
MyMetroArena
Rosli Ilham
cnews@nstp.com.my
“SYUKUR dan syabas buat pasukan
bola sepak negara yang berjaya menewaskan Korea Selatan.
“Sapawi membanggakan saya dan
negara serta menggembirakan rakyat Malaysia,” kata Rasid Sulong, 64, bapa
penyerang negara Sapawi, selepas Malaysia menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam
perlawanan bola sepak Sukan Asia Jakarta-Palembang, di Jakarta, malam ini.
Beliau bangga apabila pesannya
kepada Sapawi untuk menyumbat seberapa banyak gol membuahkan hasil.
“Sapawi ada hubungi saya
kira-kira jam 3 petang tadi. Dia minta saya doakan dan buat solat Hajat untuk
kemenangan pasukan negara dalam perlawanan malam ini.,” katanya.
“Saya bersama isteri, Salemah Abu
Bakar, 56, serta anak dan menantu menyaksikan perlawanan itu sehinggalah ke
wisel penamat.
“Riuh rendah rumah kami sepanjang
perlawanan mencemaskan itu dan paling riuh ketika Sapawi menjaringkan gol,”
katanya gembira.
Beliau berharap dan akan terus
berdoa pasukan negara akan terus menang dalam perlawanan seterusnya.
“Kami seisi keluarga dan tentunya
seluruh rakyat Malaysia mahu negara bermain dengan cemerlang dan menjadi juara
pada kejohanan ini.
“Tadi sebelum memutuskan
perbualan telefon, saya sekali lagi berpesan kepadanya supaya menjaringkan
seberapa banyak gol yang boleh,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 18 Ogos 2018 @ 12:26 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan