Selasa, 28 Mei 2019

Bangga pemain kota janji

MyMetroArena
Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my
 
TIADA apa yang mampu diungkap pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa selain daripada ucapan terima kasih buat setiap pemain yang mengotakan janji untuk membenam Kedah 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Malah Figueroa teruja dengan kualiti permainan barisan skuad Harimau Selatan sambil menyifatkan ia permainan terbaik pasukan itu selepas menguasai keseluruhan perlawanan tanpa memberi ruang kepada skuad kendalian Aidil Sharin Sahak melakukan percubaan berbahaya.

Beliau berkata, pertembungan menentang skuad Lang Merah jelas begitu sukar tetapi pemain JDT bagaikan mengetepikan kesukaran itu apabila kerap bergerak secara berpasukan dan menguasai posisi tengah menyebabkan pemain lawan seolah-olah hilang arah.

“Kita tahu Kedah adalah pasukan bagus dan mereka dibarisi pemain hebat namun taktikal yang kami bentuk untuk berdepan aksi yang sukar berjaya diatasi dan pemain melakukan tugas dengan baik malah segala usaha membuahkan hasil apabila meraih tiga mata.

“Tidak dinafikan kami memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi sering dikecewakan sama ada tersasar atau diselamatkan penjaga gol. Tapi mereka terus berusaha dan hasilnya kemenangan menjelma dan ia ibarat pulangan yang lumayan.

“Faktor kepenatan juga menjejaskan sedikit rentak permainan tatkala kami baru pulang dari Korea selepas mengharungi perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan hanya ada tempoh tiga hari untuk buat persiapan namun semangat kental pemain mengatasi segalanya,” katanya.

Mengulas persembahan Diogo Luis Santo yang tampak kerap memberi sumbangan dibarisan serangan, Figueroa menjelaskan peranan pemain itu tidak semestinya menjaringkan gol sebaliknya menjadi [pengacau’ di posisi berkenaan dan membuka ruang buat rakan sepasukan melakukan percubaan berbahaya.

Malah katanya, S Kunanlan yang pada awal musim hanya sekadar memanaskan bangku simpanan sudah mula menunjukkan kredibiliti sebenar apabila mempamerkan aksi terbaik sepanjang saingan liga dan ACL.

“Saya juga bangga dengan komitmen Mauricio (Nascimento), walaupun mengalami kecederaan ketika menentang Gyeongnam FC namun dalam tempoh tiga hari dia bersungguh-sungguh untuk pulih dan tetap mahu diturunkan tanpa menghiraukan keacederaan yang dialami.

“Saya akan beri rehat selama lima hari kepada pemain dan kemudian mereka akan kembali menjalani latihan bagi meneruskan kesinambungan memburu kemenangan dalam setiap perlawanan kerana kita sudah berada di landasan dan tidak boleh tergelincir,” kata Figueroa.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2019 @ 8:16 PM

Ahad, 26 Mei 2019

KEPUTUSAN PENUH JDT 2-0 KEDAH


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
JDT    0-0  Kedah
PEMAIN JDT
01 FARIZAL MARLIAS
12 S.KUNALAN
33 MAURICIO
03 ADAM NOR AZLIN
22 COBIN ONG
14 HARRIS HARUN
04 AFIQ FAZAIL
29 SAFAWI RASID
18 LENDRO VELAQUEZ
11 GONZALO CABRERA
08 DIOGO
PEMAIN GANTIAN
21 NAZMI FAIZ
28 SYAFIQ AHMAD

TERKINI MASA PERTAMA JDT 1-0 KEDAH

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


JDT    0-0  Kedah
PEMAIN JDT
01 FARIZAL MARLIAS
12 S.KUNALAN
33 MAURICIO
03 ADAM NOR AZLIN
22 COBIN ONG
14 HARRIS HARUN
04 AFIQ FAZAIL
29 SAFAWI RASID
18 LENDRO VELAQUEZ
11 GONZALO CABRERA
08 DIOGO

TERKINI JDT 0-0 KEDAH


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
JDT    0-0  Kedah
PEMAIN JDT
01 FARIZAL MARLIAS
12 S.KUNALAN
33 MAURICIO
03 ADAM NOR AZLIN
22 COBIN ONG
14 HARRIS HARUN
04 AFIQ FAZAIL
29 SAFAWI RASID
18 LENDRO VELAQUEZ
11 GONZALO CABRERA
08 DIOGO

Ahad, 19 Mei 2019

Demimu Harimau Malaya!


BERNAMA | 18 May 2019
 
Pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Muhammad Safawi Rasid (dua, kiri) meraikan jaringan gol pertama pasukannya pada perlawanan Liga Super 2019 antara pasukan PKNS FC bertemu pasukan JDT di Stadium Shah Alam, semalam. - Foto Bernama
A A
PEMAIN sayap kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid tidak kisah untuk mengorbankan cuti Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini demi membantu skuad Harimau Malaya mencatat keputusan positif pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.


Pemain Johor Darul Ta’zim itu menyifatkan cuti singkat pada hari raya pertama diberikan pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, sudah memadai untuknya meluangkan masa bersama 13 ahli keluarga serta 17 anak saudara yang akan berkumpul di kampung halamannya di Dungun, Terengganu pada Aidilfitri nanti.

“Saya sudah pilih kerjaya sebagai pemain bola sepak, jadi inilah cabaran yang saya perlu tempuh di mana cuti pun tidak tentu tidak kira Hari Raya atau sambutan apa sekalipun.


“Sebagai pemain profesional, daripada awal lagi saya sudah jangka masa dengan keluarga tidak akan lama dan kali ini saya perlu korbankan waktu raya bersama mereka,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia, hari ini.

Muhammad Safawi yang menjadi nadi kejayaan Malaysia mara ke final Piala AFF Suzuki 2018 berkata, beliau fokus untuk menghadapi Timor Leste pada dua aksi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 dan 11 Jun ini.

Cheng Hoe menyenaraikan 26 pemain ke kem latihan pusat skuad kebangsaan yang akan bermula 27 Mei ini, dengan beliau mengekalkan 14 daripada 25 pemain yang dipanggil ke sesi latihan pusat bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Jemputan Piala Airmarine 2019, Mac lepas.

Sebelum menentang Timor Leste, skuad kebangsaan bakal menguji Nepal pada aksi pemanas badan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 2 Jun ini.- Bernama
Artikel Penuh : SUMBERhttps://www.sinarharian.com.my/article/28718/BERITA/Sukan/Demimu-Harimau-Malaya!© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Sabtu, 18 Mei 2019

KEPUTUSAN PENUH PKNS 1-2 JDT


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PEMAIN JDT
PKNS       1-2   JDT             
                                m-17 Safawi Rasid
                                m-60 Diogo Luis Santo (
m-30 Romel Morales
Diogo Luis Santo (60')
PEMAIN JDT
01 FARIZAL MARLIAS
12 S.KUNALAN
33 MAURICIO
03 ADAM NOR AZLIN
20 AZRIF NASRULHAQ
14 HARRIS HARUN
04 AFIQ FAZAIL
29 SAFAWI RASID
18 LENDRO VELAQUEZ
11 GONZALO CABRERA
08 DIOGO
PEMAIN GANTIAN
16 SYAMER KUTTY
19 AKHYAR RASHID
PEMAIN PKNS
03 RODNEY
07 K.GURUSAMY
16 FAIZAT GHAZALI
13 R.SURENDRAN
14 AKRAM MAHINAN
06 KEPAH SHERMAN
20 GUERRA

Safawi tak kisah korban Hari Raya Aidilfitri


 SAFAWI RASID ketika meraikan gol ketika beraksi menentang Vietnam
SAFAWI RASID ketika meraikan gol ketika beraksi menentang Vietnam dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil hujung tahun lalu.- FOTO UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN
17 Mei 2019 9:31 PM

KUALA LUMPUR 17 Mei - Pemain sayap kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid tidak kisah untuk mengorbankan cuti Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini demi membantu skuad Harimau Malaya mencatat keputusan positif pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pemain Johor Darul Ta'zim itu menyifatkan cuti singkat pada hari raya pertama diberikan pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, sudah memadai untuknya meluangkan masa bersama 13 ahli keluarga serta 17 anak saudara yang akan berkumpul di kampung halamannya di Dungun, Terengganu pada Aidilfitri nanti.


"Saya sudah pilih kerjaya sebagai pemain bola sepak, jadi inilah cabaran yang saya perlu tempuh di mana cuti pun tidak tentu tidak kira Hari Raya atau sambutan apa sekalipun.

"Sebagai pemain profesional, daripada awal lagi saya sudah jangka masa dengan keluarga tidak akan lama dan kali ini saya perlu korbankan waktu raya bersama mereka," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia, hari ini.

Muhammad Safawi yang menjadi nadi kejayaan Malaysia mara ke final Piala AFF Suzuki 2018 berkata, beliau fokus untuk menghadapi Timor Leste pada dua aksi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 dan 11 Jun ini.

Cheng Hoe menyenaraikan 26 pemain ke kem latihan pusat skuad kebangsaan yang akan bermula 27 Mei ini, dengan beliau mengekalkan 14 daripada 25 pemain yang dipanggil ke sesi latihan pusat bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Jemputan Piala Airmarine 2019, Mac lepas.

Sebelum menentang Timor Leste, skuad kebangsaan bakal menguji Nepal pada aksi pemanas badan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 2 Jun ini.- BERNAMA
SUMBER-UTUSAN LAMAYSIA ONLINE 17 Mei 2019 9:31 PM

Khamis, 16 Mei 2019

Cheng Hoe 'rehatkan' Safawi


MyMetroArena
Aziman Rosdi
aziman@nstp.com.my
 
BERIKUTAN faktor kecederaan dan kepenatan, jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe terpaksa mengetepikan khidmat empat tonggak skuad negara yang beraksi pada Sukan Asia Jakarta-Palembang bulan lalu.

Pada sesi latihan rasmi bermula hari ini di Stadium Kompleks Sukan USIM, hanya 23 pemain melaporkan diri selepas Rizal Ghazali dari Kedah, Safawi Rasid, Adam Nor Azlin dan Syafiq Ahmad (Johor Darul Ta’zim) mendapat pelepasan Cheng Hoe.

“Menerusi laporan doktor, Rizal mengalami kecederaan lutut, Syafiq minta pelepasan kerana baru menimang cahaya mata, Safawi terlalu banyak perlawanan jadi kami bagi dia rehat, yang penting saya nak dia sedia pada Piala AFF nanti.

“Adam juga keletihan jadi kami bagi dia pelepasan. Saya rasa 23 pemain sudah cukup, saya harap pemain yang lapor diri ini bebas daripada kecederaan dan dapat beri tumpuan 100 peratus,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Skuad Harimau Malaya akan berlatih selama dua hari sebelum bertemu Taiwan di Taipei, Jumaat ini dan Kemboja di Phnom Penh pada 10 September bagi aksi persahabatan antarabangsa untuk persiapan menghadapi Piala AFF, November depan.

Turut kelihatan pada sesi latihan kali ini sembilan pemain baharu terdiri daripada penjaga gol Farizal Marlias (JDT), Fazly Mazlan (JDT II), Akhyar Rashid (Kedah), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Shahrel Fikri Md Fauzi (Nakhon Ratchasima), Norshahrul Idlan Talaha (Pahang), Mahalli Jasuli (PKNS FC), Syahmi Safari (Selangor) dan Azzizan Nordin (Sabah).

“Seperti yang anda tahu, beberapa pemain baru dipanggil iaitu Matyo (Norshahrul), Farizal, Nik Akif dan Azzizan. Yang penting saya tak mahu pemain tertekan dan saya mahu pemain pamer prestasi yang baik,” katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 September 2018 @ 8:57 PM

Jauh lagi nak rangkul kejuaraan


PEMAIN JDT meraikan jaringan  Akhyar Rashid (tengah) dalam aksi
PEMAIN JDT meraikan jaringan Akhyar Rashid (tengah) dalam aksi Liga Super menentang Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkim malam tadi. - UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN
Mohamad Faizal Hashim

15 Mei 2019 4:10 PM

JOHOR BAHRU 15 Mei - Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa masih belum mahu mendabik dada apabila pasukan bimbingannya semakin selesa di puncak Liga Super dengan jurang lapan mata setelah menewaskan Tok Gajah 2-0 malam tadi.

Menurut Figueroa, masih terlalu awal untuk skuad Harimau Selatan bersuka ria kerana masih banyak perlawanan genting menanti mereka baik di laman sendiri mahupun di gelanggang lawan.


Katanya, pemainnya sudah menjalankan tugas dengan baik menewaskan pencabar terdekat pada perlawanan malam tadi untuk meletakkan di zon selesa untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi sejak 2014 tanpa gagal.

“Kemenangan menentang Pahang pada malam ini amat manis sekali kerana tiga mata yang diraih membolehkan kami menjarakkan kedudukan dengan perbezaan lapan mata.

“Walaupun kami berada di zon selesa, ia masih terlalu awal untuk kami berpuas hati dan memikirkan soal kejuaraan Liga Super. Perjalanan kami masih jauh dan perlu memberi tumpuan perlawanan demi perlawanan agar tidak tersilap langkah,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Figueroa turut memuji aksi Duogo Luis Santo dan Akhyar Rashid yang memainkan peranan penting dalam memastikan JDT mengutip tiga mata pada perlawanan malam tadi.

“Diogo merupakan aset penting kami, walaupun dia tidak menjaringkan gol tapi dia bijak mengawal bola, membaca perlawanan dan mengkucar-kacirkan pertahanan lawan. Peranan Diogo cukup penting buat kami di atas padang dan dia bijak melaksanakan tugasnya.

“Kemasukan Akhyar di babak kedua bukan sahaja mengubah rentak permainan malah menghadiahkan kemenangan buat JDT. Dia licik melepasi pertahanan lawan untuk mengumpan gol pertama selain bertuah untuk memahat nama dalam senarai penjaring pada minit akhir permainan,” katanya. – SUMBER UTUSAN ONLINE


JDT terus 'gayat' di persada Liga Super

Mohd. Izuan Roseli
16 Mei 2019 3:00 AM
 PEMAIN Pasukan JDT,  Akhyar Rashid meraikan jaringan gol kedua
PEMAIN Pasukan JDT, Akhyar Rashid meraikan jaringan gol kedua JDT bersama pasukan dalam Perlawanan antara JDT menentangg Pahang di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin di sini hari ini.

JUARA bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) kini dilihat semakin sukar dicabar apabila mengukuhkan cengkaman Liga Super 2019 dengan kemenangan 2-0 ke atas pencabar terdekat, Pahang di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos Larkin malam kelmarin.

Kejayaan yang hadir menerusi jaringan kapten JDT, Harris Harun pada minit ke-69 dan gol pe­nyerang lincah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada babak kedua itu menyaksikan skuad Harimau Selatan selesa meninggalkan Pahang de­ngan lapan mata di persada liga.


Pengendali JDT, Luciano Figue­roa jelas sekali berpuas hati de­ngan prestasi kesemua 11 pemainnya pada pertemuan itu yang disifatkan memberi kelegaan buat dirinya, selepas Harimau Selatan berjaya menundukkan musuh ketat mereka itu.

“Perlawanan pada malam ini (kelmarin) merupakan satu perlawanan yang agak sukar dan penting. Saya gembira apabila mereka (pemain JDT) berjaya menterjemahkan permainan yang menarik dan memberi tiga mata berharga buat pasukan,” kata Figueroa pada sidang akhbar kelmarin.

Bagaimanapun, jurulatih dari Argentina itu mengakui masih terdapat ruang untuk pasukannya memperbaiki permainan mereka khususnya ketika situasi bola mati di bahagian serangan.

“Memang kami perlu memperbaiki set-piece ini dan ia tampak kurang berkesan pada malam ini (kelmarin) disebabkan fizikal pemain Pahang yang tinggi. Bagaimanapun, kami sering mencuba sesuatu yang baharu dan kadang-kadang ia menjadi dan kadang-kadang tidak,” katanya.

Dalam pada itu, pemain muda JDT, Akhyar Rashid membuktikan dirinya layak dilabel sebagai pemain paling bernilai di Malaysia apabila membantu pasukannya mendapat gol pertama sebelum meletakkan nama selaku penjaring kedua malam kelmarin.

“Saya sangat gembira kerana dapat membantu pasukan menambah tiga mata dan memenangi perlawanan ini. Semua tahu bahawa perlawanan ini amat sukar kerana Pahang juga dibarisi pemain yang bagus.

“Saya sememangnya sangat mengimpikan agar diturunkan dalam setiap perlawanan. Ketika sesi latihan juga saya akan menunjukkan keinginan saya. Alhamdulillah, malam tadi (kelmarin) saya telah diberi peluang tersebut,” katanya.
SUMBER-KOSMO ONLINE 16 Mei 2019 3:00 AM

Senarai 26 pemain kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Penjaga gol ; Mohd Farizal Marlias (JDT), Hafizul Hakim Nizam Jothy (Perak), Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah)
Pertahanan ; Adam Nor Azlin, Dominic Tan, La’Vere Corbin-Ong, Syazwan Andik (JDT), Matthew Davies (Pahang), Muhammad Syahmi Safari (Selangor), Shahrul Mohd Saad (Perak), Rodney Celvin Akwensivie (PKNS), Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur)
Tengah dan Sayap ; Syamer Kutty Abba, Safawi Rasid, Akhyar Rashid (JDT), Mohamadou Sumareh, Nor Azam Azih (Pahang), Syazwan Zainon, Faiz Nasir, Abdul Halim Saari (Selangor), Kenny Pallraj Davaragi (Perak), Akram Mahinan (PKNS),
Penyerang ; Norshahrul Idlan Talaha, Mohamad Faisal Abdul Halim (Pahang), Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak) Muhammad Syafiq Ahmad (JDT).[1]


[1]https://www.hmetro.com.my/arena/2019/05/456549/pemain-sandaran-harimau-malaya

Harimau Malaya pinjam 6 anak buah Kim Swee

Khamis, 16 Mei 2019 | 3:12pm
PENYERANG JDT, Akyhar Rashid antara pemain yang dipanggil sertai skuad
Harimau Malaya pinjam 6 anak buah Kim Swee
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Enam pemain bawah 23 (B-23) negara kembali berada dalam senarai skuad Harimau Malaya bagi menghadapi playoff Kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil, 7 dan 11 Jun ini.

Mereka adalah empat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) – Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan serta Syahmi Safari (Selangor) dan Faisal Abdul Halim (Pahang) yang sebelum ini bersama skuad Datuk Ong Kim Swee menghadapi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020.

Pada senarai pemain yang akan menyertai laporan pusat kali ini, Ketua Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe mengekalkan 14 daripada 25 pemain yang dipanggil pada kempen Piala Airmarine, Mac lalu.

"Turut kembali tersenarai selepas nama mereka tiada dalam skuad Piala Airmarine 2019 adalah empat anggota skuad Piala Suzuki AFF 2018 iaitu penjaga gol, Farizal Marlias, Adam Nor Azlin dan Syafiq Ahmad (JDT) serta Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak).

"Bagi melengkapkan senarai 26 pemain ke kem latihan pusat kali ini, dua pemain baharu telah mendapat panggilan iaitu pemain berdarah campuran, La'Vere Corbin-Ong (JDT) dan Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC)," kata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan.

Mereka yang digugurkan adalah ketua pasukan, Zaquan Adha Abd Radzak (Kedah) serta tiga lagi yang bersama skuad negara ketika muncul naib juara Piala Suzuki AFF tahun lalu iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United), Nazirul Naim Che Hashim (Perak) dan Ahmad Hazwan Bakri (JDT).

Selebihnya, pemain yang digugurkan adalah Rizal Ghazali (Kedah), Abdul Latiff Suhaimi (Selangor), Hadin Azman (Felda United), S Kumaahran (JDT II), Hafiz Ramdan (PKNP FC), Firdaus Saiyadi (Perak) dan Nicholas Swirad (PKNS FC).

Latihan akan berlangsung enam hari bermula 27 Mei ini. Tugasan pertama Harimau Malaya adalah menentang Nepal pada 2 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Seterusnya, tiga pemain akan digugurkan Cheng Hoe bagi memuktamadkan senarai akhir 23 pemain untuk dua perlawanan bertemu Timor Leste," katanya.

Senarai pemain

Farizal Marlias, Adam Nor Azlin, Dominic Tan, Syazwan Andik Mohd Ishak, La'Vere Corbin-Ong, Syamer Kutty Abba, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad (JDT), Matthew Davies, Mohamadou Sumareh, Nor Azam Azih, Norshahrul Idlan Talaha, Faisal Abdul Halim (Pahang), Mohd Syazwan Zainon, Faiz Nasir, Abdul Halim Saari, Syahmi Safari (Selangor), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Saad, Kenny Pallraj, Sharel Fikri Fauzi (Perak), Akram Mahinan, Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC), Mohd Ifwat Chek Kassim (Kedah), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur)
SUMBER- BERITA HARIAN ONLINE Khamis, 16 Mei 2019 | 3:12pm

Rabu, 15 Mei 2019

14 Ogos 2017 (Isnin) MALAYSIA 2-1 BRUNEI


A Malaysia 2-1 Brunei (20:45, Stadium Shah Alam)
Penjaring gol: Muhammad Safawi Rasid (4'), Adam Nor Azlin (60')

Malaysia: 19 Ifwat Akmal Chek Kassim, 2 Matthew Davies, 4 Adib Zainudin (C), 6 Safawi Rashid (5 Syahmi Safari 79'), 8 Nor Azam Abdul Azih, 9 Adam Nor Azlin, 11 Jafri Firdaus Chew (10 S. Kumahran 63'), 15 Syazwan Andik Ishak, 16 Danial Amier Norhisham (14 Syamer Kutty Abba 67'), 17 Irfan Zakaria, 20 Shafiq Ahmad

Simpanan: 1 Haziq Nadzli, 3 Syazwan Zaipol Bahari, 5 Syahmi Safari, 7 Amirul Hisyam Awang Kechik, 10 S. Kumahran, 12 N. Thanabalan, 13 Ariff Farhan Md Isa, 14 Syamer Kutty Abba, 15 Syazwan Andik Ishak, 18 Akhyar Rashid.[1]

Skuad Malaysia 20 Pemain SUKAN SEA 2017


Pengurus: Datuk Wira Mohd Yusoff Bin Mahadi
Ketua Jurulatih: Ong Kim Swee
Penolong Jurulatih: Bradley John Maloney, Yong Wai Hwang, John Joseph Kobiela

Penjaga Gol: 1 Muhammad Haziq Bin Nadzli, 19 Mohd Ifwat Akmal Bin Chek Kassim

Pertahanan: 2 Matthew Thomas Davies, 3 Muhamad Syazwan Bin Zaipol Bahari, 4 Muhammad Adib Bin Zainudin, 5 Muhammad Syahmi Bin Safari, 9 Adam Nor Bin Azlin, 13 Muhammad Ariff Farhan Bin Md Isa, 15 Muhammad Syazwan Bin Andik Mohd Ishak, 17 Muhammad Irfan Bin Zakaria

Tengah: 7 Mohamad Amirul Hisyam Bin Awang Kechik, 8 Muhamad Nor Azam Bin Abdul Azih, 14 Mohamaed Syamer Bin Kutty Abba, 16 Muhammad Danial Amier Bin Norhisham

Penyerang: 6 Muhammad Safawi Bin Rashid, 10 Kumahran a/l Sathasivam, 11 Muhammad Jafri Bin Muhammad Firdaus Chew, 12 Thanabalan a/l Nadarajah, 18 Muhammad Akhyar Bin Abdul Rashid, 20 Muhammad Shafiq Bin Ahmad.[1]

KEPUTUSAN PENUH JDT 2-0 PAHANG

SUMBER-https://www.facebook.com/channellivebolasepakmalaysia/photos/rpp

JDT juara Piala Sumbangsih 2019


MOHD FIRDAUS YON | 02 Feb 2019
 
Penyerang JDT, Syafiq Ahmad diasak pemain Perak.

JDT pertahankan Piala Sumbangsih dimenangi tahun lalu.

Penyerang JDT, Syafiq Ahmad diasak pemain Perak.

JDT pertahankan Piala Sumbangsih dimenangi tahun lalu.

Penyerang JDT, Syafiq Ahmad diasak pemain Perak.

JDT pertahankan Piala Sumbangsih dimenangi tahun lalu.
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2019 selepas menewaskan Perak 1-0 dalam aksi di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Larkin sebentar tadi.


Gol tunggal JDT dijaringkan oleh Gonzalo Cabrera.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri, JDT bermula garang apabila melancarkan serangan ke atas pertahanan dan gawang pasukan lawan menerusi gandingan Cabrera, Aaron Niguez, Syafiq Ahmad dan Muhammad Safawi Rasid.


Pada minit ke-6, Safawi melakukan rembatan dari luar kotak penalti, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim.


Antara aksi antara JDT dan Perak bagi Piala Sumbangsih 2019.
Beberapa minit kemudian, Aaron Niguez turut menguji penjaga gol The Bos Gaurus tetapi sekali lagi Muhammad Hafizul Hakim menyelamatkan gawang Perak daripada dibolosi pasukan tuan rumah.

Menguasai keseluruhan permainan, JDT akhirnya berjaya meledakkan gol menerusi Gonzalo Cabrera pada minit ke-40 yang merembat masuk bola di dalam kawasan kotak penalti pasukan lawan.

Antara aksi antara JDT dan Perak bagi Piala Sumbangsih 2019.
Bermula separuh masa kedua, JDT terus menggandakan asakan bagi mencari gol tambahan sementara Perak secara positif menyerap tekanan pasukan tuan rumah selain membuat beberapa counter attack.

Meskipun JDT dan Perak saling mengasak antara satu sama lain, tiada sebarang jaringan terhasil oleh kedua-dua pasukan dan keputusan 1-0 kekal sehingga pengadil meniupkan wisel penamat.

Kejayaan itu menyaksikan JDT berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenangi tahun lalu, selain mengutip tiga mata penuh pertama bagi saingan Liga Super untuk musim baharu.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/11101/BERITA/Sukan/JDT-juara-Piala-Sumbangsih-2019
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Piala FA: JDT tewas di Larkin


MOHD FIRDAUS YON | 17 Apr 2019
 
Pemain PKNS FC mengasak Safawi Rasid dalam aksi Piala FA 2019 di Larkin, sebentar tadi.
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) gagal mara ke pusingan suku akhir Piala FA 2019 selepas tewas 0-1 kepada PKNS FC dalam aksi di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin sebentar tadi.


Jaringan pemain import PKNS FC, Kpah Sherman menunjukkan pintu keluar buat JDT daripada saingan piala tersebut.

JDT yang terpaksa bermain dengan 10 pemain sejurus Kiko Insa dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, berdepan kesukaran untuk mencari jaringan di hadapan penyokong sendiri.


Manakala PKNS FC dikendalikan oleh Datuk K Rajagobal tidak melepaskan peluang dan menggunakan kelebihan dengan mengasak pasukan tuan rumah yang kelihatan ‘tempang’ selepas kehilangan Kiko.

Asakan pasukan pelawat akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh jaringan menerusi tandukan Kpah Sherman pada minit ke-48 selepas menerima hantaran rakan sepasukan.

Meskipun membuat beberapa pertukaran termasuk memasukkan Safawi Rasid dan Diogo Santo dalam memperkuatkan jentera serangan bagi mencari gol penyamaan, keputusan 1-0 tidak berubah sehingga pengadil meniupkan wisel penamat.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/24057/BERITA/Sukan/Piala-FA-JDT-tewas-di-Larkin© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf