MyMetroArena

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim
menyifatkan bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid antara pemain terbaik
dan berbakat besar di negara ini.
Menurut Facebook JOHOR Southern
Tigers, Tunku Ismail turut berkongsi pandangan mengenai pemuda kelahiran
Dungun, Terengganu itu.
Menurut Tunku Ismail lagi Safawi
Rasid adalah seorang 'top player' yang menggambarkan tahap profesionalisme
dalam Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).
Safawi seorang pemain yang sangat
berbakat serta mempunyai masa hadapan yang cerah dan beliau yakin pemain sayap
skuad kebangsaan itu akan membuat keputusan-keputusan yang akan membantunya
berjaya.
Seperti mana dengan setiap
individu yang merupakan sebahagian daripada Keluarga JDT, Tunku Ismail akan
sentiasa bersama Safawi dan kelab ini akan melakukan yang terbaik untuk
memastikan hanya yang terbaik untuk kerjaya Safawi.
Artikel ini disiarkan pada :
Khamis, 5 Mac 2020 @ 11:11 PM.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan