SUKAN»Bola
Rabu, 4 March 2020 | 7:56pm

KETUA Jurulatih JDT, Benjamin
Mora. NSTP/Mohd Azren Jamaludin
Mora pertahan Pawi
Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@mediaprima.com.my
JOHOR BAHRU: Pengendali Johor
Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora menafikan Safawi Rasid mengalami kemerosotan
prestasi, sebaliknya menegaskan bintang itu memainkan peranan penting membantu
pasukan menewaskan Suwon Bluewings 2-1 pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara
Asia (ACL), malam tadi.
Katanya, Safawi kerap memberi
tekanan terhadap benteng lawan dengan larian pantas di bahagian sayap kanan,
namun nasib tidak menyebelahi pemain itu untuk menjaringkan gol.
"Saya percaya Safawi akan
bangkit menjaringkan gol jika dia kerap memiliki peluang ketika aksi menentang
kelab dari Korea itu. Dia sudah beri yang terbaik malah dia juga pemain
tempatan yang berkualiti," kata Mora.
Mengulas mengenai kemenangan yang
dilakar pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu, Mora nyata
gembira yang kini menyaksikan anak buahnya melonjak ke tangga kedua selepas
mengumpul tiga mata pertama.
Harimau Selatan sebelum ini tewas
1-5 kepada kelab dari Jepun, Vissel Kobe pada aksi pertama kumpulan.
"Kita tahu Suwon pasukan
yang hebat, jadi pemain tidak kerap memberi asakan sebaliknya menyusun gerakan
di kawasan tengah dan apabila ada peluang barulah melancarkan serangan pantas
yang memerangkap pasukan lawan.
"Saya ingin beritahu lagi,
JDT tidak dibarisi pemain berstatus bintang dan pemain tahu tanggungjawab yang
mereka harus lakukan apabila beraksi secara bertahan dan bertindak untuk
menyerang apabila ada peluang.
"Ada dua atau tiga peluang
yang boleh kita terjemahkan dengan jaringan tapi kurang berkesan. Namun pemain
terus bekerja keras dan hasilnya gol menerusi sepakan penalti dan gerak susun
menarik yang menghasilkan gol kemenangan," katanya.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan