05 Jun 2019
10:58 PM
KUALA LUMPUR -
Sambutan Aidilfitri dan hujan tidak melemahkan semangat pemain Harimau Malaya
untuk meneruskan latihan menjelang aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia
2022/Piala Asia 2023 menentang Timor Leste.
Ketika umat
Islam dan rakyat Malaysia meraikan 1 Syawal, pemain skuad bola sepak sebaliknya
sedang gigih membuat persiapan untuk dua perlawan menentang Timor Leste di
Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat ini dan Selasa depan.
Selain suasana
perayaan, pemain juga terpaksa mengawal pengambilan makanan untuk menjaga
kecergasan mereka.
Anak-anak buah
Tan Cheng Hoe yang mencatat kemenangan 2-0 ke atas Nepal di venue sama dalam
aksi persahabatan Ahad lalu, kembali meneruskan latihan hari ini selepas meluangkan
masa bersama keluarga selama dua hari.
Antara pemain
yang turun padang adalah pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh,
Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba serta La'Vere Corbin-Ong.
"Tahun
ini saya tak makan lemang dan rendang sebab saya tahu sebagai pemain
profesional, saya ada tanggungjawab terhadap negara dan tahu apa yang perlu
dimakan.
"Pagi
tadi saya hanya makan sedikit nasi minyak ketika beraya bersama keluarga di
Terengganu.
"Bagi
saya tiada masalah kerana perlawanan ini sangat penting buat pasukan dan kami
harus mendapatkan kemenangan. Kita tidak boleh mengambil mudah Timor Leste
perlu beri fokus 100 peratus.
"Jadi,
kita kena lupakan Hari Raya buat seketika dan fokus pada persiapan.
"Hari
Raya boleh disambut setiap tahun, tapi kelayakan ini hanya empat tahun
sekali," kata Safawi ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di
Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini, hari ini.sumber – BERNAMA 05
Jun 2019 10:58 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan