SUKAN»Bola
Khamis, 19 March 2020 | 6:11pm

BINTANG Harimau Malaya, Safawi
Rasid bertindak mengeluarkan produk 'hand sanitizer' atau cecair basmi kuman
jenamanya sendiri susulan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di
negara ini. - Foto Instagram Safawi Rasid
BINTANG Harimau Malaya, Safawi Rasid
bertindak mengeluarkan produk 'hand sanitizer' atau cecair basmi kuman
jenamanya sendiri susulan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di
negara ini. - Foto Instagram Safawi Rasid
Safawi keluar produk cecair basmi
kuman
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Bintang Harimau
Malaya, Safawi Rasid bertindak mengeluarkan produk 'hand sanitizer' atau cecair
basmi kuman jenamanya sendiri susulan penularan COVID-19 yang semakin
membimbangkan di negara ini.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT)
itu menjelaskan tujuan dia mengeluarkan produk berkenaan selepas melihat stok
barangan itu yang semakin berkurangan di pasaran.
"Saya dah keluarkan produk
saya sendiri 'hand sanitizer', jenama saya sendiri. Saya buat ini sebab saya
tengok sanitizer di pasaran sudah kurang," kata Safawi dalam satu klip
video di Instagram miliknya.
"Jadi saya harap apa yang
saya buat ini dapat mengurangkan lagi jangkitan di Malaysia dan harap benda ni
tak berleluasa di mana-mana.
"Tapi korang (anda) pun kena
tolong diri korang sendiri dan orang tersayang supaya jangan ke mana-mana dan
duduk saja di rumah."
Kebimbangan penularan COVID-19
turut menjejaskan kancah saingan bola sepak tempatan seterusnya memaksa
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL)
menangguhkan saingan Liga Malaysia (Liga M) dan semua kejohanan lain di bawah
kelolaan mereka.[1]
[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/666923/safawi-keluar-produk-cecair-basmi-kuman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan