Khamis, 23 Ogos 2018

Safawi Rasid sedia jadi pemusnah


Tekad gegar gawang Jepun pada aksi kalah mati
24 Ogos 2018 3:00 AM
 SAFAWI (kiri) tekad membantu skuad muda negara menewaskan Jepun
SAFAWI (kiri) tekad membantu skuad muda negara menewaskan Jepun pada aksi 16 pasukan terbaik Sukan Asia di Bekasi malam ini.

JAKARTA, Indonesia. - Penyerang muda sensasi negara, Safawi Rasid sekali lagi bersedia untuk menjadi pemusnah pasukan gergasi menjelang pertemuan menentang Jepun pada pusingan 16 terbaik Sukan Asia 2018 di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi malam ini.

Sebagai rekod, Safawi mencipta fenomena tersendiri dengan meledak empat gol dalam tiga perlawanan lepas yang menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu mencipta kejutan muncul selaku juara Kumpulan E.


Lebih menarik, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menjadi wira pasukan negara selepas meledak dua gol untuk me­numbangkan gergasi Asia Timur yang juga juara bertahan, Korea Selatan di Bandung minggu lalu.

Kini, pemain berusia 21 tahun itu percaya dia berada dalam prestasi terbaik kariernya untuk membantu pasukan negara mengesahkan kelayakan ke pusi­ngan suku akhir.

“Saya gembira dengan aksi yang dipamerkan pada peringkat kumpulan termasuk perlawanan ketiga ketika menentang Bahrain meskipun dimasukkan sebagai pemain gantian.

“Saya berjaya meledak gol pada perlawanan tersebut dan secara tidak langsung mendapat rehat yang cukup untuk memastikan cergas sepenuhnya pada aksi bertemu Jepun esok (malam ini),” katanya.

Skuad muda Harimau Malaya diletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya menyamai rekod pencapaian kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia B-23 (AFC) yang menyaksikan mereka mara sehingga ke peringkat suku akhir.

Mengulas lanjut, Safawi me­ngakui di atas kertas pasukan Samurai Biru itu memiliki kelebihan tersendiri tetapi apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit perlawanan.

“Saya berazam untuk berikan aksi 100 peratus dan berusaha untuk menyudahkan peluang terhidang dengan sebaiknya,” kata pemain kelahiran Terengganu itu.
SUMBER-KOSMO ONLINE 24 Ogos 2018 3:00 AM

Safawi sedia menggegar


Tekad jadi pemusnah pasukan gergasi Asia pada aksi 16 pasukan terbaik menentang Jepun malam ini
Ardie Putra Suhaimi & Riduan Hanafiah
24 Ogos 2018 3:00 AM
 SAFAWI menjadi sandaran skuad muda negara untuk merobek gawang Jepun pada aksi 16 pasukan terbaik di
SAFAWI menjadi sandaran skuad muda negara untuk merobek gawang Jepun pada aksi 16 pasukan terbaik di Bekasi malam ini.

SKUAD muda negara sekali lagi berdepan misi besar apabila turun menentang Jepun pada pusingan kali mati 16 pasukan terbaik Sukan Asia 2018 di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi malam ini.
Malaysia yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee sekali lagi disandarkan harapan untuk melakar kejutan ke atas skuad Samurai Biru selepas mengejutkan juara bertahan, Korea Selatan 2-1 dalam aksi kumpulan minggu lalu.

Bagi menjayakan misi itu, penyerang sensasi negara, Safawi Rasid yang sudah meledak empat gol daripada tiga perlawanan bertekad untuk menjadi pemusnah ke atas pasukan gergasi Asia.

“Saya berazam untuk berikan aksi 100 peratus dan berusaha untuk menyudahkan peluang terhidang dengan sebaiknya,” ujar Safawi.

Skuad muda Harimau Malaya diletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya menyamai rekod pencapaian kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 23 tahun (B-23) di China awal tahun ini yang menyaksikan mereka mara ke suku akhir.
SUMBER-KOSMO ONLINE 24 Ogos 2018 3:00 AM

Safawi mahu jadi watak pemusnah


 SAFAWI RASID (tengah) menjalani latihan dengan rakan sepasukan
SAFAWI RASID (tengah) menjalani latihan dengan rakan sepasukan di Padang Latihan Bung Karno, Jakarta sebagai persiapan menghadapi Jepun dalam aksi bola sepak Sukan Asia 2018, hari ini.
24 Ogos 2018 3:00 AM

JAKARTA 23 Ogos - Penyerang skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Safawi Rasid memasang impian untuk menjadi watak pemusnah dalam aksi kalah mati menentang Jepun di saingan Sukan Asia yang akan berlangsung di Stadium Patriot Candrabraga, Bekasi, dekat sini, esok.

Pemain berusia 21 tahun itu menjadi fenomena di temasya edisi ke-18 itu selepas meledak empat gol dalam tiga perlawanan bagi membantu Malaysia menamatkan saingan di kedudukan teratas Kumpulan E.

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berjaya memainkan watak pemusnah ketika menundukkan Korea Selatan selepas meledak dua gol dalam saingan yang berlangsung di Bandung, minggu lalu.
  
“Saya gembira dengan aksi yang dipamerkan pada peringkat kumpulan termasuk perlawanan ketiga ketika menentang Bahrain meskipun dimasukkan dalam sebagai pemain gantian.

“Saya berjaya meledak gol pada perlawanan tersebut dan secara tidak langsung mendapatkan rehat yang cukup untuk memastikan cergas sepenuhnya ketika menentang Jepun,” katanya.

Skuad muda negara disasarkan untuk sekurang-kurangnya menyamai rekod kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia B-23 iaitu layak ke suku akhir.

Safawi mengakui bahawa Jepun memiliki kelebihan tersendiri namun percaya dalam tempoh 90 minit perlawanan, banyak perkara boleh berlaku.

“Saya berazam untuk berikan aksi seratus peratus dan berusaha untuk menyudahkan peluang terhidang dengan sebaiknya,” katanya.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safawi-mahu-jadi-watak-pemusnah-1.734726#ixzz5P45SKLGT
© Utusan Melayu (M) Bhd


'Tak kisah siapa jaring, janji menang'


MyMetroArena
Daripada Azidan Nahar dan Azlan Muhammad Zain di Jakarta
sukanteam@nstp.com.my
 
PELEDAK utama negara Safawi Rasid tidak mahu 'tamak' malah tidak kisah siapa yang menjaringkan gol ketika menentang Jepun dalam aksi pusingan kedua esok.

Baginya, paling penting adalah skuad B-23 negara mara ke peringkat suku akhir terlebih dulu.

"Saya tidak kisah siapa yang meledak jaringan, janji keputusan positif kepada pasukan yang sudah mara sejauh ini,” kata Safawi.

"Namun sebagai penyerang saya sedar dan perlu melaksanakan tugas iaitu meledak jaringan bagi membantu pasukan serta diri sendiri."

Penyerang berusia 21 tahun itu mempamerkan persembahan konsisten sepanjang Sukan Asia apabila meledak gol dalam setiap perlawanan yang diharungi skuad negara.

Bermula dengan satu gol menentang Kyrgyzstan, dia terus mempamerkan sentuhan pembunuh dengan dua gol ketika menumbangkan Korea Selatan diikuti sepakan penalti ketika tewas kepada Bahrain.

"Kita akan mengikut taktikal yang dirancang jurulatih mengenai apa yang perlu dilakukan ketika menyerang dan bertahan.

"Mana-mana  pasukan yang bermain secara individu akan berdepan kesukaran berbanding mereka yang bermain secara berpasukan," katanya.

Kali terakhir Malaysia menentang Jepun di pentas Sukan Asia adalah pada edisi 2010 ketika skuad negara tewas 2-0 pada peringkat kumpulan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Ogos 2018 @ 2:28 PM

Isnin, 20 Ogos 2018

Malaysia tumbangkan Korea Selatan


 PENYERANG Malaysia,Safawi Rasid (kiri) meraikan jaringan keduanya bersama Adam Nur Azlin dalam perla
PENYERANG Malaysia,Safawi Rasid (kiri) meraikan jaringan keduanya bersama Adam Nur Azlin dalam perlawanan dengan Korea Selatan dalam Kumpulan E bacara bola sepak Sukan Asia ke-18 di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung semalam. – AP
Azan Fitri Ahmad Hidzir & Zazali Jamian

18 Ogos 2018 3:00 AM

JAKARTA 17 Ogos - Skuad negara mengesahkan tempat mereka dalam pusingan kalah mati bola sepak Sukan Asia 2018 dengan cukup bergaya apabila menumpaskan pasukan pilihan Korea Selatan yang diperkuatkan bintang Tottenham Hotspurs, Son Heung-min 2-1 dalam saingan Kumpulan E, Sukan Asia 2018 di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung hari ini.

Kejayaan ini merupakan yang pertama buat Malaysia ke atas Korea Selatan dalam Sukan Asia selepas kali terakhir tewas 0-3 dalam temasya 2014 di Incheon. Kejayaan ini juga bermakna mereka membalas dendam kekalahan 2-1 kepada Korea Selatan dalam suku akhir Kejohanan Bawah 23 Asia di China Januari lalu.

Kemenangan ke atas Korea Selatan sekali gus meletakkan Malaysia selaku penghuni baharu kedudukan teratas dalam Kumpulan E selepas meraih enam mata daripada dua perlawanan. Malaysia menumpaskan Kyrgyzstan 4-0 dalam perlawanan pertama kelmarin.

Skuad negara, yang hanya memerlukan keputusan seri untuk ke pusingan kedua, bermula dengan baik dalam pertemuan antara dua pasukan yang mengambil harimau sebagai lambang mereka dan berjaya menyaingi asakan Korea Selatan pada babak pertama apatah lagi selepas mendahului.

Malaysia membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Safawi Rasid yang mengambil peluang terhidang selepas penjaga gawang Korea Selatan, Song Bum-keun terlepas bola daripada dakapannya setelah berlaga dengan pemain pertahanan.

Korea Selatan mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-12 tetapi percubaan Kim Geon-ung gagal menemui sasaran.

Lima minit kemudian Korea Selatan sekali lagi meraih peluang berharga namun percubaan Hwang Ui-jo dari dalam kotak penalti hasil hantaran silang Hwang Hee-chan sekadar melepasi gawang.

Ketika hampir memasuki waktu rehat, Safawi meledak gol kedua perlawanan selepas memperdayakan pertahanan lawan sebelum melakukan percubaan dari luar kotak untuk sekali lagi menewaskan Bum-keun.

Ini menjadikan jumlah jaringan Safawi kepada tiga selepas turut menemui sasaran ketika bertemu Kyrgyzstan.

Separuh masa kedua menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee diasak bertalu-talu namun ketangkasan benteng pertahanan yang diterajui Dominic Tan berjaya mengekang lawan.

Terdesak untuk mencari gol, Korea Selatan membawa masuk Heung-min pada pertengahan babak kedua namun barisan negara masih mampu menyerap tekanan sehinggalah Ui-jo berjaya melepasi perangkap offside untuk merapatkan jurang gol.

Mereka hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-87 namun sepakan bebas Heung-min.

Malaysia akan bertemu Bahrain dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Isnin ini. – UTUSAN
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-tumbangkan-korea-selatan-1.731406#ixzz5OiCwBTgf
© Utusan Melayu (M) Bhd


Safawi puas benam ego Korea Selatan


Sabtu, 18 Ogos 2018 | 4:53pm
 
AKSI Safawi Rasid ledak gol pertama ketika menentang Korea Selatan, semalam. - Foto BERNAMA
Safawi puas benam ego Korea Selatan
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: ‘Pembunuh’ Korea Selatan, Safawi Rasid puas selepas dua golnya membantu skuad negara menenggelamkan ego juara bertahan itu pada aksi Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, malam tadi.

Malah, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) turut melontarkan rasa gembiranya selepas rakan sepasukannya berjaya menunjukkan semangat juang tinggi bagi mengekang kemaraan ‘Taeguk Warriors’ yang mengasak sehingga berjaya mengurangkan defisit jaringan.

“Alhamdulillah kerana kami berjaya mendapat keputusan yang positif. Saya berbangga dengan rakan sepasukan kerana berjaya mengikut perancangan disusun jurulatih.

“Sudah tentu kami gembira kerana dapat menewaskan pasukan yang dianggap pilihan dan juga juara bertahan edisi lalu,” katanya pada sidang media selepas perlawanan, malam tadi.

Safawi boleh dianggap sebagai pemain negara paling menyerlah pada temasya kali ini selepas terbabit dengan semua lima gol yang dijaringkan pasukan negara dalam dua aksi setakat ini.

Penyerang berusia 21 tahun itu membuka akaun golnya ketika menentang Krygyzstan pada aksi pertama menerusi sepakan penalti sebelum menjadi perancang dengan melakukan hantaran buat jaringan Akhyar Rashid dan Syafiq Ahmad pada aksi yang berkesudahan 3-1 itu.

Safawi meneruskan ‘naluri pembunuhnya’ apabila meledak dua gol pada aksi kedua bertemu Korea Selatan sekali gus menyaksikan dia kini sudah mengumpul tiga jaringan dalam dua perlawanan yang diharungi.

Terdahulu, skuad bola sepak negara membuktikan tiada apa yang mustahil apabila membuat kejutan terbesar pada temasya terbesar Asia itu apabila mengejutkan Korea Selatan 2-1 dalam aksi kedua Kumpulan E, malam tadi.

Safawi muncul sebagai wira negara apabila meledak kedua-dua gol dalam aksi berlangsung di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung yang menyaksikan Malaysia menamatkan kemarau kemenangan selama 44 tahun di tangan Korea Selatan dalam temasya terbesar Asia itu. 



Kali terakhir Malaysia menewaskan lawan itu pada temasya Teheran 1974 yang menyaksikan skuad negara dibarisi legenda bola sepak negara, Datuk Mokhtar Dahari menang 3-2 pada pusingan kedua sebelum menamatkan aksi dengan meraih pingat gangsa.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 18 Ogos 2018 | 4:53pm

Perwatakan pemain kunci kejayaan

ONG KIM SWEE
19 Ogos 2018 3:00 AM

JAKARTA 18 Ogos - Pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee memuji perwatakan pemainnya yang memiliki semangat juang tinggi serta ingin menang yang menurutnya menjadi ramuan penting dalam kejayaan pasukannya menundukkan juara bertahan Korea Selatan dalam saingan Kumpulan E, Sukan Asia 2018 semalam.

Katanya, pasukan muda negara juga berjaya memanfaatkan setiap peluang yang terhidang dengan baik untuk melakar kemenangan berharga bagi memastikan mereka mengesahkan tempat dalam persaingan kalah mati.


Beliau berkata, anak-anak buahnya berjaya meneruskan momentum positif susulan kemenangan ke atas Kyrgyzstan Rabu lalu tetapi tidak dinafikan perlawanan dengan Korea Selatan merupakan cabaran terbesar kerana mereka adalah kuasa besar bola sepak Asia.

“Saya akui pasukan ini tidak menampilkan corak permainan berkualiti tetapi mereka memiliki kelebihan dari segi kemahiran individu yang boleh mengubah keputusan.

“Apa yang penting adalah pemain-pemain menunjukkan perwatakan sebenar, percaya mampu mendapatkan keputusan yang bagus dan mereka membuktikan bahawa kerja keras serta keinginan boleh menghadirkan keputusan baik dalam apa-apa jenis sukan,” katanya ketika ditemui selepas tamat permainan.

Dalam perlawanan di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung itu pasukan kendalian Kim Swee melakar kemenangan 2-1 ke atas pasukan yang diterajui bintang Piala Dunia, Son Hyeung-min sekali gus meletakkan mereka di kedudukan teratas Kumpulan E dengan enam mata selepas dua perlawanan.

Sementara itu, pengendali B-23 Korea Selatan, Kim Hak-bum mengakui silap melakukan percaturan dengan menggunakan sistem giliran pemain terlalu awal membuatkan mereka kehilangan mata penting dalam temasya kali ini.

Katanya, mereka terlalu banyak memberikan ruang kepada Malaysia dan tidak menggunakan strategi permainan yang dirancang serta gagal menghantar bola ke bahagian serangan untuk meraih gol.

“Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. Saya menggilirkan pemain terlalu awal dan bertindak menukar enam pemain dalam perlawanan ini.

“Saya akui ini adalah kesilapan saya. Kami terpaksa memilih laluan berliku kali ini tetapi saya percaya kami mampu melangkah lebih jauh,” katanya. – MINGGUAN



SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/perwatakan-pemain-kunci-kejayaan-1.731969#ixzz5Oh64I91t
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 19 Ogos 2018

Ingat senang nak 'makan' Malaysia?

MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my

SKUAD bola sepak negara membuktikan tiada apa yang mustahil apabila membuat kejutan terbesar pada Sukan Asia Jakarta-Palembang apabila berjaya mengejutkan juara bertahan, Korea Selatan 2-1 dalam aksi kedua Kumpulan E, sebentar tadi.

Penyerang negara, Muhammad Safawi Rasid muncul wira apabila meledak kedua-dua gol dalam aksi di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung itu yang turut menyaksikan Malaysia menamatkan kemarau kemenangan selama 44 tahun di tangan Korea Selatan dalam temasya terbesar Asia itu.  

Kali terakhir skuad negara menewaskan lawan itu pada temasya Tehran 1974 di mana skuad dibarisi legenda bola sepak negara, Datuk Mokhtar Dahari menang 3-2 pada pusingan kedua sebelum menamatkan aksi dengan meraih pingat gangsa.

Bagaimanapun, dalam aksi sebentar tadi, Datuk Ong Kim Swee hanya melakukan satu pertukaran dalam kesebelasan utama ketika menewaskan Kyrgyzstan 3-1 Rabu lalu apabila menggantikan Nik Akif Syahiran Nik Mat dengan Muhammad Syahmi Safari Abdul Rashid bagi menguatkan bahagian tengah.

Percaturan pengendali Korea Selatan, Kim Hag Bum yang merehatkan penjaga gol Piala Dunia, Woo Jo Hyeon memakan diri apabila penjaga gol kedua, Song Bum Keun menghadiahkan gol pertama kepada skuad negara.


Ia susulan kesilapan Bum Keun yang gagal menangkap kemas bola selepas bertembung dengan rakan sepasukan yang kemudiannya berjaya dihidu Safawi untuk menolak masuk ke gawang yang sudah ternganga seawal minit kelima.

Korea Selatan yang hadir dengan reputasi hebat tidak berputus asa apabila cuba bangkit memburu gol penyamaan dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu Malaysia.

Hwang Ui Jo berpeluang mengikat kedudukan pada minit ke-18 selepas menerima hantaran cantik Hwang Hee Chan namun rembatan kaki kanannya sedikit melambung ketika Haziq Nadzli sudah pun tertewas.

Jaguh Asia itu terus meningkatkan tekanan dengan kali ini gerakan satu dua antara Hee Chan dan Lee Si Young pada minit ke-33 berjaya dihalang Haziq yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan.

Ketika skuad Taeguk Warriors rancak menyerang, anak buah Kim Swee menambah gol kedua sekali lagi menerusi Safawi yang berjaya memperdaya pertahanan lawan sebelum melepaskan sepakan tonjol pada hujung aksi babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Hag Bum membuat dua pertukaran dengan antaranya memasukkan bintang Tottenham Hotspur, Son Heung Min bagi menambah sengat di jentera depan mereka.

Ternyata kemasukan Heung Min mengubah corak persembahan mereka dan biarpun Ui Jo berjaya merapatkan kedudukan 2-1 pada minit ke-87, ia tidak mampu menghalang Malaysia untuk meraih kemenangan kedua sekali gus mara ke pusingan kedua.

Selepas ini skuad negara akan melengkapkan jadual dengan menentang Bahrain di Stadium Wibawa Mukti, Cikarang Isnin ini, manakala Korea Selatan bertemu Kyrgyzstan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Ogos 2018 @ 10:16 PM

Safawi cetus fenomena

 MUHAMMAD SAFAWI RASID (kiri) pastinya mula membuka mata pasukan
MUHAMMAD SAFAWI RASID (kiri) pastinya mula membuka mata pasukan lawan setelah dua golnya membantu Malaysia menumpaskan Korea Selatan 2-1 kelmarin.
19 Ogos 2018 3:00 AM

JAKARTA 18 Ogos - Muhammad Safawi Rasid menjadi fenomena baharu dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia berikutan kehebatannya ketika menjaringkan dua gol ketika membantu skuad negara mencipta kemenangan pertama dalam tempoh 44 tahun ke atas Korea Selatan dalam Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang semalam.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu menampilkan aksi memukau dalam dua aksi yang berlangsung di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung menerusi jaringan-jaringan menarik untuk memastikan pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee menerajui Kumpulan E dengan enam mata sekali gus menempah tempat dalam pusingan kalah mati.


Pemain berusia 21 tahun yang beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui sangat gembira dengan prestasi semasanya terutama selepas menjadi watak penting ketika menundukkan Korea Selatan yang memiliki bintang Piala Dunia, Son Heung-min.

“Kami mendengar setiap arahan yang diberikan dan melaksanakannya dengan baik. Saya sangat berbangga dengan aksi rakan-rakan sepasukan dalam perlawanan ini.

“Kemenangan ke atas pasukan hebat seperti Korea Selatan yang diletakkan sebagai pasukan pilihan dalam temasya ini sememangnya memberikan keyakinan kepada kami,” katanya.

Pemain yang berasal dari Kampung Bukit Chatak itu memulakan karier remajanya bersama pasukan T-Team sewaktu berusia 15 tahun dan sentiasa berada dalam kesebelasan utama pasukan bagi setiap perlawanan.

Dia yang ketika itu bermain di bahagian tengah kerap menjaringkan gol dari jarak jauh dengan menggunakan kaki kiri, selain sering dipilih untuk bersama Terengganu dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

Safawi kemudiannya meneruskan karier bersama pasukan T-Team sebelum menyertai JDT pada 2017.

Bakatnya semakin terserlah apabila dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun lalu jaringannya menerusi rembatan jarak jauh membantu Malaysia menundukkan Brunei. Dia turut meledak satu lagi gol ketika bertemu Myanmar.

Meskipun tewas dalam perlawanan akhir kepada Thailand, namun Safawi dipilih sebagai antara pemain terbaik temasya selepas menampilkan aksi konsisten.

Selepas dua perlawanan di Bandung, Safawi telah menjaringkan tiga gol termasuk satu menerusi penalti ketika Malaysia menumpaskan Kyrgzystan 3-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E.

Malaysia, yang hanya memerlukan seri dengan Korea Selatan untuk mara ke pusingan kedua, kini di anak tangga pertama dengan enam mata manakala pasukan Heung-min kedua dengan tiga mata.

Malaysia akan bertemu pasukan di tempat terbawah Bahrain dalam perlawanan terakhir peringkat awal pada Isnin dengan misi untuk menang agar tidak telepas kedudukan teratas. Korea Selatan pula akan bertemu Kyrgzystan. – MINGGUAN
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safawi-cetus-fenomena-1.731970#ixzz5Od3b9fwR
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 18 Ogos 2018

'Jaringkan gol sebanyak mungkin'

Ahad, 19 Ogos 2018
MyMetroArena
Rosli Ilham
cnews@nstp.com.my

“SYUKUR dan syabas buat pasukan bola sepak negara yang berjaya menewaskan Korea Selatan.

“Sapawi membanggakan saya dan negara serta menggembirakan rakyat Malaysia,” kata Rasid Sulong, 64, bapa penyerang negara Sapawi, selepas Malaysia menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam perlawanan bola sepak Sukan Asia Jakarta-Palembang, di Jakarta, malam ini.

Beliau bangga apabila pesannya kepada Sapawi untuk menyumbat seberapa banyak gol membuahkan hasil.

“Sapawi ada hubungi saya kira-kira jam 3 petang tadi. Dia minta saya doakan dan buat solat Hajat untuk kemenangan pasukan negara dalam perlawanan malam ini.,” katanya.

“Saya bersama isteri, Salemah Abu Bakar, 56, serta anak dan menantu menyaksikan perlawanan itu sehinggalah ke wisel penamat.

“Riuh rendah rumah kami sepanjang perlawanan mencemaskan itu dan paling riuh ketika Sapawi menjaringkan gol,” katanya gembira.

Beliau berharap dan akan terus berdoa pasukan negara akan terus menang dalam perlawanan seterusnya.

“Kami seisi keluarga dan tentunya seluruh rakyat Malaysia mahu negara bermain dengan cemerlang dan menjadi juara pada kejohanan ini.

“Tadi sebelum memutuskan perbualan telefon, saya sekali lagi berpesan kepadanya supaya menjaringkan seberapa banyak gol yang boleh,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Ogos 2018 @ 12:26 AM

Perbaiki kelemahan kita – Safawi Rasid


 SAFAWI RASID menjaringkan dua gol ketika Malaysia menumpaskan Kyrgyzstan kelmarin.

Perbaiki kelemahan kita – Safawi Rasid
17 Ogos 2018 3:00 AM
JAKARTA 16 Ogos - Penyerang skuad bawah 23 tahun (B-23) negara Safawi Rasid percaya terdapat beberapa aspek perlu diperbaiki menjelang pertemuan dengan Korea Selatan dalam perlawanan kedua Kumpulan E Sukan Asia 2018 esok.

SAFAWI RASID menjaringkan dua gol ketika Malaysia menumpaskan Kyrgyzstan kelmarin.
SAFAWI RASID menjaringkan dua gol ketika Malaysia menumpaskan Kyrgyzstan kelmarin.
Safawi menjaringkan dua gol ketika membantu Malaysia menumpaskan Kyrgyzstan 3-1 dalam perlawanan pembukaan kumpulan semalam. Dia menjaringkan gol pertama menerusi sepakan penalti dan kemudian menanduk masuk gol ketiga pada penghujung perlawanan di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.


Katanya, aspek serangan antara perkara yang perlu diberikan perhatian ketika menentang gergasi Asia Timur itu sekiranya Malaysia mahu mencerahkan laluan ke pusingan kalah mati.

“Masih banyak kelemahan yang perlu diatasi dan kita perlu lebih bersedia jika mahu meraih keputusan positif ketika bertemu Korea.

“Kami semua gembira dengan kejayaan meraih tiga mata penuh tetapi kemenangan itu masih belum mengesahkan tempat kami dalam pusingan seterusnya.

“Masih banyak kelemahan yang boleh diperbaiki termasuk penyudah peribadi yang saya perlu perkemaskan,” kata penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Malaysia kini berada di tempat kedua Kumpulan E, ketinggalan dari segi jumlah gol kepada Korea Selatan yang menumpaskan Bahrain 6-0 dalam satu lagi perlawanan semalam. Kyrgyzstan di tempat ketiga manakala Bahrain keempat.

Acara bola sepak Sukan Asia disertai 25 pasukan yang dibahagikan kepada enam pasukan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan mendapat kelayakan automatik ke pusingan kedua, manakala empat pasukan dalam kelompok ketiga terbaik peringkat awal akan mengiringi mereka.

Ini bermakna, secara matematiknya, jika skuad negara yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee seri dengan Korea Selatan esok sudah cukup untuk mereka ke saingan kalah mati. – UTUSAN



SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/perbaiki-kelemahan-kita-8211-safawi-rasid-1.730748#ixzz5OWzoiK71
© Utusan Melayu (M) Bhd