MyMetroArena

Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Itu harapan besar jurulatih
berpengalaman negara, Azraai Khor Abdullah yang berharap Safawi dapat bangkit
dan segera memperbaiki prestasinya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).
Azraai antara individu yang
terawal mengesan bakat Safawi ketika membimbing pasukan T-Team pada 2014
berkata, sebagai pemain bola sepak yang berbakat dan popular, sudah tentu ramai
wanita cantik akan cuba mendekatinya namun Safawi perlu bijak menangani perkara
ini.
“Dulu masa saya kendalikan
T-Team, Safawi masih dalam skuad Piala Presiden T-Team dan masa itu saya
percaya dia bakal ‘meletup’ dan menjadi pemain glamor.
“Bakat macam dia bukan selalu
datang mungkin kena tunggu beberapa tahun baru ada balik. Jadi kalau dia tak
boleh kawal tekanan terutama wanita dia akan hilang dari radar.
“Soal hati dan perasaan ini kita
tak boleh nak tolak sebab itu fitrah sebagai manusia biasa, cuma dalam waktu
sekarang Safawi kena pandai kawal.
“Bukan saya nak kata dia tak
boleh ada kekasih atau tak boleh berkahwin, tapi dia masih muda dan perjalanan
jauh lagi.
“Kalau ada jodoh jangan risau
takkan kemana kekasihnya itu. Kalau boleh fokus dahulu dengan pasukan dan
permainannya, InsyaAllah lebih banyak rezeki akan datang selepas itu,” kata
bekas pengendali Kedah itu.
Terdahulu, pemilik JDT, Tunku
Ismail Sultan Ibrahim hilang sabar dengan Safawi yang dikatakan sedang hangat
bercinta dengan pelakon, Syifa Melvin hingga mengganggu prestasinya di atas
padang.
Menurut Tunku Ismail, kemerosotan
mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah
Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan oleh tekanan daripada
kekasihnya itu yang mendesak untuk berkahwin dengannya.
Malah, Tunku Ismail turut
mendedahkan pelakon berkenaan hanya mahu menumpang dia atas kekayaan dan
populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.
“Bagi saya ketika ini Safawi
perlukan bimbingan daripada kelab dan keluarga. Jangan terus menekan Safawi
kerana saya bimbang ia akan memberi kemudaratan kepadanya.
“Apa yang mustahak, pengurusan
kelab dan keluarga beri nasihat dan panduan berguna kepada serta cuba cari
jalan terbaik untuk mengatasi kemerosotan prestasi Safawi,” kata Azraai.
sumber-Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 4 Mac 2020 @ 2:28 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan