Isnin, 3
Disember 2018 | 4:00pm
Pemain Skuad
Harimau Malaya, Safawi Rashid sebelum berlepas ke Bangkok bagi aksi kedua
Separuh Akhir Piala Suzuki Àff 2018 menentang Thailand Rabu ini. - Foto Aziah
Azmee
Kritikan
'planet pluto' tak ganggu fokus Safawi
Oleh Firdaus
Hashim
firdaushashim@nstp.com.my
Sepang:
Penyerang negara, Safawi Rasid tetap bermotivasi dan tidak terganggu dengan
kritikan segelintir penyokong apabila ada yang sanggup mencipta imej grafik
menunjukkan seolah-olah bola rembatannya ketika menentang Thailand pada separuh
akhir pertama di Bukit Jalil, Sabtu lalu, sudah sampai ke Planet Pluto.
Katanya, dia
menerima kritikan itu dengan hati terbuka dan berjanji akan mempamerkan aksi
lebih kemas apabila skuad Harimau Malaya turun buat kali kedua berdepan
Thailand di Stadium Rajamangala, Rabu ini.
"Bagi
saya benda itu (kritikan) tak ada masalah dan saya juga tidak kecewa. Bagi
saya, itu motivasi untuk tingkatkan
permainan lepas ini terutama dari segi penyudah," katanya ketika
ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari
ini.
Safawi yang
dinobatkan Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK)
2018, bulan lalu, sekurang-kurangnya memiliki tiga peluang keemasan untuk
mencetak namanya selaku penjaring pada aksi separuh akhir namun kesemua
percubaanya melambung tinggi melewati palang gol.
Jelasnya, dia
sudah mencuba yang terbaik dalam perlawanan itu namun rezeki belum memihak
kepadanya yang berazam untuk meledak di Bangkok sekiranya diturunkan Tan Cheng
Hoe.
"Saya
sebelum ini sudah banyak buat latihan tambahan dengan menekankan aspek rembatan
dan sepakan percuma. Mungkin rezeki belum ada lagi.
"Mungkin
juga rezeki saya hadir pada 5 haribulan nanti (menentang Thailand). Mungkin
dapat jaringkan gol dan masuk final," katanya.
Skuad Harimau
Malaya hanya memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri 1-1 untuk melangkah
ke final dengan peraturan gol di tempat lawan bakal membawa kelebihan kepada
Malaysia sekali gus mengulangi pencapaian dalam kejohanan sama empat tahun
lalu.
Untuk rekod,
skuad kebangsaan pernah menjulang trofi berkenaan pada 2010 dengan Cheng Hoe
menjadi penolong Datuk K Rajagobal yang
berjaya mencipta sejarah memenanginya buat pertama kali sejak kejohanan ini
dipertandingkan.
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Isnin, 3 Disember
2018 | 4:00pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan