Zulfaizan Mansor
zulfaizan@nstp.com.my

BURIRAM, Thailand: Pemain sayap
skuad kebangsaan, Safawi Rasid tekad meledak gol lagi buat Harimau Malaya pada
aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Korea Utara di Stadium I-Mobile, malam
ini.
Pemain muda Johor Darul Ta’zim
(JDT) itu menjelaskan, keyakinannya kini berada pada tahap terbaik selepas
meledak gol pertama bersama skuad senior negara ketika tewas 1-4 pada aksi
pertama di stadium sama, Jumaat lalu.
“Bagi saya, jaringan itu sangat
bermakna kerana ia gol pertama saya untuk Harimau Malaya dan sudah pasti dapat
meningkatkan lagi moral dan semangat saya.
VINGADA (kanan) tengah mengatur
strategi dengan penolongnya, Tan Cheng Hoe.
“Malah, saya juga boleh beraksi
di mana-mana bahagian termasuk di posisi sayap dan penyerang. Tapi, semuanya
terpulang kepada jurulatih untuk membuat keputusan mengikut perancangannya.
“Sekiranya diturunkan dalam
kesebelasan utama malam ini, saya mahu buktikan sesuatu kepada jurulatih bahawa
tindakannya memilih saya adalah keputusan tepat,” kata Safawi.
Safawi meledak gol tungga negara
ketika aksi pertama berdepan Korea Utara selepas masuk menggantikan Wan Zack
Haikal Wan Nor pada babak kedua.
Skuad kendalian Nelo Vingada
wajib menang perlawanan malam ini bagi menghidupkan peluang tipis untuk mara ke
pusingan akhir Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2019.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Isnin, 13 November 2017 @ 3:57 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan