Safawi gesa
rakan-rakan sepasukan raih kemenangan di Stadium Nasional, Bukit Jalil
Ahmad Fazli
Mohd. Yadi
11 November
2018 2:04 AM
SAFAWI (tengah) berharap skuad Harimau Malaya
mendapat sokongan
SAFAWI
(tengah) berharap skuad Harimau Malaya mendapat sokongan padu rakyat Malaysia
apabila berdepan Laos pada aksi Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Bukit
Jalil, Kuala Lumpur malam esok.
PENYERANG
sensasi negara, Safawi Rasid menggesa rakan-rakan sepasukan agar tidak
memandang enteng terhadap Laos menjelang aksi kedua Kumpulan A Piala
Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 di Stadium Nasional, Bukit
Jalil, Kuala Lumpur malam esok.
Bintang Johor
Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui skuad kendalian Tan Cheng Hoe harus kekal
fokus untuk meraih kemenangan kedua dalam misi mencerahkan peluang melepasi
peringkat kumpulan bagi tahun ini.
Terdahulu,
Harimau Malaya menepati ramalan selaku pasukan pilihan apabila menewaskan
Kemboja menerusi jaringan tunggal penyerang Pahang, Norshahrul Idlan Talaha di
Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh, Selasa lalu.
Justeru,
Safawi berharap rentak positif itu dapat diteruskan apabila menentang Laos
apatah lagi beraksi di laman sendiri.
“Sudah pasti
kita mahu mendapatkan kemenangan kedua apabila menentang Laos dan saya sangat
gembira kita berjaya meraih tiga mata dengan menewaskan Kemboja baru-baru ini.
“Namun, kita
kena cepat lupakan kejayaan itu dan memberikan fokus kepada aksi menentang
Laos. Secara peribadi, saya menganggap Laos juga mampu memberikan tentangan
hebat kepada pasukan negara. Jadi, kita tidak boleh memandang rendah cabaran
mereka.
“Apa yang
positif bagi aksi kedua ialah kita memiliki kelebihan bermain di laman sendiri
dan pastinya akan mendapat sokongan padu penyokong-penyokong tempatan. Kami
akan berusaha memastikan Harimau Malaya meraih kemenangan kedua di Stadium
Nasional,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Bagaimanapun,
Safawi yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai 2018 pada Anugerah Bola
Sepak Kebangsaan (ABK) baru-baru ini dilihat enggan mengulas mengenai status
Harimau Malaya dan Vietnam yang diletakkan sebagai pasukan pilihan dalam
Kumpulan A.
“Sama ada
Vietnam atau Malaysia ke pusingan akhir, ia tidak perlu difikirkan buat masa
ini kerana kami hanya fokus untuk perlawanan kedua.
“Seperti saya
katakan sebelum ini, semua pasukan harus diberikan perhatian serius. Bukan
Vietnam sahaja tetapi Myanmar, Laos dan Kemboja. Jadi, kita harus bekerja
lebih keras untuk menjadi lebih konsisten,” katanya.
SUMBER-KOSMO
ONLINE 11 November 2018 2:04 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan