10 Jun 2019
11:17 AM
SAFAWI (kanan)
menampilkan aksi cemerlang ketika membantu Malaysia menewaskan Timor Leste 7-2
pada aksi playoff pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium
Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Jumaat lalu.
KUALA LUMPUR -
Penyerang sensasi negara, Safawi Rasid enggan mendabik dada meskipun berjaya
membantu skuad Harimau Malaya meraih kemenangan bergaya 7-1 ke atas Timor Leste
pada aksi 'playoff' pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada
Jumaat lalu.
Pada aksi di
Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur tersebut, pemain Johor Darul Ta’zim
(JDT) itu menjadi wira buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe apabila meledak dua
gol, sekali gus meletakkan Malaysia sebelah kaki pada saingan sebenar kelayakan
Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Namun, Safawi
menyeru rakan-rakan sepasukan untuk melipat gandakan usaha kerana saingan masih
berbaki 90 minit menjelang aksi menentang Timor Leste sekali lagi pada pusingan
playoff kedua di venue sama malam esok.
“Saya gembira
dapat memberi sumbangan positif buat rakan-rakan sepasukan pada aksi pertama
tetapi secara peribadi, saya rasa masih banyak ruang boleh diperbaiki
memandangkan saya gagal menyempurnakan sepakan penalti.
“Namun, saya
mahu jadikan kesilapan-kesilapan tersebut sebagai satu pengajaran dan apa yang
penting ialah bekerja lebih keras pada sesi latihan kerana saya percaya boleh
beraksi lebih baik.
“Apa yang
pasti, saingan masih berbaki 90 minit dan kami tidak boleh mengambil mudah
kerana dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Cuma, jika kami dapat
mengekalkan intensiti sama, saya percaya satu lagi kemenangan positif dapat
dilakarkan,” katanya kepada pemberita kelmarin.
Kemenangan
positif Harimau Malaya ke atas skuad kendalian Norio Tsukitate adalah yang
kedua berturut-turut bagi aksi antarabangsa bulan ini selepas turut berjaya
menewaskan Nepal 2-0 pada perlawanan persahabatan minggu lalu.
Andai berjaya
meloloskan diri, pasukan Malaysia akan diundi masuk pada peringkat kumpulan
untuk mengharungi pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023
yang dijadualkan bermula pada September depan. SUMBER- K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan