Khamis, 19 Mac 2020

Safawi keluar produk cecair basmi kuman


SUKAN»Bola
Khamis, 19 March 2020 | 6:11pm
 BINTANG Harimau Malaya, Safawi Rasid bertindak mengeluarkan produk 'hand sanitizer' atau cecair basmi kuman jenamanya sendiri susulan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini. - Foto Instagram Safawi Rasid
BINTANG Harimau Malaya, Safawi Rasid bertindak mengeluarkan produk 'hand sanitizer' atau cecair basmi kuman jenamanya sendiri susulan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini. - Foto Instagram Safawi Rasid
BINTANG Harimau Malaya, Safawi Rasid bertindak mengeluarkan produk 'hand sanitizer' atau cecair basmi kuman jenamanya sendiri susulan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini. - Foto Instagram Safawi Rasid
Safawi keluar produk cecair basmi kuman
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid bertindak mengeluarkan produk 'hand sanitizer' atau cecair basmi kuman jenamanya sendiri susulan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menjelaskan tujuan dia mengeluarkan produk berkenaan selepas melihat stok barangan itu yang semakin berkurangan di pasaran.

"Saya dah keluarkan produk saya sendiri 'hand sanitizer', jenama saya sendiri. Saya buat ini sebab saya tengok sanitizer di pasaran sudah kurang," kata Safawi dalam satu klip video di Instagram miliknya.

"Jadi saya harap apa yang saya buat ini dapat mengurangkan lagi jangkitan di Malaysia dan harap benda ni tak berleluasa di mana-mana.

"Tapi korang (anda) pun kena tolong diri korang sendiri dan orang tersayang supaya jangan ke mana-mana dan duduk saja di rumah."

Kebimbangan penularan COVID-19 turut menjejaskan kancah saingan bola sepak tempatan seterusnya memaksa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menangguhkan saingan Liga Malaysia (Liga M) dan semua kejohanan lain di bawah kelolaan mereka.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/666923/safawi-keluar-produk-cecair-basmi-kuman

Khamis, 12 Mac 2020

Bukan hukum Safawi


SUKAN»Bola
Rabu, 11 March 2020 | 5:43pm
 
Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Bukan hukum Safawi
KUALA LUMPUR: Bukan ‘digugurkan’ susulan kontroversi yang melandanya, tetapi penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid terpaksa diketepikan untuk dua perlawanan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Penjelasan itu diberikan jurulatih skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora ketika timbul persoalan sama ada tonggak musim lalu itu berdepan ‘hukuman’ sehingga tidak berada dalam pasukan pada aksi bertemu PDRM dan UiTM FC, minggu lalu.

“Kita masih menunggu penilaian mengenai tahap kecederaannya. Dia sememangnya bersemangat untuk beraksi semula.

“Tetapi kita perlu menjaga keadaannya sebaik mungkin bagi memastikan apabila dia kembali nanti, dia akan berada pada tahap yang terbaik,” katanya.

Meskipun tanpa Safawi, JDT berjaya mengatasi pertahanan kental PDRM dengan kemenangan tipis 1-0 menerusi jaringan lewat permainan Diogo Santo pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Terdahulu, ketiadaan Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019 itu dalam kesebelasan utama JDT menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Ini selepas pemain kebangsaan itu sekali lagi ‘direhatkan’ daripada membarisi kesebelasan utama ketika aksi ketiga Liga Super menentang PDRM.

Malah, pemain yang menjadi tonggak musim lalu itu turut tidak diletakkan dalam barisan pemain simpanan untuk aksi terbabit sekali gus menimbulkan persoalan sama ada dia benar benar ‘dihukum’ susulan kontroversi yang tercetus minggu lalu.

Dia juga tidak diturunkan pada aksi bertemu UiTM FC minggu lalu tetapi JDT jelas tidak ‘merindui’ pemain itu apabila berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas skuad ‘The Lion Troops’ itu.

Sebelum ini, Safawi dilihat gagal meneruskan rentak konsisten musim lalu apabila bergelut dan gagal memberikan impak seperti yang diharapkan kepada pasukannya.

Malah, kejatuhan prestasinya itu turut mendapat perhatian pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendedahkan fokus pemain itu hilang selepas dikatakan berdepan tekanan apabila didesak untuk berkahwin daripada kekasihnya yang juga seorang pelakon, Syifa Melvin.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/664380/bukan-hukum-safawi

Rabu, 11 Mac 2020

Tersisih dek kontroversi?

MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
BENARKAH bintang bola sepak negara dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bergelut dengan masalah kecederaan atau dia disisihkan ekoran isu kontroversi bersama kekasihnya yang juga pelakon, Syifa Melvin baru-baru ini?

Itu persoalan yang timbul dalam kalangan peminat bola sepak tanah air selepas kelibat Safawi langsung tidak kelihatan dalam dua aksi terakhir Liga Super termasuk di bangku simpanan JDT.

Ketiadaan pemain sayap itu jelas menjejaskan permainan skuad Harimau Selatan yang dilihat gagal meraih kemenangan selesa ke atas dua pasukan bertaraf ‘semi pro’ iaitu UiTM FC 2-1 dan PDRM FC 1-0 yang majoritinya dibarisi pelajar dan anggota polis.

Kehilangan pemain Harimau Malaya itu nyata menimbulkan tanda tanya sedangkan dia beraksi baik ketika bertemu Suwon Bluewings dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada 3 Mac lalu.

Malah, dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu, JDT membenam wakil Korea Selatan itu dengan 2-1 untuk menghadiahkan tiga mata pertama kepada tuan rumah.

Bagaimanapun, sehari selepas kemenangan itu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik Safawi yang dikatakan mengalami kemerosotan prestasi ekoran tekanan daripada buah hatinya yang mendesak untuk berkahwin dengan pemain itu.

Adakah ia kebetulan atau sekadar alasan, Safawi didakwa mengalami kecederaan seperti mana yang ditegaskan pengendali JDT, Benjamin Mora hingga memaksa beliau mengenepikan kelibat pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu.

“Safawi tak tahu lagi keadaannya, mungkin lagi dua minggu atau seminggu lebih lagi dan kita memantau tahap kecederaannya.

“Tapi dia adalah pemain yang sangat dahagakan kejayaan dan mahu segera kembali membantu pasukan. Dia perlu mendapatkan rawatan dengan baik dan apabila dia kembali, kita mahu dia fokus untuk pasukan,” katanya ketika ditemui sejurus tamat aksi JDT menentang PDRM di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam kelmarin.

Mengulas mengenai persembahan pasukannya, beliau akui JDT perlu meningkatkan prestasi menjelang aksi berikutnya.

“Banyak situasi yang dihadapi JDT. Salah satunya ialah pihak lawan cuba mengkaji cara permainan pemain JDT. Mereka sentiasa mencuba untuk memberikan sesuatu yang lebih baik berbanding kebiasaan.

“Ia perkara normal kerana JDT pasukan juara dan mahu ditewaskan,” katanya yang menyaksikan skuad kendaliannya terpaksa menunggu hingga minit ke-84 untuk meraih gol kemenangan hasil ledakan Diogo.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 6:01 AM

Di mana Safawi?

SUKAN»Bola
Selasa, 10 March 2020 | 10:04pm
 
Adakah Safawi sudah kehilangan tempat dalam kesebelasan utama?
Di mana Safawi?
KUALA LUMPUR: Adakah Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019, Safawi Rasid sudah kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim (JDT)?

Persoalan itu timbul selepas pemain kebangsaan itu sekali lagi ‘direhatkan’ daripada membarisi kesebelasan utama menentang PDRM di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.

Malah, pemain yang menjadi tonggak musim lalu itu tidak diletakkan dalam barisan pemain simpanan untuk aksi malam ini sekali gus menimbulkan persoalan sama ada dia benar-benar ‘dihukum’ susulan kontroversi yang tercetus minggu lalu.

Dia juga tidak diturunkan pada aksi bertemu UiTM FC, minggu lalu tetapi JDT jelas tidak ‘merindui’ pemain itu apabila berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas skuad ‘The Lion Troops’ itu.

Namun, difahamkan pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan sekali gus memaksa dia diketepikan.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/664082/di-mana-safawi

Isnin, 9 Mac 2020

Nazmi buat Safawi dilupakan

SUKAN»Bola
Ahad, 8 March 2020 | 8:34pm

PEMAIN Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor. - Foto Hairul Anuar Rahim
Nazmi buat Safawi dilupakan
Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@mediaprima.com.my
JOHOR BAHRU: Penjaring gol kemenangan Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor enggan diangkat sebagai wira pasukan itu apabila jaringannya memastikan  kemenangan 2-1 menewaskan UiTM FC pada aksi Liga Super, di Stadium Sultan Ismail, Iskandar Puteri, semalam.
                              
Malah dia menganggap kemenangan yang diraih hasil kerjasama berpasukan dan tidak mungkin dia dapat melakukan bersendirian tanpa sokongan rakan sepasukan sepanjang 90 minit perlawanan.


Namun dia mengakui persembahan kurang konsisten menjejas rentak permainan.

"Di awal 15 minit babak pertama beraksi dengan baik.  Tapi selepas kita menjaringkan gol untuk mendahului UiTM FC 1-0, rentak permainan kami mula perlahan dan kerap hilang bola. Situasi itu menjejaskan rentak permainan sebenar JDT.

'Apa  yang boleh saya katakan, kita akan perbaiki lagi kelemahan sepanjang perlawanan itu biarpun meraih tiga mata namun kita tidak boleh cepat berpuas hati kerana banyak lagi harus diperbaiki untuk memantapkan corak permainan, " katanya.

Dalam perlawanan itu, Nazmi Faiz beraksi di posisi sayap kanan bagi menggantikan Safawi Rasid yang direhatkan dan persembahan pemain itu tampak tidak kekok tatkala kerap melakukan gerakan berbahaya yang mengundang cemas di benteng skuad The Lion Troops.

Apapun dia tampak tidak kekok untuk beraksi di posisi itu malah begitu teruja selepas tersenarai dalam kesebelasan utama dan ia penampilan kedua buat dirinya beraksi dalam perlawanan kompetitif selepas diturunkan kerika menentang Suwon Bluewings pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL), baru-baru ini

"Tidak kisah posisi mana yang diarahkan oleh jurulatih (Benjamin Mora), yang penting berada dalam skuad utama dan komited 100 peratus dalam perlawanan itu.

"Saya bersyukur kerana dapat membantu JDT meraih kemenangan namun saya tidak boleh cepat berpuas hati dan perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya untuk aksi seterusnya," kata Nazmi.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/663273/nazmi-buat-safawi-dilupakan

Khamis, 5 Mac 2020

Safawi seorang 'fighter' : Shebby


MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
TAK perlu panik di atas kemerosotan prestasi pemain sayap kebangsaan dan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid terutama selepas dia 'mengganas' sepanjang musim lalu.

Bekas pemain Harimau Malaya era 80an, Serbegeth Singh berkata, prestasi turun naik yang dialami oleh seorang pemain profesional adalah sesuatu yang normal dan Safawi tidak terkecuali daripada masalah itu.

Beliau percaya pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu akan bangkit dengan aksi lebih bertenaga apabila memasuki fasa pertengahan Liga Malaysia (Liga-M) nanti.

"Bagi saya isu Safawi ini perkara biasa sebagai seorang pemain kerana dalam bola sepak kadang-kadang ada pasang dan surutnya.

"Lebih-lebih lagi musim lalu dia dah berikan sepenuhnya hingga muncul pemain terbaik Liga Malaysia selain membantu pasukan kebangsaan dalam kelayakan Piala Dunia dengan gol-gol menarik.

"Jadi untuk dia bangkit mungkin memerlukan sedikit masa dan bagi lebih baik dia bermula perlahan 80 peratus sebelum dia bangkit dengan 100 peratus apabila memasuki separuh perjalanan liga hingga habis," kata Serbegeth atau lebih dikenali dengan panggilan Shebby ketika dihubungi.

Semalam, Arena Metro melaporkan pemain yang memiliki rembatan kaki kiri 'ala roket' itu ditegur oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang hilang sabar dengan aksi merudum Safawi.

Menurut Tunku Ismail, kemerosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan oleh tekanan daripada kekasihnya.

Menurut Serbegeth, mengenai soal peribadi Safawi dia tidak mahu masuk campur kerana setiap manusia ada kehidupan mereka.

"Cuma satu nasihat saya, Safawi jadilah diri sendiri dan berusaha bersungguh-sungguh tidak kira dalam latihan mahupun dalam perlawanan serta ambil setiap teguran sebagai pembakar semangat.

"Safawi seorang 'fighter' dan saya yakin dia akan buktikan yang dirinya adalah pemain yang istimewa. Dulu 2017 saya pernah mengkritiknya, tapi selepas itu dia bangkit dan membuatkan saya teruja dengan prestasinya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 9:59 PM.[1]



[1] https://www.hmetro.com.my/arena/2020/03/551517/safawi-seorang-fighter-shebby

Safawi 'top player' : TMJ


MyMetroArena
 
TUNKU Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid antara pemain terbaik dan berbakat besar di negara ini.

Menurut Facebook JOHOR Southern Tigers, Tunku Ismail turut berkongsi pandangan mengenai pemuda kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Menurut Tunku Ismail lagi Safawi Rasid adalah seorang 'top player' yang menggambarkan tahap profesionalisme dalam Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Safawi seorang pemain yang sangat berbakat serta mempunyai masa hadapan yang cerah dan beliau yakin pemain sayap skuad kebangsaan itu akan membuat keputusan-keputusan yang akan membantunya berjaya.

Seperti mana dengan setiap individu yang merupakan sebahagian daripada Keluarga JDT, Tunku Ismail akan sentiasa bersama Safawi dan kelab ini akan melakukan yang terbaik untuk memastikan hanya yang terbaik untuk kerjaya Safawi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 11:11 PM.[1]



[1] https://www.hmetro.com.my/arena/2020/03/551531/safawi-top-player-tmj

Rabu, 4 Mac 2020

Saya tak kawal hidup Safawi'


MyMetroUtama
 
Firdaus Hashim dan Najiy Jefri
am@hmetro.com.my
“SAYA tidak pernah mengongkongnya. Selama ini saya menjaganya dengan baik kerana tidak mahu kerjayanya terjejas,” kata pelakon Syifa Melvin, 26, mengenai dakwaan dia dikatakan menjadi punca kepada kemerosotan prestasi bintang bola sepak negara dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga kekasihnya, Safawi Rasid, 23.

Syifa ketika dihubungi Harian Metro berkata, selama ini dia menjaga Safawi dengan baik kerana tidak mahu kerjaya pemain berstatus bintang itu terjejas seperti dulu apabila sering dikaitkan dengan isu skandal bersama selebriti.

Menurut Syifa atau sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, sekiranya dia memberi tekanan kepada Safawi sudah pasti pemain itu ‘angkat kaki’ dan memilih untuk tidak bersamanya.

“Kalau dia rasa saya mengawal hidupnya, pasti sudah lama dia angkat kaki. Tapi, kenapa dia masih mempertahankan hubungan ini? Dia sudah dewasa dan matang untuk membezakan hubungan yang baik dan buruk,” katanya.

Semalam, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Instagram mendakwa kemerosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan tekanan daripada Syifa untuk berkahwin dengan Safawi.

Susulan desakan itu, pemain Harimau Malaya itu dikatakan hilang fokus hingga gagal memberi aksi terbaik dalam padang.

Syifa berkata, dia sedih apabila dituduh menjadi penyebab kepada aksi longlai Safawi dalam tiga aksi skuad Harimau Selatan setakat ini selain mendesak Safawi berkahwin hingga dia hilang fokus.

Dia juga dikatakan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.

“Berapa banyak gaji dia pun saya tak tahu. Saya bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki dan duit sendiri. Tak pernah sekali pun saya minta duit dia untuk sara hidup. Dia pun kenal saya macam mana.

“Demi Allah, saya tak pernah paksa dia berkahwin kerana saya tahu tanggungjawab dia besar. Dia mempunyai 13 adik-beradik dan saya faham apa yang dia hadapi. Namun, dalam setiap perhubungan pasti ingin berakhir dengan perkara yang baik dan halal. Sebenarnya perancangan untuk berkahwin dia yang suarakan dulu selepas hubungan kami mula serius,” katanya.

Dalam pada itu, Syifa juga percaya apa yang dikatakan Safawi kepada Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor menerusi perbualan WhatsApp adalah ketika mereka mempunyai masalah tahun lalu.

“Dia masih muda dan mungkin tidak cukup kuat untuk lalui perkara ini. Namun, saya percaya apa yang berlaku ini akan menjadi pengajaran terbaik untuk dirinya,” katanya.

Terdahulu adik kepada Syatilla Melvin itu turut menafikan mengongkong Safawi di laman story Instagramnya.

“Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah, Allah Maha Adil,” katanya yang kemudian memadamkan ‘posting’ itu.

Malam kelmarin, Safawi membantu JDT melakar kejutan ke atas kelab terkenal Korea Selatan, Suwon Bluewings dengan kemenangan 2-1 pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 6:40 AM.[1]


[1] https://www.hmetro.com.my/utama/2020/03/551195/saya-tak-kawal-hidup-safawi

Mora pertahan Pawi


SUKAN»Bola
Rabu, 4 March 2020 | 7:56pm
 
KETUA Jurulatih JDT, Benjamin Mora. NSTP/Mohd Azren Jamaludin
Mora pertahan Pawi
Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@mediaprima.com.my
JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora menafikan Safawi Rasid mengalami kemerosotan prestasi, sebaliknya menegaskan bintang itu memainkan peranan penting membantu pasukan menewaskan Suwon Bluewings 2-1 pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL), malam tadi.

Katanya, Safawi kerap memberi tekanan terhadap benteng lawan dengan larian pantas di bahagian sayap kanan, namun nasib tidak menyebelahi pemain itu untuk menjaringkan gol.

"Saya percaya Safawi akan bangkit menjaringkan gol jika dia kerap memiliki peluang ketika aksi menentang kelab dari Korea itu. Dia sudah beri yang terbaik malah dia juga pemain tempatan yang berkualiti," kata Mora.

Mengulas mengenai kemenangan yang dilakar pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu, Mora nyata gembira yang kini menyaksikan anak buahnya melonjak ke tangga kedua selepas mengumpul tiga mata pertama.

Harimau Selatan sebelum ini tewas 1-5 kepada kelab dari Jepun, Vissel Kobe pada aksi pertama kumpulan.

"Kita tahu Suwon pasukan yang hebat, jadi pemain tidak kerap memberi asakan sebaliknya menyusun gerakan di kawasan tengah dan apabila ada peluang barulah melancarkan serangan pantas yang memerangkap pasukan lawan.

"Saya ingin beritahu lagi, JDT tidak dibarisi pemain berstatus bintang dan pemain tahu tanggungjawab yang mereka harus lakukan apabila beraksi secara bertahan dan bertindak untuk menyerang apabila ada peluang.

"Ada dua atau tiga peluang yang boleh kita terjemahkan dengan jaringan tapi kurang berkesan. Namun pemain terus bekerja keras dan hasilnya gol menerusi sepakan penalti dan gerak susun menarik yang menghasilkan gol kemenangan," katanya.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/661973/mora-pertahan-pawi

Azraai harap Safawi fokus

MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
 “Safawi Rasid adalah aset negara bukan mudah kita nak jumpa pemain seperti dia lagi. Saya harap dia jangan layu sebelum berkembang.”

Itu harapan besar jurulatih berpengalaman negara, Azraai Khor Abdullah yang berharap Safawi dapat bangkit dan segera memperbaiki prestasinya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Azraai antara individu yang terawal mengesan bakat Safawi ketika membimbing pasukan T-Team pada 2014 berkata, sebagai pemain bola sepak yang berbakat dan popular, sudah tentu ramai wanita cantik akan cuba mendekatinya namun Safawi perlu bijak menangani perkara ini.

“Dulu masa saya kendalikan T-Team, Safawi masih dalam skuad Piala Presiden T-Team dan masa itu saya percaya dia bakal ‘meletup’ dan menjadi pemain glamor.

“Bakat macam dia bukan selalu datang mungkin kena tunggu beberapa tahun baru ada balik. Jadi kalau dia tak boleh kawal tekanan terutama wanita dia akan hilang dari radar.

“Soal hati dan perasaan ini kita tak boleh nak tolak sebab itu fitrah sebagai manusia biasa, cuma dalam waktu sekarang Safawi kena pandai kawal.

“Bukan saya nak kata dia tak boleh ada kekasih atau tak boleh berkahwin, tapi dia masih muda dan perjalanan jauh lagi.

“Kalau ada jodoh jangan risau takkan kemana kekasihnya itu. Kalau boleh fokus dahulu dengan pasukan dan permainannya, InsyaAllah lebih banyak rezeki akan datang selepas itu,” kata bekas pengendali Kedah itu.

Terdahulu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hilang sabar dengan Safawi yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon, Syifa Melvin hingga mengganggu prestasinya di atas padang.

Menurut Tunku Ismail, kemerosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan oleh tekanan daripada kekasihnya itu yang mendesak untuk berkahwin dengannya.

Malah, Tunku Ismail turut mendedahkan pelakon berkenaan hanya mahu menumpang dia atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.

“Bagi saya ketika ini Safawi perlukan bimbingan daripada kelab dan keluarga. Jangan terus menekan Safawi kerana saya bimbang ia akan memberi kemudaratan kepadanya.

“Apa yang mustahak, pengurusan kelab dan keluarga beri nasihat dan panduan berguna kepada serta cuba cari jalan terbaik untuk mengatasi kemerosotan prestasi Safawi,” kata Azraai.

sumber-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2020 @ 2:28 PM

Pawi minta maaf prestasi buruk

MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
SAFAWI Rasid memohon maaf di atas prestasi merudumnya sepanjang tiga aksi musim ini kepada seluruh penyokong skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) termasuk pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dia yang ditegur Tunku Ismail susulan kejatuhan prestasi dikatakan sedang hangat bercinta dengan kekasihnya yang juga pelakon Syifa Melvin.

Menurut Tunku Ismail, Safawi hilang fokus hingga mengganggu persembahannya di dalam padang kerana tertekan dengan desakan Syifa yang mahu berkahwin.

Bagaimanapun, menerusi satu posting yang dimuat naik Safawi di laman Instagramnya, pemain yang memiliki tendangan kaki kiri cukup padu itu berjanji akan memperbaiki prestasinya selepas ini.

Walaupun tidak mendedahkan punca sebenar mengapa dia gagal memberikan aksi terbaik, namun tonggak kelahiran Dungun, Terengganu itu tetap memohon maaf dan mengakui tanpa sokongan penyokong dia tidak akan ke mana-mana.

“Dalam masa yang sama, saya ingin minta maaf terhadap prestasi saya dan saya akan cuba tingkatkan tahap prestasi saya.

“InsyaAllah perlawanan berikutnya saya cuba bagi lagi yang terbaik untuk pasukan. Tanpa ada sokongan dari anda semua, belum tentu saya boleh berada pada tahap ini,” luah Safawi di laman Instagramnya.

Arena Metro cuba menghubungi pemain kebangsaan itu namun gagal apabila rakannya memaklumkan Safawi enggan ditemubual.

Sebelum ini, hubungan istimewa antara Safawi dan Syifa tidak perlu dirahsiakan lagi apabila pelaon itu pernah beberapa kali mendedahkan tentang hubungan cintanya bersama pemain JDT itu.

Malah, terbaru pada Januari lalu ketika menyambut hari kelahiran Syifa, pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tahun lalu itu dikatakan membuat kejutan dengan menghadiahkan sebentuk cincin kepada kekasihnya itu.

Tindakan Safawi itu menguatkan lagi spekulasi bahawa pasangan itu kemungkinan bakal melangkah ke fasa lebih serius selepas ini.

Begitupun, aksi merudum Safawi ketika ini nyata tidak disenangi oleh Tunku Ismail yang mendakwa pemain kebangsaan itu tertekan kerana dipaksa berkahwin dengan Syifa.

Malah, Tunku Ismail turut mendedahkan pelakon berkenaan hanya mahu menumpang dia atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2020 @ 2:43 PM.[1]


[1] https://www.hmetro.com.my/arena/2020/03/550986/pawi-minta-maaf-prestasi-buruk

Pemain muda JDT 'menakjubkan' - Mora [VIDEO]

MyMetroArena
Rizar Mohd
Noorsukan@hmetro.com.my
KEUPAYAAN barisan pemain muda Johor Darul Ta'zim (JDT) mengikat Gyeongnam FC 1-1 dalam aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam tadi mendapat pujian jurulatih Benjamin Mora.

Mora menegaskan kelibat Afiq Fazail dan Nazmi Faiz Mansor yang di posisi tengah manakala Safawi Rasid selaku sayap kanan dan Adam Nor Azlin mengemudi benteng pertahanan mempamer aksi menakjubkan.

Katanya, walaupun menentang kelab ternama dari Republik Korea namun pemain muda JDT nyata tidak gugup sebaliknya begitu matang beraksi dengan corak permainan pantas dan sentiasa menutup ruang buat pemain skuad kendalian Kim Jong-po bergerak.

"Safawi sering mengundang cemas kepada benteng lawan dan saya tidak nafikan dia pemain muda yang dahagakan kejayaan. Apapun dia akan belajar dan terus belajar untuk lebih mantap kerana bagi saya dia adalah pemain muda terbaik di negara ini.

"Jika dia tidak melakukan percubaan untuk mencari gol, dia tidak akan belajar dan saya suka pemain seperti itu yang begitu bersemangat dan kami perlu beri sokongan kepadanya untuk meneruskan usaha menjadi pemain yang lebih baik.

"Malah saya gembira denga corak permainan Afiq (Fazail), Nazmi (Faiz Mansor) dan Adam (Nor Azlin) yang mengetepikan faktor usia muda dan bersaing dengan pemain lawan yang memiliki pengalaman bukan sahaja dalam saingan liga tempatan mereka malah pentas antarabangsa," katanya.

Mengulas pertukaran Farizal Marlias yang mengalami kecederaan ketika sesi memanas badan, Mora mengakui tidak panik dengan insiden menimpa penjaga gol Harimau Selatan sebaliknya yakin dengan pengganti Farizal iaitu Izham Tarmizi Roslan yang beraksi cemerlang pada aksi itu.

Beliau berkata, persiapan yang dilakukan untuk mengemudi gawang gol bukan tertumpu kepada Farizal sahaja malah ia membabitkan Izham yang beri persembahan terbaik walaupun tersenarai pada saat akhir.

"Saya berbincang dengan Lucho (Luciano Figueroa) dan kami mengambil keputusan untuk meletak Izham selaku penjaga gol utama pada perlawanan itu.

Ternyata dia memberi komitmen tinggi dan berjaya menidakkan beberapa percubaan berbahaya."Mungkin rezeki tidak memihak kami untuk menang dalam perlawanan itu selepas beberapa percubaan terkena tiang dan palang gol.

Namun saya berterima kasih kepada pemain yang tampil dengan corak permainan luar biasa dan satu mata cukup bernilai bagi kami," katanya.
 
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mac 2019 @ 3:49 PM[1]


[1] https://www.hmetro.com.my/arena/2019/03/433212/pemain-muda-jdt-menakjubkan-mora-video

Mora teruja, puas hati prestasi Safawi

MyMetroArena
 
Rizar Mohd Noor
rizar@mediaprima.com.my

PENGENDALI Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora teruja dengan kemenangan pasukan itu yang mampu menjinakkan kelab dari Korea, Suwon Bluewings 2-1 pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, semalam.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan melonjak ke tangga kedua selepas mengumpul tiga mata pertama sekali gus bangkit daripada tewas 1-5 kepada kelab dari Jepun, Vissel Kobe pada aksi pertama.

Mora menegaskan kerjasama berpasukan yang dibentuk barisan pemain begitu ampuh apabila saling membantu antara satu sama lain dan mengekang asakan kelab dari Korea itu yang begitu rakus mengasak benteng skuad Harimau Selatan.

“Kita tahu Suwon adalah pasukan yang hebat, jadi pemain tidak kerap memberi asakan sebaliknya menyusun gerakan di kawasan tengah dan apabila ada peluang barulah melancarkan serangan pantas yang memerangkap pasukan lawan.

“JDT tidak dibarisi pemain berstatus bintang dan pemain tahu tanggungjawab yang mereka harus lakukan dalam permainan apabila beraksi secara bertahan dan bertindak untuk menyerang apabila ada peluang.

“Ada dua atau tiga peluang yang boleh kita terjemahkan dengan jaringan tapi kurang berkesan. Namun pemain terus bekerja keras dan hasilnya gol menerusi sepakan penalti dan gerak susun menarik yang menghasilkan gol kemenangan,” katanya

Mengenai kegagalan Safawi Rasid yang kurang menonjol, Mora pantas menepis tanggapan itu sebaliknya beliau berpuas hati dengan pemain itu apabila memainkan peranan untuk pastikan JDT mencipta kemenangan.

Beliau berkata, Safawi kerap memberi tekanan terhadap benteng lawan dengan larian pantas di posisi sayap kanan tetapi hanya nasib tidak menyebelahi pemain itu selepas gagal melakukan penyudah tepat.

“Saya percaya Safawi akan bangkit menjaringkan gol jika dia kerap memiliki peluang ketika aksi menentang kelab dari Korea itu. Dia sudah beri yang terbaik malah dia juga merupakan pemain tempatan yang berkualiti,” kata Mora.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2020 @ 6:57 PM.[1]


[1]https://www.hmetro.com.my/arena/2020/03/551088/mora-teruja-puas-hati-prestasi-safawi