MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
WALAUPUN skuad
Harimau Malaya meraih kemenangan besar selepas menewaskan Timor Leste 7-1 malam
kelmarin, namun pengendalinya Tan Cheng Hoe menganggap perlawanan terbabit
bukanlah yang terbaik dipamerkan pemain kerana banyak kesilapan mudah dilakukan
anak buahnya.
Cheng Hoe
berkata, kesilapan mudah terbabit boleh ‘memakan diri’ jika tidak diperbaiki
atau ditangani pemain yang kemungkinan berhadapan dengan barisan lebih kuat
Timor Leste pada aksi kedua nanti apabila mereka mahu mencatatkan kemenangan
selepas diaibkan dengan jaringan besar.
Beliau
berkata, walaupun berpesta gol pada perlawanan pertama, ia bukanlah tiket untuk
menurunkan barisan kedua pada perlawanan Selasa nanti.
“Kita perlu
berwaspada dengan serangan balas Timor Leste yang bijak menyempurnakan peluang
terhidang, sekali gus akan menurunkan barisan terkuat pada perlawanan kedua
bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia.
“Namun, apa
yang penting sekarang ini adalah memastikan semua pemain bebas daripada
kecederaan terutama Muhammad Syafiq Ahmad yang dimaklumkan serius.
AKHYAR pamer
aksi cemerlang selepas meledak jaringan ke atas Timor Leste.
“Oleh itu,
kita tidak akan menurunkan pasukan kedua dan tetap dengan barisan kesebelasan
utama bagi menghadapi perlawanan kedua nanti” katanya dalam sidang media
selepas perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium
Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.
Pada
perlawanan malam kelmarin, Malaysia menang bergaya dengan jaringan besar
apabila menewaskan Timor Leste 7-1.
Kedudukan itu
sekali gus menyaksikan Malaysia membawa bekalan selesa bagi mengharungi aksi
kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit
Jalil, Selasa depan.
Selain itu,
menurutnya, skuad Harimau Malaya sepatutnya menyumbat lebih banyak gol apabila
gagal manfaat sekurangnya lima peluang di hadapan gol lawan.
“Walaupun ada
beberapa pemain utama tidak menjaringkan gol seperti Mohamadou Sumareh, namun
dia bijak merencanakan serangan dan bantuan gol untuk pasukannya. Selain itu,
pemain gantian seperti Muhammad Shahrel Fikri, Muhammad Akhyar Rashid dan Faiz
Nasir juga bermain dengan baik sehingga mampu menjaringkan gol,” katanya.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Ahad, 9 Jun 2019 @ 6:05 AM