaya until 1962.
Last match included: Malaysia-Indonesia, 19 Nov 2019

Appearances for Malaysia National Team

Name                          First/Last     Caps  Goals 

SOH Chin Ann                  1969-1984      224     13
Abdul Shukor SALLEH           1970-1981      171     05
ARUMUGAM Rengasamy            1973-1986      142      0
Mohamed Mokhtar DAHARI        1972-1985      142     89
Zainal Abidin HASSAN          1980-1997      136     53
CHANDRAN Mutveeran            1965-1974      123      2
Santokh SINGH                 1973-1984      118      7
Ahmad YUSOF                   1981-1993       95      6
Jamal NASIR                   1975-1984       88      2
WONG Choon Wah                1968-1977       88     20
Aidil Zafuan ABDUL RADZAK   * 2007-2019       87      3
Dollah SALLEH                 1985-1996       81     33
Norshahrul Idlan TALAHA     * 2007-2019       80     14
Safee SALI                  * 2006-2017       76     23
Safiq RAHIM                 * 2007-2018       75     15
KUNANLAN Subramaniam        * 2009-2017       74      0
Yahya JUSOH                   1976-1981       73      1
Azizol Abu HANIFFAH           1983-1993       7       8
Abdul Ghani MINHAT            1956-1966       71     61
Shaharuddin ABDULLAH          1967-1974       70     39
Norhafiz Zamani MISBAH        2001-2011       66      2
Isa ABU BAKAR                 1974-1981       65     44
Amri YAHYAH                 * 2004-2017       64     15
Bakri IBNI                    1976-1983       63     16
Rosdi TALIB                   1999-2007       63      4
Abdullah ALI                  1976-1980       62      7
Abdah ALIF                    1975-1980       60     13
LIM Teong Kim                 1982-1991       60     12
RAJINIKANDH Batumala          1996-2001       59      1
Baddrol BAKHTI              * 2009-2019       58      5
Muhammad Shuko              * 2001-2014       56      5
Khairul Fahmi CHE           * 2010-2019       56      0
Indra Putra MAHAY           * 2002-2015       56     17
Mohamad Fadhli SHAS         * 2010-2018       55      0
Hairuddin O                   2000-2009       54     13
Azman ADNAN                   1991-2000       52     17
Kaironnisam Sahabudin HU      2002-2009       52      1
Mahali JASU                 * 2009-2018       52      3
Nizaruddin YUSOF              1999-2008       51     10
Serbegeth SINGH               1982-1991       50      1
Zaquan Adha ABDUL RA        * 2007-2019       49     12
Farizal MARLIAS             * 2009-2019       45      0
Abdul Rashid HA               1975-1989       41      0
Ahmad Shahrul AZ              1997-2002       40      7
Khairul Azman MOHAM           1991-1997       40      0
Shahrul SAAD                * 2015-2019       40      4
Amirulhadi ZAINAL           * 2007-2017       40      7
James WONG                    1972-1981       40     23
YAP Wai Loon                  1991-1999       39      0
Azamuddin AKIL              * 2012-2017       38      5
CHOW Chee Keong               1966-1981       38      0
NANTHAKUMAR Kaliappan         2002-2007       36      0
Asraruddin Putra OMAR         2008-2014       35      0
Fadzli SAARI                  2002-2007       35      3
Rusdi SUPARMAN                1996-2001       35     18
Syamsuri MUSTAFA              2002-2009       34      0
Fakri SAARANI               * 2009-2016       34      2
LEE Kin Hong                  1987-1993       33      0
Khyril MUHYM                * 2007-2013       33      5
Ahmad Hazwan BAKRI          * 2012-2019       32      7
Amar ROHIDAN                  2009-2012       32      0
Eddy Helmi MANAN              2002-2007       31      3
GUNALAN Karupiah              1986-1996       30      0
Abdul Ghani MALIK             1995-2001       30      1
Hassan SANI                   1977-1984       30     14
Muslim AHMAD                * 2009-2015       29      0
Matthew Thomas DAVIES       * 2015-2019       29      0
Irwan Fadzli ID               2001-2009       29      1
Hardi JAAFAR                  2006-2009       29      3
Azmin Azram AZIZ              1998-2004       28      0
Wan Zack HAIKAL             * 2012-2018       28      4
Idris Abdul KARIM             1995-2005       28      1
Zami Mohamad NO               1995-2000       28      1
Muhammad Safawi RASID       * 2016-2019       27     10
Muhammad Zubir AZMI         * 2011-2015       26      0.1

______________________________________________

Hari Pertama Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya Di Kuala Lumpur

  Hari Pertama Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya Di Kuala Lumpur.1


_________________________________________

Khamis, 20 Mei 2021

JDT kekal ampuh di gelanggang lawan

Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI

10 Mei 2021, 11:05 am



JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus gah mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang lawan pada saingan Liga Super musim ini apabila menang 3-0 ke atas Pe­nang FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang malam kelmarin.

Tiga gol menerusi jaringan Safawi Rasid, Bergson da Silva dan Mohamadou Sumareh turut memastikan skuad Harimau Selatan itu terus mengukuhkan cengkaman di persada liga.

Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora tanpa berselindung mengakui pemain-pemainnya menampilkan aksi terbaik meskipun beraksi dalam kea­daan padang yang kurang baik.

Saya sangat gembira de­ngan prestasi semua pemain walaupun berdepan pasukan yang hebat seperti Penang. Kemenangan ini beri suntikan semangat kepada kami menjelang aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) nanti.

Ya, kami belum tewas (di tempat lawan) dan amat pen­ting untuk catat kemenangan apabila berkunjung ke tempat mereka. Bagi saya, ini adalah salah satu aksi terbaik kami musim ini,” kata pengendali dari Mexico itu selepas tamat perlawanan.

Meskipun mencatat kemenangan selesa, namun Mora tetap memuji aksi Penang yang banyak memberikan kesukaran kepada mereka sepanjang 90 minit permainan.

Selain itu, beliau juga gembira dengan permainan yang ditampilkan pemain tengah, Safiq Rahim apabila banyak menjadi antara kunci kemena­ngan Harimau Selatan.

Penang bukanlah calang-calang pasukan kerana mereka buatkan kami berada dalam keadaan sukar sepanjang perlawanan. Mereka memiliki corak permainan yang unik.

Pada masa sama, saya juga gembira dengan prestasi Safiq kerana dia sentiasa tahu apa yang perlu dilakukan untuk membantu pasukan. Bagi saya, Safiq sudah boleh dianggap sebagai legenda,” ujarnya.1

____________________________________________________________

1https://www.kosmo.com.my/2021/05/10/jdt-kekal-ampuh-di-gelanggang-lawan/

Jumaat, 14 Mei 2021

Safawi sedia rebut kesebelasan utama

Oleh KOSMO!

12 Mei 2021, 12:55 pm

Oleh SUBKHI SUDARJI



BINTANG sensasi Harimau Malaya, Safawi Rasid sedia bersaing untuk mempertahankan posisi­nya dalam pasukan kebangsaan sebagai pemain sayap kanan meskipun ada beberapa pemain lain turut berpeluang menggalas tugas berkenaan.

Saingan di posisi sayap kini sengit dengan beberapa pemain seperti Mohamadou Sumareh, Arif Aiman dan Akhyar Rashid antara beberapa pemain yang boleh bermain di sayap kanan.

Bagi Safawi, permainan sudah semakin baik ketika ini malah menunjukkan pe­ningkatan positif selepas hampir sebulan berehat akibat kecede­raan lutut yang dialaminya dalam saingan Liga Super.

Keadaan saya sekarang ini semakin baik dan semua sedia maklum bahawa kecederaan lutut agak susah untuk pulih malah mengambil masa agak lama untuk baik.

Semua pemain sudah pasti akan berikan komitmen 100 peratus. Apabila bermain untuk JDT, saya akan berikan yang terbaik buat pasukan dan situasi itu sama dengan skuad kebangsaan.

Walau apa pun berlaku, posisi di sebelah kanan saya mahukan, saya tidak kisah siapa bermain di sebelah kanan nanti, namun perlulah beri 100 peratus komitmen,” katanya.

Pada masa sama, pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu berkata, ketika ini setiap pemain perlu tolak sifat sombong selain membantu antara satu sama lain bagi mencari ke­serasian dalam pasukan.“Inilah masa pemain senior bantu mereka yang baru menyertai skuad kebangsaan dan seterus­nya kita boleh melihat persaingan di setiap posisi,” katanya.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan akan dihimpunkan pada 16 Mei sebelum terbang ke Dubai pada 20 Mei bagi mengharungi dua aksi pemanas badan berdepan Kuwait dan Bahrain.

Perlawanan persahabatan ini sebagai persiapan menghabiskan baki kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai yang menyaksikan skuad kebangsaan akan berdepan UAE terlebih dahulu sebelum menentang pendahulu, Vietnam dan mengakhiri kempen peringkat kumpulan dengan aksi bertemu Thailand.

Harimau Malaya kini menghimpun sembilan mata untuk berada di tempat kedua di belakang Vietnam (11 mata) sementara Thailand berada di tempat ketiga dengan lapan mata dan UAE (enam mata).1


Kelayakan Piala Dunia: Safawi akui perlu kerja keras buru kesebelasan utama

Oleh Muzaffar Musa 10 Mei 2021 999

Kelayakan Piala Dunia: Safawi akui perlu kerja keras buru kesebelasan utama

Bintang skuad negara, Safawi Rasid, mengakui perlu berkerja keras untuk memastikan tempatnya dalam keselebasan utama Harimau Malaya menjelang pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal bulan depan.

Ini kerana posisinya di bahagian sayap kanan turut mampu diisi oleh pemain lain seperti Mohamadou Sumareh dan Arif Aiman Hanapi.

Sebelum ini, Safawi mengalami kecederaan lutut sehingga terpaksa berehat selama hampir dua bulan tetapi kembali menemui sentuhan jaringannya ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Penang FC 3-0 kelmarin.

"Bagi saya ia (persaingan) amat bagus buat posisi saya di sebelah kanan kerana jurulatih Tan (Cheng Hoe) mungkin akan pening kepala untuk memilih yang terbaik.

"Jadi, saya tidak kisah siapa yang akan bermain tetapi kami perlu memberikan yang terbaik dalam latihan.

"Saya tidak kisah siapa yang akan bermain tetapi kami akan memberikan 100 peratus buat skuad kebangsaan.

"Kalau boleh saya mahu 'tanam' posisi di sebelah kanan itu.

"Semua tahu bukan senang untuk mendapatkan kembali keyakinan selepas cedera lutut tetapi Alhamdulillah, selepas cedera (lebih) sebulan, saya sudah mendapatkan banyak minit permainan," katanya.2