Khamis, 11 April 2019 | 8:48pm

Safawi (kiri) bersaing dengan
pemain Shandong Luneng, Marouane Fellaini dalam aksi Liga Juara-Juara Asia di
Jinan, China. - Foto AFP
Safawi, Xavi calon gol terbaik
mingguan ACL
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Jaringan menarik
dari luar kotak penalti yang dihasilkan Safawi Rasid ketika aksi Johor Darul
Ta'zim (JDT) dan kelab China, Shandong Luneng, Selasa lalu dicalonkan untuk
jaringan terbaik mingguan Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Lebih menarik, pemain kelahiran
Dungun, Terengganu itu akan bersaing dengan bekas bintang Sepanyol dan
Barcelona, Xavi Hernandez selepas jaringannya bersama kelab Qatar, Al Saad SC
turut dicalonkan.
Dua lagi jaringan yang turut
dicalonkan adalah gol dari Shojae Khalilzadeh yang mewakili kelab Persepolis
dan Khojiakbar Alijonov dari kelab Iraq, Pakhtakor.
Undian bagi menentukan jaringan
terbaik minggu ini boleh dilakukan peminat menerusi laman web rasmi Konfederasi
Bolasepak Asia (AFC), www.the-afc.com.
BH Sukan, hari ini melaporkan
Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Rezal Zambery
Yahya melabelkan jaringan Safawi sangat menarik dan berkelas dunia.
Ia jaringan pertama pemain
berusia 22 tahun itu di pentas ACL dan ia pasti membanggakan walaupun JDT
terpaksa akur tewas 2-1 kepada Shandong Luneng.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis,
11 April 2019 | 8:48pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan