BINTANG tengah Shandong Luneng,
Marouane Fellaini (kanan) bersaing dengan penyerang JDT, Safawi Rasid dalam saingan
Liga Juara-Juara Asia di Stadium Olimpik Jinan, China semalam. - AFP
10 April 2019 9:07 PM
KUALA LUMPUR 10 April –
Pengendali Shandong Luneng, Li Xiaopeng mengakui, gergasi Liga Super China itu
sebenarnya sudah bersedia andai perlawanan berakhir dengan seri ketika
menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL)
semalam.
Jaringan dua bekas bintang Liga
Perdana Inggeris, Marouane Fellaini dan Graziano Pelle bagaimanapun memastikan
kemenangan 2-1 mereka di Stadium Olimpik Jinan, sekali gus kekal di tangga
kedua Kumpulan E.
JDT berjaya merapatkan jurang
menerusi jaringan sensasi Safawi Rasid pada minit ke-59, malah memperoleh
beberapa peluang terbaik, termasuk sepakan bebas Gonzalo Cabrera yang sekadar
menggegar palang.
Melihat tentangan yang diberikan
Harimau Selatan, Xiaopeng mengakui, pasukannya menjangkakan cabaran lebih
sengit menanti apabila kedua-dua pasukan berentap lagi di Larkin, 24 April
ini.
“Keputusan seri sebenarnya boleh
diterima jika JDT berjaya menyamakan kedudukan.
“Mereka mempunyai dua peluang
terbaik untuk menambah gol dan kami bernasib baik terlepas daripada dihukum,”
kata Xiaopeng kepada agensi berita Xinhua.
Sementara itu, penolong jurulatih
JDT, Jorge Alvarez berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya meskipun
masih gagal mencari kemenangan sulung dalam musim pertama beraksi di pentas
kelab elit Asia itu.
“Ia amat sukar buat kami beraksi
menentang pemain-pemain Luneng yang tinggi.
“Sejak awal lagi kami sedar,
perlawanan akan sangat kompetitif menentang mana-mana pasukan, apatah lagi ini
pengalaman pertama kami dalam ACL,” ujarnya.
JDT sebelum ini memulakan kempen
dengan kekalahan tipis 1-2 kepada juara bertahan, Kashima Antlers dalam aksi
pembukaan pada 5 Mac lalu, sebelum seri 1-1 menentang kelab Korea Selatan,
Gyeongnam FC di Larkin pada 12 Mac. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-kami-dah-sedia-nak-seri-8217-1.880150#ixzz5kjwLCymA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan