SUKAN»Bola
Rabu, 11 March 2020 | 5:43pm

Penyerang Johor Darul Ta’zim
(JDT), Safawi Rasid. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Bukan hukum Safawi
KUALA LUMPUR: Bukan ‘digugurkan’
susulan kontroversi yang melandanya, tetapi penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT),
Safawi Rasid terpaksa diketepikan untuk dua perlawanan kerana dibelenggu
masalah kecederaan.
Penjelasan itu diberikan
jurulatih skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora ketika timbul persoalan sama ada
tonggak musim lalu itu berdepan ‘hukuman’ sehingga tidak berada dalam pasukan
pada aksi bertemu PDRM dan UiTM FC, minggu lalu.
“Kita masih menunggu penilaian
mengenai tahap kecederaannya. Dia sememangnya bersemangat untuk beraksi semula.
“Tetapi kita perlu menjaga
keadaannya sebaik mungkin bagi memastikan apabila dia kembali nanti, dia akan
berada pada tahap yang terbaik,” katanya.
Meskipun tanpa Safawi, JDT
berjaya mengatasi pertahanan kental PDRM dengan kemenangan tipis 1-0 menerusi
jaringan lewat permainan Diogo Santo pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala
Lumpur, malam tadi.
Terdahulu, ketiadaan Pemain
Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019 itu dalam
kesebelasan utama JDT menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong bola
sepak tempatan.
Ini selepas pemain kebangsaan itu
sekali lagi ‘direhatkan’ daripada membarisi kesebelasan utama ketika aksi
ketiga Liga Super menentang PDRM.
Malah, pemain yang menjadi
tonggak musim lalu itu turut tidak diletakkan dalam barisan pemain simpanan
untuk aksi terbabit sekali gus menimbulkan persoalan sama ada dia benar benar
‘dihukum’ susulan kontroversi yang tercetus minggu lalu.
Dia juga tidak diturunkan pada
aksi bertemu UiTM FC minggu lalu tetapi JDT jelas tidak ‘merindui’ pemain itu
apabila berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas skuad ‘The Lion Troops’ itu.
Sebelum ini, Safawi dilihat gagal
meneruskan rentak konsisten musim lalu apabila bergelut dan gagal memberikan
impak seperti yang diharapkan kepada pasukannya.
Malah, kejatuhan prestasinya itu
turut mendapat perhatian pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang
mendedahkan fokus pemain itu hilang selepas dikatakan berdepan tekanan apabila
didesak untuk berkahwin daripada kekasihnya yang juga seorang pelakon, Syifa
Melvin.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan