MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

GOL tunggal
pemain gantian Safawi Rasid membantu Malaysia mengatasi Laos 1-0 pada aksi
kelayakan Kejohanan B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Shah Alam,
malam ini.
Sepakan percuma
lencong Safawi dari sebelah kanan mengelirukan penjaga gol Laos, Kaharn
Phetsivilay sekali gus melegakan skuad Ong Kim Swee yang mengharapkan
kemenangan bagi mencerahkan peluang beraksi pada pusingan akhir di Bangkok,
tahun depan.
Walaupun skuad
negara perlu menjaringkan lebih banyak gol untuk bersaing dengan China namun
kemenangan itu memberi kelebihan kepada mereka dan kekal menghuni tangga kedua
kumpulan.
Kim Swee
membuat percaturan mengejutkan apabila meletakkan Safawi dan Hadi Fayyadh Razak
di bangku simpanan sebaliknya menampilkan Nik Azli Nik Alias dan Faisal Halim
di jentera serangan.
Faisal, yang
menjaringkan satu gol ketika menang 3-0 ke atas Filipina, bagaimanapun gagal
bertindak cemerlang.
Malah Nik Azli
dilayangkan kad kuning pada babak pertama kerana didakwa sengaja menjatuhkan
badan untuk mendapatkan sepakan penalti.
NIK Azli
(kanan) dipersalahkan pengadil kerana didakwa melayangkan badan untuk mencari
penalti. — FOTO Sairien Nafis
Laos kendalian
V Sundramoorthy yang sekali-sekala melancarkan serangan balas hampir menyumbat
gol menerusi rembatan pemain tengah Vannasone Douangmaity pada minit ke-35
namun terkena palang sekali gus melegakan skuad B-23 negara.
Kim Swee
akhirnya memasukkan Safawi menggantikan Faisal Halim manakala Jafri Firdaus
Chew mengambil tempat Nik Azli dan ia sedikit sebanyak mengubah rentak
perlawanan.
Sembilan minit
sebelum tamat, Safawi menyelamatkan air muka Kim Swee dengan gol yang
dinanti-nanti menerusi sepakan percuma cantik yang memperdaya penjaga gol
lawan.
Malaysia akan
berentap dengan China, yang terdahulu membelasah Filipina 8-0, Selasa ini bagi
menentukan juara kumpulan.
Jika kalah,
Malaysia perlu menanti sama ada mampu muncul antara empat pasukan naib juara
kumpulan yang layak ke pusingan akhir.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2019 @ 11:07 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan