MyMetroArena

Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
BERAT cabaran
yang terpaksa digalas skuad Harimau Malaya apabila bukan sahaja terpaksa
mengorbankan cuti Hari Raya Aidilfitri namun perlu melupakan makanan tradisi
demi memastikan mampu memberikan persembahan terbaik ketika menentang Timor
Leste esok.
Ia diakui
pemain kebangsaan, Safawi Rasid apabila dia terpaksa ‘pantang’ seketika lemang
dan daging bagi menjaga diet pemakanan serta terus kekal cergas.
Pemain Johor
Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, sebagai seorang pemain dia perlu mengikuti diet
pemakanan ketat terutama menjelang perlawanan penting.
"Tahun
ini saya tak makan lemang dan rendang sebab tahu sebagai pemain profesional ada
tanggungjawab terhadap negara serta tahu apa yang perlu dimakan.
“Saya hanya
makan sedikit nasi minyak ketika beraya bersama keluarga di Terengganu.
"Bagi
saya tiada masalah kerana perlawanan ini sangat penting buat pasukan dan harus
mendapatkan kemenangan.
"Jadi,
kita kena lupakan Hari Raya buat seketika dan fokus pada persiapan. Hari Raya
boleh disambut setiap tahun, tapi kelayakan ini hanya empat tahun sekali,"
katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Majlis Sukan
Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini.
Safawi
berkata, rakannya yang lain turut melakukan perkara sama kerana tidak mahu
menjejaskan momentum masing-masing dan berharap pengorbanan ini berbaloi dengan
mencatatkan kemenangan menentang Timor Leste esok.
“Kita tidak
boleh mengambil mudah Timor Leste, perlu fokus 100 peratus dan untuk itu perlu
ada pengorbanan membabitkan semua pemain,” katanya.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Khamis, 6 Jun 2019 @ 9:48 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan