MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my

FELDA United FC sudah melupakan
kekalahan 1-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kini fokus melayan kunjungan
Kuala Lumpur di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka, Maran, Sabtu ini.
Pengendali The Fighters, Nidzam
Jamil berkata, setakat ini, semua pemain menjalani latihan seperti biasa untuk
kembali mengutip mata selepas gagal dalam dua perlawanan sebelum ini.
“Tanpa tiga pemain utama iaitu
kapten pasukan, Hadin Azman serta Zahril Azri Zabri dan Thiago Aquino yang
digantung satu perlawanan kerana layangan kad merah ketika bertemu JDT 5 April
lalu, pemain sedia ada diyakini mampu memikul tugas yang diberikan.
“Biarpun prestasi Kuala Lumpur
dilihat semakin meningkat, The Fighters perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang
bermain di laman sendiri,” katanya.
Mengulas ketiadaan bersama The
Fighters kerana mengikuti kursus lesen pro di Kuala Lumpur sehingga 17 April
ini, Mohd Nidzam berkata, tugas melatih diserahkan kepada dua penolong
jurulatih, Mohd Zahid Hashim dan Mohd Khairul Ismail.
Katanya, ia turut dibantu
jurulatih penjaga gol, Azlisham Ibrahim yang diyakini membentuk gandingan
mantap untuk menyekat The Hawks daripada mengutip mata.
“Saya percaya Zahid, Khairul dan
Azlisham mampu menjalankan tanggungjawab untuk memastikan FELDA United kembali
meraih mata, sekali gus memperbaiki kedudukan liga.
“Pada perlawanan Sabtu ini, saya
boleh sahkan tidak dapat bersama pasukan kerana kursus akan berakhir pada 17
April ini,” katanya.
Selepas lapan perlawanan, The
Fighters yang juga juara Liga Perdana musim lalu berada di tangga ke-11 dengan
mengutip enam mata.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Rabu, 10 April 2019 @ 1:33 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan