BINTANG muda negara, Akhyar
Rashid melakukan tandukan ke arah pintu gol Laos sambil dicabar oleh pertahanan
lawan dalam aksi kedua Kumpulan J Kelayakan Piala AFC 2020 di Stadium Shah
Alam, malam ini. - IQBAL ROSLI
24 Mac 2019 10:39 PM
SHAH ALAM 24 Mac - Jaringan
pemain gantian, Safawi Rasid pada lewat permainan memastikan Malaysia mengutip
tiga mata berharga selepas berhempas pulas menewaskan Laos 1-0 dalam perlawanan
kedua Kumpulan J, Kelayakan Kejuaraan AFC B-23 di Stadium Shah Alam, sebentar
tadi.
Safawi yang dibawa masuk pada
minit ke-54 menyempurnakan sepakan bebas dari luar kotak penalti pada minit
ke-81 untuk memastikan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee mengutip kemenangan
kedua berturut-turut.
Tugas berat bakal menanti
Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan J, Selasa ini apabila mereka bertemu
China yang mengungguli kedudukan teratas dengan mengutip enam mata maksimum,
malah meledakkan 13 gol, selain tidak dibolosi.
Hanya juara setiap kumpulan akan
layak ke pusingan akhir secara automatik diikuti lima pasukan terbaik di tempat
kedua dan itu bermakna skuad kendalian Kim Swee perlu menewaskan China di venue
sama bagi memastikan slot automatik menjadi milik mereka.
Kim Swee perlu meningkatkan lagi
ketajaman barisan serangan sekiranya berhajat melakar kemenangan ke atas China
selain, barisan pertahanan perlu berhati-hati dengan bola hantaran tinggi yang
menjadi kelebihan buat lawannya itu.
Satu lagi aksi Kumpulan J
menyaksikan China membelasah Filipina 8-0 di venue yang sama di sebelah petang
biarpun merehatkan sebahagian besar tonggak utama. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safawi-penyelamat-malaysia-1.868961#ixzz5jAC2QG00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan