MyMetroArena

sukanteam@nstp.com.my
JOHOR Darul
Ta’zim (JDT) semakin hampir menjulang kejuaraan Liga Super buat kali keenam
berturut-turut selepas menewaskan Selangor 3-2 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos,
Larkin, malam ini.
Dengan
kemenangan itu, JDT kini mengumpul 43 mata dan perlu menang baki dua perlawanan
di gelanggang lawan menentang Melaka United, Rabu ini dan Perak pada 7 Julai
depan bagi mengesahkan kejuaraan liga.
Tuan rumah
membuka jaringan pada minit ke-10 selepas bola umpanan ke belakang Diogo Santo
membolehkan Gonzalo Cabrera merembat kencang dari jarak 25 meter tepat ke
penjuru kiri menewaskan penjaga gol, Khairul Azhan Khalid.
Dua minit
kemudian, Harimau Selatan menyentap semangat Red Giants apabila Leandro
Velazquez yang tidak dikawal di sayap kiri bertindak merembat bola leret untuk
meletakkan tuan rumah selesa dengan kedudukan 2-0.
PEMAIN JDT,
Diogo (tengah) diasak pemain Selangor, Ashmawi Yakin pada aksli Liga Super di
Stadium Tan Sri Hassan Yunos. — FOTO Mohd Azren Jamaludin
Empat minit
sebelum rehat, Khyril Muhymeen Zambri merapatkan jurang gol apabila
menghasilkan jaringan menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter tepat ke
penjuru kiri gol menewaskan Farizal Marlias.
Tuan rumah
lebih garang selepas rehat dan hampir mencipta gol selepas sepakan percuma
Safawi Rasid pada minit ke-46 ditanduk kemas Diogo namun tiang gol menjadi
penghalang.
Usaha
berterusan JDT untuk menambah jaringan membuahkan hasil pada minit ke-61
apabila bola lorongan Velazquez membuka ruang buat Safawi yang menyusup masuk
ke dalam kotak penalti sebelum menolak bola leret menewaskan Khairul Azhan.
Selangor
terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-76 selepas K Sarkunan
dilayangkan kad merah oleh pengadil Fairuzi Desa apabila pemain itu dengan
sengaja menendang bola tepat ke arah pengadil.
Dua minit
sebelum tamat, pelawat berjaya meraih sepakan penalti dan pemain gantian Sandro
Da Silva menyempurnakannya sekalipun ia tidak mampu mengubah nasib skuad
kendalian B Sathianathan yang terpaksa akur tewas 2-3.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2019 @ 11:11 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan