MyMetroArena
Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Tiga pemain muda
negara bakal menjadi tumpuan apabila masing-masing tercalon dalam dua kategori
pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2018 yang akan berlangsung, Isnin ini.
Pemain sayap Johor Darul Ta’zim
(JDT), Safawi Rasid tercalon bagi kategori Pemain Tengah Terbaik dan Pemain
Muda Harapan yang turut dibarisi pemain muda Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik
Mat dengan pemain tengah Pahang, Nor Azam Azih melengkapkan senarai calon
Pemain Tengah Terbaik.
Bintang muda Kedah, Akhyar Rashid
pula dicalonkan bagi kategori Penyerang Terbaik namun terpaksa ‘berebut’ dengan
Safawi dan Nik Akif selepas pemain berusia 19 tahun itu turut dicalonkan dalam
kategori Pemain Muda Harapan.
Safawi ketika dihubungi Sukan
NSTP berkata, dia mengakui saingannya bagi dua kategori itu sememangnya sengit
kerana pemain yang tercalon disifatkan sebagai pemain terbaik negara ketika
ini.
Bagaimanapun, pemain berusia 21
tahun itu tetap mengharapkan rezeki berpihak kepadanya supaya beroleh anugerah
individu selepas mengharungi kecemerlangan bersama skuad Harimau Selatan musim
ini.
“Kalau boleh, saya mahukan
anugerah terbabit sebagai menutup musim 2018 dengan lebih baik.
“Saya sudah bersyukur jika
berjaya meraih sekurang-kurangnya satu anugerah, tapi jika tidak berjaya,
mungkin bukan rezeki saya. Saya akan terus berusaha keras musim hadapan,”
katanya.
Secara keseluruhan, JDT
mengungguli pencalonan utama ABK2018 yang menyaksikan mereka tersenarai dalam
tujuh daripada lapan kategori utama kali ini.
Selain Safawi, Farizal Marlias
turut dicalonkan untuk anugerah Penjaga Gol Terbaik yang turut menampilkan wira
Piala Malaysia 2018, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak) dan Khairul
Fahmi Che Mat (Melaka).
Anugerah Pertahanan Terbaik
menyaksikan pencalonan S Kunanlan yang bakal disaingi pertahanan Perak, Shahrul
Saad dan pemenang ABK2017, Matthew Davies.
Selain mendapat cabaran daripada
Akhyar, Penyerang Terbaik ABK 2017, Shahrel Fikri Md Fauzi turut bersaing
dengan penyerang JDT, Ahmad Hazwan Bakri bagi anugerah sama tahun ini.
Pemain import JDT, Gonzalo
Cabrera dicalonkan untuk kategori Pemain Import Terbaik yang dibarisi arkitek
tengah Terengganu, Lee Tuck serta penjaring terbanyak Piala FA dan Liga Super
musim ini, Rufino Segovia.
Tiga pemain import Singapura
mendominasi kategori pemain ASEAN terbaik – Faris Ramli (PKNS FC), Hariss Harun
(JDT) dan Safuwan Baharudin (Pahang).
Bagi kategori Jurulatih Terbaik,
penyandangnya, B Sathianathan yang membawa FELDA United kembali ke Liga Super
musim hadapan akan berdepan saingan jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang
memenangi Piala FA dan Mehmet Durakovic (Perak) yang baru merangkul Piala
Malaysia, minggu lalu.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 2 November 2018 @ 12:06 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan