Isnin, 3 Jun
2019 | 5:33pm

SAFAWI Rasid
(kanan) melepasi pemain Nepal Sujal Shrestha pada perlawanan persahabatan
ketika menentang pasukan Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. -
Foto BERNAMA
Safawi asah
penyudah
Oleh Zulfaizan
Mansor
zulfaizan@mediaprima.com.my
KUALA LUMPUR:
Pemain sayap skuad kebangsaan, Safawi Rasid mengakui perlu menajamkan lagi
penyudah di depan gol untuk mengharungi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala
Asia 2023 berdepan Timor Leste Jumaat dan 11 Jun ini.
Tonggak Johor
Darul Ta'zim (JDT) itu menjelaskan masih ada masa buat dirinya dan rakan
sepasukan lain memperbaiki segala kelemahan sebelum turun menentang Timor Leste
di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Beliau
berkata, antara kelemahan masih perlu diperbaiki selain mempertajamkan penyudah
adalah komunikasi antara semua pemain.
"Selepas
Aidilfitri nanti kami akan tingkatkan dengan banyak latihan untuk mendapatkan
keserasian. Keputusan malam ini (berdepan Nepal) sangat baik dan ia mungkin
akan memberi kesan kepada ranking kita.
"Memang
banyak peluang, mungkin bukan rezeki saya (untuk menjaringkan gol). Saya
teruskan usaha dan berjaya menyudahkan sepakan, namun saya perlu tajamkan lagi
penyudah," katanya selepas aksi persahabatan berdepan Nepal, semalam.
Pada aksi di
Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Harimau Malaya menang 2-0 mengatasi Nepal
hasil jaringan Safawi dan Shahrul Saad.
Selain itu,
Safawi yang berasal dari Dungun, Terengganu berharap semua pemain menjaga
kesihatan dan pemakanan ketika menyambut Aidilfitri bagi memastikan mereka
berada pada tahap terbaik untuk berdepan Timor Leste.
"Kami
sebagai pemain profesional tahu apa yang kami perlu lakukan walaupun balik
menyambut Aidilfitri. Tapi apa yang kami lakukan, kami kena jaga,"
katanya.
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Isnin, 3 Jun 2019 | 5:33pmIsnin, 3 Jun 2019 | 5:33pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan