MyMetroUtama
Daripada Zulfaizan Mansor di
Buriram dan Thailand
zulfaizan@nstp.com.my

PERJUANGAN Harimau Malaya dalam
saingan kelayakan Piala Asia 2019 berkubur di bumi Buriram selepas mengalami
kekalahan kedua berturut-turut di tangan Korea Utara di Stadium I-Mobile,
sebentar tadi.
Kekalahan 1-4 itu menyaksikan
skuad kendalian Nelo Vingada kekal di kedudukan tercorot Kumpulan B dengan
mengumpul satu mata selepas lima perlawanan.
HAFIZUL (kiri) menghalang pemain
Korea Utara. FOTO/ NAIM MAHAMUD
Malah, ia sudah pasti keputusan
yang sangat mengecewakan buat Vingada yang masih gagal meraih sebarang
kemenangan selepas dilantik sebagai jurulatih Harimau Malaya, Mei lalu.
Pada aksi sebentar tadi, Vingada
melakukan kejutan apabila menyenaraikan sebahagian besar pemain muda termasuk
Nor Azam Abdul Azih, Adam Nor Azlin, Safiq Ahmad dan Khairil Anuar Zamri yang
kali pertama beraksi untuk skuad senior.
Harimau Malaya bagaimanapun hanya
mampu bertahan selama 15 minit apabila Kim Yu Song meledak gol pertama Korea
Utara selepas menanduk masuk bola sepakan penjuru Jong Il Gwan.
Lima minit kemudian, pintu gol
Harimau Malaya bocor buat kali kedua juga menerusi Yu Song yang sekali lagi
menyudahkan sepakan penjuru Il Gwan.
PEMAIN Malaysia, Kiko Insa (kiri)
mengasak pemain Korea Utara. FOTO/ NAIM MAHAMUD
Yu Song melengkapkan hatrik pada
minit ke-44 apabila tenang menolak masuk bola hantaran Kim Yong Il sekali gus
menyaksikan penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy tewas buat kali
ketiga.
Korea Utara meneruskan malam
gemilang mereka apabila Pak Kwang Ryong menyudahkan hantaran Ri Un Chol pada
minit ke-79.
Safawi Rasid yang masuk
menggantikan Wan Zack Haikal Wan Nor berjaya memecahkan kebuntuan jaringan pada
minit ke-85 namun sudah terlambat untuk Harimau Malaya.
Harimau Malaya akan melengkapkan
aksi terakhir kumpulan berdepan Lubnan di gelanggang lawan pada 27 Mac depan.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Isnin, 13 November 2017 @ 10:15 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan