Khamis, 31 Oktober 2019

TMJ perjelas isu 'pembunuh karier'

DAIRI NOV 19
MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my


SELEPAS dikritik hebat oleh segelintir pihak yang mengatakan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai tempat ‘pembunuh karier’ akhirnya dijawab pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyifatkan dakwaan itu tidak tepat.

Jelas Tunku Ismail, ia sengaja ditimbulkan bagi memberi persepsi buruk untuk menakut-nakutkan mengenai minit permainan terhad seseorang pemain apabila menyertai skuad Harimau Selatan.

Sebaliknya beliau tampil mempertahankan polisi kelab itu yang menekankan aspek persaingan dalam pasukan bagi merebut tempat.

Katanya, pemain muda seperti Safawi Rasid dan Akhyar Rashid adalah bukti pasukan itu sentiasa menyokong perkembangan karier pemain walaupun baru berusia 22 dan 20 tahun.

“Kalau nak main setiap perlawanan pergi PKNP FC dan Felda United. Anda akan dapat kesebelasan pertama bola sepak setiap perlawanan.


AFIQ (kiri) kerap beraksi dalam kesebelasan utama JDT. — FOTO Hairul Anuar Rahim
“Untuk berada dalam kelab bola sepak profesional, anda perlu berjuang untuk mendapatkannya. Itu yang menjadikannya seorang pemain bola profesional.

“Tapi kalau sebagai pemain dan tak nak bertarung untuk dapatkan tempat jadi anda tidak akan menjadi baik, pasal anda (pemain) akan berada dalam kedudukan selesa.

“Dulu saya bawa Safawi ketika dia berusia 19 tahun dan kini dia bermain untuk setiap perlawanan. Adam Nor Azlin (pertahanan) kini mendahului senior di sana dan bermain dalam ACL (Liga Juara-Juara Asia). Malah, Safawi dan Akhyar bermain dalam ACL,” katanya.

Tunku Ismail turut menjadikan pemain tengah, Afiq Fazail sebagai contoh tepat seseorang pemain berpotensi mengalami peningkatan prestasi hasil pengalaman beraksi bersama JDT.

Ujarnya, sikap tidak pernah berputus asa menyaksikan Afiq kini berjaya disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya bagi menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Thailand dan Indonesia pada 14 dan 19 November ini.

“Dulu ada orang kenal Afiq Fazail? Tapi dia bermain untuk tempatnya, dekat tengah kita ada Natxo (Natxo Insa), kita ada Hariss (Hariss Harun) dan yang lain juga tapi kerana dia bertarung untuk tempat dalam kesebelasan utama, hari ini dia menjadi semakin baik hingga dipanggil peringkat kebangsaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Oktober 2019 @ 8:12 PM

Rabu, 30 Oktober 2019

Kunci kaki kiri Safawi

MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
“SAYA akan berusaha kunci kaki kiri dia. Itu kata tonggak pertahanan kiri Kedah, Azmeer Yusof yang bertekad mengikat pergerakan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Jelasnya, tendangan kaki kidal Safawi amat berbisa yang boleh meranapkan impian skuad Helang Merah untuk menjulang trofi kedua musim ini selepas Piala FA, Julai lalu.

Katanya, pengalaman dua kali berdepan pemain itu dalam saingan Liga Super musim ini akan dijadikan modal bagi menghalang tonggak kelahiran Dungun, Terengganu itu.

“Dah dua kali saya jumpa dia dan seperti semua orang tahu, dia antara pemain yang bagus di Malaysia. Walaupun dua kali jumpa tapi bagi saya pentas final berbeza dan saya perlu mengkaji lagi permainan Safawi.

“Tapi, berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya kena tutup kaki kiri dia dan tutup daripada dia melakukan larian celah pemain.

“Memang larian celah pemain dan rembatan ke arah gol amat bahaya, jadi saya kena tutup kaki kiri dan jangan sesekali bagi dia buat rembatan ke arah gawang Kedah,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Azmeer, 29, yang beraksi cemerlang ketika aksi separuh akhir kedua menentang Pahang di Stadium Darul Makmur berjaya memainkan peranannya dengan sentiasa membayangi pergerakan Mohamadou Sumareh di sebelah kanan.

Sudah pasti aksi sama ditagih pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak ke atas bahu Azmeer untuk merantai pergerakan Safawi yang ketika ini berada pada prestasi terbaik khususnya selepas meledak hatrik mengetepikan Selangor di separuh akhir.

Mengenai perlawanan akhir itu, Azmeer akui ia adalah pentas keduanya selepas turut membantu Kedah ke final Piala Malaysia pada 2016 lalu.

“Ini kali kedua saya datang (hijrah) ke Kedah dan ini juga kali kedua saya ke pentas final Piala Malaysia. Jadi dengan jurulatih dan ramai pemain baharu saya lihat ini final berbeza berbanding 2016 lalu.

“Sebab dulu 2016 ramai pemain lama dalam pasukan Kedah dan kali ini pasukan berwajah baharu serta ini juga final kedua kami untuk musim ini,” katanya yang sekadar memanaskan bangku simpanan ketika final Piala FA.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Oktober 2019 @ 5:00 AM


Selasa, 29 Oktober 2019

Berpeluh Korea nak kalahkan Malaysia


MyMetroUtama
 
Daripada Aziman Rosdi Kunshan dan China
aziman@nstp.com.my
LANGKAH skuad negara pada kempen Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) Tahun (B-23) akhirnya terhenti di suku akhir apabila tewas 1-2 kepada Korea Selatan di Stadium Kunshan, China sebentar tadi.

Skuad negara kendalian Datuk Ong Kim Swee cuba bangkit untuk melakar satu lagi sejarah selepas ketinggalan menerusi jaringan terpantas kejohanan oleh Cho Jae Wan dengan mengikat kedudukan hasil percubaan pemain gantian N Thanabalan pada babak kedua.

Namun, impian itu berkecai dengan jaringan kemenangan lawan menerusi Han Seung Gyu lima minit sebelum permainan tamat.

Biarpun dihimpit dengan masalah kecederaan beberapa pemain, Kim Swee masih mengekalkan hampir semua kesebelasan utama ketika menewaskan Arab Saudi 1-0 sebelum ini dengan hanya memasukkan Nik Akif Syahiran menggantikan R Kogileswaran di bahagian serangan.

Belum sempat pemain negara mengatur permainan, mereka dikejutkan dengan serangan awal Korea Selatan dari sebelah kanan.

Rembatan padu Jae Wan gagal diselamatkan penjaga gol negara, Haziq Nadzli ketika saingan baru memasuki 15 saat.

Namun jaringan awal skuad naib juara 2016 itu tidak menyentap semangat juang anak buah Kim Swee yang cuba menguasai permainan ketika pemain lawan kelihatan bergelut kepenatan.

Penjaring dua gol negara di peringkat Kumpulan C, Safawi Rasid memiliki dua peluang terbaik pada minit ke-16 dan masa tambahan babak pertama, namun diselamatkan penjaga gol, Kang Hyeon Mu.

Biarpun memperlahankan permainan, Korea Selatan yang dibimbing Kim Bong Gil tetap bahaya dengan serangan pantas dan hampir menambah jaringan pada minit ke-31, namun Haziq cemerlang ketika berdepan situasi satu lawan satu dengan Lee Kuon Ho.

Ketinggalan satu gol, Malaysia bangkit mengasak dan hampir membolosi gawang Korea Selatan

menerusi percubaan Adam Nor Azlin dan Safawi tetapi gagal menepati sasaran.

Kim Swee melakukan dua pertukaran dengan memasukkan N Thanabalan bagi mengambil tempat Akhyar Abdul Rashid dan Hadi Fayyadh Abdul Razak bagi memantapkan bahagian serangan.

Percaturan itu berbaloi apabila Thanabalan yang mengalami hamstring dan direhatkan ketika Malaysia seri 1-1 dengan Jordan dan menang 1-0 ke atas Arab Saudi membuktikan bisa tandukannya dengan menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-67.

Namun, kelincahan Seung Gyu gagal dihalang pertahanan negara yang menyaksikan dia menyumbat gol kemenangan Korea Selatan pada minit ke-85 bagi mengesahkan kemaraan ke separuh akhir menentang Uzbekistan Selasa ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2018 @ 6:18 PM

Safawi lebih bahaya


MyMetroUtama
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Saya tak bimbang dengan pemain nombor 12 Malaysia (N Thanabalan) kerana sebelum ini (Kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia bawah 23 tahun) kami mampu menyekat pergerakannya.”

Demikian nada keyakinan dilontarkan tonggak pertahanan kental Thailand, Worawut Namvech yang bersedia untuk menyekat penyerang negara, Thanabalan daripada mencetak nama selaku penjaring pada aksi final malam esok.

Ujar pemain kelab Sisaket FC di liga satu Thailand itu, aksi berdepan tuan rumah bukanlah sesuatu yang asing sebaliknya kedua-dua pasukan sudah bertembung beberapa kali dengan dia berjaya menggari Thanabalan.

“Kami sudah jumpa Malaysia banyak kali dan terbaru pada bulan lepas di mana kami berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 pada saingan kelayakan Piala AFC di Bangkok.

“Dalam aksi itu, pemain nombor 12 Malaysia turut bermain dan saya berjaya menghalang setiap pergerakannya.

“Saya sangat yakin dapat menjaganya sekali lagi walaupun dia amat popular ketika ini kerana menjaringkan banyak gol untuk Malaysia di Sukan SEA,” kata pemain kelahiran Phuket itu.

Jelasnya lagi, dia lebih gentar dengan kelincahan penyerang Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Safawi Rasid yang memiliki sepakan kencang selain skil individu menarik.

“Bagi saya pemain nombor 6 (Safawi) lebih berbahaya daripada nombor 12. Kami kena pastikan tiada sebarang percubaan dari pemain itu kerana rembatannya cukup merbahaya kepada kubu kami,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Ogos 2017 @ 7:37 AM


Piala Negara-Negara milik Thailand

MyMetroNode
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Melaka: Hasrat skuad Projek Sukan SEA 2017 untuk muncul juara sulung Kejohanan Piala Negara-Negara terkubur apabila tewas tipis 1-2 kepada pasukan Bawah 21 (B-21) Thailand dalam aksi final di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Skuad kendalian Frank Bernhardt yang dibarisi pemain B-21 gagal menyekat permainan pantas Thailand apabila mereka mengejutkan kem negara seawal minit kedua menerusi Worawut Namvech.

Bagaimanapun, pemain sayap negara Syamie Iszuan Amin kembali menyamakan kedudukan selepas dia bijak menyambut hantaran jauh Safawi Rasid pada minit ke-35.

Ketua pasukan Thailand, Chenrop Samphaodi muncul wira apabila dia menjaringkan gol kedua pada minit ke-79 untuk mereka menjuarai edisi ini.

Sementara itu, pada aksi terdahulu pasukan B-21 Vietnam meraih tempat ketiga apabila menumbangkan B-21 Singapura menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam masa sebenar.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2016 @ 12:20 AM

Baham singa


MyMetroNode
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Melaka: Skuad kendalian Frank Bernhardt menepati ramalan melangkah ke final Piala Negara-Negara 2016 apabila melakar kemenangan 3-0 ke atas Bawah 21 (B-21) Singapura di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan pertembungan final idaman menentang pasukan B-21 Thailand di gelanggang sama malam esok, selepas mereka menewaskan Vietnam 2-0 pada aksi yang berlangsung di sebelah petang.

Malaysia atau Skuad Sukan SEA 2017 memulakan saingan dengan langkah kanan apabila sepakan percuma Jafri Firdaus Chew pada minit ke-5 tepat singgah di tiang gol pelawat yang kemudian melantun ke kaki Safawi Rasid yang mudah menolak masuk untuk gol pertama negara.

Pada minit ke-11, penyerang Selangor Adam Nor Azlin mensia-siakan peluang terhidang biarpun hanya berdepan penjaga gol pelawat, Zharfan Rohaizad.

Bagaimanapun, penguasaan dipamerkan anak buah Bernhardt pada awal persaingan mula kendur bagi skuad kendalian Richard Tardy pula menguasai perlawanan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Jun 2016 @ 5:56 AM

Kejutan Bernhardt

Isnin, 28 Oktober 2019

Harimau Malaya perlu sedia 'mengaum'

SUKAN»Bola
Rabu, 5 Jun 2019 | 2:26pm
 
Pemain pasukan Malaysia pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu lalu. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Harimau Malaya perlu sedia 'mengaum'
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan khususnya keadaan padang yang tidak memuaskan selepas Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kekal menjadi venue bagi dua perlawanan 'play-off' Kelayakan Piala Dunia 2022 bertemu Timor Leste, 7 dan 11 Jun ini.

Meskipun berdepan rungutan pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe susulan keadaan padang ketika bertemu Nepal namun Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengesahkan pihaknya tidak merancang untuk memindahkan perlawanan ke venue lain.

"Venue tidak akan bertukar dan perlawanan akan berlangsung seperti yang sudah dirancang. Namun kita akui permukaan padang tetap perlu ditambahbaik bagi aksi bertemu Timor Leste.

"Apapun, pihak kita sudah berhubung dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berhubung masalah ini. PSM sudah memberi jaminan bahawa keadaan permukaan padang akan diperbaiki dan ditambahbaik," katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John turut mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang permintaan daripada FAM berhubung pertukaran venue bagi dua aksi 'play-off' terbabit.

"Belum ada apa apa permintaan daripada FAM dan kita tidak menerima permohonan untuk menukar venue," katanya.

Terdahulu, Cheng Hoe melontarkan perasaan kurang senang terhadap keadaan permukaan padang di stadium terbabit selepas berakhirnya aksi persahabatan menentang Nepal, Ahad lalu.

Bekas ketua jurulatih Kedah itu menjelaskan keadaan padang di gelanggang rasmi Harimau Malaya itu nyata menjejaskan persembahan anak buahnya pada aksi terbabit dan lebih merisaukan, venue sama akan turut digunakan bagi aksi 'play-off' Kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Timor Leste.

Bagaimanapun, PSM akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan permukaan padang di stadium terbabit kekal ideal dan bersedia sepenuhnya untuk aksi penting terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Nik Razeen Adam Daud memandang serius mengenai rungutan Cheng Hoe dengan pihaknya akan terus melakukan penyelenggaraan terhadap permukaan padang di venue itu sehinggalah hari perlawanan berlangsung.

Jadual aksi 'play-off' Kelayakan Piala Dunia 2022

Malaysia mln Timor Leste, Jumaat, 8.45 malam

Timor Leste mln Malaysia, 11 Jun, 8.45 malam
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 5 Jun 2019 | 2:26pm

Safawi bangga bantu JDT ke final Piala Malaysia


WARTAWAN SINAR HARIAN | | 27 Oktober 2019
Safawi Rasid -Foto JDT

"INI rezeki saya" demikian reaksi pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid apabila hatrik jaringannya berjaya membawa skuad Haimau Selatan mara ke pentas final Piala Malaysia selepas menundukkan Selangor 3-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.


Menurutnya, kejayaan itu tidak akan hadir tanpa bantuan daripada rakan-rakan sepasukan yang turut bekerja keras membantu kejayaan pasukan dan turut berterima kasih kepada mereka.

”Sebelum ini (aksi separuh akhir pertama) saya agak kepenatan kerana selepas pulang daripada skuad kebangsaan saya terus berlatih. Bagaimanapun sebagai pemain bola sepak profesioanl perkara ini tiada masalah bagi saya. Mungkin hari ini (malam tadi) saya bermain ‘ok’, esok tak ‘ok’, jadi itu adalah rezeki.


”Saya tak kisah siapa yang menjaringkan gol, mungkin hari ini rezeki saya dan lepas ini mungkin rezeki orang lain. Bagi saya ini adalah kerja keras daripada kawan-kawan saya.” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan.

Pada perlawanan itu, JDT terlebih dahulu membuka jaringan menerusi rembatan kemas Safawi pada minit ke-24 sebelum menggandakan kedudukan pada minit ke-46 dan melengkapkan hatrik jaringan minit ke-51 sekaligus melengkapkan kejayaan 5-1 secara agregat buat skuad Harimau Selatan.

Sementara itu, Pengurus JDT, Luciano Figueroa berkata pemain Selangor bermain dengan baik dan memberikan saingan sengit kepada pasukannya.

"Kita memang mengharapkan permainan seperti ini kerana ia akan membuat perlawanan lebih menarik, ketika separuh akhir pertama Selangor memberi tentangan sengit walaupun kita menang tipis."

"Apa yang penting saya memberitahu kepada pemain adalah untuk memberikan aksi terbaik dan mendapatkan gol pertama, mereka berjaya melakukannya dengan cemerlang," katanya.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/54277/BERITA/Sukan/Safawi-bangga-bantu-JDT-ke-final-Piala-Malaysia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkr

Safawi tekad julang Piala Malaysia

SUKAN»Bola
Ahad, 27 Oktober 2019 | 4:16pm
 
Safawi tekad julang Piala Malaysia
SHAH ALAM: Selepas membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke final, pemain sayap kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid kini mengidamkan untuk menjulang  Piala Malaysia apabila skuad Harimau Selatan itu turun berentap dengan juara lima kali, Kedah pada aksi final  pada 2 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
                  
Muhammad Safawi, 22 mengakui beliau amat mengidam untuk beraksi di pentas final setelah tidak diturunkan sewaktu JDT menewaskan Kedah 2-0 pada aksi final 2017 di Stadium Shah Alam, yang merupakan kejuaraan Piala Malaysia pertama diraih skuad Harimau Selatan itu .

“Impian saya sudah pasti untuk membawa pulang trofi Piala Malaysia kerana sudah lama saya menanti saat ini untuk bantu rakan sepasukan dalam aksi final nanti.

“Apatah lagi, saya belum pernah berpeluang untuk beraksi pada final terakhir kami dua tahun lalu dan tahun ini, saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kejuaraan menjadi milik kami sekali lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan separuh akhir kedua menentang Selangor di Stadium Shah Alam, malam tadi.


Safawi meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pertama pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Shah Alam, Shah Alam. - NSTP/Aizuddin Saad

Safawi meraikan kemenangan JDT bersama penyokong selepas tamat perlawanan. - NSTP/Aizuddin Saad
Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu menjadi wira JDT apabila meledak jaringan hatrik ketika pasukan selatan tanah air itu melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas Selangor yang merupakan juara 33 kali Piala Malaysia, sekaligus mara dengan kemenangan agregat 5-1.

Untuk rekod, JDT menang 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 19 Okt lalu.

Mengulas lanjut, Muhammad Safawi yang menjadi nadi kejayaan JDT dalam menjulang kejuaraan keenam berturut-turut dalam saingan Liga Super musim ini, mengakui, kerjasama erat daripada rakan sepasukan menjadi faktor kejayaan skuad Harimau Selatan menumbangkan Selangor di tempat lawan.

Kedah mara ke pentas final Piala Malaysia selepas mencatat keputusan seri 8-8 secara agregat ketika berdepan juara empat kali, Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada satu lagi aksi separuh akhir kedua, namun layak ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Kedua-dua pasukan seri 3-3 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 19 Okt lalu. - BERNAMA
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 27 Oktober 2019 | 4:16pm



Ahad, 27 Oktober 2019

Safawi puas lonjak JDT


MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
PELEDAK hatrik Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid nyata puas apabila berjaya membawa pasukannya mara ke pentas final Piala Malaysia selepas tiga jaringannya membantu JDT membenam Selangor 3-0 di separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Malah, menerusi keputusan bergaya itu menyaksikan skuad Harimau Selatan melakar agregat besar 5-1 selepas turut meraih kemenangan 2-1 ketika aksi pertama di Larkin, minggu lalu.

Jelas Safawi, dia berpuas hati apabila dapat menjaringkan tiga gol untuk pasukan bagi menebus kembali prestasi kurang memberangsangkan di separuh akhir pertama lalu.

Namun baginya, tanpa kerja keras rakan sepasukan, tiga gol itu tidak akan hadir dan menganggap kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pemain yang turut menjadi tulang belakang kepada kemenangan itu.

“Saya memang tidak nafikan agak penat dalam aksi separuh akhir pertama kerana baru selesai tugas bersama skuad kebangsaan.

“Tetapi itu bukan masalah sebenarnya kerana sebagai pemain sudah pasti kadang-kadang ada hari yang saya akan beraksi baik, kadang-kadang ada yang tidak menjadi.

“Apa-apa pun ini rezeki saya berjaya melakukan hatrik di mana yang paling penting adalah kerjasama daripada rakan sepasukan yang turut membantu dan saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka atas kemenangan ini,” katanya pada sidang media sejurus tamat aksi di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, juara Liga Super itu bakal ditentang juara Piala FA, Kedah yang mengejutkan Pahang di Kuantan.

Ia sekaligus mengulangi aksi final 2017 yang menyaksikan JDT menewaskan skuad Helang Merah dengan 2-0.

Ujar Safawi lagi, dia enggan terlepas aksi final kali ini selepas dua tahun lalu tidak disenaraikan dalam skuad utama pasukan.

“Apatah lagi, saya belum pernah berpeluang untuk beraksi pada final terakhir kami dua tahun lalu, dan tahun ini saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kejuaraan menjadi milik kami sekali lagi,” kata penyerang Harimau Malaya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Oktober 2019 @ 6:34 PM


Isnin, 21 Oktober 2019

Faktor keletihan jejas rentak JDT


MyMetroArena
Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my
FAKTOR keletihan beberapa pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi punca pasukan itu gagal memberi persembahan terbaik apabila sekadar menang tipis 2-1 mengatasi Selangor pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, malam tadi.

Pengendali JDT, Benjamin Mora mengakui ayam tambatan mereka, Safawi Rasid tidak menyerlah dalam perlawanan itu apabila tampak keletihan dan gagal beraksi seperti biasa serta gagal mencipta peluang menjaringkan gol.

Katanya, beraksi dalam saingan tempatan dan antarabangsa menjejaskan rentak permainan pemain namun perlu menerima hakikat betapa pentingnya pemain itu untuk menyumbang kepada skuad kebangsaan dan kemudian memberi komitmen kepada kelab.

"Safawi tampak keletihan dan dia sudah berusaha untuk beri yang terbaik. Kami akan memastikan dia kembali cergas dan seminggu ini sebelum bertandang ke Shah Alam, Selangor, saya optimis dia akan bersedia untuk aksi separuh akhir kedua.

"Apa pun pertembungan malam ini (malam tadi) amat mencabar buat JDT kerana kita berdepan dengan pasukan yang bermain bola sepak yang bukan datang ke sini untuk bertahan sebaliknya beraksi secara permainan terbuka.

"Kami juga tidak beraksi seperti biasa dan seperti yang saya katakan beberapa pemain agak keletihan dan ia menjejaskan kelancaran permainan namun kami gembira membawa bekalan 2-1 ke Shah Alam," katanya.
 
Pemain JDT, Muhd Safawi Rasid (kiri) berebut bola dengan pemain Selangor, Sandro Da Silva.
Mora menepis tanggapan betapa ketiadaan Diogo Luis Santo yang tidak diturunkan pada perlawanan itu menjejaskan barisan serangan sebaliknya kelibat Syafiq Ahmad yang mengambil alih tugas selaku penyerang mempamerkan aksi konsisten dan mampu menjaringkan gol.

Katanya, corak permainan Santo dan Syafiq ada perbezaan kerana pemain import dari Brazil itu gemar mengawal bola dan kerap berada di dalam kotak penalti untuk melakukan penyudah manakala Syafiq lebih gemar mencari bola dan melakukan gerakan.

"Kedua-dua pemain itu memainkan peranan penting dalam pasukan JDT dan saya tidak mahu berbeza-beza mereka kerana masing-masing ada kualiti permainan tersendiri, saya berpuas hati dengan komitmen Syafiq dalam perlawanan ini.

"Kami masih belum pasti tahap kecederaan Diogo sama ada dia akan diturunkan Sabtu ini atau tidak, semuanya bergantung pada keputusan doktor Isnin ini dan kita tunggu sahaja nanti," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Oktober 2019 @ 2:00 PM


Sabtu, 19 Oktober 2019

Kim Swee senarai 24 pemain bertemu Indonesia

Sukan
Khamis, 25 Ogos 2016 | 10:17pm
Kim Swee senarai 24 pemain bertemu Indonesia
Ketua jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee.
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, menyenaraikan 24 pemain untuk menjalani kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula 29 Ogos ini, bagi persiapan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa 'A' bertemu Indonesia di Stadium Manahan, Indonesia pada 6 September.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dalam kenyataan hari ini, menyatakan semua pemain perlu melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 29 Ogos, kecuali tiga pemain - Adam Nor Azlin, Matthew Davies dan Safawi Rasid.

Ketiga-tiga pemain itu akan melapor diri pada 31 Ogos selepas mereka selesai beraksi bersama skuad Bawah 22 negara untuk perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu pasukan Bahrain B-22 di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

"Banyak perubahan terpaksa dilakukan kerana masalah kecederaan dan ada yang bersara. Rata-rata pemain kali ini terdiri daripada pemain muda yang ada pengalaman antarabangsa di peringkat remaja.

"Mereka dipanggil semula untuk skuad senior bagi memberi peluang kepada mereka membuktikan sesuatu. Sudah tentu tempoh masa singkat untuk kem latihan pusat kali ini, dengan jadual yang padat," kata Kim Swee.

Kim Wee berharap 24 pemain yang dipanggil itu dapat bermain secara berpasukan dengan lebih baik biarpun dalam tempoh singkat.

Menurut kenyataan itu, hanya 11 pemain dikekalkan daripada skuad ke siri Jelajah Oceania 2016 pada Jun lalu, iaitu penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat, Fadhli Shas, Khair Jefri Jones, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, Abdul Latiff Suhaimi, Brendan Gan, Amri Yahyah, Zaquan Adha Abd Radzak dan Ahmad Hazwan Bakri.

Sementara 13 pemain lain tidak tersenarai, termasuk enam pemain mengalami kecederaan/dalam pemulihan iaitu penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, Junior Eldstal, Fazly Mazlan, Mahalli Jasuli, Shahrom Kalam dan Christie Jayaseelan.

Empat pemain digugurkan ialah penjaga gol Farhan Abu Bakar, S Chanthuru, Amirulhisyam Awang Kechik dan S Kumaahran serta empat pemain yang bersara daripada pentas antarabangsa iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan, Amirulhadi Zainal dan Safiq Rahim.

Sebagai ganti, Kim Swee memanggil 13 muka baharu terdiri daripada penjaga gol Khairulazhan Khalid, S Veenod dan Adam Nor Azlin (Selangor), penjaga gol Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Nazirul Naim Che Hashim dan Shahrul Saad (Perak), Wan Zack Haikal Wan Nor (Kelantan), Amer Saidin dan Irfan Fazail (JDT II), Fakrul Aiman Sidid (PDRM), Ronny Harun (Sarawak), Matthew Davies (Pahang) dan Safawi Rasid (T-Team).

Senarai 24 Pelatih:

Mohamad Fadhli Mohd Shas (JDT), Mohd Amri Yahyah (JDT), Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT), Mohd Khairulazhan Mohd Khalid (Selangor), Ahmad Hazwan Bakri (Selangor), S. Veenod (Selangor), Adam Nor Azlin (Selangor), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Brandon Gan (Kelantan), Wan Zack Haikal Wan Nor (Kelantan), Mohammad Amer Saidin (JDT II), Mohamad Zaqwan Adha Abd Radzak (JDT II).

Shahrul Mohd Saad (Perak), Nazirul Naim Che Hashim (Perak), Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), Abdul Latiff Suhaimi (PDRM), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Ahmad Fakri Saarani (Felda United), Ronny Harun (Sarawak), Khair Muhammad Jefri Jones (Melaka United), Matthew Thomas Davies (Pahang), Muhammad Safawi Rasid (T-Team).

- BERNAMA

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE