MyMetroArena

Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my
“BIARPUN tewas tetapi kami yakin
JDT mampu melepasinya”.
Begitulah nada suara Kelab
Penyokong Bolasepak Johor Darul Ta'zim (KPBJDT) optimis pasukan Johor Darul
Ta'zim (JDT) mampu melepasi peringkat Kumpulan E berdasarkan persembahan
berkualiti ketika tewas tipis 1-2 kepada juara bertahan, Kashima Antlers pada
aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Kashima, Jepun, kelmarin.
Presiden KPBJDT, Azman Jalil
berkata, corak permainan yang mantap ketika membuat kelab elit dari Jepun itu
bermandi peluh sebelum menang tipis membuktikan betapa skuad Harimau Selatan
tampak setanding dan mampu beri tentangan pada saingan kelab-kelab Asia itu.
"Kami sebagai penyokong amat
bangga dengan corak permainan skuad Harimau Selatan yang mampu menandingi
kehebatan juara bertahan, Kashima Antlers dan kami angga ia permulaan yang baik
untuk mengharungi kempen ACL.
"Jika kita lihat dalam
perlawanan itu, pasukan lawan tampak bergelut untuk memecah benteng JDT yang
dikawal kemas Mauricio Nascimento berganding baik bersama Adam Nor Azlin malah
kelibat K Kunanlan yang kembali beraksi dalam kesebelasan utama juga tidak
mengecewakan.
"Tidak dinafikan Kashima
Antlers yang turut dibantu Pengarah Teknikal, legenda bolasepak Brazil, Zico
bagi merencana strategi permainan dan mengamalkan corak permainan pantas namun
barisan pemain JDT tampak tidak mengendahkan status pasukan itu sebaliknya
begitu tenang beraksi dalam tekanan," katanya.
Azman berkata, tindakan
mengeluarkan Afiq Fazail dan Syafiq Ahmad yang tampak kurang berkesan dalam
perlawanan itu jelas memberi kesan selepas pemain gantian, Akhyar Rashid dan Nazmi
Faiz Mansor mula meningkat tempo permainan JDT apabila barisan pemain Kashima
Antlers terpaksa berhempas pulas menyekat kelicikan kedua-dua pemain itu.
Beliau menambah walaupun tewas
dalam perlawanan pembukaan, ia mencetus keyakinan kepada setiap pemain yang
mampu berdiri sama tinggi dengan pemain kelab dari Jepun yang rata-rata pernah
beraksi di pentas Piala Dunia.
Tambahnya, persiapan lebih rapi
harus dibuat sebelum melayani kunjungan Gyeongnam FC pada aksi di Stadium Tan
Sri Hassan Yunos, Larkin, Selasa ini tatkala kelab dari Korea Selatan itu
bermula dengan keputusan yang agak positif selepas mengikat kelab dari China,
Shandong Luneng FC 2-2 pada aksi di Stadium Changwon.
"Saya berharap penyokong
Harimau Selatan terus berdiri di belakang pemain JDT dengan memberi sokongan
padu apabila kita menentang kelab dari Korea Selatan itu.
Anggaplah anda adalah pemain
ke-12 dan buktikan kepada kepada penyokong lawan, kita adalah yang
terbaik," katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Khamis, 7 Mac 2019 @ 3:09 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan