MyMetroArena
Daripada Azidan Nahar dan Azlan
Muhammad Zain di Jakarta
sukanteam@nstp.com.my

PELEDAK utama negara Safawi Rasid
tidak mahu 'tamak' malah tidak kisah siapa yang menjaringkan gol ketika
menentang Jepun dalam aksi pusingan kedua esok.
Baginya, paling penting adalah
skuad B-23 negara mara ke peringkat suku akhir terlebih dulu.
"Saya tidak kisah siapa yang
meledak jaringan, janji keputusan positif kepada pasukan yang sudah mara sejauh
ini,” kata Safawi.
"Namun sebagai penyerang
saya sedar dan perlu melaksanakan tugas iaitu meledak jaringan bagi membantu
pasukan serta diri sendiri."
Penyerang berusia 21 tahun itu
mempamerkan persembahan konsisten sepanjang Sukan Asia apabila meledak gol
dalam setiap perlawanan yang diharungi skuad negara.
Bermula dengan satu gol menentang
Kyrgyzstan, dia terus mempamerkan sentuhan pembunuh dengan dua gol ketika
menumbangkan Korea Selatan diikuti sepakan penalti ketika tewas kepada Bahrain.
"Kita akan mengikut taktikal
yang dirancang jurulatih mengenai apa yang perlu dilakukan ketika menyerang dan
bertahan.
"Mana-mana pasukan yang bermain secara individu akan
berdepan kesukaran berbanding mereka yang bermain secara berpasukan,"
katanya.
Kali terakhir Malaysia menentang
Jepun di pentas Sukan Asia adalah pada edisi 2010 ketika skuad negara tewas 2-0
pada peringkat kumpulan.
Artikel ini disiarkan pada :
Khamis, 23 Ogos 2018 @ 2:28 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan